Sabtu, 24 Mei 2014

#prktelukintan #jompilihmah #dyanasofya PAS MULA BERSUARA DI TELUK INTAN !!! CALON DAP MULA GELABAH

Sangkakala tertarik dengan apa yang dituliskan oleh seorang rakan blogger yang mengatakan bahawa DAP kini mula meraih simpati dengan meletakkan banner seolah olah menunjukkan bahawa ianya dilakukan oleh penyokong UMNO dan Barisan Nasional.


Dalam artikel yang ditulis oleh rakan Sangkakala, beliau mengatakan bahawa banner ini kelihatan di PDM Seri Setia..baca DISINI.

Tapi pada pandangan Sangkakala pula, ada kebenaran bahawa PAS kini memang sudah tidak mahu mendekati calon DAP yang diletakkan di Teluk Intan jerana bebefapa sebab dan diantaranya ialah sikap hipokrit calon DAP yang meletakkan gambar atau bunting mereka di sekitar kawasan Teluk Intan dimana kawasan Melayu, calon DAP ini dilihat bertudung litup tetapi di kawasan cina pula ianya berbeza.

Dan seperti biasa, DAP kan mengatakan bahawa kain rentang ini diletakkan oelh orang orang Barisan Nasional untuk memberikan persepsi buruk kepada calon DAP.

Sedar tak sedar, memang dapat kita lihat bahawa, PAS tempatan tidak menurunkan jentera dan apa yang kita lihat hanya jentera dari luar dibawa masuk ke kawasan pilihanraya kali ini.

Ini juga ada kemungkinan disebabkan oleh pengikut atau jentera PAS sudah mula sedar tentang sikap hipokrit DAP yang meletakkan calon melayu tetapi mengambil pendirian bahawa beliau tidak akan menyokong apa juga usul berkenaan dengan HUDUD yang direncanakan oleh PAS Pusat.

Apa guna calon Melayu kalau tidak menyokong usul yang dibawa oleh parti seangkatan mereka? Bahkan secara terang terangan berkata tidak akan memberikan undi dalam parlimen kerana mengikut ketetapan parti.

Sepertimana kata PAS terhadap UMNO bahawa UMNO kafir kerana tidak menyokong HUDUD dan menjalankan undang undang Islam kini ianya sudah terpalit semula le muka PAS yang benar bebar atau beriya iya menyokong calon DAP dan calon ini sepertimana yang Sangkakala katakan tadi secara terang terangan menolak HUDUD.

Jadi adalah tidak mustahil jika kain rentang tersebut dibuat sendiri oleh penyokong PAS yang kini merasakan bahawa calon DAP ini tidak membawa apa apa makna kepada mereka jika beliau menang sekali pun di Teluk Intan.

Tapi seperti biasa, DAP akan mengatakan bahawa ini adalah rancangan jahat daripada UMNO dan Barisan Nasional sedangkan ianya adalah kenyataan sebenar daripada ahli PAS yang kini sudah mula sedar bahawa anak Melayu ini adalah seorang penentang hukum Allah yang dicadang untuk dijalankan di Malaysia oleh PAS sedangkan Ahli Parlimen UMNO yang berjumlah 88 orang sedia untuk menyokong usul tersebut jika dibawa ke dalam parlimen.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya. UMNO akan sokong HUDUD seperti mana di sidang DUN Kelantan (Usul dibentangkan Nik Aziz) dan DUN Terengganu (Usul dibentangkan oleh Haji Hadi)beberapa tahun dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Parti Gerakan sokong Hudud ke?

Tanpa Nama berkata...

Dyana sofia akan sokong hudud juga kat parlimen ke?

Tanpa Nama berkata...

nuwar berahim sokong hudud ke?

lim kit sial sokong hudud ke?

ooo lupa sapa tak sokong hudud dia kapir...

walaupun dalam hudud pas bole liwat isteri

Tanpa Nama berkata...

Baik dyana atau mah tong seng semua tak sokong hudud melayu juga putih mata