Memaparkan catatan dengan label #lahaddatu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #lahaddatu. Papar semua catatan

Isnin, 14 Julai 2014

TLDM TIADA KUASA MENEMBAK ??? MASIH LAGI DENGAN AMARAN ??

Pelik pula Sangkakala dengan prosedur yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sampai pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia tidak dibenarkan untuk menembak penceroboh.


Betul ke cerita ni? Atau ada yang cuba cuba nak mencemar nama baik TLDM semata mata?

Panglima TLDM sendiri mendesak kerajaan Malaysia supaya memberikan kuasa kepada mereka untuk menembak penceroboh.

Kalau dah Panglima TLDM sendiri minta dan desak, Sangkakala tak boleh juga nak kata perkara ni hanya mainan.

Tapi pelik, kenapa TLDM tidak diberikan kebenaran untuk menembak dan menurut sumber, TLDM hanya boleh melepaskan tembakan amaran supaya penceroboh ini berhenti.

Nak gelak pula Sangkalala bila dengar macam tu, orang salah ni mahu ke berhenti bila disuruh? Kalau setakat tembakan amaran tu rasanya tak payah nak sembang la, penyamun penyangak penceroboh ni gelak guling guling.

Mana tak gelak penceroboh ni, mereka tahu bahawa tembakan tersebut tidak disasarkan ke arah mereka dan ianya hanyalah satu amaran supaya berhenti.

Apa guna kita membekalkan TLDM dengan senjata senjata cangih dalam kapal mereka kalau ianya sekadar untuk hiasan?

Gunakan semua senjata berkenaan sebaik mungkin, kalau dah amaran berhenti tidak dihiraukan, Sangkakala rasa takde salahnya kalau kapal penceroboh berkenaan di tembak sebelum mereka sempat berbuat apa apa.

Sampai anggota polis gugur di Sabah kerana nak pertahankan negara, rupanya first defence di tengah laut hanya boleh tengok sambil main dam haji diatas kapal sebab tindakan tidak boleh diambil, apa yang boleh ialah tembakan amaran.


HUBUNGI ISTERI BERTAHU DIRI DICULIK

Isteri anggota polis yang hilang dalam siri serang hendap oleh 8 suspek pengganas di Sabah kelmarin dikatakan telah mendapat panggilan telefon daripada anggota berkenaan yang mengesahkan bahawa beliau telah di tawan oleh pengganas bersenjata.

Dalam kes di Pulau Mabul, Semporna Sabah itu, Konstabel Zakiah Aliep telah hilang dan dipercayai di culik mana kala Koperal Ab Rajah Jamuan terbunuh apabila terkena tembakan.

Sangkakala mengharapkan agar semua berjalan dengan baik dan Konstabel Zakiah Aliep dapat diselamatkan dengan seberapa segera.


Ahad, 13 Julai 2014

APA FUNGSI ESSCOM DALAM MENJAGA KAWASAN PERAIRAN DAN KEPULAUAN DI SABAH ???

Sejak peristiwa serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil sebagai ESSCOM.

Apa fungsi ESSCOM sebenarnya jika masih ada beberapa kejadian culik dan semalam serangan oleh pengganas telah mengakibatkan kematian seorang anggota polis akibat di tembak.


Dulu kita jarang mendengar kisah kisah serangan pengganas seperti ini kecuali di zaman wujudnya PKM dulu dan apa yang Sangkakala tahu, selepas PKM meletakkan senjata, serangan pengganas sudah tidak lagi kedengaran.

Kini bukan kita hanya mendengar, malah ianya semakin kerap berlaku, persoalannya apakah fungsi ESSCOM ditubuhkan? Adakah hanya untuk menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat tentang keselamatan sedangkan tahap kawalan masih diparas biasa?

Bagi Sangkakala, apabila sebuah pasukan seperti ESSCOM ditubuhkan maka kegiatan atau kes serangan pengganas dari negara jiran tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seperti kata Perdana Menteri, ESSCOM prlu dikaji semula supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik.



SABAH DISERANG LAGI !!! SEORANG ANGGOTA POLIS MARIN GUGUR


Laporan dari Ketua Polis Negeri Sabah tentang serangan pengganas.

As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad ,  Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan  secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan  (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki  datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.)
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
 
Tindakan PPM (operasi) Semporna :
Satu (.) Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bamtuan ,
Dua (.) Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,
Tiga (.) Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan
Empat (.) Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu ( Helicopyer Super-Link ) (.)

Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita  atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.

Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.

Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.

T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


Sent from Samsung Mobile