Rabu, 26 Ogos 2015

#supportfgv KEJATUHAN SAHAM FGV BUKAN PERKARA BIASA

Saham FGV melihatkan kejatuhan daripada RM 1.66 kepada RM 1.32 sesaham semalam dan ini bukanlah perkara luar biasa dengan keadaan ekonomi dunia serta kejatuhan matawang ke paras terendah dalam 17 tahun.

Walau bagaimanapun FGV telah membuat beberapa perancangan untuk jangkamasa panjang dan pendek dalam usaha memulihkan harga saham.

Kejatuhan ini semua berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan ianya dipengaruhi oleh harga komoditi dunia yang mana harga minyak mentah petrolium juga mengalami kejatuhan daripada 70 dollar kepada 50 dollar setong.

Ini turut membawa kesan kepada kejatuhan harga saham FGV dan dengan perancangan FGV untuk membeli saham PT Rajawali Group di Indonesia juga merupakan salah satu langkah kepada pemulihan harga saham.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa dengan kejatuhan harga saham FGV sepatutnya tidak membeli PT Rajawali, itu sebenarnya adalah tidak tepat dimana jika dilihat, keuntungan sesebuah syarikat akan membolehkan pengukuhan harga saham.

PT Rajawali  adalah syarikat besar perladangan kelapa sawit di Indonesia dan kita semua tahu bahawa populasi di Indonesia adalah tinggi dan ini akan memberikan keuntungan kepada FGV dengan penjualan minyak masak kepada rakyat negara tersebut.

Kadar keuntungan ini akan memulihkan harga saham dimana apabila keuntungan sudah mula diperolehi, para pelabur dalam dan luar negara tidak akan teragak agak untuk memiliki saham FGV dan ini secara langsung akan membuatkan permintaan saham FGV akan melonjak naik.

Jadi disini kita dapat menilai betapa pentingnya pembeliam saham PT Rajawali untuk memastikan keuntungan FGV dimasa akan datang.


Tiada ulasan: