Sabtu, 17 November 2012

HADI AWANG TAKUT NAK SENTUH TENTANG HUDUD

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu untuk melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah
Islamiah Kelantan di Kota Bharu semalam.
    
Berucap di hadapan 1,116 orang perwakilan selama kira-kira dua jam, beliau lebih menumpukan kepada persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan penubuhan negara berkebajikan.

Turut hadir pada muktamar itu ialah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw

Adakakah Hadi Awang takut kepada DAP sehingga beliau tidak mahu langsung menyentuh tentang hudud kerana kehadiran Tan Seng Giaw dan Wan Azizah?

Kita semua sedia maklum bahawa DAP cukup pantang tentang hudud dan penubuhan negara islam hingga Karpal ada menyebut 'over my death body' kepada PAS sekiranya bercadang untuk menubuhkan negara Islam.

Fikir fikirkanlah, jika dalam muktamar PAS sendiri presiden parti takut untuk bersuara, bagai mana pula jika ada kuasa memerintah nanti?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: