Selasa, 12 Mei 2015

@Zahid_Hamidi @PDRMsia KEGIATAN MESIN KUDA KEMBALI BERLELUASA

Tak berapa lama dahulu kegiatan mesin judi dikatakan akan dibanteras sehabis habisnya dan boleh dikatakan ianya diisytihar sebagai perang diantara pihak berkuasa dengan mereka mereka yang menjalankan perniagaan haram ini.

Walaupun telah beberapa kali serbuan demi serbuan dilakukan namun kegiatan ini nampaknya tidak menunjukkan akan berlaku pengurangan dan dari apa yanh dilihat, mereka mereka ini mula menaik taraf sistem keselamatan pusat perjudian mereka daripada diserbu.

Sebagai contoh Sangkakala berikan disini, kawasan kawasan di Selangor merupakan diantara kawasan yang menerima kewujudan pusat pusat judi dan ada diantara mereka ini seolah olah kebal daripada undang undang.

Persoalannya disini, tidakkah ada pemantauan dibuat atau dilakukan oleh pihak berkuasa tidak kira dari pihak Polis atau PBT untuk mengekang kegiatan ini dari muncul kembali.

Kita semua sedia maklum bahawa kegiatan tidak sihat ini amat membahayakan dimana kebanyakan kes ragut, pecah rumah, samun dan rompak adalah berpunca juga dari kegiatan perjudian mesin kuda.

Sangkakala ada mendengar bahawa sesetengah dari pengusaha mesin judi ini mendapat perlindungan dari pihak berkuasa dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka ini dibayar secara MAKAN BULAN.

Jika benar perkara ini berlaku, bagai mana Kementerian Dalam Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan tigas mereka dalam usaha untuk menghapuskan kegiatan mesin kuda.

Sangkakala rasa sudah sampai masa dan ketika pihak KDN melalui Pasukan Polis menubuhkan skuad khas bagi menangani kegiatan ini disamping PBT PBT yang juga boleh mewujudkan skiad yang sama.

Sebagai contoh, dikawasan Kota Damansara Petaling Jaya, puluhan mesin judi dikatakan wujud dan mereka ini tidak langsung kelihatan takut dengan tindakan undang undang yang bakal dikenakan jika didapati mereka ini bersalah.

Sangkakala sendiri pernah melihat satu pergaduhan berlaku dihadapan sebuah kedai mesin judi dimana sepasukan anggota polis (4 orang) berpakaian biasa telah datang.

Tapi apa yang berlaku ialah, perkara tersebut selesai begitu sahaja dan kedai judi yang dimaksudkan masih beroperasi sehingga kini.

Diharap pihak Kementerian dapat melakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan rakyat dari terus terjerumus ke lembah perjudian.


Tiada ulasan: