Selasa, 23 Jun 2015

ADUN DENGKIL SANGKAL DAKWAAN PEMIMPIN UMNO TAK PRIHATIN

Ramai dikalangan rakyat mengatakan bahawa pemimpin UMNO tidak prihatin dengan masalah yang dialami oleh rakyat dan kesusahan mereka terutamanya di bulan puasa.

Sejauh mana kebenaran yang diperkatakan dan disebut oleh mereka? Adakah mereka yang mengatakan demikian mengetahui bahawa pemimpin UMNO di semua peringkat sebenarnya lebih banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat berbanding dengan pemimpin PR yang hanya berpolitik 24 jam sehari.

ADUN Dengkil, YB Shahrom Mohd Sharif membuktikan bahawa apa yang selalu diperkatakan adalah tidak benar dan dusta semata mata dan mereka yang menuduh sedemikian sebenarnya mempunyai niat jahat dan tidak kurang juga dengan niat untuk mempengaruhi politik.






Ini sebenarnya adalah rutin bukan sahaja di bulan puasa, malah di bulan bulan lain juga bantuan kepada rakyat sentiasa dihulurkan.

Sangkakala berani mengatakan bahawa ada dikalangan mereka yang menerima bantuan juga tidak kurang mengatakan bahawa mereka tidak menerima apa apa sumbangan dan ini semua dengan niat untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan.

Bukan sahaja YB Shahrom, boleh dikatakan semua ADUN dan pemimpin UMNO dalam Selangor melakukan perkara sama namun ianya dinafikan oleh pemimpin PR yang hanya mengatakan bahawa mereka sahaja yang memberi atau menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Sangkakala harap rakyat Selangor sedar bahawa sejak dari zaman merdeka lagi, kerajaan Barisan Nasional terutamanya pemimpin UMNO turun padang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran sesetengah orang Selangor dah celaru kot, justeru x tahu mana baik mana buruk, mana betul mana salah. Sebab tu adun kafir harbi pun dibenarkan masuk mesjid, makan dan berucap bagai. Nampak x menghormati mesjid langsung. Apa salahnya majlis bersama kafir harbi dibuat di perkarangan mesjid?