Selasa, 8 Mei 2012

PTPTN DIMINTA MANSUH YURAN KUIN TERUS NAIK SIAPA LEBIH KEJAM

Dalam sibuk-sibuk Pakatan Rakyat memanipulasi kepala para Mahasiswa untuk turun berdemo di Dataran Merdeka baru-baru ini, Kolej Universiti Insaniah terus menaikan yuran pengajian bagi pelajar baru akan datang.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini demikian seperti dilaporkan dalam Malaysiakini.

Jadi apa yang dilaporkan bahawa tindakan Mahasiswa yang berjuang untuk menghapuskan PTPTN itu adalah perjuangan kerana mereka merasakan mereka tertindas dengan PTPTN adalah tidak tepat berikutan dengan kenyataan kerajaan negeri Kedah.

Ternyata apa yang diperkatakan oleh pembangkang adalah hanya untuk membawa mahasiswa ini ke kancah politik kotor yang dicipta oleh Pembangkang.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir  berkata KUIN akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.
Wah!! ini kenaikan  yang amat drastik hingga melebihi dari seratus peratus kenaikan dari bayaran asal yuran pembelajaran.

Kerajaan Pakatan Rakyat terus menekan rakyat tetapi menunding jari kearah kerajaan Barisan Nasional yang selama ini begitu banyak membantu pelajar dalam memberi taraf pelajaran yang tinggi.

Apa nak jadi dengan kerajaan depa ni agakanya.

BAPA BOREK ANAK RINTIK NURUL IZZAH SANGKAL MAJLIS FATWA


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ibrahim yang juga merupakan anak kepada Anwar ibrahim dan Wan Azizah hari ini membuat pertanyaan seolah-olah beliau menyangkal Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengeluarkan fatwanya baru-baru ini dengan mengatakan bahawa 'Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'

Beliau membuat pertanyaan sebegini, Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram?
Bagi Sangkakala, pada awalnya himpunan tersebut memang baik dengan hanya duduk dan bantah, tetapi apabila peserta himpunan mula merusuh itu sudah menjadi tidak baik dan ini yang di maksudkan oleh majlis fatwa.

Penyangkalan kedua berbunyi, Arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Arahan mahkamah itu dibuat untuk mengelakkan kejadian seperti kejadian pada 28 april yang lalu dan pihak kerajaan telah memberi pilihan supaya ianya dilakukan di stadium, tetapi ianya di langgar oleh pihak penganjur, dan mungkin juga ada niat untuk melakukan huru-hara dan ianya adalah haram.

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?

Yang sebenarnya pihak polis hanya melakukan hadangan serta benteng tetapi pihak polis telah diserang dahulu oleh peserta himpunan setelah Azmin Ali mendapat isyarat dari Anwar Ibrahim dan oleh yang demikian pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas setelah mendapati peserta boleh mendatangkan kecederaan serta kemusnahan harta benda. Ini adalah tidak dikira haram kerana bertujuan untuk menyelamatkan harta benda serta menjaga keamanan dan tanggungjawab yang diberikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama." Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?
Bagi negara-negara yang disebutkan oleh Nurul Izzah ini, majoriti rakyatnya bangkit untuk menuntut, bukan seperti BERSIH yang hanya ada beberapa kerat sahaja yang menunjukkan rasa tidak puas hati, jadi majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?
nampaknya Nurul Izzah tidak diberikan pendidikan agama yang selayaknya oleh Anwar Ibrahim, fatwa hanya dikeluarkan apabila ada bukti yang sahih, kalau setakat bercerita dan bercakap, itu boleh menimbulkan fitnah dan ianya adalah haram serta berdosa, nyatakan bukti dulu baru minta Majlis Fatwa menyemak kembali fatwa berkenaan.

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Ini pertanyaan yang agak bodoh dari Nurul Izzah, jika pilihanraya di Malaysia dikatakan tidak adil, seperti yang Sangkakala jawabkan secara amnye tadi, tunjukkan bukti, jangan hanya bercakap sahaja, semasa bapa beliau menjawat jawatan menteri dan akhir sekali timbalan Perdana Menteri, kenapa semua soalan-soalan ini tidak di kemukakan? Kenapa baru kini?

Jadi bagi Sangkakala, suruh PAS keluarkan fatwa pula untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan, sudah pastinya jawapan yang berbeza akan diberikan dan sudah tentu PAS akan menghalalakan semua perbuatan yang dilakukan oleh peserta himpunan kerana PAS akan sentiasa menghalalkan cara dalam tujuan untuk menjadi pemerintah.

MALANG LAGI MELANDA MAK TOM IBU KEPADA AZMIN


Setelah Mak Tom keluar didalam Buletin Utama dua tiga hari lepas dengan harapan untuk menginsafkan anak lelakinya yang bernama Azmin, malang sekali lagi menimpa ibu tua ini apa bila di maki dan di hina oleh seorang lagi anak lelaki beliau.

Anak lelaki yang Sangkakala sebutkan disini ialah Azwan Haji Ali yang secara terbuka mengatakan ibunya itu seorang barua di dalam laman twitter milik beliau baru-baru ini. Dalam cacian di laman sosial itu, Azwan telah di kutuk oleh orang ramai yang mengaggap bahawa beliau juga adalah anak derhaka.

Azwan yang sebelum ini dikatakan bermusuh dengan Ummi Hafilda  yang kini sedang giat memberi ceramah agar rakyat tahu siapa Azmin serta Anwar telah melakukan ibadah Umrah dan sepatutnya dalam keadaan sekarang beliau diharapkan dapat menenangkan ibu nya itu. Azwan juga sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada Ummi dan berharap agar perkara yang lepas dibairkan berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa dendam tambahan pula mereka adalah adih beradik.

Tapi apa yang telah terjadi kini? Kenapa Azwan sanggup memaki ibu tua itu? Apakah ibadah Umrah Azwan diterima jika itu perlakukan yang dilakukan terhadap ibunya sendiri? Kenapa Azmin yang di sebut tapi Azwan pula yang melompat? Setelah diselidiki, barulah Sangkakala teringat satu kenyataan Azwan juga di dalam akaun twitter milik beliau yang menyatakan bahawa beliau amat berharap agar Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada masa akan datang untuk menggantikan Khalid Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Khalid GAGAP.

Kisah ini pasti amat memilukan bagi seorang ibu yang mengharapkan supaya di akhir-akhir usia, Mak Tom sudah pastinya berkeinginan untuk berada disampin anak-anak, bukannya mendapat makian serta hinaan sedemikian rupa.

Sangkakala harap agar Mak Tom bersabar dengan tingkah laku anak-anaknya itu, ingatlah Allah itu maha mengetahui dan hukuman pada zaman sekarang tidak perlu tunggu masuk ke liang lahad, di atas dunia kita sudah dapat melihat akan musibah yang bakal melanda mereka..wallahualam.

Isnin, 7 Mei 2012

LIM GUAN ENG DILEMPAR KERANA ADA GIRLFRIEND

Wah kalau betul apa yang Sangkakala dengar ni, ini satu lagi berita yang hangat.

Lim Guan Eng dikatakan mempunyai kekasih gelap dan telah diketahui oleh isteri beliau yang berada di Melaka.

Haha, nampaknya sorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat ada isu.

Menurut berita yang Sangkakala terima, kisah ini terjadi apabila isteri LGE menemui bukti tentang hubungan wanita itu dengan teman wanitanya.

Isteri LGE dikatakan telah naik angin dan terus melempar bekas abu roko hingga terkena kepala LGE, malang nasib beliau tak pandai simpan rahsia sama maca Anwar dan Azmin.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 6 Mei 2012

APA PULAK KATA MAJLIS SYURA PAS

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengeluarkan fatwa bahawasanya umat Islam yang berhimpun dan mendatangkan huru hara adalah haram.

Majlis Fatwa bersependapat begitu berikutan sekarang ini rakyat telah diperlihatkan dengan demonstrasi yang membawa kepada kemusnahan harta benda awam serta kerosakan yang melampau.

Pada 28/4 yang lalu, perhimpunan BERSIH yang diketuai oleh S.Ambiga telah menjadi huru-hara.

Lebih mengejutkan lagi apabila PAS yang mengatakan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam merestui pengikut-pengikut mereka menjadi ala-ala pengganas yang bertindak menyerang anggota polis.

Nik Aziz Nik Mat, selaku mursyidul am PAS juga telah mengakui bahawa PAS ada memberikan sumbangan berupa wang kepada para peserta bagi menghadiri perhimpunan tersebut, ini jelas menunjukkan PAS manyokong himpunan yang diharamkan oleh Majlis Fatwa ini.

Yang menghairankan ialah, adakah ulamak-ulamak didalam PAS tidak mengetahui bahawa himpunan ini boleh menjadi haram apabila ianya membawa kepada kemudaratan bukan hanya terhadap peserta, pihak berkuasa malah kepada para peniaga di sekitar kawasan tersebut.

Sangkakala harap selepas ini tidak akan ada lagi himpunan seperti ini setelah kita semua mengetahui bahawa ianya adalah haram.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NAJIB ATAU ANWAR YANG PERLU MOHON MAAF

Kenyataan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memohon maaf diatas keganasan polis terhadap peserta himpunan BERSIH baru-baru ini. Nampak sangat Ketua Penerangan ni bodoh kayu, polis yang berada di situ tidak di bawa oleh Perdana Menteri dan terbukti bahawa pasukan polis yang bertugas di serang oleh PENGGANAS-PENGGANAS HIMPUNAN.

Berbeza pula dengan PENGGANAS-PENGGANAS ini, mereka memang sengaja dikumpulkan oleh Anwar, Ambiga, A.Samad Said dan lain-lain utnuk berhimpun seterusnya mencetuskan kekecohan, jadi dalam kes ini siapa yang perlu minta maaf? Najib atau Anwar?

Seluruh rakyat Malaysia merasakan bahawa keganasan ini berpunca setelah Anwar sampai ke lokasi himpunan dan memberi isyarat tangan kepada Azmin walaupun ianya di nafikan dengan mengatakan bahawa itu hanyalah isyarat untuk Azmin berunding dengan pihak polis.

Ketua Penerangan dengan ketua Umum sama je bengapnya.

LAYAK KE A.SAMAD SAID DIGELAR SASTERAWAN

Gelaran Sasterawan Negara tidak layak jika diberikan kepada A.Samad Said ekoran dari himpunan BERSIH yang telah berlaku pada tragedi 28/4 yang lalu. Orang yang dianggap sebagai seniman ini lebih layak di gelar seniman atau sasterawan kerana tindakan beliau yang mencetuskan perbalahan diantara peserta himpunan dengan polis.

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan bahawa keamanan akan dibawa dengan penuh berhemah oleh pak Samad tetapi kejadian sebaliknya telah berlaku.

Sebagai seorang sasterawan, pak Samad sepatutnya mengekalkan keharmonian dan bukannya membawa rakyat ke gelanggang pertelingkahan sperti yang telah terjadi.

Sangkakala telah keluarkan tak lama sebelum himpunan berlangsung dimana, Sangkakala telah menjangkakan bahawa pak Samad tidak akan mampu untuk mengawal peserta himpunan dari melakuka keganasan.

Malam tadi telah diadakan satu majlis yang mengatakan bahawa Pak Samad layak digelar sasterawan rakyat oleh sekumpulan seniman bebas, mungkin hati pak Samd berbunga-bunga mendapat gelaran itu, tetapi yang sebenarnya gelaran tersebut hanyalah sindirian terhadap beliau yang menyatakan bahawa beliau adalah sasterawan keganasan himpunan.

Dalam usia senja sepatutnya pak Samad yang disegani membawa anak-anak muda serta rakyat supaya bersatu padu dan bukannya membawa mereka ke jalanan dan berdemo bersama-sama dengan pendokong LGBT, S.Ambiga.

Tindakan pak Samad tidak lebih dari rasa kecewa kerana mungkin buku-buku tulisan beliau tidak mendapat sambutan oleh rakyat, ini Sangkakala berani nyatakan berikutan dakwaan beberapa orang rakan yang mempersoalkan kenapa seorang seniman berada didalam kelompok orang yang menyatakan bahawa mereka memperjuangkan tentang ketelusan pilihanraya, dimana pak Samad hendak berdiri didalam situasi begini? Adakah beliau ingin menjadi calon pilihanraya akan datang?

Jika benar dengan apa yang didakwa oleh rakan-rakan Sangkakala tentang buku-buku pak Samad, mungkin Sangkakala boleh berikan satu cadangan disini, apa kata jika pak Samad menjual buku-buku penulisan beliau kepada peserta himpunan yang dikatakan mencecah ratusan ribu orang walaupun pada pandangan Sangkakala hanya melibatkan beberapa puluh ribu sahaja, itu mungkin lebih baik dan sudah tentu pak Samad akan memperolehi keuntungan.

Sabtu, 5 Mei 2012

AMBIGA PERLU BERTANGGUNG JAWAB KATA PENIAGA KUALA LUMPUR

Sekumpulan peniaga ibu kota hari ini berkumpul di hadapan Kompleks Pertama di pusat bandar raya bagi menuntut pampasan dan ganti rugi kerana didakwa kerugian susulan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Peniaga sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Sogo, Kompleks Pertama dan Campbell hadir menuntut pampasan tersebut dan membantah perhimpunan BERSIH diadakan di kawasan mereka selepas ini.

"Kami peniaga, tidak mahu BERSIH ini dijadikan acara di hadapan tempat perniagaan kami. Ia dibuat, dan telah menjejaskan perniagaan kami.

"Kami tetap menolak BERSIH (siri) satu, dua, tiga dan empat. Kami akan menentang BERSIH atau pihak yang mengganggu ketenteraman hingga ke darah titisan terakhir," kata peniaga Ikhlas Ridzuan.

Bahkan, beliau yang berniaga di Kompleks Pertama sejak 36 tahun lalu, turut menempelak perhimpunan BERSIH dengan menyifatkannya sebagai 'busuk'.

"Nama sahaja BERSIH tapi busuk. Kami tidak akan terima lagi sampah yang ke-empat," katanya.

Beliau juga menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail supaya mengambil berat terhadap rintihan peniaga di kawasan perniagaan mereka itu - yang sering menjadi tempat demonstrasi - yang didakwanya "sudah terjejas teruk".

Beliau turut menggesa supaya "orang lain jangan kacau tempat" mereka untuk menjalankan perniagaan mereka.

Manakala seorang lagi peniaga di Kompleks Pertama Zainul Hanapiah Ahmad pula mendakwa sejak perhimpunan BERSIH yang pertama, peniaga di kawasan sekitar itu "tidak boleh menjalankan perniagaan" mereka.

Apatah lagi, katanya, ura-ura perhimpunan seumpama itu akan diadakan buat kali yang keempat.

"Kita bantah perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan. Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tindakan terhadap pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

"Jangan tangkap ikan bilis sahaja... Peniaga takut nak keluar (untuk berniaga) dan menjejaskan perniagaan mereka," katanya sambil memberi amaran tidak akan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum jika perhimpunan ini diadakan.

Mohd Ridzuan juga berkata beliau tidak teragak-agak untuk "duduk" bersama-sama dengan peniaga sekitar Kuala Lumpur, di hadapan rumah Ambiga bagi menuntut pampasan di atas kerugian yang dialami dan membantah sekiranya BERSIH 4 diadakan.

Bercakap kepada media selepas perhimpunan tersebut , Mohd Ridzuan menjelaskan pihaknya akan berhimpun secara aman di rumah pemimpin BERSIH itu hanya untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya akan membatalkan hasrat tersebut sekiranya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

"Wujud pula nak buat BERSIH 4, kita minta peniaga bangkit menentangnya... Kami merayu kepada polis supaya mengambil tindakan kepada Ambiga.

"Jangan lari, kami kejar untuk dapatkan pampasan," katanya sambil merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membantu peniaga di situ.

Dalam perkembangan berkaitan, IKHLAS membuka kaunter untuk mengumpulkan para peniaga yang didakwa terjejas akibat perhimpunan tersebut.

Setakat ini, pihaknya kini telah mengumpul kira-kira 200 peniaga dalam tempoh dua hari bermula semalam. Mereka akan berada di kompleks tersebut selama seminggu.

Mohd Ridzuan berkata selepas itu mereka akan mengkaji jumlah kerugian yang dialami oleh peniaga sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, pada BERSIH 2.0 mereka merekodkan sebanyak 317 peniaga telah membuat laporan polis. Jumlah kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak lebih RM800,000.

Dalam perhimpunan yang diadakan, mereka turut merentangkan kain pemidang membantah BERSIH 3.0.


psssttt..Aci kena jawab tau ka ini hal..

IBU AZMIN MENANGIS SAMBIL MENGATAKAN AZMIN ANAK DERHAKA


Kasihnya ibu membawa ke syurga, itu ungkapan yang selalu kita dengar dan selalu menjadi panduan agar kita tidak sesekali menderhaka terhadap ibu dan bapa apatah lagi mereka kini sudah berada di umur senja.

Tetapi tidak bagi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memang boleh dianggap derhaka kepada ibunya Che Tom yang selama ini mengadu bahawa Azmin sudah lama tidak menjengah beliau malah langsung tidak pernah memberi apa-apa bantuan bagi menyara hidup ibu tua ini.

Ibu Azmin pernah dilaporkan dalam keadaan sakit dan meminta supaya Azmin datang menjengah beliau akibat dari kerinduan yang teramat sangat terhadap anak lelakinya itu. Namun apa yang dihajati oleh ibu malang ini, anak yang diharapkan datang menjengah langsung tidak kelihatan, malah yang hanya kedengaran hanyalah cerita dari mulut ke mulut yang mengatakan Azmin berada disana sini.

Lebih memilukan hati seorang ibu ini apa bila baru-baru ini telinga beliau didendangkan dengan pendedahan gambar perlakuan sumbang yang dikatakan mirip kepada anak lelakinya itu, malah ada di kalangan adik beradik Azmin sendiri mengatakan bahawa 99.99% gambar tersebut adalah Azmin.

Betapa aibnya seorang ibu apa bila mengetahui ini kepribadian anak yang ditunggu-tunggu kepulangannaya.

Sangkakala berasa amat sedih dan kecewa, kerana Azmin yang Sangkakala anggap bertuah kerana masih lagi mempunyai ibu tidak langsung menghargai pengorbanan ibunya yang telah membesarkan beliau, menjaga sakit demam semasa kecil, makan minum, pakaian dan sebagainya, bila Azmin berada didalam kelompok Anwar, maka hilanglah jasa ibu tua ini, yang ada hanyalah jasa Anwar bin Ibrahim.

Malam ini dikhabarkan ibu Azmin akan muncul di TV3, dalam keadaan menangis hiba ibu ini dikatakan telah mengisytiharkan bahawa Azmin haji Ali adalah anak derhaka. Astaghfirullah, taubatlah Azmin sebelum ibumu mngadap illahi.

PELAJAR BERANI KETAKUTAN BILA DITAHAN POLIS


Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut.

Kalau dah rasa diri tu handal sangat sampai kata sokong semua polis di bunuh, yang pegi bawa mak bapa kaum keluarga semua tu buat apa? berani buat kena berani tanggung, jangan hanya berani menulis di facebook, buat malu kawan-kawan je.

AZMIN DAN ANWAR SAMA TARAF

Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan anak didik beliau, Azmin Ali berkenaan dengan gambar yang dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR itu. Anwar juga mengatakan bahawa ini adalah konspirasi UMNO bagi menjatuhkan Azmin.

Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, begitulah juga Azmin yang menjadikan Anwar sebagai idolanya memang akan mengikut apa juga rentak yang dilakukan oleh Anwar.

Anwar sudah pasti akan mempertahankan Azmin kerana kalau Anwar mengiyakan perkara tersebut, maka Azmin pula akan mengatakan bahawa video Chinadoll yang lalu juga betul.

Hahaha.. apa Azmin buat Anwar pertahan, apa Anwar buat Azmin pertahankan, jadi apa nak dikisahkan sangat tentang video ni. Dah memang terang sangat gambar tu.

NAH KENYATAAN MAHASISWA YANG ADA AKAL


Ini baru mahasiswa yang dikatakan berakal dan ada wawasan tersendiri, bukan hanya mengikut telunjuk pembangkang (pembangang) ..

Jumaat, 4 Mei 2012

SUHAKAM MENGHINA HAK ASASI MANUSIA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengeluarkan kenyataan didalam Malaysiakini melalui timbalannya Dr Khaw Lake Tee yang mengatakan bahawa tindakan polis melepaskan gas pemedih mata melanggar hak asasi manusia kerana membahayakan keselamatan orang awam.

SUHAKAM juga mengatakan bahawa tembakan gas pemedih mata di sepanjang Jalan Pudu itu walau pun tidak disasarkan kepada hospital serta kemudahan awam lain ianya tetap melanggar hak asasi.

Itu adalah kenyataan SUHAKAM, tetapi bagaimana pula dengan berarak di sepanjang jalan tersebut? Tidakkah ianya melanggar hak asasi manusia? Adakah peserta-peserta BERSIH 2 sahaja yang disifatkan sebagai manusia dan orang yang berada di sekeliling kawasan berkenaan bukan manusia yang mana mereka juga mempunyai hak asasi?

Penganjur BERSIH 2.0 dan 3.0 perlu dikenakan tindakan melanggar hak asasi manusia kerana menganggu ketenteraman awam dan ianya melebihi dari peserta himpunan.

Dalam kes ini, SUHAKAM diminta untuk tidak mengambil tindakan berat sebelah dengan hanya mengatakan bahawa pihak berkuasa salah dan melanggar hak asasi, SUHAKAM juga perlu mengetahui bahawa anggota keselamatan itu adalah manusia, bukannya haiwan.

Bagi Sangkakala, SUHAKAM dilihat menghina hak asasi manusia dengan sokongan berat sebelah yang di tunjukkan semasa himpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AZMIN CARI MODAL UNTUK BERTANDING

Azmin Ali telah menghantar tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan tersebarnya gambar perlakuan seks mirip beliau didada akhbar tersebut.

Azmin yang menafikan sekeras-kerasnya gambar tersebut adalah beliau telah menuntut ganti rugi sebanyak RM 100 juta daripada Utusan yang dikatakan telah mengaibkan beliau.

Pelik pula Sangkakala, kenapa saman Utusan tapi tak saman si pengedar gambar tersebut? Utusan hanya mengambil gambar dari laman blog.

Mungkin juga Azmin sengaja membuat tuntutan begitu kerana beliau merasakan peratusan beliau untuk menjadi Menteri Besar amat tipis kini akibat dari tersebarnya gambar-gambar yang mengaibkan ini.

Atau mungkin juga Azmin mengambil kira sekiranya beliau berjaya dalam tuntutan tersebut, maka jika tidak bertanding pun tidak mengapa dan beliau selesa mendapat wang sebegitu banyak.

Azmin lupa bahawa sekiranya gambar tersebut adalah betul, kemungkinan orang yang membuat rakaman itu adalah orang PKR sendiri yang mahu melihat kejatuhan Azmin dari dunia politik dan bukanlah dari atau konspirasi Barisan Nasional, ini semua kita boleh lihat dari beberapa orang yang tidak suka dengan Azmin di dalam parti tersebut.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMBANGKANG MULA KECUT AKIBAT TINDAKAN PESERTA BERSIH

Dalam kenyataan Timbalan Presiden PAS didalam Harakahdaily semalam jelas melihatkan bahawa parti pembangkang kini dalam dilema apa bila semua media tentang keganasa peserta himpunan pada hari tersebut.

Mat Sabu mengatakan bahawa selagi media melaporkan bahawa keganasan berpunca dari polis, maka kemarahan rakyat akan lebih membara.

Bagi Sangkakala pula, kenyataan yang disebutkan oleh Mat Sabu itu tidak lebih dari ayat mengugut supaya media serta orang ramai yang ada di tempat kejadian pada hari tersebut mendiamkan diri dan segala masalah yang dinyalakan oleh peserta himpunan tidak diketahui umum.

Beliau juga berkata dengan tersebarnya gambar-gambar yang menunjukkan betapa kejamnya polis terhadap orang ramai membuatkan rakyat semakin benci kepada kerajaan, Sangkakala menyangkal dakwaan serta tuduhan ini, ini kerana setiap gambar yang di keluarkan oleh pembangkang sudah pasti akan dibalas dengan gambar asli kejadian.

Sebagai contoh, kejadian kenderaan polis yang diterbalikkan di SOGO, dalam kejadian tersebut, pemandu kenderaan telah diserang oleh perusuh-perusuh hingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius di kepala, dan kenderaan tersebut hilang kawalan apabila beliau dalam keadaan separuh sedar setelah kepala beliau terkena batu yang dilempar oleh perusuh dan dakwaan mengatakan ada mangsa di bawah kenderaan itu adalah tidak benar sama-sekali.

Bagai mana Mat Sabu juga mengatakan bahawa, dengan permohonan maaf Ketua Polis Negara jelas menunjukkan bahawa pihak polis bersalah dalam hal ini, agaknya Mat Sabu lupa dalam sidang media di Pejabat PKR, seorang pemuda cina yang merupakan ahli PKR telah menempelak Anwar Ibrahim dihadapan berpuluh-puluh orang wartawan, dan pemuda ini telah diseret keluar oleh pengikut PKR sendiri dan ada cubaan memukul beliau di luar bilik persidangan.

Pembangkang kini kehabisan modal serta isu untuk dibangkitkan berkenaan isu BERSIH, rakyat kini dapat menilai bahawa mereka (pembangkang) ini sememangnya pengganas dan akan mengganas dengan lebih ganas lagi jika mereka memerintah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 3 Mei 2012

AZMIN TERKELUAR DARI SENARAI MENTERI BESAR SELANGOR

Kita dikejutkan dengan pendedahan gambar-gambar porno yang dikatakan mirip kepada Timbalan Presiden PKR baru-baru ini. Apa yang dapat dilihat ialah, perkara ini seolah-olah dirancang oleh kepimpinan tertinggi parti itu juga, ini dapat kita perhatikan dalam beberapa sudut dan Sangkakala akan nyatakan satu demi satu dalam artikel kali ini.

Cuba kita lihat dalam akhbar Selangorkini baru-baru ini, kita dapat melihat bahawa 3 bentuk artikel yang membabitkan Nurul Izzah iaitu naib Presiden PKR yang juga adalah anak kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Wan Azizah sebagai Presiden PKR itu sendiri. Persoalannya ialah, kenapa Selangorkini, akhbar tabloid yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor beriya-iya sangat mempromosikan Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Adakah ini salah satu cara untuk mempromosikan Nurul Izzah sebagai calon ADUN di Selangor dalam PRU13 nanti dan sekiranya Pakatan Rakyat masih memerintah negeri itu Nurul Izzah akan diangkat sebagai Menteri Besar wanita yang pertama di tanah air ini?

Dari aspek lain pula, Azmin kini menduduki tangga kedua tertinggi dalam kepimpinan PKR dan perlu diingat, semasa pemilihan PKR yang lalu kalau tidak silap, Nurul Izzah juga ada menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut dan kemudiannya menarik diri.

Jika kita mengkaji semula situasi ini, tidak mustahil jika ianya dilakukan untuk memberikan Nurul Izzah laluan mudah dalam memenangi kerusi timbalan presiden mahupun presiden setelah gambar-gambar yang amat memalukan ini tersebar di blog-blog serta media-media lain.

Jika Nurul Izzah memenangi kerusi timbalan presiden, dan jika beliau bertanding sebagai ADUN negeri Selangor, sudah tentulah beliau akan menjadi Menteri Besar, dan Azmin akan mejadi mangsa keadaan dimana gambar-gambar tersebut menjadi liabiliti kepada dirinya.

Bagaimana pula dengan Azmin yang selama ini bercita-cita untuk memegang jawatan presiden dengan keaiban yang ada sekarang ini? Adakah ianya akan menjadi bayang-bayang atau ianya akan menjadi kenyataan?

Kita perlu faham bahawa politikAnwar Ibrahim sememangnya kotor sejak dari dalam UMNO lagi, dan kekotoran itu juga yang menjadi badi didalam UMNO sebenarnya. Adalah tidak mustahil sekiranya beliau bercita-cita untuk menjadikan PKR adalah sebuah parti keluarga dimana semua jawatan tertinggi adalah dimiliki oleh anak-beranak beliau.

Percaturan politik Anwar bukan sahaja didalam parti, tetapi kini beliau sedang cuba menyalakan api kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan mengatakan kerajaan ini zalim dan sebagainya. Sedangkan kezaliman itu ada dalam diri Anwar Ibrahim sendiri tetapi beliau telah menyorokkan serta menyimpannya dengan janji-janji manis yang di taburkan.

ORANG DALAM GAMBAR NI HANYA PANDAI BERCAKAP



Setelah apa yang terjadi di Dataran Merdeka pada 28 april lepas, nampaknya Sallahuddin Ayub hanya pandai berkata-kata, tetapi ternyata beliau tidak mengetahui apa yang terkandung dalam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau.

Beliau mengatakan bahawa dalam himpunan BERSIH 3.0 itu jelas kelihatan pihak polis melakukan kekejaman terhadap orang ramai.

Persoalannya ialah, adakah orang ramai yang disebut oleh Salahuddin itu adalah orang awam atau peserta himpunan? Kedua-dua ini ada bezanya, jika peserta himpunan, meraka memang telah datang untuk melakukan demonstrasi dan jika orang awam mereka datang untuk beriadah.

Jika mengikut kata Salhuddin, ianya seolah-olah menggambarkan bahawa pihak polis dengan sewenang-wenangnya mahu mengambil tindakan terhadap rakyat, sedangkan itu tidak berlaku sama sekali.

Pihak polis mengambil tindakan setelah peserta merempuh masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka yang telah dilarang oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan ianya menjadi tempat larangan bermula dari 28 april hingga 1 mei.

Jadi apa bila larangan ini dibuat, pihak polis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi menghalang daripada peserta- peserta ini masuk ke kawasan tersebut. Dan pihak polis juga telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan cara membuat benteng pertahan badan selain dari benteng plastik kawat berduri serta pagar yang mana semuanya di rempuh oleh para peserta himpunan.

Tetapi, dengan apa yang dikatakan oleh Salahuddin seolah-olah, pihak polis perlu membiarkan sahaja apa yang terjadi, dan membiarkan sahaja keadaan menjadi huru-hara dan itu mungkin dikatakan oleh pemimpin bangang PAS seperti Salahuddin adalah yang terbaik. Sedangkan mengikut  Akta Himpunan Aman 2011 telah memperuntukkan bahawa Akta ini memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan. Adakah pihak penganjur mengikut atau meminta pengikutnya supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan?
Sangkakala tetap mengatakan polis di Malaysia dan pihak Kementerian Dalam Negeri adalah yang terbaik kerana tiada langsung kehilangan jiwa di laporkan berlaku. Dan ini membuktikan bahawa pasukan PDRM telah menjalankan tugas dengan sempurna. Tahniah PDRM serta KDN.

Rabu, 2 Mei 2012

PESERTA BADMINTON PIALA PERDANA KECEWA

Sangkakala mendapat aduan dari peserta kejohanan badminton piala perdana serta pertandingan bowling yang mangatakan bahawa urusetia pertandingan tidak peka dengan jadual perrtandingan yang ada.

Peserta memberitahu bahawa makanan untuk peserta akan disediakan jam 8 malam sedangkan raptai untuk majlis perasmian juga akan diadakan pada masa yang sama.

"Bila kami nak makan dan bila pula nak raptai" itu rungutan yang sangkakala terima dari para peserta.

Untuk pengetahuan, kejohanan ini disertai oleh isteri-isteri Menteri, Timbalan Menteri serta ADUN-ADUN BN dan di adakan di Kuantan Pahang.

Ini memalukan kerajaan negeri Pahang serta Menteri Besar sendiri ni.
Pelik juga Sangkakala dalam hal ni, takkan urusetia tak tau tentatif program kot. Janganlah susahkan peserta sampai mcm tu sekali, betul juga, kalau lepas makan terus raptai, mau ada yang muntah hijau kat situ nanti.

Jadi kepada urusetia, jadilah urusetia yang lebih profesional, sebab yang datang tu dari golongan VIP, malu lah bila ada komplen macam tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GEMPAR: MAJLIS PERBANDARAN TIDAK BOLEH MENERIMA PERUNTUKAN



Rafizi Ramli sekali lagi mengulangi kenyataan bodoh beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 5 juta kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

Beliau mendakwa bahawa MPWK adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, maka dengan itu peruntukan atau bajet atau bantuan tidak boleh diberikan kepada MPWK atas alasan tersebut.

Beliau berkata begitu didalam Malaysiakini, sila klik untuk bacaan lanjut.

Jika MPWK yang di naungi oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat tidak layak menerima bantuan dari KPWM atas sebab tersebut, maka semua Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Majlis Agama dan lain-lain Majlis lagi tidak layak untuk menerima bantuan kerana semuanya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Macam mana PKR boleh letak si badut JAMBU ni sebagai pengarah strategi parti agaknya? MPWK adalah sebuah majlis yang dianggotai oleh ketua-ketua wanita UMNO, nampaknya Rafizi tidak tahu bagaimana untuk membezakan sebuah Majlis serta sesebuah pertubuhan atau persatuan.

Untuk pengetahuan semua, MPWK adalah sama seperti Majlis Perbandaran yang mempunyai Ahli Majlis dan didaftarkan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta tidak salah untuk Kementerian memberikan peruntukan untuk Majlis ini bergerak dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan.

KERAJAAN SELANGOR TIDAK MENGHARGAI PASUKAN POLIS



Kerajaan Selangor hari ini cuba untuk mengalihkan pandangan umum tentang keganasan yang dimulakan oleh peserta-peserta himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Didalam portal Malaysiakini hari ini jelas melihat bahawa Khalid selaku Menteri Besar Selangor menyokong tindakan mengikat reben kuning yang kononnya adalah simbol kebebasan media.

Wartawan Selangor Times telah meminta supaya Khalid serta beberapa orang EXCO kerajaan negeri mengikat reben tersebut sebelum sidang media di lakukan.

Khalid nampaknya secara terang-terangan telah menghina anggota polis yang mengawal ketenteraman semasa himpunan tersebut berlangsung di Dataran Merdeka. Apa yang Sangkakala cuba sampaikan disini ialah, jika Khalid Ibrahim atau lebih sinonim dipanggil sebagai Khalid gagap memihak kepada wartawan semata-mata dan menyebelahi mereka, bagaimana pula dengan anggota polis yang telah tercedera serta dirawat di hospital? Adakah mereka ini tidak perlu dibela?

Khalid juga menyatakan di dalam sidang media tersebut bahawa beliau amat simpati dengan nasib wartawan yang didakwa dipukul serta dikasari oleh pihak polis, tetapi beliau tidak pula mengecam tindakan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kini boleh digelar Azmin porno untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka serta menyerang anggota polis yang bertugas disitu.