Jumaat, 10 Februari 2012
NIK AZIZ MEMANG PANDAI
Salahudin Ayub atau Din Pudu Naib Presiden PAS (gambar) yang mempunyai kontroversi kononnya ada skandal dengan isteri orang mahu dilenyapkan secara perlahan-lahan oleh Nik Aziz bersama-sama DAP dan PKR dari PAS.
Mana tidaknya, Nik Aziz berkata beliau amat terharu untuk melepaskan Din Pudu untuk bertanding di Johor tempat kelahiran abang Din sendiri. Tetapi jika boleh menguatkan pergerakan parti itu di Johor Nik Aziz rela. Itu menurut apa yg dikatakan oleh Nik Aziz dalam harakahdaily.
Sangkakala dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, bahawa Nik Aziz memang tidak begitu menyukai tindak tanduk abg Din Pudu tambahan pula dengan skandal yang membabitkan beliau.
Jadi ini adalah jalan terbaik untuk Nik Aziz mematikan karier politik abg Din, dengan meletakkan abg Din di Johor sudah pastinya abang Din akan mengalami kekalahan dan sekaligus di dalam kepimpinan atasan PAS kerana mengikut satu lagi sumber yang Sangkakala perolehi, orang Johor amat mengenali latar belakang Din Pudu dan ianya menjadi satu kebencian yang telah tertanam di hati penduduk serta rakyat Johor.
Sangkakala ingin mengucapkan selamat menuju alam kekalahan sebagai wakil rakyat (MP/ADUN) di Johor dan selamat juga mengalami kekalahan di dalam PAS itu sendiri.
Steady Nik Aziz, smart game!!!!
JELAS BETAPA BODOHNYA SI JONAH
Kenyataan yang berbunyi " pentadbiran Umno BN yang memerintah negara puluhan tahun terbukti gagal memahamkan rakyat mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia", kenyataan ini hanya berpunca dari kesilapan penulisan di dalam laman Web JKM yang mengatakan bahawa perayaan Thaipusam disambut oleh agama Budha sedangkan ianya di sambut oleh agama Hindu.
Hanya kerana sebuah penulisan dan ianya adalah penulisan dari Kementerian juga nak disalahkan UMNO?
Sangkakala nak tanya sikit pada Jonah, masa kecil dulu jika dia terlewat ke sekolah, adakah itu juga salah UMNO kerana tidak membina sebuah sekolah di sebelah rumah beliau untuk beliau belajar?
Setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, dan mungkin juga penulis di laman web tersebut terlupa tentang perayaan tersebut kerana kita di Malaysia ini kaya dengan perayaan bersesuaian dengan cara hidup kita yang berbilang kaum dan agama.
Kenapa perlu si Jonah nak perbesarkan perkara yang remeh temeh begitu? Dan kenapa perlu disalahkan UMNO/BN tentang penulisan tersebut. Mungkin penulis itu adalah pengikut PR dan kalau ianya benar, maka PR yang gagal mendidik pengikut mereka mengenali serta memahami perayaan serta budaya kaum yang ada dalam negara ini.
Bagi Sangkakala artikel dalam Keadilandaily dan kenyataan Jonah adalah kelakar. Nampak sangat kebodohan seorang yang berjawatan tinggi dalam Angkatan Muda Keadilan..
Khamis, 9 Februari 2012
TENTATIF TRANS 1 MALAYSIA
TENTATIF TRANS 1 MALAYSIA
Hari Pertama - Ahad (5 Februari 2012)
0800 : (0 km) Bermula dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. : (50.3 km)
Check Point 1: Masjid Jamek Mukim Ayer Baloi. : (102 km)
End Point: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Hari Kedua - Isnin (6 Februari 2012)
0800 : (102 km) Bergerak dari Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). : (155 km)
Check Point 1: Sekolah Kebangsaan Parit Pechah. : (205 km)
Check Point 2: Caltex di AMJ (Makan Tengahari). : (241 km)
End Point : Pusat Koreksional Tg. Keling, Melaka.
Hari Ketiga - Selasa (7 Februari 2012) 0800 : (241 km) Bertolak dari Pusat Koreksional Tanjung Kling, Melaka. : (299 km)
Check Point 1: Sekolah Menengah Teknik Dato Maharaja Lela. : (352 km)
Check Point 2: Jabatan Kebajikan Masyarakat (Makan Tengahari). : (385 km)
End Point: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hari Keempat - Rabu (8 Februari 2012) 0800 : (385 km) Bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). : (450 km) Check Point 1: Petronas @ Klang (Makan Tengahari). : (487 km)
Check Point 2: Petronas Sungai Buloh. : (505 km) End point : Kuala Selangor.
Hari Kelima - Khamis (9 Februari 2012) 0800 : Bergerak dari Kuala Selangor. : (535 km)
Check Point 1: Petronas Sg. Besar. : (568 km)
Check Point 2: Hutan Melintang (Makan Tengahari). : (631 km)
End Point : Lumut.
Hari Keenam - Jumaat (10 Februari 2012) 0800 : Aktiviti Kemasyarakatan bersama Rakyat Perak.
Hari Ketujuh - Sabtu (11 Februari 2012) 0800 : (631 km) Bergerak dari Lumut. : (701 km)
Check Point 2 : Petronas @ Bagan Serai ((Makan Tengahari). : (749 km)
End Point : Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal.
Hari Kelapan - Ahad (12 Februari 2012) 0800 : (749 km) Bergerak dari USM Nibong Tebal. : (791 km)
Check Point 1: Petronas @ Bagan Jermal (Makan Tengahari). : (868km)
End Point: Pusat Kokurikulum Kota Sarang Semut.
Hari Kesembilan - Isnin (13 Februari 2012) 0800 : (868 km) Bergerak dari Pusat Kokurikulum Kota Sarang Semut. : (934 km)
End Point : Universiti Malaysia Perlis, Kuala Perlis
Makan Malam Perdana bersama Pengayuh Trans 1 Malaysia.
Hari Kesepuluh - Selasa (14 Februari 2012) 1100 : Bergerak ke Kuala Perlis. 1400 : Sampai ke Pulau Langkawi.
Hari Kesebelas - Rabu (15 Februari 2012) 1000 : Menjalankan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di tempat-tempat yang terpilih. 1400 : Bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi.
Hari Keduabelas - Khamis (16 Februari 2012) 1000 : Persiapan Makan Malam Perdana meraikan semua urusetia yang terlibat. 2100 : Makan Malam Perdana meraikan semua urusetia yang terlibat.
Hari Ketigabelas - Jumaat (17 Februari 2012) 1000 : Bertolak pulang ke UTM Skudai, Johor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, 7 Februari 2012
DIN PUDU TAK SEDAR DIRI
Kelakar juga cerita ni, semua orang tau bahawa Johor adalah kubu kuat BN salama ni.
Sangkakala melihat perkara ini adalah mainan DAP untuk membunuh karektor Din Pudu dalam arena politik. Mana tidaknya apa bila Salahudin kalah kelak sudah pastinya beliau akan jadi liabiliti dalam PR dan nasibnya sudah pasti semua org tau.
Din Pudu dengarnya amat seronok sekarang ni atas kepercayaan PR kepada beliau dan Sangkakala dengar dari orang dalam PR sendiri yang Din Pudu akan diletakkan di kawasan yang sudah pastinya akan memberikan kekalahan teruk kepada beliau. Kawasan mana, nanti kita tengok.
Din Pudu yang kini memegang jawatan Naib Presiden PAS dan dulu mempunyai kes skandal dengan isteri orang sudah pasti akan menerima hentaman kuat daripada rakyat atau pengundi kawasan itu nanti.
Orang Johor yang melarikan diri dan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian kini ingin kembali ke Johor.
Selamat mengalami kekalahan bang Din. Mesti kak Azizah Rawang gembira dengan berita ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KEPIMPINAN SELANGOR MULA GOYANG
Perkara ini lebih menakutkan lagi apa bila semua rakyat tahu bahawa tarikh pilihanraya umum (PRU) semakin hampir dan ini akan menjadi isu hangat yang boleh menggoyahkan kepimpinan PR di Selangor.
Walau pun perkara ini berlaku pada tahun 2009 tetapi ianya masih lagi menjadi perbualan hangat tentang moral EXCO terbabit.
KERAJAAN KEDAH BOHONG KAUM INDIA
Tapi apa yang menyedihkan, sudah 3 kali upacara itu di sambut oleh kaum India di Negeri Kedah dalam waktu bekerja.
Ini membuatkan kaum India di Kedah merasakan bahawa pihak kerajaan negeri hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan atau melunaskan janji-janji tersebut.
Aney, achi, aka, tatha, pathi, macha, lepas ni kasi tukar itu Kedah punya kerajaan..wokey..
KESUNGGUHAN PEJUANG MAYA PAHANG
Program yang di hadiri oleh lebih dari seribu orang itu juga membuktikan bahawa harapan untuk pihak pembangkang dalam menguasai peperangan cyber semakin tipis.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob turut hadir bersama-sama dengan YB Datuk Mohd Sharkar EXCO kerajaan negeri Pahang yang juga merupakan Pengerusi MyVo1ce Kebangsaan. Program soal jawab bersama bloggers pula menjemput YH Datuk Shamsudin Nawawi S/U Politik kepada Menteri Besar sebagai moderator dan panelisnya pula terdiri daripada blogger Taiping Mali, KRO serta BraveHeart.
Ramai juga di kalangan ADUN, Ahli Parlimen, Ketua2 Bahagian, Ketua2 Pemuda, Ketua2 Puteri dan Ketua2 Wanita turut hadir dalam konvension tersebut.
Turut kelihatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shaifuddin Abdullah.
Pengarah Biro Tata Negara, YM Datuk Raja Arief pula berkata bahawa program ini telah menunjukkan kejayaan yang begitu memberansangkan dan di luar jangkaan kerana beliau di maklumkan hanya lebih kurang 800 org peserta yang telah mendaftarkan kehadiran pada peringkat awal tetapi kehadiran lebih dari 500 org secara walk-in menunjukkan betapa mereka amat bermina terhadap media sosial sebagai saluran maklumat terkini dalam membantu kerajaan.
Beliau juga berkata bahawa program ini adalah program pertama siri jelajah MyVo1ce ke negeri2 seluruh Malaysia.
Sangkakala ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pengerusi jawatan kuasa pengelola program MyVo1ce siri jelajah Negeri Pahang YB Datuk Shahaniza yg juga merupakan Adun Kuala Sentul, Maran serta seluruh Ahli jawatan kuasa dan petugas2 yang bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut.
Hassan Ali Tergamam Dengan Soalan Berikut!!!
Uploaded by semuthitam80 on Feb 6, 2012
Dalam sibuk - sibuk dia menyampaikan ceramah semalam, Datuk Dr. Hassan Ali tidak keberatan untuk menjawab soalan dari kalangan para hadirin.
Antara soalan yang diajukan ialah mengenai data - data berkaitan dengan aktiviti rumah urut dan pusat hiburan yang ada di Negeri Selangor pada ketika ini.
Hassan Ali menjelaskan bahawa dia sendiri pun tak tahu berapa banyak jumlah tersebut secara tepat kerana ada dikalangan pengusaha rumah urut ni diusahakan secara HARAM.
Walaubagaimana pun, kata Hassan Ali, untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha - pengusaha ini merupakan satu perkara yang sangat sukar dilakukan kerana ada halangan.
Isnin, 6 Februari 2012
ZURAIDAH CERITA PASAL MARUAH?
Kita semua tau bahawa kes NFC masih lagi didalam siasatan pihak berkuasa dan masih belum membuktikan apa-apa tambahan pula dengan kenyataan ketua juruaudit negara bahawa NFC yang di maksudkan adalah Pusat Fidlot Kebangsaan atau National Fidlot Centre (NFC) dan bukannya NFC Corp yqng diterajui oleh keluarga DS Shahrizat.
Berbalik kepada soal maruah yang di katakan oleh YB Zuraidah Kamarudin, kenapa beliau tidak mendesak supaya Datin Seri Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai Presiden PKR apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari dahulu. Bukankah itu juga melibatkan maruah?
Kenapa Datuk Seri Anwar tidak didesak melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umum PKR apa bila peguam DS Anwar yang juga merupakan Presiden DAP mengatakan bahawa kejadian diantara Saiful dan DS Anwar adalah berdasarkan kes suka sama suka?
Kes liwat DS Anwar telah di letakkan sebagai kes primafasi dimana hakim mendapati kes tersebut wujud dan boleh di bicarakan dan hakim juga pernah mengatakan bahawa Saiful Bukhari adalah saksi yang berkaliber dan boleh dipercayai?
Dimana maruah DS Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah dalam kes ini?
Sangkakala berpendapat bahawa YB Zuraidah cuba mengatakan bahawa keluarga DS Anwar Ibrahim tidak mempunyai maruah jadi tidak perlu untuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen atau sebagai pemimpin parti.
Mungkin juga YB ni takut nak kritik secara terang-terangan tetapi ibarat sindiran bak kata pepatah 'pukul anak sindir menantu', atau YB Zuraidah takut jika bersuara nanti nasib beliau akan jadi sama macam Datuk Hasan Ali yang dibuang keahlian kerana begitu lantang dan secqra terang-terangan mengkritik 'ANU gerah tuhan' iaitu DS Anwar Ibrahim.
Hati-hati YB nanti kena buang pula. Kita yang berfikiran matang haruslah berfikir semula apa yang sangkakala katakan ni. Tepuk dada tanya diri serta iman. Wassalam
HADI AWANG DALAM DILEMA
Lebih menyedihkan lagi apa bila Presiden PAS itu yang begitu menyayangi Datuk Dr Hasan Ali terpaksa memecat atau membuang keahlian EXCO kerajaan negeri Selangor itu semata-mata untuk memuaskan hati pemimpin PKR dan DAP.
Dalam permainan yang sudah tentunya di dalangi oleh DAP ini sudah tentunya memperlihatkan DS Hadi serba salah dalam membuat keputusan dalam memimpin parti PAS.
Jika dulu pemimpin PAS berkata sudah cukup untuk menjadi kafir hanya dengan menjadi ahli atau bersama-sama dengan UMNO kerana UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC kini kata-kata itu ibarat menepuk air di dalam dulang, bahkan ianya menjadi lebih teruk lagi apa bila campur tangan pemimpin PKR yang tidak menyenangi tindakan Dr Hasan Ali kerana mengkritik Anugerah Tuhan (seperti kata Wan Azizah) iaitu DS Anwar Ibrahim.
Pembaca sekalian, satu ketika dulu PAS melancarkan jihad untuk menentang UMNO, kini PAS terpaksa menentang orang dalam parti sendiri atas arahan PKR serta DAP.
Mana pegi amanat yang telah di sediakan oleh pemimpin PAS beberapa puluh tahun dahulu? Berapa ramai yang menjadi korban seperti peristiwa Memali contohnya, gara-gara terlalu taksub untuk mati sebagai Syuhada atau mati Syahid demi menentang UMNO dan apa sudah jadi kepada PAS sekarang?
PKR dan DAP hanya menggunakan kesempatan terhadap kelemahan PAS dalam mencari ruang dan peluang untuk memerintah. Hingga lupa bahawa perpaduan orang melayu dan umat islam di negara ini adalah begitu penting.
Baru-baru ini DS Hadi menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding lagi di dalam PRU 13, ini kerana tidak lain dan tidak bukan pemimpin PAS ini merasakan bahawa PAS sudah tidak boleh dilabel sebagai parti Islam lagi seperti dahulu.
Kita semua tahu bahawa DS Hadi adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip. Dan kini prinsip beliau untuk membangun bersama Islam sudah pasti tidak kesampaian setelah berpadu tenaga bersama-sama Pakatan pembangkang.
Dengan omongan kosong Anwar berkenaan 16/9 bahawa mereka akan menakluki PutraJaya, DS Hadi mungkin merasakan jika beliau terus bersama-sama pembangkang beliau juga akan terjerumus di dalam fitnah serta bersekongkol untuk menggadai negara ini ke tangan negara asing.
Sangkakala mengucapkan tahniah kepada DS Hadi yang telah melihat perkara ini sebagai perkara yang begitu serius dan tidak lagi mahu bersekongkol bersama-sama peliwat bersiri iaitu Anwar Ibrahim
Ahad, 5 Februari 2012
MAMPUKAH PR MEMBELA RAKYAT?
Cuba kita perhatikan laungan-laungan ini adakah akan menampakkan kebenarannya.
PAS melaungkan negara berkebajikan, dengan erti kata lain PAS meletakkan bahawa negara berkebajikan itu berpandukan dari agama Islam, tidak di nafikan dengan wujudnya sebuah negara berteraskan agama islam maka kebajikan rakyat tidak akan ketinggalan.
Tetapi yang menjadi persoalannya disini adakah perancangan PAS ini mendapat restu dari komponen PR iaitu DAP dan PKR?
DAP pula mensasarkan bahawa negara ini perlu di urus tadbir oleh mereka yang mana kebanyakan dari kita ketahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengikut cara dan rentak PAP, yang mana ianya sebuah parti yang tidak mmentingkan agama apatah lagi mereka seakan memusuhi agama islam, di tambah pula dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh presiden DAP sendiri dengan meminta PAS melangkah mayat mereka dahulu jika mahu menubuhkan negara islam.
PKR pula lebih kepada pembelaan individu yang bernama DS Anwar Ibrahim dalam kes-kes liwat beliau.
Sangkakala ingin menanyakan soalan denga cara ketiga-tiga parti tersebut yang mempunyai agenda masing-masing, mampukah mereka membela rakyat seperti yang war-warkan?
Kita berbalik kepada PAS, bangsa apakah yang akan di bela oleh PAS jika mereka memerintah? sudah pastinya tidak mengira bangsa tetapi hanyalah orang-orang islam dan bagai mana pula dengan bukan islam? Kemana mereka akan pergi untuk mengadu nasib jika terjadi sesuatu?
DAP pula dilihat lebih cenderung ke arah kaum cina, dan baru-baru ini lah kelihatan mereka begitu ligat mencari ahli di kalangan orang-orang melayu tetapi untuk apa? Hanya semata-mata untuk di jadikan kambing hitam dalam menjawat jawatan menteri besar kerana itu telah termaktub di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri?
PKR pula Sangkakala lihat lebih kepada membalas dendam pemimpin mereka terhadap kerajaan yang di katakan telah membongkar rahsia beliau meliwat beberapa orang.
Seperti artikel Sangkakala sebelum ini, Sangkakala ada menyatakan bahawa Karpal Singh pernah melambaikan dokumen yang di dakwa adalah bukti bahawa Ketua Umum PKR mempunyai kes liwat.
Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa sekiranya PR menang dalam pilihanraya dan di angkat sebagai kerajaan, maka ugut mengugut pula akan terjadi. Dimana ugutan terhadap kes liwat ini akan kembali aktif hingga membuatkan ketua pembangkang yang pastinya akan menjadi Perdana Menteri pada ketika itu tergamam tidak dapat berbuat apa-apa. Pertelagahan demi pertelagahan akan terjadi hingga kebajikan rakyat tadi tidak dapat di laksanakan dengan sempurna.
Berbeza pula dengan UMNO serta komponen Barisan Nasional yang mempunyai parti-parti komponen sendiri yang telah di wajibkan untuk menjaga kaum-kaum sendiri, sebagai contoh MCA untuk menjaga kebajikan kaum Cina an MIC di tugaskan untuk menjaga kaum India.
Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan saksama, baru-baru ini kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, dimana semua rakyat yang berpendapatan bawah RM 3000 masing-masing membawa pulang wang bantuan berjumlah RM 500 setiap keluarga, tidak mengira bangsa atau agama yang dianuti.
Begitu juga dengan bantuan voucer buku 1 Malaysia, setiap pelajar menerima voucer berjumlah RM 200 setiap seorang untuk membeli buku pelajaran dan ini dapat meringankan beban keluarga dalam membeli buku-buku pelajaran.
Ini belum dikira lagi subsidi kerajaan yang berjumlah hampir RM 20 billion setahun demi untuk membantu rakyat dalam kehidupan sehari-hari. Rakyat hari ini perlu mengkaji semula sudah berapa banyak wang dari kerajaan yang di salurkan kepada rakyat setiap tahun. Bukan hanya omong kosong bercakap tapi tidak melaksana.
Kita juga kena melihat, bila wujudnya PAS? Bila wujudnya DAP dan bila wujudnya PKR? adakah selepas UMNO/BN atau sebelum itu dikenali sebagai parti Perikatan atau mereka ini wujud sebelum itu?
Kita dilahirkan dengan akal dan fikiran, boleh memikir yang mana baik dan yang mana buruk, jangan hanya mendengar guruh di langit air tempayan di curah habis, yang keringnya kita, yang susahnya nanti anak cucu cicit kita, fikir-fikirkanlah.
Sabtu, 4 Februari 2012
SEJAUH MANA KEAKRABAN PAKATAN RAKYAT
PAS selama ini begitu melaung-laungkan keislaman di dalam parti tersebut hingga sanggup mengeluarkan begitu banyak fatwa yang boleh mengelirukan pengikut-pengikut dan rakyat Malaysia.
Kerana fatwa-fatwa ini juga, sudah berapa ramai yang menjadi mangsa? Ibu bapa tak mengaku anak, keluarga hilang kerana parti, suami isteri bercerai berai, hanya semata-mata kerana mmpertahankan parti serta fatwa songsang yang di keluarkan oleh pemimpin PAS.
Lain pula halnya dengan DAP, selama ini DAP hanya berjuang untuk orang-orang cina yang mnjadi pengikut mereka, DAP hanya menginginkan sebuah negara yang di perintah oleh kaum cina seperti Singapura.
DAP secara terang-terangan telah cuba untuk menghapuskan kuasa orang-orang melayu yang selama ini menjadi 'tuan' di negara ini, ini semua kerana orang melayu atau bumiputera adalah penduduk asal atau orang yang membuka tanah melayu suatu msa yang lalu.
DAP juga kurang senang dengan kesultanan melayu kerana bagi mereka, selagi wujudnya kesultanan ini maka hak serta kepentingan orang melayu tidak dapat digoncang serta di gugat.
Bagi PKR pula, kita semua maklum bahawa parti ini wujud setelah DS Anwar Ibrahim di penjarakan kerana tuduhan meliwat Sukma Darmawan dan Azizan yg juga merupakan pmandu peribadi beliau.
Perkara ini di kemukakan sendiri oleh Karpal Singh di dalam parlimen satu ketika dulu. Sambil beliau melambaikan kertas yang di dakwa adalah bukti di mana
DS Anwar adalah peliwat.
Tapi kini ketiga-tiga parti tersebut di lihat begitu akrab seperti aur dengan tebing, ibarat kuku dengan isi.
PAS yang dulunya menegakkan islam dan memperjuangkan Hudud sanggup melempar ketepi segala fatwa dan fahaman mereka, DAP yang begitu lantang mengatakan bahawa DS Anwar adalah peliwat kini menjadi pembela beliau di mahkama dan PKR yang ulunya memperjuangkan DS Anwar kini berubah hala dengan pelbagai masalah.
Adakah mereka ini mampu ntuk mengurus tadbir negara ini sekiranya mereka memerintah negara ini?
Fahaman mna yang akan mereka ikut? negara IslamN negara tidak beraja atau negara yang mengamalkan kebebasan dalam semua bentuk dan rupa?
Adakah PAS akan menyokong kebebasan seksual seperti yang di perjuangkan oleh PKR? Adakah DAP akan bersetuju untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam?
Kita perlu renungkan bersama perkara-perkara ini agar anak cucu kita nanti tidak terkeliru dengan parti yang bergabung hanya kerana kuasa dan bukan kerana kebajikan rakyat seperti yang telah di lakukan oleh UMNO dan BN.
KONVENSION MEDIA SOSIAL KELANTAN PINCANG
Tidak seperti di PWTC tempoh hari, dengar kata konvension di Kelantan turut di selinap masuk oleh cybertrooper pembangkang, sangkakala dapat merasakan bahawa penganjur program ini tidak peka dan tidak mengenali mana satu cybertrooper BN dan pembangkang.
Ini lah yang aan terjadi apa bila ada pihak yang cuba untuk mencari keuntungan dengan berpaksikan kepada prjuangan, ibarat kata pepatah 'Ada Cahaya Ada Bayang'.
Kepada cybertrooper yg berkenaan,bawa-bawa le bertaubat, perjuangan ini murni, perjuangan itu suci, jangan cemari nama perjuangan kerana poket sendiri. Kelak nanti merana diri.
Sangkakala cuma memberi nasihat dan pandangan, supaya nanti tak hilang kawan, jangan nanti hidup kesaorangan, ada nama tapi tiada penghormatan.
Apa yang sangkakala dengar juga, salah seorang pengajur ni adalah orang lama yang satu masa dulu turut terlibat di dalam konvension di PWTC. Sayang seribu sayang, hidup dah lama akal pulak hilang. Ada kawan-kawan yang nak membantu terus hilang keyakinan lagi.
Jadi tepuk dada tanyalah Iman.
Sabtu, 28 Januari 2012
APA STANDARD KARPAL SINGH?
Dalam pada itu baru-baru ini juga Karpal telah memfailkan rayuan kepada mahkamah.
Persoalannya di sini kenapa apabila Karpal Singh memfailkan rayuan pihak Majlis Peguam membisu seribu bahasa sedangkan apa bila Saiful Bukhari membuat rayuan pihak Majlis Peguam beriya-iya mempertahankan Anwar Ibrahim.
Sangkakala juga hairan kenapa ada double standard diantara dua kes yang sangkakala sebut tadi.
Apa beza antara Karpal Singh dan Saiful Bukhari? Sepatutnya pihak Majlis Peguam memandang perkara ini sebagai keadilan, tidak kira Karpal mahupun Saiful.
Selama ini kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa sistem perundangan dan kehakiman di negara ini tidak begitu adil.
Adakah apa yang dilakukan oleh pihak Majlis Peguam pada ketika ini mengikut keadilan seperti yang selalu dicanangkan?
Nantikan keluaran akan datang dan sangkakala akan dedahkan kepincangan pihak Majlis Peguam dengan berjumpa dengan peguam-peguam di bawah Majlis Peguam sendiri.
Rabu, 18 Januari 2012
KEPALA ADAM ADLI MUNGKIN PECAH
Adalah diingatkan kepada beliau bahawa kesabaran dari apa yang telah di lakukan oleh beliau di PWTC tempoh hari belum lagi reda kemarahannya.
Mungkin tidak serik atau belum kena buku dengan ruas maka anak didik PKR ini cuba menjual cabaran kepada orang-orang UMNO khususnya pemuda.
Ingatlah, ada orang yang sabarnya tinggi, ada yang sabarnya kurang dan ada yang langsung tak sabar.
Kalau tejumpa yang langsung tak sabar tu nanti, sia-sia je pecah kepala kena hayun.
Pegi balik, minta ampun dengan mak ayah dulu supaya apa yang kamu dah buat (mengecewakan ibu bapa kamu) akan terampun.
Ahad, 15 Januari 2012
BUKU JINGGA BUKTI PR CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Jingga itu sendiri iaitu Dr Dzulkifly Ahmad.
Beliau berkata lagi, langkah ini terpaksa diambil ekoran tanda-tanda pilihanraya umum 13 masih lagi kabur.
Yang menjadi persoalannya sekarang, dimana menifesto PR yang telah dicetak dalam buku jingga. Secara terang-terangan PR telah menipu pengikut untuk meraih undi dengan mengeluarkan menifesto seperti yang tertulis dalam buku jingga terbitan PR.
Tidak berapa lama lepas buku jingga dikeluarkan yang juga merupakan menifesto PR seperti yang di katakan oleh pemimpin PR.
Lepas ni pengikut-pengikut PR perlu bersedia dengan perubahan menifesto dari semasa ke semasa sekiranya PR menjadi pemerintah.
Dalam keadaan sekarang,tidak mustahil apa yang dijanjikan akan hilang dn lupus apabila DS Anwar, Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya menjadi pemerintah. beringatlah semua.
Sabtu, 14 Januari 2012
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA NAK BUAT TEATER
Apa sebenarnya yang diinginkan oleh SMM ni? Mungkin Menteri Pengajian Tinggi boleh memberikan maklumat lanjut berhubung dengan perkara tersebut.
Bagi sangkakala pula, mahasiswa ni elok diberikan pengajaran sebab kerana mereka ramai lagi yang tidak dapat masuk ke Universiti kerana mereka. Mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi.
Mahasiswa ni sepatutnya tidak memikirkan tentang politik cukup sekadar memantau kegiatan politik tetapi bukan campur secara langsung.
Pengorbanan ibu bapa di kampung, yang sanggup bergadai bergolok demi untuk memastikan kejayaan mereka.
ANWAR BAWA DUIT MASUK KE M'SIA 100 JUTA US UNTUK APA
Dari maklumat yang Sangkakala dapat DSAI telah membawa duit tersebut melalui penerbangan dari Thailand dan di bawa masuk oleh seorang Pilot kapal terbang.
Apa yang mengecewakan, pilot tersebut dengan sengaja turut sama bersekongkol dengan DSAI dalam usaha menghancurkan negara demi kepentingan politik dan kuasa.
Tapi dari mana sumber duit tersebut diperolehi? Sangkakala juga terdengar bahawa duit tersebut di taja oleh sebuah negara luar yang menginginkan DSAI menjadi Perdana Menteri.
Jika pada ketika ini DSAI telah mengambil wang dari negara trsebut, tidak mustahil negara itu mempunyai agenda tertentu terhadap negara ini.
Apa lagi yg Sangkakala dengar ialah negara yang menyalurkan wang tersebut telah menghantar Duta mereka di Malaysia untuk berjumpa dengan DSAI sebelum kes beliau di sebut di mahkamah pada 901 yang lepas.
Jika benar maklumat yang Sangkakala terima ni, maka negara ini memang didalam masalah sekiranya PR memerintah selepas PRU 13 nanti.
Sangkakala amat berharap dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya janganlah kita menggadai negara ini demi kesinambungan anak cucu kita nanti.
Begitu susah datuk nenek kita dulu berjuang menentang penjajah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim maka segala usaha yang di lakukan oleh keturunan kita yang terdahulu menjadi sia-sia dan tiada makna.
Isnin, 19 Disember 2011
KENYATAAN LOKMAN ADAM EXCO PPUM TENTANG MAHASISWA DAN AUKU
Namun saya tidak sesekali bersetuju dengan pendekatan memusuhi Mahasiswa yang diambil sesetengah pihak. Harus dibezakan tindakan seorang individu bertaraf Mahasiswa dengan pendirian majoriti mahasiswa yang jauh lebih matang dari beliaum
Tindakan aAdam aAdli saya anggap hanya satu tindakan bacul kerana tindakan beliau menurunkan bendera tersebutdibuat secara curi-curi tatkala hadirin memberikan tumpuan kepada ucapan YB Dato' Saifuddin. itupun bendera yang beliau pilih untuk diturunkan adalah bendera yang paling jauh dari Bangunan UMNO, iaitu bendera yang terletak di hujung parking lot kita.
Kehadiran 2 panglima Tempang Peliwat Negara mengiringi Adam Adli untuk membuat laporan polis hari ini iaitu Samsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shahrin menyerlahkan lagi hakikat bahawa Adam Adli hanyalah perkakas pembangkang yang terdesak mencari isu untuk mengalih tumpuan rakyat daripada isu liwat dan video lah yang melanda ketua mereka.
Saya juga ingin menegaskan disini bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Dati Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan bahawa AUKU akan dipinda tidak lama lagi.
Jika ada yang benar-benar ingin menyumbang pendapat berhubung pindaan tersebut, gunakan sessi meja bulat yang pihak kerajaan sediakan. Ambillah peluang yang disediakan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan anda. Cubaan untuk mendesak kerajaan meminda AUKU selepas pengumuman cadangan itu dibuat, hanyalah satu tindakan yang boleh kita anggap sebagai mencari publisiti murahan. Moga rakyat dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang ini.
Khamis, 8 Disember 2011
KEMUSNAHAN PEMBANGKANG DI SARAWAK SUDAH KELIHATAN
Semalam pula, DAP dengan angkuhnya membuat usul supaya anggota polis dan tentera yang berkhidmat di negeri itu tidak dibenarkan menjadi pengundi di negeri tersebut. Mereka mengusulkan bahawa hanya anggota polis dan tentera dari negeri itu sahaja yang layak untuk membuang undi bagi kerusi parlimen negeri Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.
Untuk pengetahuan dan makluman pembaca sekalian, semalam berlaku lagi satu kejadian yang memalukan apabila ceramah umum oleh Timbalan Presiden PKR saudara Azmin Haji Ali di Matang Jaya dalam Daerah Kuching tidak mendapat sambutan oleh masyarakat. Ceramah yang hanya dihadiri oleh tidak sampai 20 orang hadirin semalam juga menunjukkan bahawa rakyat Negeri Sarawak menolak Pakatan Rakyat secara total. Gambar dibawah memberikan bukti kehadiran ahli Parti PKR dan komponen PR amat mengecewakan sedangkan PR menjangkakan bahawa kehadiran akan melebihi 200 orang hadirin bagi mendengar ceramah tersebut. Pembaca boleh membayangkan seorang Timbalan Presiden memberi ceramah tidak mendapat sambutan oleh ahli serta masyarakat. Ini bermakna populariti PKR di Sarawak merudum ketahap paling minima. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Saudara Nazib (Ketua aAngkatan Muda PKR Sarawak), Baharuddin (MKT PKR Sarawak), Saudara Norhanif, saudara Wan Zainal (Timbalan Pengerusi PKR Sarawak), See Chee How dan Habsah Harun.
Ini juga membuktikan bahawa PR kini bukan sahaja kehilangan kepercayaan dari pengikut sendiri tetapi juga akan kehilangan undi anggota keselamatan yang begitu marah dengan usul yang di kemukakan oleh DAP semalam.
