Selasa, 23 Jun 2015

AZMIN ALI BERI HADIAH LUMAYAN KEPADA RAKYAT SELANGOR

Nampaknya hari raya tahun ini diserikan dengan hadiah yang tidak dijangka oleh Menteri Besar Selangor kepada rakyat kawasan Tg Sepat khususnya dan di Selangor amnya.

Projek yang dibangkang dan di bantah oleh penduduk di kawasan berkenaan nampaknya diteruskan juga oleh Azmin selaku Menteri Besar walaupun majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah dari kalangan orang Melayu.


Projek ladang BABI yang kononnya moden akan diteruskan walaupun ianya mendapat bantahan dan tentangan keras dari kalangan rakyat.

Umum mengetahui bahawa BABI sebenarnya adalah haiwan yang kerap kali disabitkan dengan pelbagai penyakit dan yang paling ditakuti ialah selsema BABI atau JE yang mampu meragut nyawa bagi sesiapa yang di jangkitinya dalam jangka waktu yang singkat.

Bagaimana kerajaan Selangor yang mengatakan slogan 'RAKYAT DIPEDULI' sanggup menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk memuaskan nafsu politik mereka?

Apakah ini adalah balasan kepada rakyat Selangor yang memilih Pakatan sebagai kerajaan memerintah negeri? Dan adakah rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam redha dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan terhadap mereka?

Jawapan kepada semua soalan Sangkakala tadi ada pada rakyat negeri Selangor sendiri sama ada mahu terus tidak dipeduli atau bangun memberikan pengajaran kepada Azmin dan rakan sekutunya.



Tiada ulasan: