Sabtu, 21 Januari 2017

APA ITU TRANFORMASI NASIONAL #TN50 ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tengkuadnanreal @Khairykj @TunFaisal

*Transformasi Nasional 2050 (TN50)*

TN50 bukanlah agenda dan senjata politik, bukan milik parti politik, bukan juga untuk Najib Razak.

TN50 adalah untuk kita semua rakyat Malaysia. Satu visi, matlamat nasional, gagasan (atau apa sahaja yang mahu dipanggil) mengenai apa yang kita mahu kecapi dan nikmati pada tahun 2050.

Soal TN50 menggantikan Wawasan 2020 tidak pernah timbul. Tindakan Tun Mahathir menggariskan Wawasan 2020 adalah suatu tindakan yang tepat kerana memberi negara satu landasan dan halatuju yang perlu direalisasikan.

Para Perdana Menteri selepas Tun Mahathir iaitu Pak Lah dan Najib Razak tidak pernah membatalkan Wawasan 2020, malah meneruskan usaha dalam menjayakan Wawasan 2020.

Selepas Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah memperkenal Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi, menggariskan NKEA dan NKRA serta melahirkan konsep 1Malaysia.

Ini semua adalah tonggak-tonggak yang menjadi tiang untuk menyokong dan menjunjung bumbung yakni Wawasan 2020.

Kini, dalam tempoh 3 tahun sebelum 2020, adalah wajar dan tepat pada masanya Najib Razak selaku Ketua Kerajaan yang sedang memerintah untuk melihat dan memikirkan melangkaui 2020 (beyond 2020).

Seperti mana Wawasan 2020 dibentuk tanpa warna dan perencah politik, begitu juga dengan TN50. Seperti mana kita memuji Tun Mahathir berpandangan jauh yang melahirkan idea Wawasan 2020 pada tahun 1991, mengapa tidak kita memberi kredit yang sama kepada Najib Razak yang menggariskan TN50 sekarang?

TN50 adalah milik kita semua, dan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia. 

Marilah kita membina depan bersama. Jadilah sebahagian daripada TN50 dengan berkongsi idea dan kemahuan kita untuk 2050 yang gemilang.

http://mytn50.com
Facebook: TN50
Instagram: @mytn50
Twitter: @myTN50
#TN50

*KITA ADALAH MALAYSIA. MALAYSIA ADALAH KITA*

Tiada ulasan: