Ahad, 10 Mei 2015

PUNCA SEBENAR TABUNG HAJI DISERANG HEBAT

Sehari dua ni Sangkakala lihat serangan begitu hebat dihalakan kepada Tabung Haji apabila Lembaga kewangan tersebut membeli tanah di kawasan Tun Razak Exchange atau TRX daripada sebuah syarikat pembangunan iaitu 1MDB.


Ada juga yang sanggup untuk membuat provokasi kononnya Tabung Haji menggunakan wang penyimpan untuk membeli tanah di kawasan segitiga emas tersebut dan meminta supaya penyimpan mengeluarkan wang nereka daripada simpanan.

Yang menyedihkan pula apabila ada dikalangan penyokong kerajaan juga terikut ikut dengan provokasi puak puak yang tidak bertanggungjawab ini atau lebih tepat jika disebut puak puak yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Tabung Haji.

Tambahan pula baru baru ini Sangkakala lihat ada dikalangan ketua ketua pemuda UMNO mula seolah olah menyerang Tabung Haji dan 1MDB kononnya mereka ini mewakili suara akar umbi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan Pemuda UMNO ini kalau dilihat bukan persoalan walaupun mereka mengatakan bahawa mereka sekadar bertanya sebab, setahu Sangkakala tidak ada pertanyaan yang dibuat jadi bagaimana mungkin jawapan akan diperolehi.

Soalan yang Sangkakala maksudkan ialah kepada pengurusan Tabung Haji dan 1MDB sendiri tetapi semenjak dua menjak ni Sangkakala lihat serangan tersebut adalah lencongan untuk matlamat yang lain.

YB Dato' Azeez Rahim merupakan seorang ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia dan juga merupakan bekas exco pemuda UMNO Malaysia dan dari apa yang Sangkakala lihat, tidak langsung wujud permasaalahan sekiranya mereka (pemuda) mengajukan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.

Kita semua sedia maklum bahawa, tak lama sebelum serangan ke atas Tabung Haji ini, serangan awal telah dilakukan kepada 1MDB terlebih dahulu sehingga ada yang meminta supaya Najib Razak selaku Perdana Menteri melepaskan jawatan kononnya berlaku ketirisan wang dalam negara akibat daripada perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.

Dari sini dapat kita lihat juga bahawa serangan keatas Tabung Haji bukan kerana pembelian tanah tersebut, tetapi atas kapasiti ianya ada urus niaga dengan 1MDB dan ianya juga berkait dengan Perdana Menteri.

Adakah serangan ini sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Najib Razak untuk melepaskan jawatan? 

Berbalik kepada cerita Tabung Haji.

Kita semua tahu dan maklum bahawa Tabung Haji adalah sebuah lembaga yang menguruskan pemergian rakyat Malaysia yang mahu menunaikan haji di Mekah dan selama Tabung Haji menguruskan wang serta pemergian jemaah haji ke tanah suci, belum pernah sekali terjadi kegagalan jemaah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci akibat dari kegagalan Tabung Haji.

Selama puluhan tahun kita lihat Tabung Haji begitu komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh jemaah untuk menguruskan kewangan mereka untuk sampai ke Mekah.

Seperti yang kita ketahui juga, Tabung Haji ada memberikan dividen kepada para penyimpan dan dividen ini datangnya dari beberapa buah anak syarikat Tabung Haji yang telah pun menjalankan perniagaan dan hasil dari keuntungan berkenaan maka subsidi untuk menunaikan haji serta bayaran dividen tahunan diperolehi.

Tapi kali ini ada sedikit kemusykilan apabila tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di TRX menjadi pertikaian dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Tabung Haji sedangkan yang membeli tanah berkenaan ialah TH Properties yang merupakan salah sebuah anak syarikat Tabung Haji yang setahu Sangkakala telah pun establish didalam dunia perniagaan.

Tapi serangan ke atas Tabung Haji seolah olah TH Properties tidak mempunyai wang dan seolah olah syarikat ini baru bergiat dalam perniagaan dan ini adalah urusniaga pertama TH Properties hingga anak syarikat TH tersebut terpaksa meminjam atau menggunakan wang penyimpan.

Disini Sangkakala lihat ada kekurangan kecerdikan mereka yang membuat pelbagai tohmahan.

Sangkakala rasa cukup dulu buat masa ni, nanti akan disambung pada peringkat kedua pula.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAM BRO,AKU ADALAH PENYIMPAN DALAM TH.INGIN MENUNAIKAN HAJI MELALUI TH.BAGI AKU TAK SALAH TH MEMBELI TRX TU.ITU ADALAH PELABURAN.TETAPI AKU TAK SETUJU PEMBELIAN TU DIBUAT KETIKA KEADAAN YANG BERCELARU SEKARANG INI.LEBIH-LEBIH LAGI IA BERKAITAN DENGAN 1MDB.DAN AHLI LEMBAGA PENGARAHNYA PULAK ADALAH ORANG KUAT 1MDB.PEMBELIAN DIBUAT SENYAP-SENYAP.BILA TERBONGKAR SIBUK NAK JUAL BALIK.INI YANG MENYEBABKAN KAMI NAIK ANGIN.CUBA SEBELUM PEMBELIAN TU DIJELASKAN ATAU DIUAR-UARKAN,KAN ELOK.TAKLAH JADI MACAM NI ! ADA FAHAM ?