Ahad, 30 Disember 2012
NGEH SENGAJA MENEMPAH JAHANAM
Mungkin Ngeh sengaja membangkitkan isu isu keagamaan dengan begitu lantang kini kerana ingin mecabar kesabaran orang orang Islam.
Sangkakala ingin sekali berpesan dan memberi peringatan kepada Ngeh, kesabaran ini jangan dicabar, kerana ini akan menjadikan permusuhan kelak diantara penganut agama Islam dengan bukan Islam.
Umat Islam di negara ini walaupun berlainan idealogi politik tapi masih bersatu jika agama Islam itu dipersoal atau diperkotak katikkan.
Takut nanti Ngeh tak berani keluar rumah hinggakan nak ke bilik air pun memerlukan pengawal peribadi.
Atau senang kata macam ni lah, Sangkakala beri amaran kepada semua cina DAP, Wallahi..Wabillahi..Watallahi..kalau kamu semua beriya sangat nak usik isu agama Islam, kemungkinan nanti akan ada fisabilillah yang berjumpa dengan kamu semua dan yang lebih merisaukan lagi jika mereka ini bertindak sebagai malaikat maut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HADI AWANG JANGAN PUSING CERITA PULA
Petang tadi dengan pantas Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi penjelasan bahawa pihak kerajaan tidak ada halangan malah memberikan kebenaran kepada Presiden PAS tersebut untuk memberi penjelasan didalam media elektronik milik kerajaan atau swasta.
Nah apa lagi Datuk Seri Hadi? Dah dapat kebenaran bukan? Bila agaknya nak bagi penjelasan tersebut? Jangan nanti haji Hadi pusing pusing cerita pula dalam tv tu.
Ceritanya senang, haji Hadi perlu jelaskan tentang amanat beliau sehingga membuatkan orang ramai khususnya pengikut PAS yang taksub dengan amanat tersebut melakukan perkara perkara diluar norma norma sebagai manusia dan penganut agama islam sebenar.
Sampai ada yang sanggup bercerai berai, ada yang sanggup memutuskan saudara, tidak memakan sembelihan, sanggup akad nikah 2 kali, sanggup tidak mahu menyembahyangkan jenazah, sanggup sembahyang berasingan dan pelbagai lagi.
Ini semua perlu dijelaskan sepenuhnya, jangan nanti ada lagi kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 29 Disember 2012
NIZAR DAH GAGAP NAK JAWAB SEMUA NI SEBAB IKUT TELUNJUK DAP
Sebelum ini memang sudah tersebar cerita mendakwa semasa 11 bulan jadi kerajaan di Perak selepas pilihanraya umum ke 12,pakatan pembangkang ' kenduri sakan' agih kawasan balak di negeri itu.
Menariknya PAS-PKR-DAP diketahui umum memang cukup rajin dalam bab menuduh Barisan Nasional yang galak buat kerja itu.
Dalam ceramah-ceramah di serata ceruk kampong mereka sentiasa gambarkan merekalah yang cukup beramanah dan tak main dengan balak segala macam.
Mungkin mereka duga tembelang mereka tidak akan terdedah kerana tidak menjangka langsung kerajaan pakatan Perak akan tumbang dalam masa sekejap.
Setiap urusan pentabiran kerajaan ada hitam putihnya.Oleh itu bukan susah untuk mengesannya.
Itu baru 11 bulan perintah Perak.
Senang cakap...kalau berani silalah Menteri Besar kerajaan 11 bulan itu, Datuk Seri Nizar Jamaludin keluar satu kenyataan rasmi menafikan pernah meluluskan agihan kawasan balak semasa pentabirannya.
Juga kalau berani...senaraikan kepada siapa kawasan balak diberi. Itu satu hal.
Ini satu hal lain. Kalau lulus pemberian kawasan balak mengikut peraturan lainlah ceritanya.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri Jumaat,Zambry mendakwa Nizar sewaktu jadi Menteri Besar meluluskan kawasan balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.
Dakwanya Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.
Menurut kata Menteri Besar Perak itu, biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat.
Hebat sungguh la Pakatan Haram ni masa memerintah, mungkin mereka ni ingat semua tu takkan terbongkar dan takkan ada siapa nak bongkar agaknya, nah lepas ni sila lah jawab.
ANTARA MUKA MUKA ORANG TAK SEDAR DIRI
2 gambar diatas adalah pemandu teksi yang kononnya tidak berpuas hati dengan pemberian subsidi tayar 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka, ada yang mengatakan bahawa wang subsidi tersebut tidak mencukupi dan ada yang mengatakan bahawa mereka terpaksa menambah wang sendiri untuk menukar tayar.
RM 520 bagi Sangkakala bukanlah jumlah yang kecil apabila dihitung dengan semua pemilik teksi di dalam negara, dengan jumlah jutaan ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam membantu pemandu teksi masih ada lagi yang tak tahu mengucapkan terima kasih.
Ada yang mengatakan bahawa mereka terpaksa keluarkan duit sebanyak RM 60 untuk upah menukar tayar kenderaan mereka, adakah RM 60 ini begitu besar jumlahnya? Sedangkan mereka ini mengenakan caj atau tambang bagi setiap penumpang.
Sangkakala nasihatkan kepada pemandu pemandu teksi ini uspaya kalau tidak mampu membalas budi, cuba cubalah mengenang budi, takkan semua perlu di tanggung oleh kerajaan? Kena juga fikir, bukan kalian sahaja yang perlu dibantu, ramai atau banyak pihak lain lagi yang memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan.
HIMPUNAN ANAK GAGAL MAZLAN ALIMAN MENGAMUK
Ini tak sampai 1% pun daripada keseluruhan peneroka di seluruh negara. Tapi itu adalah anggaran pendemo, yang sebenarnya cuma kira kira 500 org sahaja yang hadir, yang lain pula mengambil sikap berkecuali dan tidak kurang juga yang meluat dengan tindakan mereka yang berdemo semalam.
ANAK mensasarkan kehadiran hingga 30 ribu orang namun apakan daya si Mazlan yang mahu campur tangan cumalah sebegitu jumlahnya.
Rata rata yang datang ke Ibu Pejabat Felda semalam pun diyakini bukanlah anak atau peneroka Felda itu sendiri, bahkan ada satu kumpulan lagi yang datang berhimpun untuk membantah apa yang dilakukan oleh ANAK yang di kepalai oeh Mazlan Aliman si gila kuasa.
Tapi apa yang menjadi topik pada hari ini ialah apabila kumpulan tersebut menyalib patung yang diletakkan topeng Tan Sri Isa serta diarak oleh pengikut Mazlan Aliman.
Mazlan juga adalah pemimpin didalam PAS, namun adakah itu ciri ciri kepimpinan Islam hingga membawa patung tersebut untuk diarak oleh pengikut pengikut beliau?
Majoriti peneroka Felda merasakan bahawa penglibatan Tan Sri Isa didalam Felda tidak menjadi kudis kepada mereka asalkan kebajikan peneroka dititik beratkan oleh kerajaan.
Dengan menerima segala keistimewaan, peneroka Felda kini mampu untuk hidup mewah berbanding semasa mereka belum menyertai mana mana tanah rancangan Felda dahulu.
Mazlan aliman cuma menjadikan isu ini kepada isu politik demi untuk mencari undi bagi PAS dan boleh dianggap ianya hanyalah retorik PAS semata mata dalam usaha mencari kuasa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 28 Disember 2012
JACLYN VICTOR MENGUNDANG CELAKA
![]() |
| KLIK GAMBAR |
Dalam keadaan negara yang dilambung dengan isu keagamaan, lagu sebegini pula yang dinyanyikan oleh beliau dan ini amatlah tidak bertepatan dengan apa yang di kehendaki oleh rakyat negara ini.
Jadi apa kata Kementerian Penerangan dalam isu sebegini? Adakah mahu berdiam diri hingga ada pula nanti orang Melayu pergi meminta penjelasan daripada Jaclyn secara bersemuka?
Jaclyn perlu bertanggung jawab dengan apa yang telah beliau lakukan, beliau juga perlu bertanggungjawab walaupun beliau nanti akan mengatakan bahawa lagu tersebut dicipta oleh orang lain dan beliau hanya menyanyikannya sahaja.
Selaku rakyat Malaysia, Jaclyn seharusnya faham dengan sensitiviti keagamaan dalam masyarakat berbilang kaum dan bukannya menyanyikan lagu semata mata untuk mendapat bayaran.
Boikot Jaclyn mungkin jalan terbaik bagi menghukum penyanyi lagu Gemilang ini.
MENGAMUK KERANA KALENDAR
Dewan
Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang
hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi
penerbitan kalendar 2013.
Sayap
muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu
Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu
menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.
Diharap pemuda PAS jangan le pulak salahkan UMNO dalam kes ni nanti, kena kaji selama ni siapa yang berkata langkah mayatnya dahulu kalau nak laksana hudud.
Jangan pulak ini nanti dijadikan alasan untuk menghentam UMNO atau Barisan Nasional dan arasanya ini sengaja direka cipta oleh puak pembangkang sendiri dalam usaha mengucar kacirkan keadaan dan menaikkan kemarahan puak puak PAS kepada Kerajaan Barisan Nasional.
JANGAN ANGGAP MEREKA TIADA HAK
Banyak kawasan kawasan hutan tempat kaum asli di Kelantan mencari rezeki telah digondolkan oleh kerajaan kelantan untuk pembalakan.
Adakah hak mereka ini dinafikan oleh kerajaan Kelantan seperti mereka ini bukan rakyat dinegeri itu?
Kasihanilah mereka, hutan dengan kehidupan kaum asli memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi, jika kerajaan Kelantan terus terusan menggondolkan hutan hutan yang ada, maka kehidupan mereka ini sedikit sebanyak akan terjejas juga.
PAS mengatakan mereka parti Islam, dan setahu Sangkakala Islam tidak menggalakkan penganutnya menganiaya sesama manusia, tapi dengan apa yang terjadi di Kelantan, jelas terbukti bahawa kaum asli ini sudah teraniaya dan dinafikan hak mereka.
PEMANDU TEKSI PULA DIKELENTONG ANWAR
Malam tadi diadakan perjumpaan diantara pemimpin Pakatan bersama sama pemandu pemandu teksi, apa yang menjadi kehairanan pada Sangkakala, ada pemandu teksi yang tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah meringankan beban mereka dengan pemberian bantuan pembelian tayar kepada mereka.
Dalam ucapan yang dibuat oleh Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan, beliau berkata bahawa pemandu teksi meminta permit persendirian namun kerajaan memberikan tayar kepada mereka, beliau juga berkata bahawa tayar bagi teksi mereka boleh beli di kedai namun permit tidak boleh didapati di kedai.
Sangkakala nak tanya sikit disini, adakah mereka ini semua memohon permit tersebut? Berapa orang yang betul betul mencari rezeki dengan memandu teksi?
Sangkakala pernah bertanya kepada beberapa orang pemandu teksi dan sebahagian besar dari mereka membawa teksi secara sambilan untuk menambah pendapatan, ini semua sekiranya diberikan permit akan membawa padah kepada pemandu pemandu teksi sepenuh masa.
Mana tidaknya, jika pemberian permit teksi diberikan tanpa had, maka semua orang akan memohon untuk mendapatkan permit teksi dan ini akan menjadikan lambakan teksi di seluruh negara dan tidak mustahil begi mereka yang membawa teksi separuh masa ini akan memajak permit meraka kepada individu lain untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Lagi satu perkara yang harus kita semua fikirkan ialah, adakah semua pemandu ini berdisiplin demi untuk menjaga nama baik negara kerana seperti kata Perdana Menteri, pemandu teksi ini adalah duta kecil dalam mempromosikan negara di mata pelancong pelancong yang datang ke negara kita.
Bagi Pakatan Rakyat, masa ini semua boleh diberikan kerana mereka belum lagi memerintah, tapi yakin dan percayalah, bila mereka sudah memerintah nanti, perkara sebaliknya akan berlaku, seperti yang terjadi di negeri Selangor, semua menifesto mereka hanyalah kata kata yang diungkapkan tidak lebih dari diatas sehelai kertas yang tiada harga.
Mereka juga mampu untuk mengatakan bahawa menifesto bukanlah satu janji tapi ianya hanyalah perkara yang boleh atau tidak dilaksanakan, ini yang pemandu teksi ni nak percaya ke?
Sangkakala tidak mengatakan semua pemandu teksi ni hipokrit, tapi bagi mereka yang hadir malam tadi sudah terbukti jelas bahawa mereka ini semua adalah serampang dua mata, kerajaan bagi tayar ambil, pembangkang buat hinpunan pun sokong.
Kalau dah rasa kerajaan Barisan Nasional tak betul, jangan ambil tayar yang diberikan, ini lambat dapat voucer tayar, mereka inilah yang menjadi orang pertama merungut, bila dah dapat, mereka kata boleh beli sendiri.
Khamis, 27 Disember 2012
@SuffianAwang1 BUAT APA MASA BANJIR DI KUANTAN
Dalam kesibukan beliau menjalankan tanggungjawab di Pejabat Perdana Menteri (PMO) namun kebajikan penduduk yang ditimpa bencana banjir tetap tidak dilupakan.
Menurut seorang rakan Sangkakala yang menghantar gambar diatas, beliau turun ke kawasan banjir bersama sama pasukan penyelamat dan juga beberapa badan bukan kerajaan membantu mangsa.
Dan gambar diatas juga telah menunjukkan bahawa beliau masih lagi membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk yang penuh dengan sampah sarap akibat bawaan banjir.
Tahniah sekali lagi Sangkakala ucapkan diatas usaha murni yang telah ditunjukkan oleh beliau dan ini adalah salah satu ciri ciri pemimpin setempat yang diperlukan oleh rakyat, sanggup bermandi peluh dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
NGEH DILANTIK KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT
Tapi kalau dibaca pula dalam tweet Ngeh Koo Ham (seperti gambar) jelas mengatakan bahawa PAS telah bersetuju untuk kalimah Allah digunapakai.
Yang mana satu betul ni agaknya ni?
Semua ni perlukan penjelasan daripada pucuk pimpinan PAS yang selama ni begitu lantang memperkatakan bahawa mereka berjuang ke jalan Allah dan mempertahankan agama Islam hingga ada yang sanggup berhabis nyawa kerana inginkan syahid.
Adakah dengan cara berkompromi dengan DAP yang secara terang terangan menentang Islam dan mempermainkan kalimah Allah ini juga salah satu dari perjuangan dalam PAS?
Sudah sudahlah menjadi alat tunggangan DAP wahai PAS.
Persoalan disini siapa yang mempunyai kuasa penentu dalam PAS? Adakah ianya dibuat oleh Dewan Ulama PAS atau Ngeh Koo Ham atau adakah Ngeh sudah dilantik sebagai ketua Dewan Ulama PAS Pusat? Hinggakan Ngeh boleh mengatakan bahawa PAS telah bersetuju penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam bible bahasa Melayu.
Kalau Ngeh boleh buat keputusan begitu, apa kata kalau Ngeh dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, itu lebih baik rasanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MENTERI JANGAN DIAM BUAT TAK TAHU PULA
Namun apa yang Sangkakala kesalkan ialah Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak mengeluarkan walau sepatah kata dalam isu ini.
Kenapa Menteri kita ni diam tak bersuara? Bukankah beliau dilantik sebagai Menteri kerana kearifan beliau dalam agama Islam.
Kalau Menteri sendiri pun asyik diam, pembangkang khusunya DAP akan terus mempermainkan sentimen agama dalam peperangan politik mereka dan sepatutnya Menteri kita ni mengeluarkan fatwa atau meminta majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang isu terbabit.
Sangkakala bukan mahu menempelak Menteri yang dimaksudkan, tapi Sangkakala lebih suka kepada memberikan nasihat agar beliau menjadi seorang pemimpin yang berani untuk menegakkan syari'at Islam agar ianya tidak dipersendakan oleh agama lain.
Islam di Malaysia hari ini memerlukan seorang Menteri yang berani dan lantang dalam mempertahankan agama persekutuan seperti kata beliau dalam sebuah rancangan di RTM tidak lama dulu.
Kalau agak agak takut untuk mempertahankan agama Islam, tidak perlulah duduk di kerusi tersebut kerana bagi Sangkakala sendiri pun, Sangkakala perlukan seorang pemimpin yang lantang sebagai pejuang laksana panglima di medan juang.
Sangkakala nasihatkan kepada Menteri ni, jangan diam berpeluk tubuh demi menjaga kesucian agama Islam di dalam negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KERAJAAN JANGAN BERTINDAK ZALIM TERHADAP WARGA EMAS
Bagi Sangkakala, warga emas ini tidak perlu didakwa kerana beliau hanya mendengar hasutan dari pihak tertentu dan seterusnya melakukan tindakan tersebut.
Dengan usia yang mencapai 71 tahun, sudah pasti beliau tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan setelah di hasut, maka beliau melakukan apa yang tidak sepatutnya.
Namun Sangkakala mengharapakan agar warga emas ini diberi peluang utnuk menyatakan siapakah dalang yang menghasut beliau sebelum itu.
Ini kerana, bagi Sangkakala, orang yang menghasut tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan berikutan mereka pasti akan menghasut org lain pula demi untuk mencapai agenda dan niat mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 26 Disember 2012
PENGIKUT TAKSUB PAS TERSESAT JAUH APA KATA PEMIMPIN MEREKA
Bila tengok laman FB yang Sangkakala masukkan diatas, teringat pula dengan Ustazah segera Abby Abadi yang mengaramkan itu dan ini sedangkan dulu dia juga yang buat semua tu.
Harapan Sangkakala kepada pemimpin pemimpin PAS parhatikanlah ahli hingga ke akar umbi, jangan sampai ada yang menyimpang jauh sebegini.
Adakah ini juga salah satu daripada ketaksuban mereka dengan amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada satu masa dulu hingga menyesatkan begitu ramai pengikut mereka dan hingga kini Hadi Awang tidak pernah mengeluarkan kenyataan maaf atau menarik balik amanat beliau itu.
Bertaubatlah wahai pengikut pengikut PAS, janganlah kerana ketaksuban kepada parti nanti mati dalam keadaan hina dan sesat.
GUAN ENG BERANG DENGAN TUAN IBRAHIM
Beliau berkata Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Berani pulak orang PAS ni komen apa yang dicadangkan oleh DAP, tidakkah nanti akan menjadi kemurkaan kepada DAP yang mereka sanjung selama ini?
Apa apa pun Sangkakala lihat ini sudah pasti akan mengundang rasa berang Guan Eng terhadap PAS yang selama ini menjadi kuda tunggangan mereka untuk meraih undi orang orang melayu. Atau mungkin juga PAS hanya menajdikan isu ini untuk meraih undi dan menunjukkan mereka memperjuangkan agama Islam.
Walau bagaimanapun, Sangkakala harap biarlah ianya ikhlas dari PAS.
DEEPAK TERSEPIT DENGAN MAINAN POLITIK PEMBANGKANG
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, dakwaan itu turut mencetus persoalan sama ada perkara tersebut berkait rapat dengan permohonan keahlian Deepak dalam DAP.
Dalam hubungan itu, Lum Yong mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan berapa lamakah hubungan sulit 'politik' yang terjalin antara Deepak dengan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Bekas pengasas PKR itu juga mendesak Guan Eng memberitahu status Deepak dalam DAP. Apakah Deepak akan menyertai DAP selepas hutangnya dengan Kuwait Finance House dilangsaikan pakatan pembangkang atau keahliannya akan diterima sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.
Nampaknya penjual karpet ni sekarang dah jadi kelam kabut untuk menepis segala dakwaan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh PKR dan ini sudah pasti akan membuatkan Deepak akan pergi berhijrah ke luar negara dengan kadar segera.
NIK AZIZ TERSALAH AMBIL PEGAWAI
Sangkakala kata macam ni sebab Sangkakala terbaca dalam portal harakah yang mana beliau Ustaz Fadli Shaari (gambar) selaku setiausaha akhbar kepada Mneteri Besar meminta supaya beberapa badan bukan kerajaan serta UMNO bertanya kepada Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.
Beliau hanya merujuk kepada surat sokongan daripada Datuk Awang Adek yang menyokong pemberian tanah kepada Yayasan Islam Kelantan atau YIK.
Untuk pengetahuan Ustaz, datuk Awang Adek hanya memberi sokongan tetapi yang meluluskan pemberian tanah tersebut kedapa syarikat Upayapadu ialah kerajaan negeri.
Selaku Timbalan Menteri pada ketika itu, sudah tentu beliau menyokong permohonan yang dilihat dapat membangunkan kawasan Gua Musang, tetapi perlu diingat bahawa beliau tidak memberikan kelulusan atau menyokong kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada Ngeh koo Ham.
Takkan itu pun Ustaz Fadli tak dapat nak bezakan? Nampak sangat Ustaz seorang yang tiada pengetahuan dan ini yang menjadi kebanggaan hingga diangkat sebagai pagawai kepada Menteri Besar?
Fikir fikir la kalau nak keluarkan kenyataan tu Ustaz, kan ke dah makan diri tu?
Selasa, 25 Disember 2012
DULU PEGAWAI SEKARANG PEMBOHONG
Beliau yang dulunya menjawat jawatan sebagai pegawai tinggi dalam pasukan polis pernah mengatakan bahawa penglibatan beliau didalam parti PAS hanyalah semata mata untuk membantu dalam mengakkan keadilan.
Namun apa yang diperkatakan oleh beliau nampak sangat tidak selari dengan apa yang beliau sedang usahakan kini.
Sangkakala mendapat berita ini dari sebuah laman blog milik rakan Sangkakala yang sememangnya menetap di kawasan Taiping dan amat mustahil jika beliau tidak mengetahui apa yang terjadi di Batu Kurau tempat asal Fauzi.
Ikuti kisah selanjutnya dengan klik <disini>.
SIMPATI SIMPATI JUGA TAPI KENA TENGOK PADA TEMPATNYA
Pengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri menggesa agar syarikat induk ladang itu, Sime Darby Berhad (SDB) menempatkan pekerja berkenaan di ladang-ladangnya yang lain bagi menjamin kelangsungan pendapatan mereka.
Pada kebiasaannya, sebuah kilang jika mahu ditutup sudah tentu akan mengeluarkan notis dan pada hemat Sangkakala paling kurang notis yang diberikan adalah selama 3 bulan.
Jadi bagaimana pihak kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengatakan seolah olah Sime Darby bertindak menutup kilang dengan hanya memberikan notis singkat.
Lagi satu perkara yang tidak masuk akal apabila Pakatan Rakyat mengatakan pendapatan 37 orang pekerja ini rata rata adalah sekitar RM 350.00 sebulan.
Bayangkan jika selama ini mereka hanya menerima gaji sebanyak itu? Adakah mereka masih sanggup bekerja di kilang milik Sime Darby tersebut sedangkan banyak lagi peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau nak menempelak Sime Darby supaya memeriksa dulu dan jangan lah asyik nak menunding jari kepada kerajaan atau agensi kerajaan Barisan Nasional hingga lupa untuk menjadi kerajaan negeri yang profesional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
NGEH DAN NGA CUBA BERBOHONG LAGI
![]() |
| gambar hiasan |
Kedua dua mereka hari ini menyatakan bahawa tanah tersebut telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.
Mereka juga mengatakan bahawa Yayasan Islam Kelantan telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri dengan tanah tersebut pada ada 13 September 2000, dan pada Disember 2000, tanah itu telah diluluskan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian. Tanah itu diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004.
Kemudian YIK menganugerah tanah itu kepada Upayapadu Plantation untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian itu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006, Upayapadu Plantation juga tidak berjaya membangunkan projek itu dan pemegang sahamnya memutuskan untuk menjual syarikat tersebut.
Perlu kita semua renungi ayat yang Sangkakala merahkan tu bermaksud tidak ada pembayaran dibuat kepada YIK kerana tanah tersebut DIANUGERAHKAN kepada Upayapadu. Ngeh, Nga dan lain-lain pelabur membeli syarikat itu (Upayapadu) pada April 2012.
Namun dalam satu kenyataan awal yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan bahawa Upayapadu Plantation sebelum ini dipengerusikan oleh Wong Yeon Chai - hartawan kayu di Pekan dan dikenali sebagai "Tengku Wong".
Namun kenyataan kenyataan ini bagi Sangkakala seakan tidak masuk akal, kerana kawasan tanah tersebut dikatakan adalah kawasan hutan yang kaya dengan pelbagai spesis kayu balak dan mempunyai nilai tersendiri. Sila semak harga kayu <disini>
Sangkakala cuma nak ambil harga pada purata kayu ringan iaitu sekitar RM 1000.00 bagi setiap tan padu dan adalah amat mustahil jika kawasan tersebut tidak mempunyai kayu sebanyak 5 ke 10 tan bagi setiap hektar dan ini melihatkan bahawa keuntungan yang diperolehi bagi setiap hektar dalam lingkungan RM 10'000.00.
Jika ditolak dengan kos pengeluaran kayu tersebut, ianya mungkin akan susut hingga mencapai harga RM 700.00 bagi setiap tan dan bagi setiap hektar tanah tersebut, mereka akan mendapat keuntungan sekitar RM 7000.00.
Apakah dengan nilai RM 7000.00 itu masih tidak mencukupi untuk syarikat Upayapadu Plantation SDN.BHD membangunkan kawasan tersebut?
Tambahan pula dengan penglibatan 'Tengku Wong' yang begitu terkenal dengan kepakaran dalam jualan serta pembelian kayu balak masakan Upayapadu tidak mampu untuk melakukan kerja kerja bagi membangunkan kawasan itu untuk dijadikan ladang?.
Bagi Sangkakala, Ngeh dan Nga kini sudah berada dalam keadaan yang begitu menghimpit kedudukan mereka tambahan pula mereka tidak menyatakan berapa nilai pembelian syarikat yang mempunyai aset puluhan ribu ekar tanah yang ingin dibangunkan.
Jadi kita semua perlu untuk memikirkan sama ada, ada atau tidak unsur unsur rasuah atau penyalah gunaan kuasa dalam pemilikan tanah tersebut.
Isnin, 24 Disember 2012
OCCUPY DATARAN DAH MUAK DENGAN PAS
Jika himpunan yang sama sedikit masa dahulu, ramai anak muda mahasiswa ini memberikan puji pujian kepada pembangkang, hari ini kita dapat lihat betapa mereka benci dengan parti serta kepimpinan parti tersebut.
Tapi mahasiswa ini juga perlulah sedar, bahawa selama ini mereka telah banyak dibela oleh kerajaan, dan jika mereka menuntut untuk diberikan pendidikan percuma, itu juga sebenarnya adalah pembohongan ketara yang dibuat oleh pemimpin pembangkang.
Kos pembelajaran yang mereka tanggung telah dibiayai secara pinjaman, namun seperti biasa, pinjaman harus dan perlu dibayar.
Jadi tidak ada sebab mengapa dana kenapa mereka mengatakan bahawa mereka berhak untuk mendapat pembelajaran secara percuma.
Kalau pelajar pelajar sebelum mereka dahulu begitu susah untuk masuk ke IPTA atau IPTS, kini mereka boleh dikatakan amat mudah kerana semua yuran serta bayaran kemasukan akan diberi pinjaman, jadi ianya tidak membebankan pelajar mahupun keluarga mereka.
Belajar belajarlah sama untuk mengenang jasa kerajaan yang menyediakan segala kemudahan untuk pembelajaran mahasiswa mahasiswa ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
GUAN ENG MAIN ISU ALLAH SEKALI LAGI
Adakah Guan Eng tahu tentang perbezaan agama jika perkataan Allah digunakan dalam mana mana kitab agama tidak kira kristian, hindu, budha dan sebagainya.
Mungkin Guan Eng sengaja nak menaikkan api keagamaan di dalam negara.
Jika perkataan Allah diberi kebenaran dalam lain lain kitab selain dari Al-Quran sudah tentu akan menjadi kemusykilan dimasa akan datang.
Ini kerana anak anak generasi akan datang tertanya tanya adakah Allah dalam kitab Al-Quran dan Allah yang digunakan dalam kitab Injil (pegangan kristian) itu adalah sama? Sedangkan agama Kristian tidak mempercayai kitab Al-Quran.
Guan Eng jangan sesekali bertindak menggunakan isu ini untuk meraih undi dari kalangan orang bukan islam. Kerana ianya akan menjadi lebih rumit dan boleh membangkitkan rasa marah orang orang Islam di seluruh negara.
Sangkakala pula ingin menyarankan kepada ulama ulama PAS supaya menegur sikap Guan Eng yang dilihat begitu biadap selama ini dalam isu agama Islam hingga nama Allah turut dipolitikkan.
Jangan kerana inginkan kuasa PAS atau Ulama dalam PAS berdiam diri dan mengiyakan apa sahaja perlakuan yang dibuat oleh pemimpin pemimpin DAP dalam isu agama ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
DAP HINA RAJA RAJA MELAYU
Ini semua dapat kita saksikan apabila Karpal Singh yang merupakan pengerusi DAP menempelak dua orang pemimpin parti tersebut apa bila mereka menerima pingat kebesaran daripada Sultan atau Raja Melayu.
Dua orang yang dimaksudkan itu ialah Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak serta Datuk Teng Chang Khim yang mana kedua dua mereka mendapat gelaran tersebut pada tahun 2008 dan 2010.
Sebagai alasan, Karpal mengatakan bahawa DAP menolak penerimaan darjah kebesaran dari mana mana Sultan semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka telus dalam parti.
Tapi yang menjadi persoalannya ialah, adakah semua yang dikatakan oleh Karpal itu benar serta telus? Apa hubungkait diantara penganugerahan darjah kebesaran dengan ketelusan? Atau mungkinkah itu juga salah satu cara DAP menolak kepimpinan serta pemerintahan Raja Raja Melayu didalam tanah air?
Raja Raja Melayu memberikan pingat atau darjah kebesaran berpandukan daripada jasa yang diberikan oleh seseorang tidak mengira sama ada mereka di dalam politik kerajaan. Pembangkang, ahli korporat, bahkan ianya akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menyandang pingat atau darjah kebesaran tersebut.
Yang lebih menghairankan lagi, kenapa DAP menggariskan bahawa ahli atau pemimpin parti mereka perlu menolak semua pemberian darjah kebesaran itu jika mereka tidak menolak pemerintahan orang melayu di tanah air. Kita semua perlu fikirkan semua ini supaya menjadi renungan kita bersama.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 23 Disember 2012
PAS MAKIN TERSEPIT
Gambar diatas akan menjadikan Pemimpin PAS tak lena tidur malam dan pembaca kalau nak tengok gambar gambar lain sila klik <disini>
PEMIMPIN DAP TAKUT DENGAN PEREMPUAN
Apa yang lebih menjadi kelakarnya pula tu ialah, pemimpin DAP yang dimaksudkan siap boleh ugut pula perempuan ni, jantan apa namanya dia ni pun tak tau lah.
Seluruh tanah air telah mengetahui tentang tanah yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan yang didedahkan oleh laman blog Pisau.net baru baru ini.
Dato Hamidah Othman mencelah untuk bertanyakan isu tanah tersebut semasa Yb Dato Khusairi membahas bajet kerajaan negeri semasa sidang DUN baru baru ini hingga membuatkan Nga Kor Ming bertindak mengugut beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri itu membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa pada kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
Sabtu, 22 Disember 2012
NIK AZIZ MAMPU ATAU TAMAK
Tapi jika kita semua fikir fikirkan semula, seseorang yang sudah mencapai usia Nik Aziz tidak akan mahu lagi berebut jawatan dan akan membiarkan golongan muda untuk bertanding bagi meneruskan perjuangan beliau.
Namun apa yang ada didalam benak Sangkakala, Nik Aziz bukanlah bertanding kerana mampu, tai beliau bertanding kerana tamakkan jawatan dan mungkin ada keinginan dunia yang belum tercapai.
Satu masa dulu, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa beliau akan berundur sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri, namun perkara itu tidak terjadi kerana Tun Dr Mahathir telah sekian lama meninggalkan dunia politik seterusnya memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui pemerintahan negara.
Disini kita dapat melihat bahawa Nik Aziz bukanlah seorang yang mengotakan apa yang beliau perkata atau janjikan.
Mengikut agama Islam, seseorang yang tidak menepati janji adalah salah satu sifat orang orang munafik dan orang sebegini tidak layak untuk diangkat sebagai UlilAmri atau pemimpin.
Sudah beberapa kali kenyataan berunsur retorik 'cari makan' dikeluarkan oleh Nik Aziz dengan mengatakan beliau tidak akan lagi bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenyataan selamat kemudian dikeluarkan dengan mengatakan bahawa akar umbi PAS tidak membenarkan beliau berbuat demikian.
Ini semua adalah satu helah yang licik dibuat oleh Nik Aziz yang mana beliau tidak akan berganjak dari kerusi Menteri Besar Kelantan semata mata ada agenda tersendiri.
Sangkakala katakan begitu apabila melihat kepada satu kes yang dibongkarkan oleh laman blog pisau.net yang mendedahkan isu pemberian tanah oleh Nik Aziz kepada semuah syarikat milikan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri itu Nga Kok Ming.
Mungkin juga PAS beranggapan bahawa Kelantan adalah negeri fix deposit bagi menjayakan rancangan rancangan politik dan negeri itu juga adalah penyumbang utama dalam membiayai politik PAS.
Apa apa pun, Sangkakala nasihatkan kepada Nik Aziz bahawa kesihatan diri beliau boleh ditarik balik pada bila bila masa dengan izin Allah dan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menahan perkara tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 21 Disember 2012
USAHA ZAHID BERTERUSAN
Perkhidmatan ini adalah hasil dari inisiatif Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang begitu perihatin terhadap kesihatan rakyat disekitar kawasan parlimen beliau.
Hari ini Dr Nik telah melakukan rutin mingguan beliau atas arahan ahli parlimen yang menyumbangkan ubat ubatan, lampin pakai buang, tongkat serta kerusi roda mengikut keperluan pesakit.
Usaha ini akan berjalan berterusan di parlimen Bagan Datoh demi untuk kemudahan rakyat secara keseluruhan. Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid atas usaha usaha murni ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MAT SABU JANGAN HANYA PANDAI BERKATA KATA
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Mohamad berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.
Sejak bila pula puak pembangkang ni tau tentang demoktatik atau himpunan secara aman seperti yang beliau sebutkan.
Kita dapat melihat pada himpunan BERSIH dahulu yang mana terlalu banyak kerosakan serta kerugian harta benda kerajaan mahu pun rakyat telah berlaku.
Adakah ini yang dimaksudkan sebagai himpunan aman? Lagi satu, sejauh mana mereka ini mampu untuk mengawal keadaan dan sikap pengikut mereka dalam himpunan.
Dalam himpunan BERSIH dulu, kenyataan sama telah dibuat, yang mana mereka ini mengatakan bahawa himpunan yang mereka lakukan akan berjalan dalam keadaan aman namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Kita perlu menjadikan kejadian dulu sebagai batu sempadan dan juga sebagai rujukan bagi mengekalkan keamanan, himpunan yang bakal dijalankan pada 12 januari ini perlu ditolak dan diketepikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira diperingkat mana sekali pun umur mereka.
Ayuh kita tolak himpunan 'aman' yang 'tidak aman' ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MAZLAN ALIMAN PERLU BERTANGGUNG JAWAB @NajibRazak
Pada 7 Ogos lepas, kesemua mereka yang juga peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka berkenaan dengan perkataan 'Durian Runtuh'.
Bayangkan, dari pada begitu ramai peneroka Felda, hanya mereka ini sahaja yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, ini juga menunjukkan betapa puak Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan rakyat dalam fitnah mereka.
Merujuk kembali kisah tersebut, mereka mendakwa bahawa ucapan Perdana Menteri di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.
Hanya 8 orang yang memfailkan saman, tapi diluar mahkamah pula terdapat kira kira 600 orang mewakili seluruh peneroka Felda menunggu menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".
Mahkamah juga memerintahkan plaintif (peneroka) membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan (Perdana Menteri). Persoalannya ialah, duit 'Durian Runtuh' yang diberikan oleh Felda kepada peneroka peneroka yang memfailkan saman ini habis digunakan untuk kepuasan puak pembangkang.
Sudah sudah le jadi alat atau perkakas kepada pembangkang, tidak ada keuntungan yang mampu diberikan oleh pembangkang melainkan merugikan para peneroka, Mazlan Aliman yang beriya iya untuk menentang penyenaraian FGVH sehingga saman ini dibuat harus bertanggungjawab dan seharusnya membayar kos yang diperintahkan oleh mahkamah tersebut.
Psstt..jangan mau lari haa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Khamis, 20 Disember 2012
LAMA AZAN MENGHILANG KINI MUNCUL SEMULA @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1
Azan yang Sangkakala sebut kali ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang begitu lama menyepi, tiba tiba muncul dan memperkatakan tentang aliran wang keluar pada tahun 2010 mengigau ke Ahli Parlimen PKR ni agaknya, tak tentu pasal tiba tiba cerita pasal ekonomi.
Kemana suara Azan ini sekian lama sehinggalah sampai masa dah hampir dengan pilihanraya umum baru beliau keluar menjengah, agaknya ini yang dikatakan wakil rakyat PRU, bila dah dekat dengan tempoh mengundi barulah lantang bersuara mengeluarkan pelbagai kenyataan kononnya mereka hebat dalam memperjuangkan nasib rakyat secara umumnya.
Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada seorang rakan yang kebetulan adalah penduduk serta pengundi di kawasan Azan Ismail, rakan Sangkakala mengakui bahawa Ahli Parlimen ini tidak menjalankan tanggungjawab dikawasan beliau di Indera Mahkota sepertimana yang diharapkan oleh rakyat.
Jadi Sangkakala rasa, Yb Azan teruskan dengan menyepikan diri, jangan nak jadi hero saat akhir.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
LAGI WARGA EMAS DI PERMAINKAN @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1
Ini semua sebenarnya hanyalah mainan dari pembangkang yang iri hati dengan kemajuan yang bakal dibawa oleh kerajaan ke kawasan tersebut.
Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel hakim dalam tuntutan berkenaan berkata, mahkamah itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul di sisi undang-undang dan dari segi fakta apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.
Penduduk terbabit -- Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Jan tahun ini dan keputusan menteri berkenaan pada 13 Jun berhubung kelulusan TOL kepada LAMP.
Cuba kita lihat 2 dari pada 3 orang yang memfailkan permohonan tersebut adalah warga emas yang mungkin tidak tahu apa apa tentang Lynas, kemungkinan mereka ini telah ditakut takutkan dengan cerita seperti letupan Atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia ke 2, jadi mereka ini sanggup untuk memfailkan permohonan demi untuk keselamatan anak cucu mereka sedangkan Lynas telah disahkan selamat oleh pakar Nuklear dan mempunyai kadar radiasi dibawah paras yang dibenarkan.
Mahkamah itu juga memerintah penduduk berkenaan membayar RM20,000 sebagai kos kepada semua responden, yang terdiri daripada menteri berkenaan, LPTA, Lynas Corporation Ltd (sebuah syarikat Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Panel itu membuat keputusan berkenaan setelah mendengar hujah yang dikemukakan peguam Datuk Bastian Pius Vendargon yang mewakili penduduk terbabit, Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Lynas dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili menteri berkenaan dan LPTA.
Kan ke dah kena bayar pasal perkara tu, nanti boleh le kata kerajaan ambil duit rakyat untuk prosiding mahkamah, sudah sudah le buat kerja bodoh macam tu, pakar nuklear dari PAS pun tak keluarkan kenyataan yang mengatakan Lynas tu bahaya, kenapa perlu ikut telunjuk si Fuziah Saleh tu? Dia bukan tau apa pun dalam bidang Nuklear atau pun Atom.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
SANGKAKALA CABAR @chegubard TUNJUKKAN BUKTI @Armand_PJU
Semalam dalam portal Keadilan Daily pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui ketua penyelarasnya iaitu saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard telah menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai ejen propaganda yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Boleh baca artikel fitnah dalam link dibawah
http://bit.ly/R5sqGs
Nampak sangat CheguBard ni mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan fitnah sebegitu, Sangkakala mencabar CheguBard supaya menunjukkan bukti bahawa khidmat pesanan ringkas atau SMS berantai yang dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Sangkakala juga nak nasihatkan pada mantan ketua AMK tak jadi ni, kalau nak cari publisiti atau populariti, cari lah dengan jalan memberi khidmat kepada masyarakat, bukan dengan budaya fitnah yang tiada kesudahan.
Sangkakala juga teringat apabila saudara Armand telah pergi ke Bukit Aman setelah mendapat tahu bahawa si bangang CheguBard ini ingin menghantar memorandum ucapan terima kasih dan tahniah (kalau tak silap) kepada pasukan PDRM, dan disitu CheguBard telah diberi sedikit kata kata amaran supaya tidak mewujudkan api kemarahan rakyat.
Kejadian tersebut terlerai apabila pasukan Polis DiRaja Malaysia begitu bijak menangani situasi dan dengan pantas bertindak agar ianya tidak menjadi lebih parah dan berlanjutan.
Sekali lagi Sangkakala mencabar CheguBard untuk membuktikan bahawa SMS yang dihantar oleh pihak berkenaan didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KHALID IBRAHIM PUCAT KETAKUTAN @nohomar
Khalid yang terdesak ketakutan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa tiada lagi perobohan yang akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) selepas ini berhubung pembinaan altar Hindu di kawasan tersebut.
Tapi jika dilihat dari segi undang undang, setiap penambahan struktur atau pengubahsuaian sesebuah bangunan perlu mendapat kelulusan PBT dan sekiranya ia tidak mendapat kelulusan, maka PBT kawasan tersebut berhak untuk merobohkan struktur bangunan yang dibina.
Tapi kenapa dalam kes ini, Khalid boleh lagi bertolak ansur serta sanggup untuk berjanji bahawa perkara atau insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi, adakah ianya disebabkan oleh desakan dari kepimpinan DAP dan pemimpin ahli parlimen Kapar yang berbangsa India.
Maaf kalau ada yang menganggap kenyataan Sangkakala ini sedikit perkauman, namun bukan itu yang Sangkakala maksudkan, tapi keadilan serta undang undang perlu ditegakkan demi untuk kebaikan semua rakyat Selangor.
Sangkakala lihat seperti ada pilih kasih diantara Khalid dengan rakyat, teringat pula al-kisah bekas Exco Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat kerana mendapat tentangan dari ADUN Selangor Ronnie Liu sedikit masa dulu kan?
Adakah Khalid juga risau akan mendapat nasib yang sama sepertimana Hasan Ali terima?
Kalau dah Menteri Besar tapi tiada pendirian, lebih baik Khalid letakkan sahaja jawatan yang disandang, tiada guna menjadi ketua pentadbiran jika ada suara suara lain menjadi bayangan pemerintahan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PATUTLAH ANWAR BERIYA PERTAHAN BJ HABIBIE @DrRaisYatim
Perkara ini dilihat setelah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengluarkan artikel berkenaan dengan Mantan Presiden Indonesia BJ Habibie yang disamakan dengan beliau.
Anwar juga menggesa agar UMNO mendesak Utusan Malaysia dan Tan Sri Zainuddin Maidin memohon maaf secara terbuka ekoran tulisan bekas menteri penerangan itu dalam akhbar milik parti itu, yang mengandungi kecaman terhadap beberapa pemimpin Indonesia.
Anwar sengaja mengambil kesempatan diatas artikel tersebut untuk menunjukkan kepada Indonesia bahawa beliau amat perihatin namun rakyat Malaysia tidak mungkin akan melupakan insiden dimana bendera Jalur Gemilang dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia sikit masa dahulu.
Kalau nak cari perhatian pun agak agak le Abang Non, jangan le semua nak dipolitikkan, macam macam kecaman dan hinaan pernah dilemparkan oleh rakyat Indonesia terhadap kepimpinan negara kenapa Abang Non diam seribu bahasa?
Kalau agak agak nak sangat baik dengan Indonesia tu, pegi duduk sana jadi presiden.
Tapi Sangkakala terlupa pula, Sukma kan orang Indonesia, patut padanlah Anwar beriya iya mempertahankan Mantan presiden kekasih hatinya kan?
Bagi Sangkakala, Tan Sri Zainuddin tak perlu tarik balik artikel beliau sebab Indonesia juga tidak pernah meminta maaf terhadap apa juga yang dilakukan oleh rakyatnya dalam mengutuk serta mencela kepimpinan kerajaan Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 19 Disember 2012
PAS TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI
Beliau (Tan Sri Harussani) memberikan kenyataan dalam nada yang agak tegas bahawa beliau tidak akan berdiam diri sekiranya satu satu perkara itu melanggar hukum syarak, isu ini bermula apa bila Harussani menyatakan bahawa Hadi Awang yang kini Presiden PAS memohon maaf kepada UMNO dan rakyat Malaysia kerana bertindak mengeluarkan amanat yang telah mengkafirkan UMNO sekaligus pengikut pengikut UMNO.
Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dilihat menempelak PAS yang kini dilihat begitu mengikut telunjuk DAP serta lari dari matlamat asal mereka untuk menegakkan Agama Islam di negara ini.
Perkara yang paling mengecewakan rakyat Malaysia kelihatan apabila PAS melakukan solat hajat dengan mendoakan kecelakaan menimpa UMNO serta pengikut UMNO sedangkan pengikut UMNO itu sendiri adalah dari golongan orang Melayu beraga Islam.
Bukan sahaja ahli UMNO, bahkan ada diantara pengikut pengikut PAS sendiri sudah dapat merasakan bahawa parti serta kepimpinan parti tersebut sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan PAS.
Semuanya adalah gara gara amanat Haji Hadi yang terdahulu yang mana ianya masih lagi digunakan oleh pengikut pengikut tegar PAS sebagai panduan hidup mereka, ada yang sanggup melakukan akad nikah 2 kali kerana tidak yakin dengan jurunikah kerajaan, ada yang bercerai berai kerana fahaman politik yang berbeza, ada yang berimamkan dua orang imam dalam satu masjid, ada yang tidak mengaku anak, ada yang mengharamkan saudara kandung untuk datang menlawat, semuanya adalah kerana gara gara amanat tersebut.
Namun PAS dengan angkuhnya pada hari ini masih lagi mengatakan bahawa mereka adalah benar dan tidak mempunyai apa apa kesalahan serta kesilapan, dan apa bila ada ulama atau mufti membuat teguran maka mereka disuruh berdiam diri kononnya mereka ini tidak tahu akan sejarah politik tanah air.
Jika ini dibiarkan, Sangkakala yakin, sekiranya Pakatan menjadi kerajaan maka semua kata kata ulama ini tidak akan diguna pakai lagi demi kepentingan politik mereka, adakah berjaya mereka (PAS) dalam meperjuangkan agama islam sekiranya kata kata ulama ini tidak diterima dan mereka ini disuruh diam semua?
LAJIM UKIN TERBELIT JERAT SENDIRI
Selasa, 18 Disember 2012
ZAHID PENTINGKAN KESIHATAN RAKYAT
Namun atas dasar rasa tanggungjawab terhadap rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar pegawai perubatan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar kawasan parlimen beliau.
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan melalui ahli parlimen Barisan Nasional sentiasa mengambil berat tentang keadaan sekeliling.
Orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan perubatan secara percuma ini ialah Doktor Nik Mohd Azli Nik Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bagan Datoh.
Menurut beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid mengarahkan beliau setiap minggu untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat sekeliling parlimen Bagan Datoh demi untuk memastikan kesihatan rakyat berada di tahap yang sebaik mungkin.
Menurut Doktor Nik lagi, program ini telah dijalankan sejak tahun 2009 lagi dimana Datuk Seri Ahmad Zahid akan memberikan bantuan berupa ubat ubatan atau kerusi roda mengikut keperluan pesakit.
Ikuti perkembangan setiap sessi pemeriksaan kesihatan ini dalam blog Sangkakala pada setiap minggu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
















