Isnin, 15 Jun 2015

PEMIMPIN PAS SUDAH MENGINTAI UNTUK SERTAI PKR DAN DAP #DSNO

Ekoran dari keputusan PAS dalam muktamar yang diadakan baru baru ini bahawa parti (PAS) memutuskan hubungan diantara mereka dengan DAP, Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR juga mengambil pendekatan untuk bersama dengan DAP.


Walaupun Azmin baru baru ini mengatakan bahawa beliau tidak mahu diheret sama dalam pertelingkahan diantara PAS dan DAP, namun jelas bahawa kuasa yang ada pada DAP mendahului PAS di Selangor.

Seperti yang kita lihat sebelum ini, ada diantara Ahli Dewan Undangan PAS Selangor memilih untuk tidak bersama PAS dalam kemelut memilih siapa penyandang jawatan Menteri Besar.

Jadi disini juga dapat kita lihat bahawa PAS akan kehilangan pemimpin atau ADUN dalam negeri Selangor jika mereka diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk terua bersama Pakatan atau sebaliknya.

Ada juga Sangkakala dengar ura ura bahawa beberapa ADUN kini sudah mula mengintai peluang untuk bersama dengan PKR dan meninggalkan PAS.

Ini semua bukan kerana perjuangan, tapi lebih kepada mengejar jawatan dan imbuhan yang diperolehi hasil dari kebersamaan mereka dengan Pakatan di Selangor yang didominisasi oleh DAP walaupun kedudukan kerusi diantara PAS dan DAP adalah sama.


Tiada ulasan: