Isnin, 27 Jun 2016

WAJAH CERIA ANAK YATIM BERSAMA YB DS @IsmailSabri60 @NajibRazak #scs14

Dalam melangkah hari hari terakhir bulan Ramadhan untuk menuju ke bulan Syawal, ramai dikalangan kita terlupa kepada insan insan yang ketawa dalam duka.

Anak anak yang kehilangan ibu dan bapa sebagai contoh, adalah insan yang ketawa dalam duka, sedih dalam bahagia hanya rakan taulan yang dianggap sebagai saudara.

Namun begitu, bukan semua insan melupakan kehidupan perit jerih anak anak yatim yang kehilangan ibu bapa ini, masih ada lagi yang ingat kepada mereka dan masih mahu menghulurkan tangan meringankan beban.

Sebagai contoh, semalam YB Datuk Seri Ismail Sabri membeli keperluan anak anak yatim seramai 70 orang di IOI Mall Putrajaya bagi menyambut hari lebaran tidak berapa lama lagi.






Cuba lihat dalam gambar yang Sangkakala masukkan diatas, betapa ceria dan bahagia wajah anak anak ini menerima sumbangan, moga moga dimasa akan datang akan ada lagi insan yang sanggup menghulurkan bantuan.

Dari apa yang Sangkakala ketahui, Datuk Seri Ismail Sabri memang menjadikan aktiviti membeli belah bersama anak anak yatim ini setiap tahun.


Tiada ulasan: