Khamis, 9 Jun 2016

PENGUNDI SG BESAR MULA KELIRU SIAPA WAKIL KERAJAAN @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman #kekalBN

Pengundi di Sg Besar dah mula naik pelik apabila mereka melihat ada tiga penjuru yang bertanding dalam pilihanraya kecil P093 Sungai Besar.


Selain dari Barisan Nasional, PAS dan PAN masing masing meletakkan calon sedangkan PAS selama ini adalah rakan didalam kerajaan dan sehingga kini 3 ADUN dari PAS masih lagi menjadi exco kerajaan negeri.

PAN juga mempunyai kedudukan yang sama dimana 2 ADUN dari PAS telah menyertai PAN di Selangor.

Jadi kedua dua parti ini.mempunyai kepentingan dalam kerajaan tetapi kenapa mereka bertanding sesama sendiri?

Jawapan yang amat pasti ialah, ini semua adalah kerana kuasa dimana PAN kini juba untuk menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat sedangkan seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa PAN adalah serpihan kepada parti PAS.

Mat Sabu menubuhkan PAN setelah gagal dalam usaha untuk melawan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan cuba untuk menjadikan PAN sebagai pengganti PAS di mata DAP.

Jadi kepada pengundi di Sungai Besar, untuk memilih biarlah yang ada pendirian dan seperti mana amalan Barisan Nasional selama inj, apa juga parti konponen hendak bertanding, maka hanya lambang Barisan Nasional akan digunakan.



Tiada ulasan: