Khamis, 27 Jun 2013

@NajibRazak CINA TAK MAHU MENGAKU !!! KERIS DIPERSALAHKAN

MP Keluang..Liew Chin Tong nampaknya cuba nak pertahan kaum Cina dari menjadi sasaran diatas tuduhan "Tsunami Cina" dalam pilihanraya umum baru baru ini yang menunjukan bahawa kaum itu tidak memberi sokongan kepada kerajaan atas alasan ianya berpunca gara gara Datuk Seri Hishamuddin mengeluarkan 'KERIS' semasa himpunan pemuda UMNO Malaysia semasa beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.





Sangkakala rasa Liew jangan la nak menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa ianya berpunca daripada keris atau sebagainya, keris itu cuma lambang kemegahan orang Melayu dan simbol kebangkitan orang Melayu..kenapa itu yang dipersoalkan.

Kenapa beliau tidak mahu mengatakan bahawa kaum cina sudah termakan dakyah bahawa mereka (CINA) sudah begitu hampir untuk menjadi pemerintah atau kerajaan dan sememangnya itu yang mereka mahukan.

Soal keris sebenarnya adalah cara untuk menutup isu semata mata dan ianya Sangkakala lihat amat menjengkelkan dan alasan bodoh semata mata yang diberikan oleh Liew.

Kaum Cina sebenarnya merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah setelah apa yang berlaku di Negeri Perak dimana..walaupun wakil daripada PAS yang menjadi Menteri Besar..tapi ianya dikuasai oleh DAP yang mewakili kaum Cina.

Bermula dari titik tolak itu..mereka (CINA) merasakan bahawa kemampuan untuk mereka memerintah secara belakang tabir bermula..dan tidak mustahil jika mereka mendesak untuk menukar perlembagaan negara jika Pakatan Pembangkang manjadi kerajaan pada hari ini.

Bukan Sangkakala rasis atau perkauman..tapi perkara ini perlu disedari oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu bahawa kaum cina hari ini merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah dengan bantuan orang Melayu yang menjadi pengikut pakatan pembangkang dan dengan sebab itu jugalah slogan 'INIKALILAH' dikeluarkan oleh mereka.

Kerana apa mereka mengeluarkan slogan ini? Kerana mereka sudah digula gulakan bahawa mereka (pembangkang) akan memenangi pilihanraya kali ini namun perkara itu dinafikan oleh orang orang Melayu yang masih menyokong kerajaan Barisan Nasional yang dinaungi oleh UMNO.

Ianya juga dengan sokongan segelintir kaum Cina yang tahu tentang agenda DAP yang sudah pasti akan menyusahkan bukan sahaja orang Melayu malah segelintir kaum Cina juga kaum India..dan diatas kesedaran ini juga segelintir daripada kaum cina masih lagi menyokong Barisan Nasional.

Berbalik kepada isu keris tadi, walaupun Hishamuddin mengeluarkan lembing CINA pada ketika itu..situasi ini tetap akan berlaku dan alasan lain akan diberikan pula oleh mereka..mungkin alasan menghina kaum Cina pula akan dikeluarkan..itu juga tidak mustahil bukan?