Sabtu, 15 Ogos 2015

#DoaUntukMalaysia BAKAL GEGARKAN DATARAN MERDEKA PETANG INI #SehatiSejiwa

Jam 7 malam nanti bermulalah program 'Doa Untuk Malaysia' di Dataran Merdeka dan kita akan saksikan rakyat Malaysia berkumpul untuk sama sama berdoa kepada Allah SWT agar Malaysia selamat, aman dan makmur serta dihindari dari segala bentuk fitnah yang memusnahkan negara.


Untuk menjayakan program 'Doa Untuk Malaysia' ni, seluruh rakyat Malaysia tak kira jauh dan dekat dijemput untuk bersama sama melapangkan masa hadir ke majlis tersebut.

Majlis 'Doa Untuk Malaysia' ini memang telah dijadikan acara tahunan dimana setiap kali kita akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan, maka majlis Doa Untuk Malaysia akan menjadi pembuka tirai.

Jadi oleh itu, marilah kita bersama sama dalam menjayakan program yang amat baik dalam usaha kita semua untuk melihat Malaysia terus berada dalam lindungan Allah.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa guna buat doa raksasa dengan bertujuan untuk "membenarkan" perbuatan "jenayah" seorang pesalah ? Sudah tentu yang akan mengaminkan doa doa kalian adalah syaitan yang bersembunyi disebalik tabir !