Isnin, 9 Oktober 2017

DUSTA APA LAGI KERAJAAN CUBA NAK SELINDUNGKAN ?? @NajibRazak @tunfaisal

Semalam Sangkakala berkesempatan untuk bertemu dengan Pak Akob dan Pak Razak yang mana kediaman mereka dirobohkan oleh pihak MBSA dan juga pihak Pejabat Daerah.

Susana sedih masih lagi terbayang di wajah kedua dua mereka yang sudah mula menjejaki usia warga emas ini.

Tapi yang menarik perhatian Sangkakala apabila Pak Razak mengakui bahawa beliau sebelum ini adalah ahli PAS tegar dan berkali kali membuat program bersama pemimpin Pakatan negeri Selangor.

Pak Razak juga mengatakan bahawa beliau adalah orang yang sama sama terlibat dalam beberapa himpunan anjuran Pakatan serta menjadi salah seorang jentera kempen pilihanraya sebelum pakatan memenangi kerajaan negeri Selangor.


Pak Razak juga mengakui bahawa semasa zaman Datuk Seri Khir Toyo menjadi Menteri Besar, pernah beberapa kali beliau datang ke Masjid berkenaan dan pernah sekali Datuk Seri Khir Toyo bergurau dengan mengatakan bahawa masjid berkenaan hijau.

Walau pun begitu, mengikut kata Pak Razak, belum pernah kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu mempertikai kewujudan beliau dan keluarga dalam tanah di kawasan masjid berkenaan begitu juga dengan mantan ADUN Kota Damansara , Allahyarham Dato' Mokhtar Dahlan.

Pemimpin Barisan Nasional menerima mereka seadanya kerana bagi mereka tugas sebagai pegawai masjid yang Pak Razak jalankan adalah berbeza dengan politik.

Namun kali ini kata Pak Razak, kerajaan yang dibantu oleh beliau sepenuh jiwa dan raga seolah olah memandang keluarga ini seperti tidak wujud dan pengorbanan mereka dinafikan sama sekali.

Memang benar, Pak Razak dan Pak Akob menumpang di tanah berkenaan dan mereka tidak lagi menjadi pegawai masjid.

Namun adakah kerana alasan itu maka mereka ini layak dihalau seolah olah mereka bukan manusia yang perlukan tempat perlindungan dari panas dan hujan siang serta malam?

Kerajaan negeri seharusnya menyediakan terlebih dahulu penempatan bagi dua buah keluarga ini berlindung sebelum kerja kerja merobohkan kediaman mereka dilakukan.

Azmin Ali selaku Menteri Besar pula cuba mengalihkan isu kononnya Noh Omar yang perlu membuat panggilan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk menangguhkan kerja perobohan berkenaan.

Jika itu alasan Azmin, kenapa dua kali memorandom dihantar ke pejabat beliau tidak mendapat apa apa maklumbalas? Azmin sepatutnya dari awal lagi sudah memberi tahu kepada kedua dua keluarga ini untuk berhubung dengan Tan Sri Noh Omar bagi menyelesaikan masalah mereka.

Satu lagi, Azmin mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa bagi menghalang perobohan tersebut dilakukan tetapi jelas dengan video menunjukkan bahawa seorang pegawai memerintahkan segala kerja kerja perobohan berkenaan dihentikan serta merta apabila mendapat arahan dari Menteri Besar melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Kalau Azmin tiada kuasa, masakan dia boleh menahan perobohan yang sedang dijalankan oleh MBSA dan Pejabat Daerah.

Jadi Azmin tak perlu bersandiwara atau berpolitiking dalam hal hal melibatkan kebajikan rakyat khususnya dalam negeri Selangor.


Tiada ulasan: