Isnin, 4 November 2013

@khairykj EXCO PEMUDA UMNO TINGGALKAN PDM ?? BERJUANG LE SANGAT

Pilihanraya kecil Sungai Limau telah pun tamat dan Sangkakala yakin bahawa semua telah mengetahui akan keputusan pilihanraya sebentar tadi yang menyaksikan kekalahan calon Barisan Nasional dengan majoriti undi sebanyak 1084 undi.

Walaupun kalah, tapu Barisan Nasional t3lah menunjukkan bahawa mereka mampu untuk membawa satu penbaharuan dimana kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PAS sejak 25 tahun lalu berjaya dikurangkan majoriti kemenangannya.

Bagi Sangkakala ini adalah satu kejayaan diatas segala usaha yang dilakukan oleh seluruh jentera dari setiap pelusuk negara yang dikerah untuk membantu calon dalam kempen pilihanraya kali ini.

Namun walaupun begitu sebenarnya ada sesuatu yang terbuku dihati Sangkakala apabila melihat ada EXCO angkat Pemuda UMNO Malaysia yang tidak berada di Pusat Daerah Mengundi atau PDM yang sepatutnya di beri perhatian.

Cuma buat masa ini Sangkakala tak mau sebut siapa dia orangnya cuma cukuplah kalau Sangkakala namakan PDM yang sepatutnya diberi perhatian oleh EXCO angkat ini.

PDM yang Sangkakala maksudkan ialah PDM Dulang Kecil yang memang menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan pada EXCO angkat ini mungkin merasakan bahawa beliau tidak berapa perlu diberi perhatian kerana selama ini petiundi kawasan tersebut memang menjadi kawasan kemenangan Barisan Nasional. 

Bagi Sangkakala, sebagai seorang yang berjawatan di dalan pergerakan pemuda dan baru sahaja menang bertanding, tidak sepatutnya beliau meninggalkan PDM tersebut kerana itu adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh beliau sendiri.

Sangkakala berani mengatakan begitu sebab Sangkakala juga ditugaskan untuk bertugas di PDM yang sama dan Sangkakala sendiri menyaksikan bahawa beliau hanya hadir apabila Menteri Besar Kedah hadir ke PDM Dulang Kecil.

Kalau setakat nak mengekor Menteri rasanya buat di KL je la bro, tak payah jaga PDM, Sangkakala sendiri juga menyaksikan provokasi yang agak melampau dilakukan oleh pengikut PAS tetapu yang mengepalai pemuda untuk pertahanan hilang dari medan perang.

Sangkakala rasa agak kecewa sikit sebab EXCO ni masa nak bertanding duku pernah berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pemuda dengan baik tapu selepas menang tanggungjawab dilepaskan begitu sahaja.

Tunggu sikit hari lagi Sangkakala keluarkan nama dan rupanya terus sebab untuk kali ini Sangkakala mahu EXCO ni sedar bahawa kita semua ada tanggungjawab masing masing dan ada tugas masing masing dalam PRK.