Khamis, 4 Jun 2015

#Nothing2hide MANTAN PM AKAN TURUT SERTA DALAM DIALOG PM BERSAMA NGO

Tersebar luas dalam facebook tentang Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga akan turut serta dalam dialog Perdana Menteri bersama NGO anjuran SukaGuam esok.


Apa yang menariknya, jam 9 pagi esok, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan menjawab persoalan persoalan yang tidak diduga dan tidak dijangka yang bakal keluar dari mulut mereka yang hadir termasuklah Tun M jika benar beliau akan turut serta.

Dalam situasi ini, Sangkakala ucapkan jutaan tahniah kepada SukaGuam yang menjadi penganjur kerana memberi peluang dan ruang kepada Perdana Menteri untuk menjawap persoalan dalam majlis yang dijadual berlangsung hampir 3 jam di PWTC.

Tahniah juga Sangkakala berikan kepada Perdana Menteri yang nampaknya berani ke depan untuk menjawab persoalan persoalan yang dikemukakan esok.

Tapi ada satu permintaan dari Sangkakala, selepas mendapat jawapan esok janganlah pula ada lagi yang merungut itu dan ini hanya semata mata untuk memecah belahkan masyarakat terutamanya untuk membuat persepsi negatif kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri dan jangan pula ada para penyokong pro Tun M cuba melakukan provokasi dalam majlis berkenaan.

Bersikap positif dan profesional adalah amat baik dan bagus berbanding dari sikap pengadu domba untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan.

Sangkakala nyatakan perkara ini atas sebab melihat apa yang berlaku baru baru ini di KLIA semasa ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dimana ada beberapa orang yang cuba menangguk di air yang keruh dengan melaungkan slogan selamatkan Malaysia sejurus ketibaan YAB TPM dari luar negara.

Ini semua sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga lagakan pemimpin tertinggi kerajaan dan ianya bukan sifat atau sikap yang perlu ditonjolkan oleh penyokong kerajaan.

Dalam dialog esok, perkara sama juga tidak perlu di lakukan memandangkan Perdana Menteri telah bersedia untuk bersemuka dan memberikan jawapan dan menjawap segala persoalan yang akan diajukan oleh rakyat walaupun ianya hanya melibatkan NGO, Sangkakala yakin bahawa NGO NGO ini mampu untuk memberikan penyampaian terbaik kepada masyarakat di luar sana.

Keberanian Perdana Menteri untuk hadir ke sesi dialog ini adalah amat terpuji dan selama ini, pelbagai tohmahan telah dilemparkan oleh beberapa pihak tentang kononnya berlaku ketirisan dalam kerajaan akan dirungkai.

Seingat Sangkakala, Perdana Menteri sebelum sebelum ini juga ada menerima kritikan dan tohmahan, tapi rasanya belum ada lagi yang berani tampil ke hadapan untuk menjawap segala persoalan dan ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Jadi esok adalah hari dimana kita akan menerima maklumat tepat dan jawapan kepada persoalan dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri dan ini yang kita nanti nantikan selama ini.

Malam tadi juga, Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Husni Hanadzlah telah menjawap tentang kemana hilangnya wang 1MDB dan rasanya jawapan yang diberikan cukup telus serta konsisten dalam menjawab tuduhan bahawa 1MDB telah menyalah gunakan wang hasil pinjaman dan kita hanya menunggu hasil siasatan dari Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam atau PAC dan juga laporan dari Ketua Audit Negara (AG) sebelum kita boleh membuat satu satu tuduhan.

Jadi sama sama kita nantikan esok apa yang bakal berlaku.



Tiada ulasan: