Khamis, 30 Jun 2016

WAN AZIZAH JADI KETUA PEMBANGKANG NAMUN MASIH TAK CERDIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @nohomar #scs14

Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh nampaknya memang jenis manusia yang agak susah nak cerdik walaupun dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mana tidaknya, dalam kes yang melibatkan Guan Eng ditahan oleh SPRM semalam, Wan Azizah mengatakan mengapa hanya pembangkang diambil tindakan.


Agaknya Wan Azizah terlupa bahawa Khir Toyo dulu adalah pemimpin dalam kerajaan, bukannya pembangkang sepertimana yang dimaksudkan oleh Wan Azizah.

Lagi satu, kenapa bila Guan Eng kena tangkap, maka dituduh ianya adalah konspirasi kerajaan tetapi apabila pemimpin kerajaan atau UMNO yang kena tangkap maka puak puak pembangkang ni akan mengatakan bahawa pihak berwajib itu telus dan bagus kerana mengambil tindakan.

Agak agak la kalau nak bercakap tu Kak Wan, tak kira la siapa sekali pun, kalau salah tetap salah, jangan nak pusing sana sini pulak.


Tiada ulasan: