Selasa, 18 Disember 2012

PAS DAH MULA RISAU BILA RAHSIA TERBONGKAR

Beberapa NGO Perak hari ini membuat laporan polis berikutan satu pendedahan terhadap PAS.

Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan ini
http://bit.ly/U60ZvU

Dengar cerita pasal tanah yang di anugerahkan kepada sebuah syarikat oleh kerajaan Kelantan.

Cemana Nik Aziz ni, boleh ke kalau cara macam tu? Apa pun kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan, tapi Sangkakala rasa tak patut sangat pemimpin islam berbuat perkara sebegini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS TAKUT DENGAN KENYATAAN MUFTI

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meminta supaya mufti mufti tidak mencampuri hal politik sekiranya tidak tahu asal usul parti kenapa? Mungkin kerana takut kenyataan Mufti Mufti ini akan mengganggu gugat kenyataan sesat mereka agaknya.

Beliau berkata begitu setelah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Bagi Sangkakala, mufti tersebut mengambil pendekatan bahawa Hadi Awang telah mengkafirkan saudara sesama islam dan ini bertentangan dengan hukum syarak.

Kata Harun, PAS akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).



Apa kena mengena akidah seorang islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tu dengan sejarah? Adakah itu cara PAS mengajar pengikut pengikutnya?


Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

Ternyata PAS sudah tidak lagi mengikut landasan perjuangan mereka yang sebenar atau yang terdahulu, kini PAS dilihat boleh menyelar serta mengutuk ulama ulama yang menegur cara kepimpinan mereka berpolitik.

GUAN ENG TIDAK UNDI CALON MELAYU DALAM DAP

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa DAP bukan parti anti-Melayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tertinggi pusatnya (CEC).


Masih lagi berani LGE kata macam tu sedangkan bukti telah menunjukkan bahawa kesemua calon Melayu semasa pemilihan tersebut kecundang, begitu juga calon dari kalangan kaum India, yang ada cuma Cina dan Singh.




Itu yang dikatakan oleh LGE sebagai demokrasi? tapi untuk menutup segala kelemahan tersebut, dua orang Melayu bangang dilantik sebagai CEC dalam parti tersebut.


Sangkakala yakin bahawa semua ini adalah konspirasi dalaman DAP, mungkin mereka serik dengan kenyataan yang pernah di keluarkan oleh naib Pengerusi DAP sikit masa dulu.


Hari ni untuk menutup semua cerita tu dan untuk mengelakkan dari terus di beri persepsi buruk oleh ahli Melayu DAP LGE keluarkan kenyataan yang nampak sangat membohong, entah entah LGE sendiri tak mengundi calon Melayu semasa pemilihan tersebut.


Kalau DAP benar benar telus dan ikhlas terhadap Melayu, kenapa undi secara angkat tangan tidak di buat? biar semua orang nampak dan tahu berapa ramai yang undi dan sokong.

KERAJAAN BARISAN NASIONAL JANGAN TERLALU LEMBUT

Sangkakala telah lihat satu videoklip yang dimuat naik dalam laman youtube tadi, tajuk video 'ubah roket style', apa yang Sangkakala cuba katakan disini ialah, videoklip ini dibuat mesti menggunakan modal yang agak besar dan yang buat videoklip ini pula mesti orang yang mahir dalam pembikinan videoklip.

Sangkakala ada bertanya pada beberapa orang rakan, agak agak meraka siapa yang buat klipvideo yang Sangkakala maksudkan, rata rata meraka memeberi pendapat bahawa ianya dibuat oleh pelajar pelajar IPTA atau IPTS yang mempunyai aliran matapelajaran berkenaan.

Teringat pula dengan kisah Namewee satu masa dulu yang mengubah lagu Negaraku yang mana kemudiannya diberi penajaan oleh kerajaan dalam pembikinan filem nasi lemak 2.0. Setelah mendapat penajaan, beliau mengubah pula lagu Rasa Sayang dan memuji muji kerajaan.

Apakah kerajaan kita pada hari ini perlu digemparkan dengan kisah kisah begitu dan seterusnya memberikan apa yang mereka inginkan supaya mereka tidak melakukan lagi perkara perkara seperti ini?

Amat mendukacitakan sekali bukan? sekarang dah ada pula videoklip yang terang terang mengutuk kepimpinan kerajaan dan Sangkakala masukkan video tersebut dalam blog Sangkakala ni untuk tunjukkan betapa segelintir orang orang cina khususnya anak muda yang menyokong DAP biadap terhadap kepimpinan Melayu.

klik gambar untuk video
Lepas ni kerajaan boleh la cari siapa pembuat videoklip tu dan tawarkan dengan penajaan segala bagai, sedangkan yang benar benar berjuang untuk kerajaan ni minta apa pun dah macam minta sedekah.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan bersikap tegas, jangan hanya memberikan amaran demi amaran hingga mereka ni semua naik tocang dan pijak kepala kita orang orang Melayu.


Anak anak cina ni seolah olah terlalu mencabar kesabaran orang orang Melayu, tapi nak buat macam mana sebab ada segelintir Melayu bangang yang ditolak secara terang terangan dalam DAP masih lagi jilat ludah cina DAP ni kan.


Ahad, 16 Disember 2012

BN YOUTH JOB FAIR APA PULA FUNGSI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Ucapan tahniah Sangkakala berikan kepada Pemuda Barisan Nasional yang begitu prihatin dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kepada golongan muda dengan mengadakan BN Youth  Job Fair yang berjalan mengelilingi seluruh pelusuk tanah air.


Walaupun program ini telah lama berakhir, namun baru sekarang Sangkakala terfikir, apa pula fungsi Kementerian Sumber Manusia yang menjadi kementerian yang sepatutnya menjalankan program ini.

Adakah Menteri di Kementerian tersebut YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam tidak mempunyai idea atau tidakkah beliau terfikir untuk melakukan sesuatu seperti ini demi membantu anak anak muda untuk mendapatkan pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara?

Satu masa dulu Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Rakyat ada juga memanggil syarikat untuk menemuduga bakal bajal pekerja lepasan SPM untuk bekerja di pelbagai sektor. Namun kini semua tu dah takde lagi rasanya.

Jika nak dikatakan ianya tidak mendapat sambutan dari pelbagai pihak, Sangkakala lihat begitu ramai anak anak muda yang melawat serta mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan sepanjang program BNYJF dijalankan di seluruh negara baru baru ini dan ada juga kedengaran bahawa rata rata anak anak muda ini amat berpuas hati dengan program tersebut.

Bagi Sangkakala, sekiranya Menteri tersebut hanya mempunyai keinginan untuk menjadi Menteri dan berjawatan dalam kabinet, ini adalah liabiliti sebenar dalam Barisan Nasional.

Rata rata ahli Barisan Nasional tidak kira dari UMNO MIC MCA dan parti komponen lain memerlukan seorang Menteri yang tau masalah rakyat serta kreatif dalam usaha menyelesaikannya.

Satu lagi, ada tak Kementerian Sumber Manusia memberi apa apa bantuan untuk menjayakan BNYJF selama ianya berlangsung atau hanya datang sebagai undangan untuk bersama sama Perdana Menteri merasmikan program tersebut.

Sangkakala juga ada mendengar ura ura bahawa Menteri di Kementerian Sumber Manusia juga menolak untuk memberikan bantuan kewangan yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada CCAM sebuah badan bukan kerajaan yang mana badan bukan kerajaan ini mempunyai peluang pekerjaan sebagai penyambut tetamu atau operator panggilan telefon sebanyak lebih dari 20'000 kekosongan dan badan bukan kerajaan ini juga dikatakan berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja di bawah rangkaian sektor yang mereka naungi.

Apa yang menjadi bahan ketawa pula ialah, apabila Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zainal Rahim bin Seman telah memanggil Presiden CCAM ini untuk berjumpa dan beliau mengatakan bahawa CCAM tidak ada kena mengena dengan Kementerian mereka, bahkan beliau pula dengan mudah menolak agar CCAM pergi berjumpa dengan Kementerian Pelancongan, KSU sendiri pun tak tau ke fungsi Kementerian Sendiri dengan Kementerian orang lain? Mungkin ada arahan dari pihak atasan sampai KSU keluarkan kenyataan bodoh macam tu agaknya ye.


Jika ini amalan yang digunapakai oleh Kementerian, rasanya ramai anak anak muda yang akan ketinggalan dalam bidang pekerjaan selagi ada Menteri yang Sangkakala lihat tidak boleh mencapai KPI seperti yang diminta oleh Perdana Menteri kita satu masa dulu.

Pssssttt.. baik tutup je la kementerian ni kalau dah nak jaga diri sendiri je..






PERLANTIKAN CEC DALAM DAP HANYA RETORIK

Selepas kongres DAP kebangsaan bersidang semalam, dua orang dari kalangan orang Melayu telah dilantik didalam JawatanKuasa Eksekutif pusat atau CEC.

Apa yang dapat Sangkakala katakan disini ialah, perlantikan ini hanyalah retorik semata mata kerana untuk mengaburi mata orang atau pengundi Melayu.

2 orang Melayu ini dilantik dan bukan memenangi kerusi dan ini jelas membuktikan bahawa kedua dua mereka harus akur dengan gesaan yang dilakukan oleh DAP semata mata kerana kedudukan mereka yang harus dijaga.

Kita semua juga dapat melihat bahawa, 2 orang ini bukanlah pejuang yang akan menjaga kebajikan orang Melayu walaupun Setiausaha Agung parti itu mengatakan, meraka ini dilantik berdasarkan kebolehan mereka.

Takkan Lim Guan Eng sahaja yang nampak kebolehan mereka, sedangkan yang lain lain tu tak nampak, seramai 2000 lebih perwakilan dalam kongres, namun hanya beberapa orang sahaja yang nampak semua tu? Agak mustahil juga kan?

Sangkakala menyeru kepada semua supaya jangan lagi mempercayai tindakkan DAP yang hanya mahu menggula gulakan pengundi dan mengaburi mata rakyat.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CINTA PAS PADA DAP HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG

Hidung tak mancung pipi tersorong
sorong itu lah perumpamaan yang paling tepat buat PAS pada masa ini, seolah olah kucing jalanan yang meminta makanan, sanggup mengesel geselkan badan pada kaki manusia walaupun disepak berkali kali.

Apa maksud Sangkakala?

Cuba kita lihat insiden yang berlaku semalam semasa kongres DAP Kebangsaan yang di adakan di Pulau Pinang, kesemua calon dari kalangan orang Melayu telah kecundang kerana tidak mendapat sokongan dari perwakilan.

Ada juga yang diakatakan hanya mendapat 30 undi dan mungkin itu adalah undi perwakilan Melayu didalam kongres tersebut.

Berbeza pula dengan PAS yang terhegeh hegeh atau beriya iya mahu menunjukkan yang mereka telus dalam semua perkara termasuklah menjaga orang bukan Melayu dan bukan Islam dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.

Kenapa DHPPP ini ditubuhkan? Untuk menjaga kepentingan orang bukan Islam? Atau mereka juga dihantar oleh DAP untuk memastikan bahawa PAS tidak sewenang wenangnya melakukan sesuatu seperti menyaman atau menjatuhkan hukuman denda kepada orang bukan Islam yang melakukan kesalahan?

Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata semalam di Sinar Harian, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.

Tugas utama DHPPP adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negara ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan, kata beliau lagi.

Menurutnya juga, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.

Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Beliau berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan tindakan MPKB itu sebagai tidak adil.

Nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DHPPP tu? Tidakkah melambangkan bahawa mereka juga rasis sama seperti DAP?

Adakah pemimpin PAS jenis manusia yang tidak tahu malu hingga 'diludah' sebegitu masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP? Tidakkah mereka ini mempunyai perasaan cintakan bangsa langsung agaknya.

PAS perlu mengkaji semula apa kebaikan mereka bersama sama dengan DAP, jika hanya kerana tamakkan kuasa, mungkin satu kesilapan besar telah berlaku, maka ahli ahli PAS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga hak kita semua sebagai orang orang melayu dan seterusnya menjaga hak agama seperti yang dipertahankan oleh UMNO selama ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS BUTA ATAU BUTAKAH PAS


Hari ini berakhir sudah kongres Kebangsaan DAP dimana kita melihat bahawa parti DAP sememangnya bersikap rasis dan bagi mereka tidak ada tempat untuk golongan Melayu yang boleh duduk sebaris dengan kepimpinan mereka.

Perkara ini sebenarnya boleh menjadi panduan kepada orang orang Melayu terutamanya PAS dan orang Melayu dalam PKR.

DAP tidak akan sesekali membiarkan Melayu itu mempunyai kuasa dan telah dizahirkan di dalam kepimpinan parti mereka ini.

Ketujuh tujuh calon yang bertanding di Kongres tersebut menemui jalan kekalahan bukti atau tanda bermulanya revolusi penolakan Melayu dalam parti rasis tersebut. Adakah ini menjadi contoh kepada PAS yang mahu manjadikan DAP sebagai rakan kongsi dalam mencapai hasrat untuk memerintah?

Jika dalam parti sudah ditidakkan suara orang Melayu, apakah setelah menjadi kerajaan DAP akan memberikan peluang kepada Melayu? Sudah pasti tidak rasanya.

Seperti didalam kongres pada siang tadi juga, DAP mengiktiraf bahawa mereka akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

Ini kemungkinan besar juga kerana mereka meletakkan Anwar sebagai ketua pembangkang di dewan parlimen sekaligus mengatakan bahawa Anwar adalah ketua bagi pakatan pembangkang.

Tapi apa yang menghairankan ialah, kenapa kongres tersebut tidak dirasmikan oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilakukan oleh parti komponen Barisan Nasional yang sedaya upaya meminta supaya Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung tahunan mereka?

Adakah ini juga tanda bahawa Anwar bukanlah pilihan mereka dan mereka sebenarnya tidak mengiktiraf Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat dan kedudukan itu hanyalah untuk meraih undi dari pengikut pengikut yang membabi buta menyokong meraka?

Apa yang kita lihat ialah, DAP akan cuba menyisihkan Melayu dalam parti dan ini juga akan terjadi sekiranya mereka memerintah, dan para pembaca jangan terkejut sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan dihalau keluar dari komponen Pakatan Rakyat dan mungkin mereka pula akan menyumbat beliau kedalam penjara.

Kerana apa? kerana mereka dahagakan kuasa yang selama ini menjadi idaman mereka, jadi kepada melayu melayu yang berada didalam DAP PAS serta PKR, fikir fikirkanlah apa yang perlu anda lakukan demi menjaga hak Melayu di tanah air ini.

Kita lihat jumlah undi yang dimenangi oleh kaum keluarga Karpal serta Lim kit siang seperti yang di bawah.


1 LIM KIT SIANG 1607

2 LIM GUAN ENG 1576

3 KARPAL SINGH 1411


4 CHONG CHIENG JEN 1211

5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202

6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202

7 TAN KOK WAI 1199

8 GOBIND SINGH DEO 1197

9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162

10 TENG CHANG KHIM 1152

11 FONG KUI LUN 1137

12 NGA KOR MING 1075

13 CHONG ENG 1006

14 CHOW KON YEOW 986

15 LIEW CHIN TONG 984

16 M. KULA 984

17 BOO CHENG HAU 958

18 KOK SUH SIM (TERESA) 925

19 TEO NIE CHING 903

20 NGEH KOO HAM 824


pssstt..ada ke nama Melayu kat situ?


 

Sabtu, 15 Disember 2012

KERAJAAN SELANGOR LINTAH DARAT

MCA Selangor hari ini menyelar tindakan MBSA yang menaikkan cukai pintu hingga 10 kali ganda berkuat kuasa tahun hadapan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri itu tidak ubah seperti lintah darat yang menyedut segala pemilikan yang ada oleh rakyat negeri itu secara tidak langsung.

Sangkakala umpamakan begitu kerana jika seseorang individu terbabit tidak melunaskan cukai pintu tersebut, maka MBSA akan menyita premis hingga membuatkan pemilik terpaksa berhutang atau bergolok gadai demi melunaskan cukai tersebut.

Ini kah yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang diwar warkan oleh pakatan selama ini? Adakah ini cara kerajaan negeri Selangor ingin menutup segala kerugian kerajaan negeri? Atau adakah ini salah satu cara kerajaan Selangor nanti akan mengatakan behawa negeri tersebut mencapai keuntungan yang berlipat ganda dengan memerah keringat rakyat Selangor?

Melalui rekod, ada penduduk yang membayar cukai pintu kepada MBSA berjumlah RM1,470 bagi tahun 2011, dan jumlah itu meningkat menjadi RM5,512 pada tahun berikutnya, serta notis baharu yang diterima adalah berjumlah RM23,040 bagi tahun 2013.

Kalau ini menjadi amalan kerajaan negeri Selangor, sudah pasti ramai rakyat di negeri itu akan kehilangan harta mereka kerana akan dirampas oleh kerajaan negeri ekoran kegagalan membayar cukai.

Sama juga dengan apa yang terjadi kepada penduduk penduduk yang merupakan peneroka Felda Sungai Buaya Ulu Selangor yang mana tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri ekoran mereka gagal untuk membayar cukai hasil tanah selama 3 tahun (pakatan memerintah) sedangkan selama tujuh tahun sebelum itu (semasa kerajaan Barisan Nasional) tanah milik peneroka ini tidak dirampas walaupun seinci. Alasan yang diberi oleh kerajaan Pakatan Selangor ialah, peneroka tidak membayar cukai hasil tanah selama sepuluh tahun sedangkan mereka baru memerintah selama tiga tahun pada ketika itu.

Inilah yang akan dialami dan akan terus dirasai oleh rakyat Selangor selagi kerajaan Pakatan ini menjadi pemerintah di negeri tersebut. Ayuh kita tolak kerajaan Pakatan, berikan mandat penuh kepada Barisan Nasional untuk kesejahteraan kita di masa hadapan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SEJAUH MANA IMAN PENGIKUT PAS

Setiap kali ada ceramah atau perhimpunan PAS, kita sudah pasti akan mendengar laungan Takbir dan disambut dengan kalimah Allahuakbar.

Namun sejauh mana ahli PAS atau kepimpinan PAS itu sendiri menyedari tentang iman mereka?

Sangkakala tidaklah mengatakan bahawa Sangkakala ni orang yang penuh dengan keimanan, tapi jika dilihat dari pelbagai sudut, orang orang atau pengikut serta pemimpin PAS juga adalah manusia biasa, dan tidak lari dari sesuatu yang boleh mendatangkan kegoyahan iman.

Ada juga orang menyebut, semakin tinggi ilmu agama seseorang, maka semakin kuat dugaan yang perlu ditempuhi dan semakin kuat syaitan itu cuba mengalih tumpuan mereka kearah jalan yang dimurkai oleh Allah.

Seperti yang terjadi baru baru ini, pengikut PAS sanggup mendoakan saudara sesama Islam didalam UMNO mendapat musibah atau kecelakaan, adakan ini melihatkan bahawa pengikut serta pemimpin PAS mempunyai keimanan yang tinggi?

Sangkakala pernah di beritahu oleh seorang bekas muslimah PAS yang telah meninggalkan parti itu kerana menurut beliau, pengikut serta pemimpin PAS hanya alim dari segi luaran, tapi tidak dari dalam jiwa mereka sendiri.

Walaupun tidak semua yang mempunyai perangai sebegitu, namun sebagai penyokong kepada sebuah parti, itu adalah moral yang tidak baik dan menampakkan bahawa PAS tidak memberi pengajaran tentang keagamaan kepada pengikut pengikutnya dan PAS hanya memberikan pelajaran politik.

Bagaimana kepimpinan parti ini mempunyai keyakinan sekiranya mereka bersama sama pakatan rakyat memerintah maka kejadian maksiat dan sebagainya dapat dihapuskan jika ahli mereka sendiri tidak mempunyai keimanan yang tinggi serta mencukupi?

Kita dapat juga melihat, beberapa kejadian yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS serta PKR yang mempunyai moral yang begitu teruk hingga ditangkap berkhalwat dan sebagainya.

Adakah ini kepimpinan yang bakal mencorak negara ini sebagai sebuah negara Islam? Mampukah mereka merialisasikan apa yang mereka kata mereka inginkan kelak?

Tambahan pula sekarang, Sangkakala lihat DAP cuma mengatakan bahawa PAS adalah rakan politik yang baik, tetapi DAP tidak menyatakan bahawa mereka setuju untuk memberikan jawatan tertinggi kepada PAS.

Sangkakala ingat lagi sewaktu PRU12, di negeri Perak, setelah pakatan memenangi majoriti kerusi DUN maka telah terjadi sedikit kekeliruan terhadap kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

PAS cuma memenangi 6 kerusi dan DAP pula memenangi 18 kerusi, oleh kerana undang undang tubuh kerajaan negeri hanya akan melantik Menteri Besar, maka jawatan tersebut telah diberikan kepada PAS.

Namun apa yang terjadi ialah, PAS hanya menjadi boneka yang disusun atur perlakuannya hingga membuatkan beberapa orang ADUN bertindak keluar dari parti dan menjadi ADUN bebas seterusnya menyokong Barisan Nasional untuk menerajui pemerintahan negeri.

Ini juga kita akan lihat sekiranya Pakatan memenangi PRU13 nanti. Sudah pasti akan terjadi perbalahan disitu.

Berbalik kepada keimanan yang Sangkakala perkatakan tadi.

Bekas muslimah PAS yang memberitahu kepada Sangkakala tentang perilaku ahli ahli PAS juga mengatakan bahawa terdapat segelintir dari pada ahli PAS ini yang cuba menggoda mereka, adakah ini keimanan dalam tuntutan agama Islam?

Menurut beliau juga, ada yang menghantar pautan video porno dengan alasan bahawa bekas muslimah ini seorang gadis dan perlu mempelajari semua itu sebagai persediaan untuk perkahwinan.

Agak kelakar juga kan? Setahu Sangkakala, tidak ada hadis yang mengatakan bahawa setiap gadis perlu mempelajari semua perkara dalam video porno tersebut melainkan belajar cara untuk menta'ati suami supaya selepas bergelar isteri, mereka ini tidak termasuk dalam golongan wanita yang derhaka terhadap suami masing masing.

Sangkakala rasa sudah tiba masanya PAS berhenti dari politik dan tumpukan untuk memberi pelajaran agama kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, kerana PAS tidak akan mendapat tempat dalam tampuk pemerintahan negara dan akan hanya menjadi mainan kepada DAP dan PKR dalam usaha mereka mendapatkan kuasa memerintah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMBANGKANG GELISAH PERKASA NYATAKAN SOKONGAN

Walaupun pernah merasakan kekesalan terhadap parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum Cina (MCA) yang pernah mengeluarkan kenyataan yang agak menyinggung orang orang Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa atau PERKASA hari ini mengeluarkan kenyataan melalui Presiden NGO tersebut yang meminta semua ahli supaya menyokong semua calon calon Barisan Nasional walau pun daripada MCA.

Perkasa yang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga hari ini, yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menyeru ahlinya sekitar 300,000 orang agar menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA meskipun pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung kaum Melayu dan umat Islam.

Ini nampaknya akan membuatkan pembangkang lebih gelisah kerana pertubuhan bukan kerajaan itu dilihat kini amat aktif dalam usaha untuk menyatukan orang orang Melayu di Malaysia.

Dalam ucapan dasarnya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun hatinya terguris dengan kenyataan-kenyataan MCA sebelum ini, namun kemenangan parti komponen BN itu diperlukan dalam PRU13.

MCA pernah melabel Perkasa sebagai rasis, dan akan menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU13.

Ini juga menunjukkan bahawa selain daripada menjaga kepentingan orang Melayu, PERKASA juga dilihat seperti menjaga semua kaum berdasarkan kerana menginginkan kedamaian dari semua sudut termasuklah sosioekonomi negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS DAH GELABAH DENGAN DAP

PAS hari ini sekali lagi menerima tamparan hebat dari DAP apabila Pengerusi parti tersebut menyatakan pendirian menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dalam PRU13 nanti.
 
Pengerusi DAP tersebut menyatakan kenyataan ini semasa perasmian Kongres Kebangsaan DAP pada hari ini.

Semasa Muktamar PAS tidak berapa lama dahulu, ada perwakilan dari PAS menyatakan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang harus diletakkan sebagai Perdana Menteri dan mereka berkeyakinan bahawa presiden parti itu layak untu menjadi Perdana Menteri.

Dalam ucapan setiausaha Agung DAP pula, ada juga menyebut bahawa DAP akan menambah kerusi yang akan dipertandingkan di semenanjung Malaysia iaitu 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.

Dimana lagi PAS nak bertanding kalau dah semua tempat DAP nak sapu? Mungkin Karpal menjanjikan kerusi roda milik beliau nanti kepada Hadi Awang dan lama kelamaan PAS akan ditelan oleh gergasi gergasi yang tamak kuasa ini.

Dengan kenyataan kenyataan pemimpin DAP tersebut, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat untuk memberikan atau berkongsi kuasa dengan PAS, bahkan mereka lebih rela bersekongkol dengan Anwar dan kemungkinan besar juga, DAP sudah mempunyai senjata untuk memusnahkan Anwar jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti.

Ini perkara yang perlu kita semua fikirkan dan bukan sahaja kerana negara, tapi untuk generasi kita yang akan datang.

KARPAL FITNAH AHLI SENDIRI KERANA POPULARITI

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Dap semalam di dalam akhbar Sinar Harian ternyata hanya untuk memfitnah ahli sendiri demi populariti beliau sebagai Pengerusi parti tersebut.

Ini jelas terbukti apabila tiada sebarang kekacauan atau kekecohan akan berlaku ketika Konvensyen DAP ke-16, hari ini, seperti yang diramalkan beliau.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, jika terdapat cubaan anasir luar untuk menggulingkan perhimpunan parti tersebut, ia tidak akan berlaku.

Tegas beliau, dakwaan Karpal bahawa terdapat pihak tertentu untuk mengacau perhimpunan itu adalah tidak benar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal bahawa terdapat rancangan untuk menggulingkannya ketika konvensyen tersebut berlangsung.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan tiada sebarang maklumat mengenai kekacauan atau penggulingan terhadap Karpal.

Kenapa Karpal sanggup berkata demikian sedangkan ramai yang tidak tahu serta menafikan perkara tersebut? Adakah Karpal sengaja mencari populariti untuk terus memegang jawatan Pengerusi berkerusi roda DAP?

Menurut Karpal semalam di dalam akhbar Sinar semalam, beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan.

Macam ni punya pengerusi pun ada rupanya, disebabkan takut populariti sebagai pengerusi jatuh, maka beliau sanggup memfitnah ahli sendiri.

GUAN ENG CARI NAHAS


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikatakan akan mengheret Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri itu ke mahkamah hanya mengundang padah, ini kerana nampaknya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tersebut amat yankin bahawa beliau mempunyai cukup bukti untuk dikemukakan kepada rakyat Pulau Piang.

Mungkin ini akan menjadi satu pengajaran buat Guan Eng supaya lebih berhati hati jika bermain api di kemudian hari.

Guan Eng dikatakan akan mengheret setelah ketua pergerakan pemuda tersebut setelah beliau mengeluarkan kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Guan Eng yang dibuatnya pada Oktober lalu.

Beliau diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan Guan Eng ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) berhubung isu tanah Taman Manggis pada satu sidang media 5 Oktober lalu.
 
Kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang dengan sendiri, itu perumpamaan yang layak diberikan kepada Guan Eng sekarang ini, dan kita boleh saksikan nanti bagaimana Guan Eng akan bersilat dalam mempertahankan dirinya.

Khamis, 13 Disember 2012

DEEPAK JAIKISHA DIBAYAR JUTAAN RINGGIT

klik gambar untuk video

Penjual karpet penuh kontroversi Deepak Jaikishan semalam dikatakan meledakkan lagi laman youtube dengan kenyataan beliau kepada PAStv yang mana beliau mengaitkan Perdana Menteri serta isteri dalam beberapa kes.

Tapi sejauh mana kebenaran dalam setiap apa yang dikatakan oleh beliau dalam video selama 14 minit itu tidak diketahui.

Tapi apa yang penting, sebelum ini beliau juga telah mengaitkan dan mengatakan bahawa segala kospirasi ini direka dan dibuat oleh Anwar Irahim serta kuncu kuncunya.

Selain itu, beliau juga dikatakan akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang  kawan wanita sebelum ini.

Apa yang peliknya ialah, beliau akan mula menetap di Burma tidak lama lagi, kenapa nak menetap di Burma? sedangkan dalam video yang Sangkakala tonton, beliau mengatakan bahawa beliau ingin menegakkan kebenaran tapi kenapa seolah olah cuba melarikan diri?

Adakah Deepak telah dibayar dengan wang jutaan ringgit untuk melakukan penipuan ini supaya syarikat beliau selamat dari diambil tindakan oleh Kuwait Bank And Financial yang dikatakan memberikan pinjaman kepada syarikat beliau sebanyak RM 600 juta dan ada kemungkinan syarikat beliau sudah tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran balik pinjaman itu.

Kita perlu mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan keatas Deepak bagi membongkar kebenaran seperti yang beliau katakan, tapi Sangkakala amat yakin bahawa ini semua adalah kerana politik.

Dan jangan terkejut sekiranya satu hari nanti akan ada lagi pengakuan si penjual karpet ini dan beliau akan menukar pula kenyataan sebelum ini.





Rabu, 12 Disember 2012

PAKATAN PERGUNAKAN WARGA EMAS DALAM ISU LYNAS

Dalam laporan Malaysiakini hari ini ada mengatakan bahawa seorang warga emas bersama dua orang rakannya telah ditahan pihak polis apabila cuba mendekati Meteri Besar Pahang di pejabat Mneteri Besar.


Ketiga tiga mereka kononnya telah menunggu Datuk Seri Adnan Yaakob sejak jam 11 pagi dan apabila Menteri Besar Pahang itu muncul mereka mendekati beliau dan meminta beliau memohon maaf kerana dikatakan telah menegeluarkan kenyataan bahawa perarakan himpunan hijau tidak berjalan sejauh 300 kilometer tapi hanya berjalan sejauh 200 meter sahaja.

Sangkakala terfikir juga, jika mereka ini berjalan sejauh 300 kilometer mengapa tidak ada walau satu pun (setahu Sangkakala) video perarakan mereka itu yang dimuat naik kedalam laman youtube seperti yang biasa dilakukan oleh penggiat media Pakatan Rakyat.

Agak musykil juga tu kan?

Namun apa yang Sangkakala nampak dalam isu ini ialah, bagaimana Pakatan Rakyat menggunakan warga emas dalam usaha mereka untuk menyalahkan kerajaan, bagi Sangkakala, nenek tua ini sudah pasti menerima hasutan atau pun wang bagi mendekati Adnan dan berpura pura untuk menuntut permohonan maaf dari Menteri Besar tersebut.

Jadi nasihat Sangkakala disini, janganlah kita biarkan orang tua kita dipergunakan oleh puak yang tidak bertanggungjawab ini semata mata untuk kepentingan politik mereka, mereka ini cukup bijak dalam memanipulasi golongan warga emas yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan luas dan pelajaran tinggi.

JABATAN PENDAFTARAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Cuma 300 orang yang datang berarak di Putrajaya dan menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini, mana baki lagi 299700 orang lagi yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan jika mengikut dakwaan N. Surendran Nain Presiden PKR?
MELAYU PEREMPUAN TU TAKDE IC JUGA KE?

Namun yang datang pada hari ini juga dilihat bukanlah seratus peratus India yang dikatakan lahir di Malaysia namun tidak mempunyai dokumen kelahiran.
SEBELAH KANAN TU MACAM CINA JE, KATA INDIA YANG TAKDE KAD PENGENALAN
Sangkakala nampak dari gambar yang di sediakan dibawah, ada juga Cina dan Melayu yang turut sama hadir ke himpunan tersebut, mustahil sangat Cina dan Melayu ni takde kad pengenalan diri mereka.

Apa apa pun Sangkakala nak beritahu disini bahawa, seperti yang Sangkakala sendiri pernah tanyakan kepada seorang rakan India yang juga tidak mempunyai kad pengenalan satu masa dulu ada memberitahu bahawa, ibu dan bapa beliau lahir di India dan sesudah sampai ke Malaysia mereka tidak memohon untuk mendapatkan kad pengenalan, jadi oleh yang sedemikian kedua ibu bapa rakan Sangkakala ini tidak berani untuk mendaftarkan kelahiran beliau di Malaysia.

Tapi bagaimana keadaan ini boleh terjadi sebenarnya?

Semua ini berlaku apabila mereka dibawa semasa kanak kanak ke Malaysia dan mereka tinggal serta bekerja di ladang ladang getah sebelum dijadikan ladang sawit, dan mereka ini berkahwin didalam kawasan ladang tersebut dihadapan Kuil dan sami Hindu, jadi perkahwinan itu juga tidak didaftarkan di jabatan Pendaftaran.

Setelah mereka mempunyai anak, maka anak ini juga tidak didaftarkan atas sebab takut bahawa mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa tambahan pua mereka ini tidak didedahkan dengan polisi kerajaan yang akan menerima dan menapis semua jenis permohonan.

Kenapa mereka ini tidak mahu berusaha sendiri untuk mendapatkan kad pengenalan? kenapa perlu melalui orang tengah dan siapa pula orang tengah itu juga perlu kita kaji dengan teliti.

Kes kes seperti ini telah didedahkan oleh Naib Pressiden PKR N. Surendran, dan kita semua sedia maklum bahawa N. Surendran adalah seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri kalau tak silap.

Jadi adalah biasa kepada peguam peguam Pakatan Rakyat ini untuk menjadi popular kerana mereka juga perlu 'cari makan' dan dengan cara membawa mereka (peserta himpunan) ini ke PutraJaya, kemungkinan besar mereka akan melantik peguam untuk mewakili mereka dalam usaha untuk mendapatkan kad pengenalan.

Jika perkara ini berlaku, maka sudah pasti N. Surendran akan mengenakan bayaran yuran guaman untuk mewakili mereka dan harus diingat juga bahawa, polisi kerajaan hari ini, sekiranya mereka (peserta himpunan) ini tidak mempunyai dokumen lengkap, maka mereka tidak layak untuk mendapat kad pengenalan, adakah itu juga salah kerajaan?

Sangkakala amat yakin bahawa tidak semua yang mendakwa diri mereka itu lahir di Malaysia adalah sebenar benarnya anak kelahiran Malaysia, sudah pasti akan ada yang mengambil kesempatan diatas semua kejadian ini.

Jadi bagi Sangkakala, Jabatan Pendaftaran perlu bertanggung jawab dalam meneliti serta memperhalusi setiap seorang dari mereka dan jika boleh atau perlu, apa kata jika dilakukan ujian pengesan pembohongan terhadap mereka disitu nanti kita lihat sejauh mana kebenaran dari apa yang mereka katakan nanti.

Selasa, 11 Disember 2012

PENCETUS ANARKI DI MALAYSIA

Saksikan video yang dimuat naik oleh blogger daengselili dan kita semua dapat mendengar siapa sebenarnya pencetus anarki di Malaysia ini.

klik gambar untuk menyaksikan video

Dah dengarkan? Jadi sama sama kita fikirkan siapa sebenarnya dia ni.




LAJIM UKIN SAHKAN BELIAU JUGA MENERIMA HASIL BALAK


Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Ini sekaligus juga mengiyakan bahawa beliau juga salah seorang penerima hasil tersebut selama beliau memegang jawatan didalam kerajaan negeri Sabah, mana tidaknya, beliau baru sahaja keluar dari parti.

Beliau juga seperti tahu bahawa wang haram dari kegiatan rasuah ini disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak, jika beliau sendiri tidak terlibat, masakan beliau boleh mengetahui segala kegiatan ini dan kenapa baru kini beliau membuka segala pekong yang ada?

Atau mungkin ini adalah satu fitnah dari Lajim Ukin sendiri untuk menutup segala kegiatan beliau semasa menjadi Tim. Ketua Menteri Sabah?

Dalam perkara ketiga Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Lajim (seperti dibawah) ada mengatakan bahawa beliau meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

Persoalannya ialah, berapa lama Lajim menjadi wakil rakyat di Sabah? kenapa kini baru beliau berkata begitu? Ada sebab agaknya ni.

Dalam perkara sebelas pula beliau berkata bahawa sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber
untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman beliau sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah.

Ini juga berkemungkinan besar bahawa beliau ada terlibat sama dalam isu pembalakan dan mungkin setelah kerajaan negeri Sabah menghentikan penganugerahan kawasan balak kepada beliau dan beliau bertindak untuk keluar parti dan seterusnya melontarkan pelbagai fitnah terhadap kepimpinan negeri.

Akuan sumpah yang dilakukan oleh Lajim ini nampaknya akan memakan diri beliau sendiri, mungkin beliau menyangkakan dengan bertindak keluar dari parti dan membuat tuduhan tuduhan palsu ini maka beliau akan terlepas dari segala kegiatan semasa beliau menjadi wakil rakyat dulu, kita tunggu dan lihat nanti siapa yang akan terkena.

INI BUAT SANGKAKALA MARAH DIMANA SIFAT TOLERANSI DBKL

Semua orang kenal dengan pelawak Datuk Yahya Sulong bukan? satu masa dulu yang namanya meniti dibibir semua peminat filem komedi tanah air, dikurniakan dengan gelaran Datuk tanda beliau pernah berjasa dalam industri perfileman tanah air.


Namun apa yang menyedihkan hari ini apa bila Sangkakala terbaca dalam satu blog rakan Sangkakala yang mengatakan bahawa pelakon komedi hebat ini telah dihalau keluar dari kediaman beliau di Flat Bandar Baru Sentul oleh DBKL.

Kalau ye pun kedua suami isteri, Datuk Yahya Sulong 84 dan isteri beliau Datin Alisah Ali 65 tahun tidak membayar sewa selama 8 bulan, takkan takde langsung budi bicara sampai halau warga emas ni keluar, takkan muflis DBKL kerana sewa RM 800 tu rasanya.

Kepada pihak pengurusan Sangkakala ingatkan, warga emas ini seperti ibu bapa kita, jangan ambil tindakan melulu, ramai lagi yang tertunggak sewa bulanan rumah DBKL tu. Sangkakala minta jasa baik Menteri Wilayah YBM Datuk Seri Raja Nong Chik dan Ketua UMNO bahagian Batu yang juga merupakan panel penasihat kepada DBKL untuk meninjau ninjau masalah warga emas yang tidak berkemampuan untuk membayar sewa ni.

rRUMAH TERBAKAR TIAN CHUA LARIKAN DIRI

Dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran di Kampung Chubadak Hilir baru baru ini, sebanyak lapan buah rumah telah hangus terbakar dan dari lapan buah rumah tersebut, tujuh unit PPR telah diluluskan serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diberikan kepada mangsa kebakaran.

Surat tawaran rumah tersebut telah diberikan sendiri oleh Menteri Wilayah di Sentul sehari selepas kejadian.

Walau bagaimanapun, ucapan setinggi tinggi tahniah buat Dr Dominic dari Parti Gerakan, Ketua pergerakan pemuda UMNO serta pengerusi Gerakan Belia 4B parlimen Batu yang tampil memberi bantuan awal kepada mangsa.

Mana ahli parlimen Batu? takkan lari bila pengundi menghadapi musibah sebegini, inilah mentaliti Pakatan Rakyat yang hanya tahu meraih undi tetapi tidak akan sama sekali memberi khidmat sebagai wakil rakyat.

Sekalung tahniah juga buat Ketua UMNO bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani yang turut sama hadir semasa penyerahan surat tawaran kepada mangsa.






Inilah bukti rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, janji ditepati, sama sama kita tolak pakatan dalam pilihanraya umum nanti, tumbangkan PKR di kawasan parlimen Batu.

HAL MACAM NI PUN PUAK PAS NAK BOHONG

Dalam Harakah Daily ada menunjukkan dan mengatakan bahawa bendera PAS telah berkibar di bumi Palestin semasa sambutan ulang tahun kemenangan Hamas baru baru ini.

Sangkakala rasa ada pelik sikit dengan gambar gambar yang dimaksudkan, jom kita tengok..

 Diatas ini adalah gambaar pertama yang Sangkakala muat naik, apaa yang menjadi kemusykilan ialah, bendera tersebut kalau diikutkan pada saiznya boleh dikatakan besar serta tebal dan ianya berkibar begitu kuat seolah olah angin kencang sedang bertiup, sedangkan bendera yang berada berhampiran dilihat agak nipis namun ianya tidak berkibar sehebat bendera yang dikatakan bendera PAS. Photoshop ke ni?

 Ini pula gambar kedua yang Sangkakala muat naik pagi buta ni, Sangkakala tengok gambar ni memang hebat, namun Sangkakala kata orang yang buat gambar ni memang tak cukup pengalaman atau teliti agaknya, mana tidaknyakan, Jalur Gemilang berkibar ke sebelah kiri, tapi bendera PAS pula ke sebelah kanan, agaknya angin kat Palestin memang macam tu kot ye? Walaupun dekat tapi masih tidak satu arah. Belajar lagi ye si pembuat gambar.

 Yang ini pula gambar terakhir, tengok memang takde apa, tapi cuba perhatikan betul betul, bendera tu takde sesiapa pegang, terpacak sendiri nampaknya kan? dan kita semua boleh tengok bendera lain kurang kibarannya namun bendera PAS berkibar kuat seolah olah si pembuat gambar ingin menunjukkan bahawa itu adalah bendera PAS, langsung tidak bergerak sedikit pun dan ianya seolah olah kaku disitu.

Hal macam ni pun puak PAS nak cuba bohongi, kalau dah pembohong tu tetap pembohong juga namanya kan.

Isnin, 10 Disember 2012

JANGAN BUAT TUDUHAN MELULU KALAU TAK TAU CERITA SEBENAR



Terkejut juga dengan berita yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Jerantut yang dikatakan telah keluar dari UMNO. Namun berita itu telah dijawab oleh rakan blogger sangkakala yang boleh dikatakan rapat dengan YBM Tengku Azlan.

Baca berita lanjut dengan klik <disini>

Jadi sebelum membuat apa apa spekulasi sila periksa dengan teliti dahulu.

BAPA BOB LOKMAN KECEWA DENGAN KEPIMPINAN PAS


Bapa kepada bekas pelakon dan pelawak tanah air Bob Lokman, Lokman Ahmad sudah pasti kecewa sekarang ini apa bila mendapati Bob sudah tidak popular seperti dahulu lagi, jika satu masa diawal kemasukan Bob dalam PAS dahulu.

Ini berikutan apabila Ustazah segera Abby Abadi menyertai PAS dan lebih menonjol.

Bapa Bob Lokman yang satu masa dulu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat berharap agar Bob diberi peluang untuk menjadi calon dalam PRU13 nani mewakili PAS nampaknya akan berputih mata.

Kita dapat melihat sekarang tidak ada lagi nama Bob Lokman disebut sebut seperti dahulu lagi, bahkan ceramah ceramah juga tidak lagi diplopori oleh beliau gara gara ustazah segera.

Mungkin pemimpin pemimpin PAS suka duduk di belakang Ustazah segera sebab dapat tengok pemandangan indah berbanding duduk di belakang Bob semasa memberi ceramah yang akan mengganggu penglihatan mereka.

Nasib la Bob, dulu berdentum dentam sangat becakap, macam dah tak ingat dunia dimana bumi dipijak, semua serba tak kena, sekarang kan dan perlahan lahan dilupakan.

PAKATAN RAKYAT MATI AKAL






Setelah kita melihat gambar gambar ini, apa pula kata puak Pakatan Rakyat? sudh pastilah ini menjadi satu ketakutan kepada pemimpin pemimpin mereka apabila Perdana Menteri dengan tidak ditemani oleh pengawal peribadi, bahkan memandu kenderaan ditemani isteri pergi menjamu selera di warung tepi jalan.

Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang akan terus merajui tampuk pemerintahan di Putrajaya lepas PRU13 nanti.

Sikap dan keramahan beliau tidak dapat disangkal lagi dan majoriti rakyat Malaysia sudah faham dan amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau selaku ketua pentadbiran negara.

Puak Pakatan Rakyat jangan pula nanti ada yang mati berdiri kalau terjumpa Perdana Menteri yang tiba tiba datang ke tempat awam untuk melakukan aktiviti riadah.

Sangkakala yakin ini pasti akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Ahad, 9 Disember 2012

SAH NAIB PRESIDEN PKR PEMBOHONG BESAR


N. Surendran, Naib Presiden PKR yang mengatakan bahawa terdapat 300,000 warga Malaysia berketurunan India masih tidak mempunyai kad pengenalan ternyata adalah satu pembohongan besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan kerana tidak memiliki kad pengenalan.

Menurut Perdana Menteri, semakan menunjukkan seramai 9,000 orang telah mendaftar dan sebanyak 4,500 kes telah diselesaikan dan diberi kad pengenalan.Seramai 2,000 lagi sedang diproses.

Jadi dimana yang dikatakan oleh Surendra selama ini seramai 300,000 tu? Datang dari mana seramai tu agaknya. Kalau nak jadi hero tu agak agak le pun, kena ada fakta baru boleh cakap.

Belum memerintah dah membohong cemana ni?

Sementara itu, laporan Bernama menyebut Najib mahu masyarakat India kembali menjadi "simpanan tetap" kepada BN bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum ini menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Najib berkata kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan semua janji mereka termasuk dalam soal Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu merobohkan kuil termasuk yang terbaru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Beliau berkata "simpanan tetap" BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum Mac 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan di kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu, katanya.




MB SELANGOR PULA DISERANG DAP


Satu ketika dulu apabila kes JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara, Datuk Hasan Ali pada ketika itu EXCO agama kerajaan negeri teruk diserang oleh Ronnie Liu sehingga membuatkan beliau dipecat sebagai anggota EXCO kerajaan.

Kini DAP mula mengganas lagi apabila menyalahkan Menteri Besar Selangor dalam kes meruntuhkan satu altar Hindu di Sepang pada bulan lalu.

Exco kerajaan negeri Xavier Jayakumar pada Khamis lalu mengutuk tindakan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang meruntuhkan altar berkenaan.

Ahli Parlimen Puchong pula menyalahkan Menteri Besar Selangor yang kononnya berdiam diri dengan isu tersebut dan ini jelas menunjukkan bahawa DAP seperti memaksa Menteri Besar Selangor juga mengutuk tindakan MPS yang melakukan perobohan tersebut.

Dikatakan seramai 30 pegawai penguatkuasa MPS memasuki kediaman berpagar seorang penganut Hindu, Umah Devi pada 20 November di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dan meruntuhkan altar kecil tersebut.

Takkanlah semua masalah nak dibebankan kepada Menteri Besar saja, apa guna adanya Exco? Kalau diperingkat Federal munasabahkah semua hal urusan negara nak dikendalikan oleh PM sendiri? Apakah semua menteri yang ada sebagai hiasan saja? Kalau nak bangkangpun biarlah berpada-pada.

Menurut Xavier, kerajaan negeri mengarahkan semua kerajaan tempatan supaya tidak meruntuhkan tempat ibadat yang didirikan sebelum 2008. Gobind mempersoalkan mengapa pegawai MPS berkenaan mengambil tindakan yang bertentangan dengan arahan kerajaan negeri.

Sejak akhir  akhir ini kita dapat melihat 2 orang singh ni selalu buat statement yang mengelirukan. Singh ni pun tak pernah tengok dia buat kerja untuk rakyat. Apa apa pun kalau kuil2 yg tak ikut peraturan mesti di runtuhkan. Takkan semua tempat nak buat kuil. tak boleh jumpa busut, pokok, batu besar dan yang pelik2 semua nak sembah. Ikut lah aturan sikit.bukan kita nak ganggu urusan agama bangsa lain tapi surau pun ada yang diruntuhkan jika tak ikut peraturan.

Apa apa pun ini semua adalah agenda DAP untuk menidakkan kuasa pentadbir Melayu di Selangor, meraka akan terus mengutuk dan mengkritik sekiranya melibatkan bukan melayu atau Islam, tapi apabila melayu atau Islam yang terbabit, mereka akan berdiam diri.

PAS LARUT BERTELAGAH KERANA CALON

Gara-gara keputusan Pas Pusat yang ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dikatakan punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Namun itu adalah asam garam politik yang sebenar, Datuk Fauzi memang pandai mengambil kesempatan menggunakan kedudukan beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan untuk melobi diri menjadi calon pilihanraya.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Namun ahli ahli PAS perlu melihat sejauh mana kehebatan Fauzi daalm arenaa politik, mampukah beliau membawa permasaalahan rakyat dan menyelesaikannya, kalau hanya untuk bertanding dan mencari kesenangan diri, rasanya lebih baik ahli PAS fikir fikirkan semula tindakan untuk terus menyokong kepimpinan PAS pusat yang dilihat hanya bertanding untuk memenangi kerusi dan bukannya memikirkan kesesuaian seseorang calon dikawasan tersebut.

Disini  jelas kita lihat bahawa kepimpinan PAS tidak langsung mendengar keluhan ahli diperingkat akar umbi dan tidak seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN yang sentiasa melakukan pemantauan apa yang diingini oleh ahli serta rakyat, dan tidak mustahil juga sekiranya ramai dikalangan penyokong tegar PAS kini sudah mula beralih arah menyokong Barisan Nasional.