Kurang 24 jam lagi Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan bajet atau perbelanjaan bagi tahun 2018 di Parlimen.
Ini sudah pasti akan menjadi tumpuan ramai dimana semua rakyat Malaysia ternanti nanti apa yang akan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Tidak ketinggalan Pakatan Harapan juga telah mengeluarkan bajet alternatif yang kononnya lebih kepada mesra rakyat dan membantu rakyat Malaysia.
Namun dari apa yang Sangkakala lihat, bajet yang dikemukakan oleh Pakatan adalah mengelirukan dan boleh dikatakan hanya untuk memberikan harapan kepada rakyat namun perlaksanaan belanjawan berkenaan tidak mampu untuk dilaksanakan.
Sangkakala akan mengambil beberapa belanjawan yang dikemukakan oleh pakatan baru baru ini.
Salah satunya ialah tentang GST, Pakatan Harapan mengatakan bahawa mereka akan menghapuskan GST dan adakah ini bermaksud SST akan dimasukkan semula dalam cukai barangan dan perkhidmatan di Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, tujuan kerajaan hari ini menjalankan sistem cukai GST adalah untuk menghapuskan SST yang lebih membebankan rakyat iaitu sekitar 18% berbanding GST yang hanya 6%.
Para peniaga pula seharusnya mengambil pendekatan dengan membuang SST dalam harga barangan mereka dan digantikan dengan GST dan inj akan membuatkan harga barangan akan menurun sebanyak 12%.
Namun ianya tidak berlaku kerana ketamakan peniaga yang memasukkan GST tanpa memansuhkan SST dalam perniagaan mereka.
Namun apa yang berlaku apabila GST diperkenalkan ialah, sistem percukaian yang dikenakan kepada peniaga adalah lebih teratur dan setiap peniaga tidak boleh lari dari membayar cukai dan cukai ini diberikan kembali kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti BR1M, subsidi perubatan, persekolahan dan sebagainya.
Ini tidak dapat dilaksanakan dalam sistem percukaian SST yang dikenakan sebelum ini hingga membuatkan cukai yang dikenakan kepada rakyat dinikmati oleh peniaga yang bertindak melarikan diri dari cukai melalui pelbagai cara
Satu lagi berkenaan dengan cuti bersalin kepada kakitangan kerajaan selama 120 hari dan tangga gaji yang sama rata dengan lelaki.
Setahu Sangkakala, tangga gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut gred perkhidmatan dan bukannya melalui jantina seseorang, jadi dimana yang nak dikatakan tangga gaji kakitangan awam tidak seimbang?
Jelas disini membuktikan bahawa Pakatan Harapan kini sedang memberikan harapan kepada rakyat dan mereka sendiri tahu bahawa harapan itu hanya tinggal harapan setelah mereka memerintah.
Esok jam 3.30 petang Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan belanjawan bagi tahun hadapan dan sudah pastinya kerajaan akan memberikan beberapa bonus kepada rakyat seperti tahun tahun sebelum ini dan belanjawan esok sudah pasti akan membuatkan Pakatan mati berdiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan