Rabu, 14 November 2012

KAMALANATHAN SENYUM RONNIE LIU MENANGIS

Dalam Malaysiakini hari ini ada tertulis mengatakan bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan telah menghantar surat kepada Ronnie Liu untuk memohon maaf berhubung Exco kanan kerajaan negeri Selangor mengaitkan Ahli Parlimen BN itu dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Liu berkata, surat tuntutan permohonan maaf tersebut diterima di pejabatnya hari ini dan beliau akan berbincang dengan peguamnya sebelum mengambil tindakan lanjut.

Cuba kita bayangkan, hanya dengan menghantar surat tuntutan maaf Ronnie sudah mengelabah nak jumpa peguam dan sebagainya, hebta juga rupanya YB Kamalanathan ni ye.

Dalam senyuman yang sentiasa terukir, rupanya racun berbisa yang mampu membuatkan Ronnie tak senang duduk.

Haha..caya lah YB Kamal, bukan semua orang ada kelebihan macam tu, marah pun senyum, suka pun senyum, rupanya ada yang kecut perut dengan senyuman YB Kamal.

Dalam surat tersebut juga menyebut akan menuntut bayaran sebanyak RM1 juta daripada Ronnie Liu sekiranya Ronnie tidak memohon maaf, bertambah goyang le si Ronnie bila YB Kamal kata macam tu sebab dah memang terbukti tuduhan yang dibuat oleh Ronnie Liu terhadap YB Kamalanathan adalah fitnah kerana YB Kamalanathan  hanya berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Selayang daripada 2004 hingga 2006 dan projek kondominium itu hanya dibincangkan dan diluluskan pada 2007.

APA KU LI CAKAP NI

 Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan bahawa Barisan Nasional akan menang pada PRU13 nanti, ini sekaligus menidakkan bahawa Pakatan Rakyat akan menakluki Putrajaya sebagai kerajaan.

Ku Li mengatakan bahawa rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

Haha, mesti Anwar pening kepala kali ni sebab Ahli Parlimen Gua MUsang itu memang terkenal dengan kajian dalam politik tanah air.

Beliau juga berkata bahawa sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu.

Agaknya Anwar siapkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang selepas ini nanti, kerana beliau juga mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat gagal untuk menakluki Putrajaya pada PRU13 beliau akan mengundurkan diri dari arena politik.







SAH AZMIN BELI LAMBOGHINI








Kelakar pulak Sangkakala dengar siTanggang sorang ni becakap dalam satu ceramah, siTanggang ni kata kalau pilihanraya bulan 12 bulan 1 boleh beli kereta, kalau pilihanraya bulan 2 bulan 3 boleh beli kereta.

Azmin lupa ke agaknya yang dia sedang berceramah di sebuah kampung? Mampu ke orang kampung tu nak beli sebuah kereta import seperti Ferrari yang digunakan oleh beliau?

Azmin dalam ceramahnya mengatakan bahawa sekeping AP atau permit import sebuah kenderaan berharga RM0.50 dan beliau juga berkata bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah maka cukai kenderaan tersebut akan dikurangkan sebanyak 25%. Kenapa 25%? Kenapa Pakatan Rakyat tidak mengatakan bahawa cukai tersebut dimansuhkan sahaja?

Ini semua satu lagi pembohongan yang dicipta oleh Pakatan Rakyat untuk mengelabukan mata rakyat supaya memilih mereka menjadi kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.

Beliau juga berkata bahawa Pakatan Rakyat akan memberikan AP kepada setiap rakyat Malaysia, ini bermakna tidak akan ada lagi Syarikat yang bertanggungjawab untuk membawa masuk kenderaan.

Jika semua rakyat diberikan AP kenderaan, siapa yang akan membeli dan siapa yang akan menjual? Dan persoalan yang lebih penting siapa pula yang akan pergi berunding untuk membawa masuk kenderaan-kenderaan ini ke dalam negara?

Apa yang pastinya kini, Pemimpin Pakatan Rakyat bukan mahu memberikan kelebihan kepada rakyat dalam isu AP ini, apa yang dapat kita lihat ialah, pemimpin mereka ini rakus untuk membeli kereta-kereta mewah seperti yang digunakan oleh mereka kini.

Cuba kita lihat kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti dibawah, semuanya mewah-mewah bukan? berbanding pula dengan Perdana Menteri kita yang hanya menggunakan Proton Perdana Eksekutif sebagai kenderaan.

Fikir-fikirkanlah,pemimpin Pakatan Rakyat hanya memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka menjadi kerajaan.


CAMRY NIZAR LAMBAI

KENDERAAN NIK AZIZ
FERRARI AZMIN 

KERETA ANWAR IBRAHIM

KERETA NAJIB RAZAK








Selasa, 13 November 2012

1MOCC ADAKAH IANYA RELEVAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Kalau diikutkan dari satu sudut, ianya adalah amat baik bagi rakyat Malaysia, tapi jika difikirkan pula dari sudut lain, mampukah ianya bertindak seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat?

Mampukah ianya nanti memberikan khidmat yang memuaskan?

Menurut Perdana Menteri ianya akan beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Apa yang Sangkakala risaukan ialah ianya nanti akan menjadi seperti 'tikus baiki labu', harapan Perdana Menteri agar pusat ini menjadi tempat aduan namun nanti pusat ini pula yang diadukan kepada kementerian atau jabatan atau agensi yang bertanggung jawab.

Apa yang Sangkakala ketahui Pusat Khidmat ini juga menggunakan nombor telefon biasa yang mana ianya sudah tentulah akan dikenakan bayaran oleh pihak telekomunikasi dan seperti biasa, panggilan akan di sambungkan kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan.

Seperti biasa, untuk disambungkan kepada pegawai yang bertanggungjawab ini, panggilan tersebut akan sudah pastilah akan mengambil masa yang agak lama, alasan yang diberikan pegawai sedang sibuk dan sebagainya.

Sangkakala berpendapat bahawa, kerajaan perlu melantik satu badan seperti badan bukan kerajaan yang mampu untuk mengendalikan kes-kes aduan ini dan ianya akan mengemukakan laporan yang telus kerana ianya tidak bersangkutan dengan kerajaan, dan barulah laporan yang diterima adalah benar-benar tepat.

Sangkakala juga pernah mendengar kewujudan satu persatuan iaitu Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia atau CCAM.

Rakyat serta semua pihak perlu sedar bahawa Pegawai yang bertugas untuk memberikan perkhidmatan di Pusat Perhubungan atau Pusat Panggilan bukan bertaraf operator yang hanya bertugas mengalihkan panggilan ke pihak tertentu tetapi Pegawai tersebut merupakan Agen penyelesaian bagi setiap interaksi. Ini kerana pegawai-pegawai tersebut perlu mempunyai tahap pengetahuan mengenai sesuatu bidang secara menyeluruh di samping memiliki kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dan juga kemahiran menguruskan sistem dengan cekap.

Apa yang diketahui juga 1MOCC ini dikendalikan sepenuhnya oleh MAMPU dan mampukah badan kerajaan ini memastikan pegawai-pegawai 1MOCC dilengkapi dengan latihan berinteraksi yang secukupnya serta tahap pengetahuan yang tinggi bagi membantu menyelesaikan masalah atau pertanyaan daripada masyarakat?

Adalah lebih baik sekiranya MAMPU menyertai CCAM sebagai ahli bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh 1MOCC sentiasa berada di tahap yang tertinggi dan terbaik.  Kerana dari maklumat yang Sangkakala ketahui, CCAM merupakan platform kepada Industri tersebut di mana segala pengetahuan, teknologi, proses serta best practices dapat dikongsi bersama seterusnya dapat melonjakkan lagi Malaysia sebagai Negara yang mempunyai mutu perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik.

Jangan nanti MAMPU hanya mampu mendengar keluh kesah rakyat tapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa atau perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang diingini oleh rakyat sekaligus harapan untuk menjadikan negara kita sebagai hub bagi Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di peringkat antarabangsa melalui kelebihan-kelebihan yang sedia ada seperti kemudahan infrastruktur, keadaan ekonomi yang stabil, sokongan serta inisiatif berterusan daripada Kerajaan serta sumber manusia yang berkualiti terkubur begitu sahaja.






JANJI DITEPATI DI NEGERI SELANGOR


Masyarakat India yang beragama Hindu hari ini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pembinaan kondominium setinggi @( tingkat berhampiran dengan Kuil Batu Cave akan dibatalkan sekiranya Barisan Nasional kembali menjadi kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.

Ini adalah sesuatu yang amat baik bagi menyelesaikan kes Kondominium yang menjadi kontroversi di negeri tersebut.

Seperti yang diketahui umum, kerajaan Barisan Nasional akan menunaikan janji tersebut dengan syarat Barisan Nasional diberi mandat untuk memerintah negeri itu.

Tidak seperti kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya akan tahu berjanji namun segala janji tersebut akan lenyap setelah mereka mendapat kuasa memerintah.

Harap-harap masyarakat India khususnya yang beragama Hindu mengambil iktibar dariapa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama mereka memerintah di negeri Selangor.








DEWAN ULAMA PAS MAHU NURUL IZZAH JATUH DALAM POLITIK



Dewan Ulama PAS yang mengambil jalan mudah dengan meminta rakyat untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah melambangkan bahawa mereka dengan sengaja mahu Naib Presiden PKR itu jauh tersungkur dalam arena politik tanah air.

Dengan meminta rakyat membuat penilaian seolah-olah PAS tidak mengabil berat langsung terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Tindakan dewan ulama PAS yang langsung tidak memberikan teguran kepada Nurul Izzah juga membuktikan bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga agama Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengatakan bahawa rakyat kini sudah pandai menilai dan dalam keadaan sekarang, rakyat sudah dapat menilai bukan sahaja Nurul Izzah bahkan rakyat juga sudah menilai sejauh mana PAS mempertahankan kesucian agama Islam.

AZIZAN RAZAK SAHKAN PAS LARI DARI LANDASAN






Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalamwacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat danmerupakan bekas anggota parti itu.

Kalau diikutkan daripada apa yang diperkatakan oleh Azizan Razak seperti diatas, jelas menunjukkan bahawa PAS sudah lari daripada perjuangan asalnya dalam mempertahankan Islam.

Jika sudah ada pihak yang berani membuat teguran dan Azizan pula mengatakan itu adalah dari suara minoriti ini bermakna Azizan mengatakan jika suara majoriti yang meminta supaya PAS kembali ke jalan asal sudah pasti kepimpinan PAS akan menurut kata mereka, tetapi oleh kerana ianya datang dari sekumpulan kecil bekas ahli PAS maka mereka (PAS) tidak perlu kembali kejalan asal dan perjuangan mereka kini memang sudah terpesong.

Isnin, 12 November 2012

PAS KEJAM TERHADAP AHLI

Selama ini PAS mengecam dengan pembinaan kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng Pahang.

Dalam tanpa di sedari rupanya ramai ahli PAS yang terdiri daripada pekerja dan kontraktor yang mencari rezeki di dalam kawasan pembinaan Lynas.

PAS Pahang mengatakan bahawa ahli ahli mereka yang mencari rezeki di kilang tersebut adalah balaci kepada BN dan UMNO.

Cuba kita lihat betapa singkatnya pemikiran pemimpin PAS yang sanggup mengatakan ahli mereka sendir sedemikian rupa demi untuk memenuhi kerakusan mereka mendapatkan kuasa.

Tidakkah pemimpin PAS pahang memikirkan bahawa itu adalah punca rezeki kepada rakyat Pahang dan ahli ahli PAS yang bekerja disitu.

Jika ini pemikiran mereka, sudah pasti tiada kemajuan yang akan dinikmati oleh rakyat seperti di negeri Kelantan.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MOHAMAD ASFIA KEKAL SEBAGAI SPEAKER DUN SARAWAK

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk tempoh empat tahun mulai 15 Nov ini.

Untuk berita lanjut sila layari link di bawah

http://bit.ly/TEb2pQ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 11 November 2012

MANA JANJI KERAJAAN SELANGOR

Akibat dari janji yang tidak dipenuhi oleh kerajaan Selangor, penduduk pangsapuri Permai Damansara Damai mengadakan himpunan aman bagi menuntut janji yang tidak ditunaikan seperti yang termaktub dalam menifesto Pakatan Rakyat.

Pangsapuri yang menempatkan 1300 unit rumah itu dikatakan tidak pernah mendapat subsidi air percuma setelah mereka dikatakan menggunakan meter pukal.

Kerajaan Selangor sememangnya menggunakan kelebihan bahawa terdapat banyak kediaman dalam negeri itu yang menggunakan meter pukal untuk mereka tidak memenuhi janji menifesto mereka.

Kerajaan yang mengambil kesempatan seperti ini perlu ditolak dalam pilihanraya yang akan datang agar semua rakyat mendapat hak sama rata.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS KATA KELANTAN TERPINGGIR SULTAN PULA UCAP TERIMA KASIH

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana tidak meminggirkan negeri itu daripada arus pembangunan.

Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

Untuk bacaan lanjut klik

http://bit.ly/SULC93







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GILIRAN USTAZ NASHA HENTAK NURUL

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantain Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".

Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.

Nah, kalau dah orang yang dikatakan ulamak satu masa dulu oleh puak puak PAS bersuara mcm ni, apa pula kata pengikut pengikut PAS tentang kenyataan Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR yang menjadi parti bersekutu dengan PAS? Adakah pengikut PAS tetap akan mengatakan bahawa tindakan Nurul mengeluarkan kenyataan tersebut adalah benar?

Pengikut PAS dan Melayu dalam PKR serta DAP perlu meninggalkan parti yang mereka sokong kerana sudah jelas bahawa kepimpinan mereka mempunyai agenda yang amat membahayakan agama Islam serta bangsa Melayu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 10 November 2012

SURENDRAN BERLAGAK HERO

Dalam masa mereka menempelak Suruhanjaya Pilihanraya dengan menuduh bahawa ramai pengundi diragui, Naib presiden PKR N.Surendran mengatakan bahawa beliau akan membawa beberapa orang daripada kaum india yang tidak mempunyai kad pengenalan untuk membuat himpunan aman di hadapan pejabat Perdana Menteri.

Bukankah mereka juga yang mengatakan bahawa kerajaan telah memberikan hak kerakyatan kepada warga asing sebelum ini? Tapi kenapa kini Surendran pula cuba untuk menjadi 'hero' masyarakat india yang tidak memiliki kad pengenalan yang mana kemungkinan mereka juga adalah warga asing?

PKR bukan sahaja memutarbelitkan keadaan bahkan kini sudah jelas bahawa parti itu cuba menggunakan kaum india sebagai senjata pertahanan terakhir mereka menjelang pilihanraya dengan harapan mereka akan mendapat sokongan dari kaum india.

Sangkakala bukan menidakkan kerakyatan mereka, tetapi kerajaan selama ini meneliti serta menghalusi setiap kerakyatan yang akan diberikan kepada mereka.

Bukan dengan cara mendesak Perdana Menteri untuk memberikan hak kerakyatan tersebut kerana mungkin rekod kelahiran mereka tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan sekaligus menyukarkan proses untuk mendapatkan kad pengenalan.

Apa yang menjadi kegusaran serta kebimbangan kita rakyat Malaysia sekarang ini ialah kebanjiran warga asing yang cuba untuk menjadi rakyat negara ini semakin menjadi jadi.

Surendran selaku seorang peguam sudah semestinya arif dalam proses pelaksanaan serta undang undang sekiranya seseorang itu ingin medapatkan kerakyatan dalam negara kita.

Sangkakala juga hairan, darimana datangnya sebegini ramai kaum india yang masih tidak mempunyai kad pengenalan? Adakah mereka ini benar benar lahir di Malaysia atau mereka telah datang sebagai pendatang tanpa izin di negara kita ini.

Surendran nampaknya bermain dengan satu permainan bodoh, hingga beliau tidak tahu yang mana satu benar benar rakyat Malaysia dan yang mana satu pendatang.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan kata kata bahawa kerajaan tidak memberikan kerakyatan atau kad pengenalan kepada kaum india ini kerana jika mereka benar benar lahir di negara kita, sudah pastilah ada rekod tentang kelahiran mereka di dalam negara ini.

Kemungkinan besar juga mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan ini cuba untuk mengambil peluang dengan menangguk di air keruh kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi mereka beranggapan adalah amat mudah untuk memalsukan diri dengan mengatakan bahawa mereka juga telah lahir di Malaysia.

Sangkakala harap supaya Surendran lebih bijak dalam menangani isu tersebut, kerana kita lebih kepada menjaga rakyat sendiri dan bukannya rakyat asing. Dan satu lagi, Surendran juga Sangkakala nasihatkan supaya tidak cuba untuk menjadi 'hero' dalam situasi ini. Jika mereka benar benar lahir di Malaysia, keluarkan bukti dan sudah pasti kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR DISERANG LAGI

KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.


Sumber: Utusan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAFIZI HILANG TARING

Rafizi Ramli yang terkenal kononnya sebagai pembongkar maklumat kini sudah tidak lagi dipercayai oleh penyokong penyokong PKR sendiri.

Mungkin akibat dari pembohongan yang selalu dilakukan oleh beliau membuatkan penyokong penyokong PKR sudah mula jelak dengan 'lembu' sekor ni.

Dapat dilihat dengan mata kita sendiri melalui gambar yang Sangkakala terima dari seorang rakan yang menghadiri ceramah beliau di Kg. Bukit Sekilau, Kuantan.

Menurut rakan Sangkakala, tak sampai 100 pun kehadiran. Orang kampung pun tak berapa kerat je yg hadir. Yang hadir sekadar nak cukupkan korum adalah orang dari luar.

Haha..naye la kali ni si Rafizi, kalau dah ceramah pembohongan beliau sekarang sudah tidak mendapat sambutan, apa akan jadi lagi dengan pembohongan akan datang? Sudah pastilah tidak akan ada lagi cara untuk menambat hati pengikut di kawasan tersebut.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang bijak memilih mana intan dan mana kaca, 'lembu' ni patutnya di hambat keluar je sebab akan merosakkan minda orang ramai dengan fitnah dan pembohongan beliau.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 9 November 2012

NURUL IZZAH BUAT APA DALAM BILIK PENSYARAH @n_izzah

Gambar diatas telah menunjukkan kasih seorang anak terhadap ayahnya, itulah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang kini diselubungi dengan kontroversi kenyataan tentang agama islam baru baru ini.

Namun bukan itu yang Sangkakala ingin sebutkan dalam artikel pada kali ini. Apa yang Sangkakala nak dedahkan kali ini ialah tentang sikap atau moral atau lebih tepat lagi Aqidah Nurul sendiri selama ini.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa Sangkakala mengada adakan cerita tentang Aqidah Nurul semasa beliau menuntut di UNITEN, dan sudah pastilah Nurul sendiri akan ingat pada tanggal tahun 2004 dimana beliau begitu ligat membantu ibunya yang pada ketika itu akan menghadapi pilihanraya umum dan Wan Azizah sendiri pada ketika itu adalah calon di Permatang Pauh.

Oleh kerana terlalu sibuk membantu ibu beliau, maka pelajaran beliau telah terabai, dan Sangkakala difahamkan beliau telah gagal dalam peperiksaan bagi semester tersebut.

Ingat lagi Nurul Izzah? Bagaimana cara kamu ingin mendapatkan markah cemerlang seterusnya membolehkan kamu lulus dalam peperiksaan tu?

Mungkin juga Nurul Izzah lupa agaknya, tapi Sangkakala akan memberi imbasan sedikit kepada Nurul untuk beliau mengingati apa yang telah berlaku.

Nurul Izzah ingat lagi siapa yang bagi markah untuk membolehkan lulus dalam peperiksaan tu?

Nurul Izzah ingat lagi tak, berapa banyak wang yang diberikan kepada Nurul Izzah pada kali pertama berjumpa?

Nurul Izzah ingat lagi tak tudung warna cream yang Nurul pakai tu?

Nurul Izzah ingat lagi tak semua tu?

Kalau tak ingat juga, nanti Sangkakala keluarkan bukti hidup yang mana ianya akan mebuktikan segala galanya tentang aqidah Nurul Izzah yang telah hilang sejak lama dulu dan bukannya baru kini.

Kepada para pembaca, Sangkakala minta maaf sebab tidak menyiarkan bukti tersebut sekarang, akan sampai hari dan masanya dan pada masa itu, Sangkakala yakin dan percaya bahawa semua rakyat Malaysia akan merasa jijik melihat sikap beliau.

Sangkakala tidak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa, tapi itu hanyalah untuk memberi kesedaran supaya kita semua menolak kepimpinan anak beranak yang sudah kehilangan aqidah ini, dan satu lagi, Sangkakala mohon maaf kepada Wan Azizah sekiranya apa yang Sangkakala keluarkan nanti akan mendatangkan aib yang amat besar kepada beliau sekeluarga.

Psss..sabar ye semua..doakan sangkakala kuat untuk mengeluarkan buktinya nanti


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NYANYUK AGAKNYA NIK AZIZ NI

Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Sumber : Utusan





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UTUSAN ATAU NURUL YANG PUTAR BELIT KENYATAAN

Hari ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah membuat laporan kepada JAIS yang mana beliau mendakwa bahawa akhbar Utusan telah memutar belit kenyataan beliau tentang kebebasan beragama yang dikeluarkan oleh beliau baru baru ini.

Kenapa Nurul hanya mendakwa Utusan tentang perkara tersebut? Sedangkan portal Malaysiakini juga dikatakan telah mengeluarkan klip video yang mana ianya menunjukkan bahawa Nurul memang ada menyatakan kenyataan tersebut.

Adakah Nurul takut jika beliau menamakan sekali portal Malaysiakini dalam laporan tersebut maka akan terjadi satu lagi musibah yang bakal melanda pemimpin PKR itu?

Nurul mendakwa bahawa Utusan telah memutarbelitkan kenyataan dan membawa klip video yang dikatakan mempunyai bukti beliau tidak menyatakan seperti yang didakwa.

Tapi apa yang kita lihat, dalam klip video yang dikeluarkan oleh beberapa laman blog jelas menunjukkan bahawa memang beliau ada menyatakan bahawa tiada paksaan dalam memilih agama.

Kita tunggu apa lagi putar belit Nurul setelah beliau kini terhimpit dengan kenyataan bodoh yang bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, malah parti komponen mereka (PAS) juga mengecam tindakan tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP KUMPUL MAKLUMAT ANWAR

Hebat DAP dalam permainan politik tanah air, DAP kini dikatakan sedang mengumpul semua maklumat tentang Anwar Ibrahim.

Menurut sumber yang Sangkakala terima, DAP kini bukannya sedang mengumpul maklumat yang baik tentang Anwar, bahkan parti itu kini sedang mengumpul segala kelakuan buruk yang dilakukan oleh Anwar selama beliau menceburi bidang politik.

Maklumat yang dikumpulkan ini juga dikatakan akan digunakan apabila Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya pada PRU13 yang akan datang.

Menurut sumber yang diperolehi, DAP merancang untuk menggulingkan Anwar selepas 2 tahun Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri dan selepas itu negara ini akan dijadikan negara republik dan sistem Raja berparlimen akan dimansuhkan serta digantikan dengan sistem presiden.

Sangkakala tidak pasti sejauh mana kebenaran tentang pakatan yang dilakukan oleh DAP ini.

Tetapi mengikut pemerhatian, kemungkinan besar juga perkara ini boleh berlaku kerana DAP sememangnya dari dulu tidak dapat menerima perlembagaan yang digunakan oleh negara Malaysia yang mana kelebihan diberikan kepada Bumiputera.

Sangkakala juga merasa gusar sekiranya perkara ini benar berlaku maka negara ini sudah pasti akan kehilangan kedaulatan sistem beRaja yang kita pegang teguh selama ini.

Adakah kita semua mahu perkara ini berlaku? Adakah kita mahu melihat anak cucu kita nanti seolah olah menumpang di negara sendiri?

Jangan kita gadaikan maruah bangsa kerana kerakusan Pakatan Rakyat untuk menjadi pemerintah dan jika perkara ini terjadi, mampukah kita untuk merubah semua kejadian yang telah berlaku.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GB4B MELAKA TEMPELAK NURUL IZZAH

Berikutan dengan kenyataan Nurul Izzah yang begitu hangat serta membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, Gerakan Belia 4B juga turut mengecam kenyataan tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka merangkan Timbalan Presiden 4B Malaysia.

KENYATAAN GB4B MELAKA

Kami Gerakan Belia 4B Malaysia Melaka mengutuk sekeras kerasnya dan menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Naib Presiden PKR yg bermaksud org Melayu bebas memilih agama utk dianuti seperti bangsa lain di Malaysia.

Kami berpendapat kenyataan ini adalah langkah permulaan untuk kita lihat Melayu hancur dan berpecah-belah dengan menggalakkan memberi ruang seluas-luasnya untuk generasi Melayu murtad.

Kenyataan ini adalah tidak wajar dan bertentangan dgn peruntukan perlembagaan negara kita.

Kita semua warga belia harus menolak idea songsang dan kenyataan yang gila ini untuk memastikan belia Melayu Islam pewaris perjuangan agama bangsa dan negara ini akan terus istiqamah dlm perjuangan ini utk menjadikan melayu terus menjadi bangsa yg maju dlm acuan kita sendiri iaitu berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Dan kami berharap agar generasi belia bijak berfikir utk menilai kenyataan sonsang ini dan memandang ini bukan hanya isu politik atau spin dari media BN tetapi ini adlh berkenaan dgn masa dpn kita semua.

Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan dan kita semua belia harus berganding bahu utk mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan bangsa Melayu.

Semuga Allah memelihara melayu dan Islam di malaysia yg tercinta ini.

MOHD NIZAM BIN HAJI OMAR
Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia
Negeri Melaka.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 8 November 2012

KENYATAAN MB PAHANG

Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Pahang berhubung dengan isu Lynas.

"Isu Lynas pada asasnya adalah isu Ekonomi. Ia kemudian menjadi isu Alam Sekitar. Ia bertukar kemudian menjadi isu Politik. Akhirnya ia menjadi isu Undang-Undang. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Banyak masa, tenaga, wang telah habis dengan sia-sia. Banyak kajian telah dijalankan. Ramai pakar-pakar telah membuat rumusan. Dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kuantan hari ini, elok kita beri peluang Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam bidang yang mustahak untuk negara dan boleh memberi pulangan kepada Syarikat selain memberi peluang ekonomi kepada pekerja, rakyat setempat, negeri dan negara keseluruhannya. Terima Kasih. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob, Menteri Besar, Pahang."




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 7 November 2012

PKR BAKAL HILANG UNDI MELAYU

Kenyataan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR tentang kebebasan beragama di negara ini bakal menempah bala.

Bukan sahaja rakyat, malah parti yang menjadi kroni pakatan mereka kini mula bangkit dan marah apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Apa yang kamu nak buat ni Nurul? Dah habis pikir ke? Takkan nak gadai agama anak bangsa semata mata kerana kuasa politik yang kamu dan bapa kamu idam idamkan selama ni?

Kita semua pernah dengar bahawa Anwar menyokong tentang seks bebas, kini anaknya pulak si Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama.

Adakah ini rupa pemimpin yang kita nak julang sebagai pemimpin negara ini?

Jangan sekali kali kita semua khususnya orang orang Islam memberi peluang kepada mereka ini untuk menjadi pemerintah.

Sangkakala juga ada mendengar bahawa mereka ini sekarang sedang mengikut telunjuk DAP yang berjanji akan memberikan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Anwar.

Kita juga perlu berfikir, sejauh mana DAP jujur dengan kata kata mereka?

Selama mana DAP akan memberikan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Anwar?

Kita perlu berfikir sedalam dalamnya semasa PRU13 nanti jika ingin memangkah parti yang mana pemimpinnya sudah kehilangan Aqidah ini.

Jangan digadaikan apa yang telah di warisi oleh nenek moyang kita kepada kita, jangan kita perjudikan agama Islam semata mata kerana parti yang mempunyai pemimpin seperti mereka ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ORANG KUAT SUARAM SEMAKIN KETAKUTAN

Empat daripada tujuh aktivis hak asasi yang dipanggil Pendaftar Pertubuhan (ROS), tidak akan memberi kenyataan berhubung siasatan terhadap NGO hak asasi manusia, Suaram.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah, telahpun berkata bahawa mereka tidak ada kaitan dengan Suaram dan tidak tahu tentang aktivitinya, walaupun mereka menyokongnya.

Peguam Edmund Bon yang mewakili Chua, Maria dan Arutchelvan berkata mereka berpendapat ROS tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111, Kanun Tatacara Jenayah.

Mereka dikatakan akan mengeluarkan satu notis undang-undang kepada ROS bagi maksud itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang turut hadir, juga mungkin mengabaikan notis itu. Beliau diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Individu lain yang telah menerima notis yang sama sehingga ini adalah Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee; Ahli Jawatankuasa Perlembagaan Badan Peguam Malaysia, Syahredzan Johan dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 6 November 2012

NAIB PENGERUSI DAP LETAK JAWATAN

Ketidakhadiran Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim di konvensyen tahunan parti itu Ahad lalu tidak boleh diterima oleh DAP Pusat dan negeri.

Teng memberitahu bahawa beliau hanya dimaklumkan pada saat-saat terakhir.

Teng juga dikatakan telah tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa negeri itu sejak Mei.


Adakah Teng sudah jelak dengan sikap DAP serta Pakatan Rakyat di Selangor yang dilihat menindas rakyat negeri itu.

Mungkinkah satu tamparan hebat akan berlaku di negeri Selangor sekiranya Teng melepaskan jawatan beliau?

Kita nantikan saat dan waktu itu nanti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENYATAAN NAZRI AZIZ MELAMPAU

Sangkakala terkejut pula bila dengar tentang menteri di Jabatan Perdana Menteri ni.

Memang Sangkakala pernah mempertahankan beliau apabila Rafizi Lembu mengaitkan anak beliau dengan michael chua tentang kenderaan Hammer yang didakwa oleh Rafizi milik ahli korporat tersebut dan kini digunakan oleh Nedim anak kepada Nazri Aziz.

Tapi tidak semestinya Sangkakala bersetuju dengan apa yang beliau katakan bahawasanya isu anak beliau tidak mengganggu gugat kekuatan BN dalam pilihanraya akan datang.

Sangkakala juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger Sangkakala ni, untuk bacaan lanjut, sila klik pautan ini http://t.co/bDAAsJ2W

Jangan Nazri ingat kami blogger pro kerajaan tidak berani untuk menentang beliau, kami memperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional dan kami tidak akan berjuang untuk orang yang bakal menghancurkan kerajaan ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 4 November 2012

LAGI BANTUAN KERAJAAN BN UNTUK RAKYAT

Tabung Haji akan mencari jalan untuk menyerap kos kenaikan penginapan di Makkah dan Madinah berikutan perkembangan pesat di Tanah Suci, antaranya melalui perjanjian sewa jangka panjang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Untuk bacaan lanjut sila klik di pautan ini

http://bit.ly/TnDEUe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GUAN ENG TAK LAYAK JADI KETUA MENTERI

Kenyataan di dalam portal Malaysiakini oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa Perdana Menteri sepatutnya mempertahankan AES adalah satu kenyataan bodoh.

Beliau berkata bahawa Perdana Menteri sepatutnya tampil mempertahankan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan bukannya bergantung kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk memberi penjelasan.

Adakah sebagai Ketua Menteri, Guan Eng begitu bodoh hingga tidak dapat membezakan tugas tugas menteri kabinet?

Takkan semua urusan negara mesti di letakkan di bawah Perdana Menteri? Bukankah Perdana Menteri telah meletakkan menteri menteri bagi setiap kementerian untuk menjawab atau membuat keputusan.

Memang ramai dikalangan rakyat menentang AES dan parti komponen BN juga ada meluahkan rasa kurang senang dengan sistem kamera ini digunakan.

Namun pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah satu tindakan bijak apabila meminta Menteri yang bertanggung jawab untuk memberikan penjelasan.

Ini adalah tugas menteri di kementerian pengangkutan kerana ianya melibatkan pengguna jalanraya dan ianya sudah tentulah dibawah peruntukan undang undang jalanraya.

Nampak sangat Guan Eng tidak bijak dalam sistem pentadbiran, bagaimana beliau mentadbir Pulau Pinang ketika ini agaknya?

Adakah semua keputusan serta tugas dilakukan oleh Guan Eng dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang hanya duduk bergoyang kaki selama ini?

Sangkakala rasa kalau ini le rupa mentaliti seorang Ketua Menteri, Pulau Pinang akan menjadi milik Guan Eng seorang, Exco negeri tidak berpeluang untuk membuat keputusan apatah lagi menjalankan tanggungjawab.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 2 November 2012

PAS KEHILANGAN PRESIDEN PARTI

Malang sekali bagi pengikut PAS kali ini, dengan menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, mereka sudah kehilangan Presiden parti.

Kehilangan ini bukanlah bererti Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang meninggal atau melepaskan jawatan, tetapi kehilangan kuasa sebagai Presiden parti.

Berkata di Marang, Hadi Awang memberikan kuasa kepada parti untuk meletakkan beliau sebagai calon di parlimen mana untuk pilihanraya kali ini.

Apa guna jadi Presiden parti jika tidak ada kuasa sebagai Presiden, dan apa yang pelik tentang kenyataan Hadi Awang ini ialah, siapa yang menetukan calon parti bagi mewakili PAS?

Mungkinkah DAP atau PKR yang akan menentukan calon mereka di setiap parlimen yang akan mereka tandingi?

Kalau sebagai Presiden parti beliau sudah tidak mampu membuat keputusan, mampukah Hadi membuat keputusan sekiranya memimpin negara?

Atau nanti Hadi hanya akan menunggu keputusan dari PARTI (yang tidak diketahui pemimpinnya) untuk membuat keputusan. Sama sama lah kita tolak PAS dan sekongkolannya dari menjadi pemerintah, takut nanti keputusan untuk kebajikan rakyat juga perlu meminta pendapat orang lain dulu.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAFIZI DIMAKI OLEH AZMIN SEBAB APA

"Budak bodoh", mungkin itu yang ada dalam hari Azmin Ali, timbalan presiden PKR sekarang terhadap pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

Akibat dari pendedahan Rafizi yang kononnya anak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dikatakan menggunakan kenderaan mewah jenis Hammer yang dikatakan milik ahli perniagaan Michael Chia.

Hubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.

Rafizi yang baru baru ini didakwa dengan akta Bafia kerana mendedahkan akaun syarikat milik NFC Corp mungkin terlupa dengan pemilikan sebuah kereta sport jenis Ferrari yang dimilik oleh Azmin Ali (seperti dalam gambar).

Dari mana pula Azmin Ali dapat duit untuk memiliki kereta mewah berprestasi tinggi yang berharga lebih dari setengah juta ringgit dan tidak mungkin Azmin hanya memiliki sebuah kenderaan mewah sahaja.

Adakah itu hasil dari simpanan Azmin sejak dari kecil?

Rafizi mungkin sengaja membawa isu anak Datuk Seri Nazri Aziz untuk memberi gambaran serta pendedahan kenderaan yang dimiliki oleh Azmin kerana kita semua tahu, Azmin kini disebut sebut sebagai calon Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi negeri Selangor pada PRU13 nanti.

Ibarat kata pepatah pukul anak sindir menantu, itu adalah strategi yang dilakukan oleh Rafizi.

Secara jelasnya, Rafizi memang berniat untuk membuka pekung Azmin tapi dengan membiarkan orang lain yang melakukannya, cara mudah untuk membuka kisah ini, Rafizi mengadakan cerita bahawa anak Datuk Seri Nazri menggunakan kereta mewah dan sudah pastilah nanti akan ada orang yang membuka cerita dan bukti bahawa Azmin juga memiliki kenderaan mewah ini.

Tahniah Rafizi kerana berjaya membuka mata rakyat dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui siapa Azmin yang sebenarnya. Serampang dua mata yang digunakan oleh Rafizi amat berkesan sekali, memang patut beliau di letakkkan sebagai pengarah strategi PKR kerana strategi beliau untuk menjatuhkan Azmin akan berjaya tak lama lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 1 November 2012

PR CABAR KEDAULATAN UNDANG UNDANG SEKALI LAGI

Walaupun telah dimaklumkan bahawa tiada permit akan dikeluarkan untuk himpunan di Serembanpada Sabtu ini, DAP akan tetap mengadakan himpunan tersebut dan mereka mensasarkan kehadiran 50'000 orang peserta.

Jelas terbukti kini bahawa DAP dengan kerjasama PJR dan PAS sengaja mencabar kedaulatan undang undang walaupun dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan permit berikutan DAP gagal untuk melengkapkan borang permohonan permit berhimpun.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan permit kerana perhimpunan itu di bawah akta perhimpunan aman.

Sejauh mana kepastian DAP bahawa himpunan tersebut akan menjadi aman?

Seperti juga himpunan Bersih 3.0, penganjur juga mengatakan bahawa mereka akan berhimpun secara aman namub apa yang terjadi ialah himpunan tersebut bertukar menjadi ganas dan penganjur sendiri tidak dapat mengawal keadaan pengikut yang terlalu fanatik di ikuti pula dengan kehadiran Ketua Pembangkang yang memberi isyarat supaya Azmin merempuh halangan atau sekatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Kerajaan perlu bertindak tegas, pihak berkuasa harus menggunakan kuasa dibawah peruntukan undang undang yang disediakan untuk membendung kegiatan yang mampu menggugat keamanan negara dan mengancam keselamatan orang awam.

MP KOTA RAJA PEMBOHONG BESAR

Malam tadi telah berlaku banjir kilat di beberapa buah kawasan dalam parlimen Kota Raja dan ianya melibatkan puluhan keluarga.

Namun apa yang mengecewakan apabila Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah dan ADUN kawasan iaitu YB Suhaimi langsung tidak melakukan apa apa tindakan.

Menurut seorang penduduk dan juga mangsa yang terlibat, Yb Dr Siti Mariah dan Yb Suhaimi hanya datang setelah mereka (mangsa) meminta bantuan dari JPS untuk menghantar pam bagi menyedut dan membuang air banjir tersebut.

Namun apa yang lebih mengecewakan mangsa yang terlibat, setelah JPS memasang pam tersebut, Dr Siti Mariah dan juga Suhaimi telah mengambil gambar serta ditemubual oleh media(tidak diketahui dari pihak mana) dan mereka mengatakan bahawa pam tersebut telah dipinjam oleh Dr Siti Mariah dan Suhaimi.

Beberapa orang penduduk yang juga mangsa amat tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kedua dua Yb ini yang mana pada mereka ini adalah satu tindakan yang kurang ajar serta tidak bertamadun.

Selaku seorang Yb, adalah menjadi tanggungjawab mereka berdua untuk membantu, bukan dengan hadir setelah kerja dijalankan dan kemudian memberitahu bahawa itu adalah hasil kerja yang dijalankan oleh mereka berdua.

Kedua dua Yb ini pada Sangkakala adalah orang yang mementingkan diri serta layak dipanggil Yb munafik, Sangkakala ulangi MUNAFIK apa bila cuba menunjukkan bahawa mereka menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

Sangkakala juga diberitahu, ada seorang mangsa telah menghantar SMS kepada Yb Suhaimi dan berkata kepada beliau, jika ini tindakan yang Yb lakukan kepada kami, jangan mimpi Yb akan menjadi ADUN di kawasan ini lagi.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada saudara ini yang cukup tegas walaupun beliau mengatakan yang beliau selama ini tidak memihak pada mana mana parti, namun malam ini beliau sendiri telah melihat dan menjadi saksi dimana Yb Suhaimi telah melakukan pembohongan secara terang terangan dan Yb Dr Siti Mariah selaku ahli parlimen dari PAS telah sama sama melakukan pembohongan.

Bagi Sangkakala ini lah sifat sebenar Pakatan Rakyat yang tidak dapat dihidu oleh pengundi selama ini. Mereka cukup pandai mengambil kesempatan dalam setiap kesusahan yang timbul tidak kira dalam apa juga bentuk.

Sangkakala ingat lagi pada kejadian sama yang berlaku di Ampang pada awal tahun yang lalu, Yb Zuraidah juga melakukan perkara sama apabila menghantar Unit Amal PAS setelah keadaan kembali pulih.

Sedangkan pada awal kejadian, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Belia 4B, anggota RELA, JPAM, pasukan tentera dan pelbagai agensi kerajaan yang lain telah bertungkus lumus dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa, namun apa bila keadaan sudah hampir pulih, barulah kelihatan Unit Amal PAS datang kononnya memberikan bantuan kepada mangsa.

Harap harap rakyat Selangor sedar dengan apa yang telah berlaku dan apa yang telah mereka lakukan, tidak ada gunanya mewakilkan orang orang begini sebagai wakil ke sidang DUN atau Parlimen mewakili anda semua. Tidak ada lagi nampaknya kebajikan dan bantuan yang mereka hulurkan dengan penuh rasa ikhlas serta tanggungjawab, yang ada hanyalah untuk mencari serta mendapatkan kuasa untuk memerintah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 31 Oktober 2012

MAHFUZ GALAK PEMANDU LANGGAR UNDANG UNDANG

KASE atau Kempen Anti Saman Ekor yang dipengerusikan oleh Mahfuz Omar (ahli parlimen pokok sena) telah menyatakan bahawa pesalah pesalah yang dikenakan saman AES supaya tidak membayar saman mereka.

KASE juga dikatakan telah menyediakan 100 orang peguam bagi membela mereka yang disabitkan kesalah.

Adakah ini penambahbaikan yang dilakukan oleh Mahfuz selaku seorang ahli parlimen dan memegang jawatan sebagai pengerusi KASE?

Setiap pesalah ini sepatutnya diberi khidmat nasihat dan jika terdapat keraguan didalam peruntukan undang undang yang dinyatakan barulah KASE menyediakan khidmat guaman agar sipelaku tidak teraniaya.

Silap PAS juga meletakkan pencuci kapal terbang sebagai calon ahli parlimen, dan kesilapan besar juga pengundi di Parlimen Pokok Sena yang memilih beliau sebagai calon.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

INI AMANAT ATAU PESANAN?

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS meminta supaya pemimpin parti itu meneruskan perjuangan Islam bila beliau tidak ada kelak.

Apa maksud TGNA dengan kata kata beliau ni?

Adakah beliau sudah bersedia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar atas faktor umur atau beliau sudah merasakan bahawa beliau akan pergi mengadap Illahi pada bila bila masa?

Wallahu'alam, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Tapi apa yang membuatkan Sangkakala rasa TGNA tidak berkata benar ialah, beliau mengatakan bahawa beliau berbangga yang mana negeri dibawah pentadbiran PAS bebas dari pemimpin yang pentingkan diri, bebas rasuah, dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Sangkakala menyangkal bahawa pemimpin PAS tidak mementingkan diri kerana kita lihat sahaja TGNA sendiri yang masih lagi menyatakan bahawa beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Kelantan, itu kan ke pentingkan diri namanya?

Beliau juga berkata bahawa PAS bebas dari rasuah, rasanya pembaca mesti pernah lihat semasa PRK Galas, Nik Aziz secara terang terangan memberi wang kepada kaum asli dan beliau berkata bahawa itu adalah zakat. Tapi pembaca dan rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang di sangkakan oleh beliau.

Dalam mengatakan negeri berkebajikan pula, kita dapat melihat yang mana kerajaan PAS di Kedah pernah mengusir penghuni sebuah sekolah tahfiz, adakah itu salah satu kebajikan yang dikatakan oleh TGNA.

Jadi fikir fikirkan lah apa yang diperkatakan oleh TGNA.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BURUK BAIK AES

Automated Enforcement System (AES) yang hangat diperkatakan di mana mana sahaja kini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukan walaupun ada pihak yang memandang bahawa lebih banyak ke arah keburukan.

Pembangkang misalnya mengatakan bahawa AES adalah satu keburukan dengan mengatakan bahawa ianya memberi keuntungan kepada syarikat pemegang konsesi AES yang dikatakan bernilai ratusan juta ringgit.

Namun bagi pihak kerajaan pula, AES dilihat adalah untuk mendidik pemandu yang dikatakan tidak menghiraukan undang undang dan keselamatan dijalan raya.

Bagi rakyat pula, ada yang bersetuju supaya AES dipasang di jalan jalan dan lebuhraya di Malaysia, namun ada juga yang merasakan kamera ini akan menyusahkan pengguna jalan raya yang akan berhadapan dengan tindakan akta keselamatan jalanraya secara automatik.

Bagi Sangkakala pula, kebaikan AES ini dapat dilihat dengan cara penguatkuasaan undang undang terhadap pesalah lalulintas secara automatik.

Namun kita dapat melihat, ada beberapa keburukan dengan penggunaan kamera AES.

Antara keburukan yang dapat dilihat adalah seperti had kelajuan disatu satu kawasan yang dipasang dengan kamera AES. Kerajaan tidak sepatutnya memberi tahu di mana kawasan kamera ini dipasang kerana pemandu akan mengikut had laju yang di tetapkan ketika melintasi kamera ini dan selepas melepasi kamera tersebut, sudah pasti pemandu yang tidak bertanggung jawab ini akan memecut semula kenderaan mereka.

Adakah kerajaan mampu untuk memasang di setiap kilometer jalan dengan satu kamera? Sudah tentu kerajaan tidak akan membazirkan duit sebegitu.

Keburukan lain yang dapat dilihat pula ialah, jika kenderaan tersebut adalah kenderaan curi atau penjenayah menggunakan nombor plat kenderaan lain, adakah pemilik kenderaan yang sah akan menerima padah dengan penggunaan AES ini?

Kita semua berharap agar kerajaan mengkaji semula penggunaan AES ini sebaik mungkin, kena kaji keburukan serta kebaikan dan jika perlu lakukan penambahbaikan dan bukan terus digunapakai apabila ada syarikat menghantar proposal yang hanya akan menunjukkan kebaikan sistem ini namun keburukan dan kelemahan sistem tidak akan ditonjolkan sama sekali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 30 Oktober 2012

PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan pendirian beliau untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar walaupun atas desakan mana mana pihak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan.

Pernah satu masa dulu Sangkakala terdengar bahawa Nik Aziz akan meletakkan jawatan jika mantan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Namun setelah bertahun Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri nampaknya Nik Aziz masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekaligus melihatkan beliau tidak berpegang dengan apa yang diucapkan.

Mungkin agaknya Nik Aziz berkeinginan untuk memegang jawatan tersebut hingga ke akhir hayat dan menemui ajal sebagai Menteri Besar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ISU KONDO KARPAL CARI UNTUNG

Dalam menangani isu komdominium yang dicadangkan di Batu Cave baru baru ini, rupanya ada juga orang yang cuba menangguk di air keruh dan ianya memang selalu terjadi.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh telah menggesa supaya kerajaan negeri Selangor membatalkan projek kondominium tersebut.

Menurut beliau ini adalah untuk kebaikan bersama diantara kerajaan PR dan BN dan mengambil kira juga tentang keselamatan serta kesinambungan kuil Hindu terbesar itu sebagai pusat pelancongan.

Tapi itu bukanlah isu utama sebenarnya. Isu yang hendak diperkatakan kini ialah, Karpal telah menawarkan khidmat guaman kepada pengurusan kuil tersebut sekiranya mereka bercadang untuk menggunakan kuasa undang undang.

Bayangkan, dalam Karpal beriya iya seperti hendak menolong, rupanya beliau tetap akan mengambil untung dan sudah pastilah yuran guaman yang akan dikenakan oleh Karpal nanti melebihi dari apa yang kita semua bayangkan.

Ini kerana Karpal juga mungkin mengetahui bahawa pengurusan kuil tersebut mempunyai wang tabung hasil dari sumbangan orang ramai dan syarikat syarikat swasta adalah tinggi dan ianya juga diikuti dengan bantuan dari kerajaan.

Mengambil kesempatan seperti itu adalah lumrah bagi peguam peguam yang menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka melihat bahawa banyak peluang duit jika menyertai mana mana parti tidak kira PAS DAP atau PKR. Perjuangan mereka berteraskan duit dan kuasa semata mata, ayuh kita singgirkan mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PR PERLU TAU APA MAKNA MANIFESTO

Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?

Menurut satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.

Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak.

Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.

Barisan Nasional (BN) perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat, merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

Manifesto memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.

Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya.

Manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.

Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP GOYANG DENGAN KENYATAAN BN

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional akan menyiasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, beliau juga telah menulis surat kepada semua 13 anggota parti komponen BN supaya lebih berhati-hati daripada berlaku kebocoran maklumat sekalipun pihaknya mempunyai sistem kod untuk menjejaki dokumen itu seperti yang didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng, sapaya saya tahu siapa yang beri kepada beliau.

"Daripada dokumen itu sendiri, orang menerima dokumen itu, tidak tahu coding di mana... Barang kali dia (pemimpin BN) letak merata-rata... Dalam pejabat rambut sama hitam, hati lain-lain.

"Untuk makluman kita pun dapat dokumen daripada pembangkang. Tapi kita tak buat bising. Tak macam mereka, mereka buat bising. Apa yang dia ada, dia akan cerita. Kita pun tahu apa yang mereka laksanakan. Kita diam. Kita ada tiap-tiap dokumen mereka. Kita tahu tiap-tiap calon dia," katanya.

Sekalipun mempersoalkan tahap masa tertentu maklumat kesiapsiagaan yang dibocorkan, Tengku Adnan berkata pihaknya menulis surat kepada 13 komponen parti sebagai "peringatan dan tindakan berhati-hati" kepada mereka.

Tengku Adnan menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini bahawa beliau memperoleh dokumen rahsia berhubung persiapan BN di Pulau Pinang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KASIHANILAH RAKYAT SELANGOR

Baru baru ini sekumpulan rakyat negeri Selangor telah pergi menuntut apa yang dijanjikan atau dikatakan sebagai menifesto kerajaan Pakatan Rakyat di Pejabat SUK negeri tersebut.

Namun menifesto yang telah dibingkaikan dengan begitu kemas dan teiliti tidak langsung di terima oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengapa begitu kejam kerajaan negeri khususnya Khalid yang langsung tidak mahu mendengar keluh kesah rakyat setelah mereka memenangi kerusi DUN negeri itu?

Sedangkan semasa pilihanraya yang lepas mereka seolah olah merayu dan mengemis undi dari rakyat supaya mereka di beri mandat dan kepercayaan untuk menjadi kerajaan.

Namun setelah mereka (PR) memegang tampuk kuasa pemerintahan negeri itu permintaan rakyat Selangor tidak diendahkan sama sekali, pada halnya yang dituntut oleh rakyat negeri tersebut adalah janji janji yang diberikan oleh pakatan rakyat sebelum mereka menjadi kerajaan.

Seperti gambar yang Sangkakala masukkan kali ini, kumpulan ini nampaknya menghormati kerajaan negeri dan mereka sanggup mengeluarkan modal untuk membingkaikan menifesto tersebut, namun Menteri Besar Selangor dengan angkuhnya tidak menerima pemberian tersebut.

Adakah ini ciri ciri seorang pemimpin yang baik dan menerajui sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaannya?

Harapan Sangkakala agar rakyat Selangor akan mengubah semula kerajaan semasa PRU13 yang akan datang, berikan semula mandat kepada Barisan Nasional dan janganlah negeri ini terus digadai dan dicemari seperti sekarang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAJAAN TETAP TUNTUT HUTANG NFC

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bahawa kerajaan akan tetap menuntut semula wang yang telah diberikan sebagai pinjaman kepada National Feedlot Corp bernilai 250 juta ringgit.

Menurut Datuk Seri Noh Omar, walau bagaimana pun perkara itu mungkin akan mengambil masa berikutan kerajaan sedang melakukan perbincangan dengan beberapa buah syarikat yang telah bersetuju untuk mengambil alih projek berkenaan.

Jadi lepas ni pembangkang jangan pula kata NFC tak bayar hutang seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Kerajaan Barisan Nasional tidak semudah itu menggugurkan hutang yang dilakukan oleh sesebuah syarikat tidak kiralah ianya melibatkan sesiapa.

Tidak seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha untuk menyelamatkan Talam Corp sehingga sanggup menjual aset PKNS.

Sudah jelas kini kerajaan Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan mana mana individu atau syarikat jika melibatkan wang rakyat.

Tidak juga seperti kerajaan negeri Kedah dibawah pemerintahan PAS yang membiarkan anak syarikat kerajaan negeri itu mengalami kerugian ratusan juta ringgit akibat dari pelaburan yang tidak dirancang.

Jadi ketelusan kerajaan Barisan Nasional kini sudah terbukti, bagaimana pula dengan kerajaan Kedah dan Selangor? Sama sama kita nantikan apa tindakan mereka selanjutnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 29 Oktober 2012

AZIZAN PARAH DIHENTAM MAHADZIR

Menteri Besar Kedah pening kepala apabila ketua pembangkang dari Barisan Nasional, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang mempersoalkan tentang projek projek dibawah kerajaan yang ada sekarang.

Untuk bacaan lanjut sila layari
http://bit.ly/UXyMcI
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID IBRAHIM SUSAH HATI

Menteri Besar Selangor kini berasa lega apa bila Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR memberi jaminan bahawa Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun itu masih belum cukup untuk melegakan beliau untuk mengekalkan kerusi empuk sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas desus yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengambil alih kerusi Menteri Besar makin kuat diperkatakan.

Adakah selepas apa yang dilakukan oleh Khalid selama menjadi Menteri Besar akan mendapat perhatian Anwar Ibrahim?

Khalid yang dikatakan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi keselesaan kepada Anwar kini perlu berhadapan dengan Azmin Ali yang begitu berkehendakkan jawatan Menteri Besar tersebut.

Seperti bukti yang dikemukakan oleh laman2 blog sebelum ini yang mana bas mewah jelajah merdeka kepunyaan PKR ditaja oleh Khalid dan kenderaan tersebut didaftarkan dibawah nama beliau sendiri.

Bas tersebut yang dikatakan adalah hasil daripada pembelian lori sampah Selangor.

Bukan itu sahaja, malah pentadbiran Khalid juga dikatakan telah menjual aset milik Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) yang melibatkan nilai ratusan juta ringgit.

Kita juga sedia maklum bahawa Azmin adalah anak didik kesayangan Anwar dan mana mungkin Anwar akan menolak sekiranya Azmin berkehendakkan jawatan tersebut.

Tidak mustahil Anwar akan menempatkan Azmin untuk menyandang jawatan tersebut berikutan Azmin lebih mendengar kata kata dari Anwar Ibrahim dan sudah tentulah kekayaan kerajaan negeri Selangor lebih mudah di rampas oleh Anwar jika meletakkan Azmin sebagai Menteri Besar.

Jika Anwar benar benar telus dalam menentukan kedudukan Khalid, sudah pastilah beliau dengan tanpa ragu ragu akan mengatakan bahawa Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.

Namun beliau enggan menyatakan kedudukan tersebut, cuma menyatakan bahawa Khalid akan kekal sebagai calon PKR sebagai ahli parlimen.

Memang selama ini kita semua tahu bahawa Anwar bijak bermain kata kata dan beliau cukup pandai memujuk rayu khususnya para pengundi.

Namun rakyat Selangor perlu mengambil iktibar dari apa yang terjadi di Selangor kini. Rakyat Selangor perlu memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan semasa PRU12 yang lalu yang mana rakyat Selangor telah memberi ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menyamun hasil kekayaan negeri tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 27 Oktober 2012

GUAN ENG TERUS BERBOHONG

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong lagi demi untuk meraih simpati dan undi orang orang Melayu.

Dalam catatan yang dibuat oleh beliau didalam Malaysiakini hari ini, beliau mengatakan bahawa hubungan DAP telah terjalin sejak 25 tahun yang lalu dalam Opss Lalang yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada masa itu.

Guan Eng berkata begitu semata mata untuk mengaburi mata rakyat sebenarnya.

Jika DAP dan PAS sudah menjalinkan hubungan baik selama ini, mengapa pada PRU12 setelah pembangkang memenangi beberapa buah negeri di Malaysia baru terjalin pakatan diantara mereka?

Adakah DAP melihat bahawa itu jalan atau punca mereka boleh memenangi pilihanraya akan datang?

DAP pandai bermain kata kata, pandai dalam memujuk rayu pengundi khususnya pengikut pengikut PAS yang terlalu taksub dengan parti itu, mereka lupa bahawa DAP ada agenda tersendiri untuk menjadi kerajaan.

Pengikut PAS tidak dapat melihat perkara ini kerana pemimpin PAS itu sendiri telah mengagung agungkan pemimpin DAP, sedangkan mereka juga mungkin lupa bahawa pemimpin UMNO itu adalah melayu dan juga islam.

PAS mengagung agungkan DAP kerana dendam terhadap UMNO, hingga mereka sanggup mengatakan bahawa UMNO adalah kafir kerana bersama sama dengan MCA dan MIC, mereka tidak melihat bahawa UMNO mendominasi kerajaan Barisan Nasional sedangkan pekatan mereka pula tidak begitu.

Bagaimana mereka (PAS) mengatakan bahawa mereka akan menegakkan negara islam di Malaysia? Sedangkan secara terang terangan pengerusi DAP sendiri menyatakan pendirian bahawa tidak akan ada negara Islam.

Jadi apa lagi yang hendak dipertahankan oleh PAS dalam mewujudkan negara Islam?

Berbalik kepada coretan Guan Eng didalam Malaysiakini tadi, adakah benar apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP itu?

Adakah pengikut PAS tidak mampu untuk berfikir yang mana selama ini DAP juga bermusuhan dengan PAS?

Sangkakala menyeru supaya kita semua rakyat Malaysia menolak kepimpinan Pakatan Rakyat, mereka akan terus berbohong demi untuk berkuasa.

Setelah mereka mendapat kuasa, sudah pasti apa yang dijanjikan dan apa yang diakatakan oleh mereka akan menjadi omongan kosong semata mata.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 25 Oktober 2012

BLOGGER TUA KECUT PERUT

Setiausaha Umno bahagian Bandar Tun Razak, Abdul Zaharin Mohd Yasin yang juga penulis laman blog sangkelembai membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kenyataan fitnah di laman Facebook.
    
Abdul Zaharin membacakan kenyataan permohonan maafnya semalam di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan dengan disaksikan Syed Abdul Rahman dan peguam masing-masing.
    
Pada 20 Ogos 2010 Syed Abdul Rahman memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Abdul Zaharin dan memohon injuksi menghalang menerbitkan kata-kata fitnah tersebut.
    
Sementara itu, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Syed Abdul Rahman ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Lau telah membatalkan saman tersebut susulan permohonan maaf itu.

Zaharin juga pernah menimbulkan konroversi apabila mengeluarkan kenyataan didalam laman facebook semasa himpunan bersih 3.0 yang mana beliau mengatakan bahawa terdapat ramai anggota polis dari cawangan khas terbabit dalam himpunan tersebut.

Nampaknya blogger tua ni dah kecut perut apabila beliau merasakan tidak lagi boleh cari makan dalam UMNO diatas apa yang beliau telah lakukan.

Sangkakala nasihatkan beliau agar berhentilah dari melakukan kerja kerja bodoh seperti itu dan yang paling penting, bawa bawa bertaubat, kerana apa? Dia sendiri perlu ingat dan tahu apa yang beliau telah lakukan selama ini.


Psss..badan dah bau tanah bro..takut tak sempat nanti
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 24 Oktober 2012

RAFIZI MEREPEK LAGI

Setelah gagal dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin UMNO dalam pelbagai tohmahan, kini Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli cuba untuk memfitnah Menteri Besar Negeri Sembilan pula.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, beliau berkata mempunyai bukti bahawa penyelewengan berlaku dalam penghapusan status hutan simpan di negeri tersebut.

Tapi dalam masa yang sama juga beliau ada menyebut bahawa tanah hutan simpan itu telah di keluarkan dari status hutan simpan untuk dijadikan ladang tanaman kelapa sawit.

Rasanya tidak menjadi satu kesalahan jika kerajaan negeri bertindak untuk menukar status tanah demi untuk pembangunan yang boleh menjana pendapatan negeri.

Seperti yang dikatakan oleh beliau, tanah itu ditukar status untuk dijadikan ladang, disini ada satu pertanyaan, adakah sesiapa yang boleh menanam kelapa sawit atau apa apa juga bentuk perladangan selagi status tanah masih lagi hutan simpan?

Sudah pastilah jawapannya tidak, jadi dengan cara menukar status tanah untuk dijadikan ladang adalah perkara biasa.

Kita juga perlu faham bahawa Negeri Sembilan bukanlah sebuah negeri yang besar seperti negeri negeri lain, jadi penukaran status tanah sedia ada perlu dilakukan.

Tanah tanah tersebut perlu ditukar statusnya daripada satu status ke status yang lain mengikut penggunaan tanah.

Sudah menjadi lumrah bagi pembangkang yang akan mengatakan bahawa dengan penukaran status tanah ini membabitkan pemimpin kerajaan negeri, apatah lagi kerajaan tersebut di perintah oleh Barisan Nasional.

Kenapa Rafizi tidak pernah mempertikaikan isu pasir di Selangor dan seolah olah beliau menikus mendiamkan diri?

Adakah Rafizi takut jika beliau mendedahkan perkara tersebut, maka segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat akan hilang dan beliau terpaksa pula nanti menjual nasi lemak bagi menyara kehidupan.

Rafizi berkata bahawa beliau sudah mempunyai bukti tetapi apa yang menjadi kehairanan, beliau tidak mengemukakan bukti tersebut dalam sidang media itu, bahkan beliau meminta supaya senua bersiap sedia.

Nampak sangat perangai kebudak budakkan Rafizi masih ada, hanya pandai untuk memusingkan cerita dan membuat fitnah semata mata untuk menjaga boss boss beliau yang laparkan kuasa.

PRU 13 ADALAH PRU PALING HEBAT

Semua orang memperkatakan bahawa PRU 13 adalah PRU penentu kepada Barisan Nasional khususnya UMNO.

Sebenarnya PRU13 adalah PRU penentu kepada corak pemerintahan negara sama ada ianya kekal aman seperti sekarang atau ianya akan menjadi porak peranda.

Tidak mustahil jika PRU13 jika dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan seterusnya membolehkan mereka menjadi kerajaan, maka kemakmuran negara yang berbilang kaum dan agama ini akan menjadi porak peranda.

Rakyat di negara ini telah pun sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai satu kata sepakat dalam usaha untuk mentadbir negara.

Pakatan Rakyat hingga kini masih lagi tidak bersatu hati dalam isu yang membabitkan agama rasmi negara dimana PAS masih dengan kerajaan Islamnya DAP dengan penolakkannya dalam konteks negara Islam dan PKR masih dengan kesamarataannya.

Jadi yang mana satu akan menjadi pegangan Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak?

Sudah pasti setelah menubuhkan kerajaan, ketiga tiga parti akan bertelagah sesama sendiri dalam usaha menegakkan prinsip masing masing yang mana kita akan melihat kepada perpecahan dalam kerajaan.

Rakyat di negara ini perlu melihat secara halus dan teliti dalam permasalahan ini.

Sehingga kini Pakatan Rakyat tidak menpunyai sesiapa yang menjadi pengerusi dalam Pakatan tersebut, yang ada cumalah ketua pembangkang yang diwakili oleh pemimpin PKR.

Adakah setelah menubuhkan kerajaan nanti, mereka akan bertelagah pula dalam memilih siapa akan menjadi Perdana Menteri?

Adakah pengerusi dan presiden ketiga tiga parti bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim dalam kabinet bayangan beliau?

Setahu Sangkakala tidak seorang pun dari pemimpin PAS dan DAP yang menyatakan persetujuan dengan kabinet bayangan tersebut.

Pakatan Rakyat tidak konsisten dalam melaksanakan apa yang dimandatkan kepada oleh 4 buah negeri yang mereka takluki kini.

Jika sebuah negeri pun mereka tidak bersatu, apakah mentadbir negara boleh juga begitu?

Sama samalah kita fikirkan, jangan sampai negara kita sekali lagi dijajah seperti dahulu tapi dalam bentuk yang baru iaitu dalam bentuk politik.


Selasa, 23 Oktober 2012

TOLAK PAKATAN DI SELANGOR

Kalau dilihat kepada gambar yang Sangkakala muatkan kali ini mungkin agak sedikit mengejutkan.

Tapi itulah trademark baru yang digunakan oleh Talam Corp selepas syarikat itu dikatakan ditukar nama kepada Trinity Corporation Berhad.

Lambang yang menampakkan salib ini jelas menunjukkan bahawa syarikat ini menyokong dan mendokong idea kristian dan syarikat ini juga sekarang yang cuba diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Dengan cara cuba menyelamatkan Talam Corp, kerajaan Selangor menampakkan bahawa mereka cuba untuk menyelamatkan sebuah entiti kristian dan mungkin ini juga yang dikatakan oleh Datuk Hassan Ali satu masa dulu bahawa kerajaan Selangor lebih cenderung membantu kristian dalam mengembangkan empayar agama itu di negeri Selangor.

Apa kata Menteri Besar Selangor sekarang? Masihkah beliau terus ingin membantu Talam atau Trinity corp ini?

Rakyat Selangor harus menolak kerajaan yang terang terangan menyokong kristian pada masa kini.

Jangan sesekali perjudikan agama Islam semata mata kerana kerakusan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memerintah negara dan dalam usaha mereka untuk terus berkuasa di Selangor.

Ayuh selamatkan Selangor daripada terus terjerumus ke jalan yang lebih buruk daripada hari ini.

Isnin, 22 Oktober 2012

22 TAHUN MEMERINTAH TANPA PEMBANGUNAN

Hari ini genap 22 tahun Kelantan diperintah dibawah kerajaan PAS yang mana pada hari ini juga genap Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar negeri itu.

Namun apa yang kita dapat lihat selama 22 tahun ini di Kelantan?

Adakah pembangunan di negeri itu pesat seperti negeri negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional?

Semua pembangunan yang ada pada hari ini di Kelantan adalah peninggalan daripada kerajaan Barisan Nasional dulu dan ianya kekal hingga ke hari ini, namun pembangunan terdahulu telah dicemari juga dengan ketidak cekapan kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1990.

Seperti masalah air di Kelantan yang tidak menampakkan ianya diperbaharui hingga kita semua mengetahui dan diakui oleh warga Kelantan sendiri bahawa tahap kebersihan air di negeri itu adalah ditahap yang paling rendah berbanding negeri negeri lain di negara ini.

Selama 22 tahun ini juga, kita boleh bertanya kepada kerajaan PAS, berapa buah masjid yang dibina oleh kerajaan negeri itu?

Selain itu juga kita pernah diperdengarkan tentang isu ladang rakyat, dimana projek ini dikatakan telah gagal dan ramai penama penama dalam projek tersebut melahirkan rasa kekecewaan mereka.

Berbanding dengan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Barisan Nasional dulu (sebelum PRU12), negeri Kelantan boleh dikatakan mundur dari segi kegiatan ekonomi berikutan ketakutan pelabur asing yang cuba untuk melabur dinegeri itu.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan PAS di Kelantan gagal untuk meyakinkan pelabur asing dalam menjana pendapatan negeri tersebut sekaligus mengurangkan peluang pekerjaan hingga anak anak Kelantan terpaksa keluar dari negeri tersebut untuk mencari rezeki.

Jika Kelantan kita telah melihat keadaan itu, kita juga tidak mustahil akan melihat kejadian sama di negeri negeri lain seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, bukan itu sahaja, jika PAS atau parti yang bersekutu dengan parti Islam tersebut menjadi pemerintah di negara ini, adalah tidak mustahil kejadian atau keadaan sama terjadi.

Jadi dalam kita mengelakkan perkara seperti ini terjadi, maka Sangkakala berpendapat kita perlu menolak parti parti ini dalam PRU yang akan datang demi kesejahteraan anak cucu kita kelak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR MENIPU LAGI

Dalam hal yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat menaiki jet baru baru ini untuk pergi ke program bertemu rakyat kononnya, Anwar masih lagi berdolak dalik mempertahankan bahawa beliau tidak salah dalam hal tersebut.

Berucap di majlis bertemu rakyat di Puchong, beliau dalam berseloroh berkata "jet tu bukan bapa depa punya".

Beliau berkata bahawa jet tersebut dipinjamkan oleh sebuah syarikat kepada beliau untuk digunakan.

Munasabah ke sebuah syarikat mahu memberikan sebuah jet untuk dipinjamkan kepada mereka kalau tidak disewa dari syarikat penerbangan tersebut?

Beliau juga berkata bahawa syarikat tersebut memberikan jet itu untuk kegunaan pemimpin PR kerana syarikat tersebut yakin bahawa mereka akan menang dalam PRU 13 nanti dan seterusnya akan menjadi pemerintah.

Ini juga kenyataan yang tidak masuk akal sama sekali.

Mana ada sebuah syarikat yang berniaga dan berteraskan keuntungan mahu mengambil risiko dengan memberikan sebuah jet yang bernilai jutaan ringgit diberi pinjam kepada pemimpin yang belum pasti akan menerajui negara ini.

Ini kerana, mahukah syarikat tersebut memperjudikan keuntungan syarikat kepada pemimpin pembangkang?

Sedangkan adalah lebih baik jika mereka memberikan jet tersebut dipinjam oleh pemimpin kerajaan yang sedia ada.

Sangkakala amat yakin bahawa jet tersebut telah disewa oleh PR untuk kegunaan pemimpin mereka dan duit yang digunakan untuk menyewa jet tersebut belum tentu darimana datangnya.

Mungkin duit tersebut dari hasil kutipan yang dibuat terhadap ahli ahli mereka, mungkin juga dari hasil keuntungan negeri negeri di bawah pentadbiran mereka, atau mungkin juga dari dana asing yang disalurkan kepada mereka untuk menjajah semula negara ini secara tidak nampak.

Itu semua kita fikir fikirkan lah sendiri dan kita semua patut menilai apa yang dilakukan oleh mereka selama mereka ini mendapat kuasa di beberapa buah negeri dalam Malaysia pada PRU12 yang lalu.

Sangkakala pernah diberitahu oleh seseorang yang mengatakan bahawa ada duit yang dibawa masuk melalui syarikat penerbangan untuk kegunaan PR dalam PRU13 nanti, namun khabar itu tidak dapat disahihkan kerana kelicikan mereka dalam membawa wan tersebut masuk.

Mungkinkah syarikat penerbangan yang sama membawa wang tersebut masuk secara haram kedalam negara ini dan atas dasar apa pula wang tersebut diberikan kepada Pakatan Rakyat? Apa yang penting sekali ialah apa pula perjanjian yang dibuat untuk ditukarkan dengan duit tersebut?

Jadi sama samalah kita fikirkan, jika mereka (PR) menjadi pemerintah, perjanjian antara mereka dengan pelabur politik tersebut sudah pasti dituntut dan kita tidak tahu apa jenis dan syarat perjanjian itu. Sama sama kita fikirkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 21 Oktober 2012

HADI AWANG JATUH SAKIT

Ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam, Presiden PAS menyatakan bahawa negeri Sabah akan diberikan kepada orang Sabah untuk menjadi pengurus tadbir di negeri tersebut.

Satu kenyataan yang boleh membuatkan orang Sabah sendiri tersenyum dan mungkin juga ketawa setelah mendengar kenyataan seperti ini.

Selama Barisan Nasional menjadi kerajaan, urus tadbir di Negeri Di Bawah Bayu tersebut memang telah diberikan kepada anak Sabah untuk diurus tadbir.

Belum ada lagi dalam sejarah Sabah yang mana orang luar menjadi Ketua Menteri atau barisan menteri kabinet di negeri itu.

Jadi kenyataan yang diberikan oleh Hadi Awang tersebut agak lucu juga.

Mungkin beliau lebih menyangkakan yang Sabah diurus tadbir oleh orang luar ( mengikut fahaman dalam kenyataan).

Hadi Awang sakit atau terlupa agaknya, dan bagi Sangkakala, Presiden PAS itu sudah tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin kerana beliau sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu anak jati Sabah dan yang mana satu pula bukan.

Ini juga menjadi satu masalah jika PAS masih bersama sama dengan DAP dan PKR kerana jika Pakatan antara tiga Parti tersebut memenangi PRU akan datang, maka Hadi Awang mungkin akan mengatakan bahawa Lim Guan Eng adalah orang Melayu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Sangkakala menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya para pengundi supaya kita semua menolak pemimpin pemimpin yang sebegini.

Jika mereka ini dipilih untuk menjadi kerajaan sudah pastilah akan terjadi banyak kesilapan demi kesilapan dan kita semua pasti akan menerima satu keadaan yang kurang atau langsung tidak menyenangkan.