Rabu, 27 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan semua jawatan beliau dalam kabinet pada tahun 2002 semasa persidangan Agung UMNO ketika itu.

Tun Mahathir mengatakan pada para perwakilan dari seluruh negara bahawa beliau telah lama membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti serta kerajaan.


Pada tahun 2004 berlakulah pilihanraya umum yang memperlihatkan Barisan Nasional yang pada itu diketuai oleh YAbhg Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat majoriti paling banyak dalam sejarah iaitu 198 kerusi dalam parlimen.

Walaupun hanya 2 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah mampu untuk menyatukan rakyat dibawah satu naungan kerajaan iaitu Barisan Nasional.


Maka disitulah bermulanya episod ketidak tenteraman dalam jiwa Tun Mahathir apabila melihat Tun Abdullah yang baru 2 tahun menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, mampu untuk memberikan kemenangan besar terhadap kerajaan berbanding beliau yang memerintah selama 22 tahun.

Maka bermulalah episod serangan terhadap Tun Abdullah dari segenap sudut ditambah pula dengan permulaan kehadiran media sosial maka Tun Abdullah lunyai dikerjakan oleh Tun Mahathir hingga membuatkan Tun Abdullah melepaskan jawatan dan Barisan Nasional tidak mendapat undi 2/3 dalam parlimen selepas pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri iaitu, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah selain Kelantan yang sememangnya ditadbir oleh PAS sebelum itu.

Tun Mahathir meluahkan rasa ketidak puasan hatinya sehingga sanggup keluar parti pada tahun 2008 hanya semata mata untuk melihat kejatuhan Tun Abdullah pada ketika itu hinggalah Pak Lah memilih untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang sekaligus meletakkan beliau sebegai Perdana Menteri.


Kini, selepas 10 tahun berlalu, Tun Mahathir sekali lagi melakukan serangan terhadap kerajaan dan serangan bertali arus ini ditujukan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Antara punca serangan ini adalah disebabkan ketidak setujuan Perdana Menteri untuk meneruskan projek jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa Tun Abdullah diserang oleh Tun Mahathir.


YAB Perdana Menteri juga diserang apabila dilihat lebih banyak memberikan kemudahan kepada rakyat berbanding zaman Tun Mahathir seperti memperkenalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3 ribu bagi setiap isi rumah.

Ini tidak terdapat dalam pemerintahan Tun Mahathir, begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang mengilhamkan moto 1Malaysia bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa, agama mahupun fahaman politik.

Ini adalah punca punca mengapa Tun Mahathir merasakan bahawa ada keperluan beliau menyerang Perdana Menteri dan kerajaan dan bagi Sangkakala, ianya adalah untuk menghalang sejarah pemerintahan Tun Mahathir di telan dengan keadaan dan kestabilan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak.

Banyak lagi huraian yang akan Sangkakala buat berkenaan dengan keegoan dan ketamakan seorang lelaki bernama Tun Mahathir Muhamad.

Nantikan episod seterusnya.



Tiada ulasan: