Tular dalam laman facebook tentang rungutan seorang EXCO dari Kerajaan Selangor yang merungut memberikan bantuan kepada rakyat.
YB Dato Iskandar, EXCO dari kerajaan Selangor yang mewakili PAS cuba nak mengaitkan kesusahan rakyat dengan mempersenda kononnya pejabat BR1M tidak dibuka jam 1 pagi.
Sangkakala rasa kesal dengan tindakan seorang EXCO yang mewakili sebuah parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi seolah menunjuk nunjuk pemberian bantuan.
Bukankah dalam Islam itu menuntut supaya kita jangan riak?
Lagi satu, Sangkakala juga merasa pelik sebab, setelah melihat kesusahan rakyat yang dikatakan oleh Iskandar di Selangor, penggunaan beg plastik yang diharamkan oleh kerajaan Selangor nampaknya terus memaksa rakyat membeli beg beg plastik untuk mengisi barang belian.
Bukan kah itu membebankan rakyat sebab setiap belian itu merupakan keuntungan kepada peniaga dan dengan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat tidak bertanggungjawab dalam usaha menjaga ekonomi rakyat berbanding kerajaan Barisan Nasional yang memberikan BR1M sebagai ganjaran selepas kutipan GST.
Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa bukan semua orang menerima BR1M, memang tidak dinafikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia menerima BR1M, tetapi rata rata penerima adalah dari golongan sasar yang tepat.
Satu lagi Sangkakala nak beritahu kepada YB Iskandar kot mungkin dia terlupa, cukai tanah juga telah di naikkan di Selangor dan itu salah satu punca penyumbang kepada masalah rakyat.
Jadi kepada Iskandar, baik nasihati kerajaan Selangor (kalau mampu) untuk mengurangkan kadar cukai yang melampau di negeri Selangor ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan