Khamis, 30 April 2015

@Zahid_Hamidi JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MENYENANGKAN ATAU MENYUSAHKAN ???

Kalau nak diikutkan, kerajaan amat menggalakkan rakyatnya untuk berpersatuan dimana dengan cara berpersatuanlah satu satu maklumat lebih mudah disalurkan dan tepat kepada sasaran.

Dan atas sebab itu jugalah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau dulunya di kenali sebagai ROS diwujudkan dan dengan kewujudan ini sedikit sebanyak ianya memudahkan rakyat untuk mendaftarkan persatuan persatuan mereka.


JPPM juga telah membina laman sesawang yang dilihat amat baik untuk memidahkan kerja kerja pendaftaran secara atas talian dilakukan dan ini dilihat amat memudahkan.

Tapi apa yang menjadi kekesalan ialah apabila laman sesawang ini tidak dinaiktaraf sebagai contoh waktu untuk membuat pembayaran wang pendaftaran persatuan.

Sangkakala petang ni pergi ke JPPM Selangor untuk membuat pendaftaran bagi sebuah persatuan dan apa yang mengecewakan apabila pegawai di kaunter mengatakan bahawa bayaran hanya boleh dibuat sebelum pukul 12 tengah hari Pada setiap hujung bulan.

Persoalannya kenapa waktu pembayaran ini tidak dimasukkan kedalam laman sesawang berkenaan bagi memudahkan orang ramai mengetahui waktu waktu pembayaran?

Update le dalam laman tu untuk kemudahan, bukannya susah sangat.

Cuba kita bayangkan kalau orang dari jauh seperti Sabak Bernam yang datang ke ROS negeri Selangor yang terletak di Shah Alam, mereka akan pulang dengan perasaan hampa serta kecewa tambahan pula kalau kena pada hari ini yang mana cuti akan berlanjutan sehingga ke hari Selasa nanti.

Cuba cuba la fikir sikit, benda benda kecil macam ni juga perlu difikirkan dan diambil perhatian sebenarnya, jangan macam MELEPAS BATOK DI TANGGA.

Jadi kepada mereka yang berkenaan, harap harap perkara ni tolong ambil perhatian sikit.



#PRKPermatangPauh NYONYA PKR BUAT LAWAK TAHAP MAKSIMUM

Sangkakala terbaca dalam blog sorang rakan blogger yang menulis artikel tentang satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita PKR yang mengatakan bahawa nombor telefon beliau telah disalah gunakan oleh individu yang kononnya nak menganiaya beliau.

Baca DISINI...

Tapi dari apa yang dilaporkan kepada pihak polis, Sangkakala baca dengan jelas bahawa memang wanita terbabit ada mengeluarkan notis yang mengatakan bahawa perkhidmatan bas secara percuma ada disediakan untuk AMK Perak ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015.


Jadi disini Sangkakala merasakan bahawa mesej yang mengatakan bahawa beliau ada menyediakan bas secara percuma adalah benar dan menurut kata beliau lagi, mesej berkenaan di hantar kepada AMK Perak secara tertutup.

Jadi nampaknya ada orang PKR sendiri yang cuba nak menganiaya wanita tersebut dan ianya tidak ada kena mengena dengan PRK jadi kenapa buat laporan polis semasa dalam PRK Permatang Pauh?

Ini semua nak cari publisiti murahan dan konon kononnya nanti akan nampak ini kerja orang Barisan Nasional.

Hallo nyonya!!! Lu punya game orang sudah boleh baca la, pegi belajar lagi bab propaganda politik, jangan sampai nampak bodoh sangat la BENGONG.



Selasa, 28 April 2015

@NajibRazak GUNAKAN AGENSI UNTUK BUAT PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN #GST


Kenyataan Menteri KPDNKK yang mengatakan bahawa KPDNKK tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menjalankan kerja kerja pemantauan dan serbuan keatas kedai atau para peniaga yang menaikkan harga barang akibat GST seolah olah orang yang tiada akal menjadi Menteri.

Sangkakala terfikir kenapa KPDNKK tidak mahu menurunkan kuasa yang ada pada mereka untuk diberi kepada agensi agensi tertentu dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sedangkan banyak agensi yang pada Sangkakala lebih dari mampu untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Seperti contoh, Pasukan Ikatan Relawan Malaysia atau RELA yang mempunyai jutaan anggota jika dikerah untuk memberikan bantuan sudah pasti mampu untuk melaksanakan tugas seperti yang diminta.

Kita semua sedia maklum bahawa para peniaga yang didapati bersalah menipu pengguna dengan menaikkan harga dengan menggunakan alasan GST akan dikenakan tindakan seperti denda dan sebagainya.

Jika KPDNKK benar benar hendak mengimplimentasikan penguatkuasaan sepertimana yang mereka katakan, tidak salah rasanya jika saman yang dikenakan kepada peniaga yang didapati bersalah diberikan sedikit kepada mereka yang memberikan maklumat hingga peniaga ini dibawa ke muka pengadilan sebagai satu penghargaan kepada mereka.

Jika 500k anggota RELA diberikan kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dengan prosedur prosedur yang ditetapkan, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa peniaga peniaga yang menyeleweng ini akan lebih banyak dikesan dan ini juga akan memberikan keselesaan kepada rakyat dimana mereka tahu bahawa peniaga yang menipu ini tidak akan terlepas dari undang undang.

Jadi kalau ini pun tak mampu nak dilakukan oleh Kementerian, rasanya adalah lebih baik jika Kementerian tersebut ditutup atau Menteri berkenaan ditukarkan dengan orang lain sebab rakyat hari ini tidak mahu mendengar alasan, yang mereka mahukan ialah melihat pelaksanaan.



Isnin, 27 April 2015

#PRKPermatangPauh APA ISTIMEWA YANG ADA PADA ANWAR IBRAHIM ???

Permintaan permintaan mengarut semakin dituntut oleh PKR nampaknya.

Nurul Izzah kini dah minta pula Anwar Ibrahim dibenarkan pulang untuk mengundi di Permatang Pauh dalam PRK yang mana isteri beliau menjadi calon.

 

Kalau Anwar boleh balik mengundi, macam mana pula dengan banduan lain? Atau Nurul Izzah hanya pentingkan Anwar yang yang juga meru0akan bapa beliau yang kini berada dalam penjara.

Bagi Sangkakala pihak Jabatan Penjara Malaysia tak perlu nak layan sangat permintaan PKR ni sebab dah nampak sangat kelautnya.

Kalau nak diikutkan berapa ramai penghuni sebagai banduan dalam penjara, kenapa mereka tidak diminta untuk pulang mengundi dalam PRU yang lepas? 

Apa istimewa Anwar sampai permintaan bodoh dituntut oleh ahli parlimen Lembah Pantai yang pernah mengaku memfitnah Raja Nong Chik dalam PRU yang lepas?

Sudah sudah la Nurul, jaga kawasan tu elok elok, orang dah mula bercakap yang Nurul Izzah ni pun sama macam mak ngan ayah dia yang tak jenguk kawasan lepas pilihanraya.



#PRKPermatangPauh SATU UNDI UNTUK BN !! SATU SOKONGAN UNTUK PAS

Pilihanraya Kecil P044 Permatang Pauh bakal memperlihatkan sama ada ahli PAS mahukan hudud atau mereka selama ini juga berpolitiking seperti sesetengah pemimpin PAS yang lain.


Dalam sidang Parlimen yang lepas, sepatutnya Hj Hadi Awang membentangkan 'privatebill' usul tentang undang undang hudud tapi masa tidak mengizinkan beliau untuk membawa kertas usul berkenaan ke dalam dewan untuk dibahas.

Walaupun begitu, semua ahli parlimen Barisan Nasional yang Islam telah menyatakan bahawa mereka akan menyokong usul yang hendak di bawa oleh Haji Hadi Awang dan ini secara jelas menunjukkan bahawa ahli parlimen BN (Islam) tidak menolak hudud seperti yang digembar gemburkan oleh parti komponen Pakatan Pembangkang.

Satu lagi bukti yang perlu dilihat oleh ahli PAS ialah apabila ADUN UMNO di Kelantan menyokong perlaksanaan Undang Undang Hudud yang dibawa oleh kerajaan negeri ke dalam Dewan Undangan.

Berbeza dengan PKR yang menentang Hudud secara terang terangan daripada Presiden hinggalah kepada yang lain lain.

Persoalannya, adakah jika Wan Azizah menang di Permatang Pauh maka beliau akan menyokong kertas usul yang akan dibawa oleh Hj Hadi tentang Hudud dalam sidang parlimen akan datang? Jawapannya adalah TIDAK.

Tetapi jika calon Barisan Nasional pula memenangi Pilihanraya Kecil ini dan seterusnya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, maka satu lagi undi untuk menyokong usul Hj Hadi akan diperolehi.

Jadi kepada orang orang PAS, pilihlah sama ada mahu undang undang Hudud ini dilaksanakan atau usul dari Hj Hadi ini disokong atau pun tidak, ianya bermula di PRK Permatang Pauh.



Sabtu, 25 April 2015

PUNCA SEBENAR WAN AZIZAH BERTANDING DI #PRKPermatangPauh TERBONGKAR

Pagi tadi tamatlah sudah proses penamaan calon bagi pillihanraya kecil P044 Permatang Pauh yang melihatkan pertandingan 4 penjuru dimana yang mana masing masing dari BN, PKR, PRM dan Bebas.

Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini bahawa Isteri kepada Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat terhadap pembantu pribadinya dicalonkan sebagai calon ahli parlimen walaupun pernah menyandang jawatan tersebut dan akhirnya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar dengan alasan ingin memberikan ruang dan masa terhadap anak dan cucu.


Wan Azizah pernah memegang jawatan sebagai ahli parlimen dan meletakkan jawatan pada 31 julai 2008 untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.

Kini Wan Azizah kembali sekali lagi apabila Anwar dihumban ke dalam penjara akibat daripada kegiatan luar tabii beliau yang memperuntukkan hukuman selama 5 tahun dan dilucutkan keanggotaan sebagai ahli parlimen.

31 Julai 2008 Wan Azizah mwngatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada cucu cucu beliau yang sedang meningkat dewasa.

7 tahun berlalu dan mungkin cucu cucu Wan Azizah dah besar sekarang dan ini membuatkan beliau hendak bertanding semula di kawasan Permatang Pauh.

Persoalannya sekarang, tidakkah ada dalam PKR calon calon yang berkredibiliti selain dari calon recycle yang dah kerap sangat berbohong pada rakyat ni?

Dulu kata nak bela cucu, akhirnya bertanding di DUN Kajang dengan harapan nak menjadi Menteri Besar dan kini bertanding semula di kawasan Permatang Pauh.

Agaknya memang dalam PKR atau PR, satu satu kerusi parlimen hanya akan menjadi kerusi pusaka kepada kaum keluarga dan orang lain selain dari itu hanya mampu untuk melihat dan jangan sesekali berangan untuk menjadi calon di kawasan berkenaan.

Kepada pengundi di Permatang Pauh, rasanya sudah sudah la tu, tak payah bagi muka pada parti kaum keluarga ni, dah cukup le kena temberang dari masa Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut, dan kali ni kena tukar bagi Barisan Nasional pulak menjadi peneraju.



Jumaat, 24 April 2015

AKHIRNYA AZMIN ALI JADI MB LANGGAR UNDANG UNDANG PBT

Nampakmya Azmin Ali dah jadi Menteri Besar yang akan melanggar undang undang PBT dalam negeri sendiri.

Baru baru ni kecoh bila sebuah gereja diminta untuk menurunkan lambang salib apabila gereja tersebut dibuat di Taman Medan dan beberapa orang penduduk Taman Medan membuat bantahan.

Pihak MBPJ telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja berkenaan tidak mendapat permit kelulusan dari pihak MBPJ dan seharusnya gereja berkenaan tidak boleh beroperasi.

Namun hari ini, Menteri Besar Selangor telah membenarkan gereja berkenaan memasang semula lambang salib dengan alasan ianya adalah lambang suci penganut beragama kristian.


Persoalannya, sebagai Menteri Besar adakah Azmin tidak tahu bahawa undang undang PBT sendiri telah melarang apa juga rumah ibadat tanpa kelulusan dibina dan ini termaktub dalam Akta 133 seksyen 70 (12) yang mana tiap tiap lot kedai yang hendak ditukar kepada pusat meditasi mesti mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

Jadi disini Sangkakala beranggapan bahawa Azmin selaku Menteri Besar hanya memandang kepada politik hingga mengabaikan undang undang dan bagaimana seorang Menteri Besar yang melanggar undang undang layak untuk mentadbir negeri.

Kita semua maklum bahawa setiap Menteri Besar adalah ketua eksekutif dalam negeri berkenaan dan jika ketua eksekutif ini melanggar undang undang, bagaimana dengan yang lain lain?

Seperti biasa kita dapat lihat, ada para peniaga yang gerai mereka dirobohkan hanya kerana berniaga tanpa permit atau lesen tetapi bagai mana pula dengan gereja yang disebutkan tadi?

Polimik Azmin makin ketara, hanya semata mata kerana undi dari penganut kristian, maka undang undang diletakkan ketepi.



#prkrompin CALON PAS ROMPIN MAKIN TERDESAK !! BELUM MENANG DAH MENIPU

Tak pasti sama ada PAS atau calon parti tersebut yang terdesak hingga sanggup menipu para pengundi.

Tapi apa yang pasti ialah, calon PAS Rompin sanggup menipu para pengundi demi mencapai matlamat politik semata mata dan persoalannya adakah ini yang diajar oleh Islam atau ianya dibolehkan dalam Islam PAS?


Mana ada perjanjian sampai macam tu sekali dan kita pun tahu bahawa GST telah dilaksanakan dan bukannya akan dibawa untuk pengundian dalam parlimen.

Satu undi untuk PAS maka satu undi menolak GST adalah slogan paling bangang yang digunakan oleh calon PAS di Rompin.

Kalau baru cadangan untuk membawa GST ke parlimen dan dibahaskan kemudian diundi mungkin juga slogan ini sesuai tapi sekarang dah dilaksanakan pun.

Agaknya calon ni masih mimpi lagi atau memang tak mampu berfikir secara rasional dan kalau slogan sendiri tak mampu untuk difikirkan, adakah pembangunan untuk rakyat di kawasan Rompin mampu untuk dilaksanakan?

Kepada orang Rompin, tak kira PAS atau BN, undi le calon Barisan Nasional yang memang dikenali dan pernah menaburkan jasa di kawasan.


Khamis, 23 April 2015

#PRKPermatangPauh PAS MASIH MENUNGGU PERMOHONAN MAAF DARI PKR

Hari ni Barisan Nasional telah pun memperkenalkan calon untuk bertanding di Permatang Pauh dan calon muda yang dipilih kali ni amat sesuai dengan kehendak anak anak muda untuk melihat muka baru dicalonkan.

Saudara Suhaimi Sabudin dipilih sebagai calon yang akan menentang PKR dalam PRK P044 Permatang Pauh bagi mewakili Barisan Nasional.

Berumur 43 tahun dan menjawat jawatan Setiausaha UMNO Bahagian merangkap Naib Ketua Pemuda Bahagian yang dilihat mempunyai cukup pengalaman dalam politik dan mempunyai profail yang baik dalam akademik.


Tapi bagaimana pula dengan calon parti lawan? Adakah muka Recycle yang akan diletakkan atau muka kroni yang bakal tampil tak lama lagi.

Seperti yang digembar gemburkan bahawa Presiden PKR akan bertanding semula adalah calon lama yang pernah memegang jawatan Ahli Parlimen di kawasan tersebut dan kemudiannya meletakkan jawatan kononnya untuk memberikan tumpuan dan masa bersama keluarga namun hakikat sebenarnya ialah memberikan laluan kepada suami untuk bertanding.

Adakah muka ini juga yang diperlukan oleh pengundi? Adakah airmata kasihan bakal membasahi bumi Permatang Pauh sekali lagi seperti dulu?

Walau apa pun yang berlaku, parti yang selama ini menyokong mereka tidak lagi mahu berbuat demikian akibat daripada keceluparan mulut mereka sendiri.

PAS dikatakan sedang menunggu permohonan maaf daripada PKR berkenaan dengan kritikan mereka apabila PAS membawa RUU Hudud dalam Sidang DUN Kelantan dan ianya diluluskan.

Tapi adakah PKR akan memohon kemaafan secara terbuka sepertimana yang dituntut oleh PAS? Jawapannya ialah TIDAK.

Ini jelas dapat kita lihat apabila Presiden PKR mengatakan bahawa beliau tidak kisah atau tidak peduli sama ada parti berkenaan mendapat sokongan dari PAS atau tidak.

Jadi kepada PAS, boleh la fikir fikirkan semula apa bentuk Tahaluf Siasi yang digunakan bersama dengan DAP dan PKR sekarang ni.


Rabu, 22 April 2015

HANYA DI SELANGOR !! YANG HARAM MEMANG INDAH

Dua tiga hari lepas, kawasan Taman Medan digemparkan dengan kehadiran puluhan penduduk yang membawa sepanduk membantah kewujudan sebuah gereja di kawasan penempatan orang Melayu.

Agaknya kerajaan Selangor ni memang suka dengan pembinaan atau kegiatan haram. 

Selama ni kita dapat melihat deretan pusat urut tumbuh bagai cendawan tak kira dimana mana sahaja dan selepas ini kita dapat pula melihat rumah rumah ibadat dibina dimana mana sahaja tanpa mengira sensitiviti kaum atau penduduk setempat.


Bukan tujuan Sangkakala untuk mengeruhkan keadaan, tapi daripada apa yang dapat kita lihat ialah, perkara perkara seperti ini seolah olah tidak menjadi perhatian kepada kerajaan negeri.

Nampaknya polimik mereka lebih penting berbanding dengan keselesaan rakyat dan jelas dalam perkara ini kerajaan Selangor demi untuk menutup kesalahan mereka maka mereka menunding jari kepada UMNO dengan mengatakan bahawa UMNO menjadi perancang utama.

Untuk makluman kerajaan Selangor, rakyat sekarang sudah dapat menilai dan mereka tidak perlu untuk mendapat hasutan mana mana pihak dalam menegakkan hak mereka.


Selasa, 21 April 2015

KWSP BAGI EMPAT PILIHAN PENCARUM TAPI PENCARUM HANYA BAGI DUA KEPADA KERAJAAN @NajibRazak



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP yang ditubuhkan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu pekerja sektor swasta mempunyai simpanan hari tua.

Mengikut kiraan KWSP, sehingga Disember 2014 seramai 14.19 juta pencarum sedangkan penduduk atau rakyat Malaysia sekitar 30 juta orang dan ini bermakna hampir separuh dari rakyat Malaysia adalah pencarum dalam KWSP.

Mengikut kiraan Suruhanjaya Pilihanraya pula, pengundi di Malaysia berjumlah 13.268 juta dan ini bermakna jumlah pencarum adalah lebih tinggi dari jumlah pengundi.

Kenapa Sangkakala kaitkan pengundi dengan pencarum KWSP? Ini jawapannya.

Baru baru ni satu cadangan yang Sangkakala anggap adalah cadangan 'BODOH' datang dari KWSP yang mana pihak KWSP mengatakan bahawa mereka mencadangkan agar pengeluaran KWSP ini dilanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi setiap pencarum.

Dan pihak KWSP ada memberikan 4 pilihan kepada pencarum kononnya untuk kebaikan mereka dihari tua.


Untuk makluman KWSP atau kepimpinan kerajaan pada hari ini, tak perlu nak bagi 4 atau 5 opsyen pengeluaran duit pencarum sebab itu duit mereka dan itu hak mereka.

Apa yang menjadi kerisauan ialah, KWSP memberikan 4 opsyen kepada pencarum yang Sangkakala sebutkan tadi melebihi daripada pengundi tetapi pencarum yang menjadi pengundi pula akan memberikan opsyen sama ada untuk kekalkan kerajaan hari ini atau membuat pertukaran dalam pilihanraya akan datang?

Pihak KWSP sendiri selalu dikecam apabila memberikan pinjaman kepada kerajaan bagi menjalankan satu satu pembangunan dan kini cuba pula menahan pengeluaran pencarum? Adakah ianya kebaikan untuk pencarum atau kebaikan untuk kerajaan bagi membolehkan wang dalam KWSP dibuat modal pusingan?

KWSP kononnya bermula hari ini mengadakan bancian melalui http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home/m.

Kenapa perlu dibuat bancian kalau dah tahu rata rata rakyat Malaysia yang mencarum akan membantah penambahan had umur pengeluaran ni?

Salah satu alasan dari KWSP yang Sangkakala pernah terbaca ialah, wang pencarum akan habis dalam tempoh 5 ke 10 tahun selepas pengeluaran dilakukan.

Persoalannya disini, kalau habis dalam tempoh 5 ke 10 hari sekalipun adakah pencarum ni datang ke KWSP untuk membuat tuntutan sekali lagi? Jawapannya tentu tidak kan? Jadi apa masalah jika wang yang mereka simpan selama puluhan tahun akhirnya habis di tangan pencarum sendiri?

Jika alasan kehabisan wang simpanan dalam jangka masa 5 ke 10 tahun menjadi keprihatinan KWSP, Maka Sangkakala mencadangkan agar dividen sebanyak 2.5 peratus dinaikkan kepada 5 peratus setahun memandangkan wang pencarum dalam KWSP selalu digunakan untuk membuat pelaburan dan dividen sebanyak 5 peratus daripada keuntungan adalah berbaloi.

Maaflah kalau Sangkakala katakan disini bahawa penambahan had umur pengeluaran KWSP ada agenda lain dan bukannya untuk membantu pencarum.

Kepada kerajaan Barisan Nasional, jika perkara ini diteruskan, maka kerajaan hari ini perlu bersiap sedia untuk bertukar tempat duduk dalam parlimen lepas PRU akan datang dan ini Sangkakala rasa amat pasti memandangkan rakyat pada hari ini sudah mula melihat bahawa kerajaan pada hari ini membawa masalah kepada mereka.



Sabtu, 18 April 2015

BILA PEMBANGKANG DAH TAKDE ISU TENTANG #GST

Bila Sangkakala dapat screenshot dibawah daripada group whatsapp, Sangkakala nak gelak pun ada, nak menangis pun ada bila mengenangkan betapa bangangnya sesetengah pihak dari pembangkang yang cuba nak rosakkan pemikiran rakyat tentang GST yang diperkenalkan awal bulan lepas.


Berkali kali telah diberikan penerangan tentang GST yang mana jika didengar betul betul pihak bank sendiri juga telah membuat kenyataan bahawa setiap pengeluaran wang dari bank tidak dikenakan dengan GST kecuali membuat pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang bank berlainan.

Tapi kenyataan diatas amat menggelikan hati apabila si penulis mengatakan bahawa bapa beliau mengeluarkan wang sebanyak RM 10 ribu dan dikenakan GST sebanyak RM 600.

Persoalannya adakah pengeluaran tersebut melalui kaunter atau melalui mesin ATM? Jika melaluj mesin ATM setahu Sangkakala pengeluaran hanya dihadkan kepada maksimum sebanyak RM 5 ribu sahaja dan jika pengeluaran melebihi had tersebut maka 2 kali pengeluaran perlu dilakukan.

Persoalan kedua pula ialah, jika wang berkenaan dikeluarkan melalui mesin ATM, kenapa perlu menggunakan mesin ATM bank lain sedangkan setahu Sangkakala juga, pihak bank kini meletakkan mesin ATM dimerata rata tempat termasuk stesen stesen minyak di seluruh negara.

Jadi isu jika mengatakan susah untuk menemui mesin ATM sendiri sudah tidak wujud lagi.

Persoalan ketiga pula, pihak bank hanya mengenakan cukai GST sebanyak 6 peratus daripada RM 1 yang dikenakan jika pengeluaran dibuat melalui mesin ATM bank lain dan dari mana pula datangnya sampai RM 600?

Kita mula balik pengeluaran sebanyak RM 10 ribu yang mana ianya perlu dilakukan sebanyak 2 kali melalui ATM bank lain selain dari CIMB maka MEPS akan mengenakan charge sebanyak RM 2 dan cukai GST pula adalah sebanyak RM 0.12.

Cuba campur semua sekali pengeluaran termasuk charge bank dan cukai GST.

RM 10 ribu + RM 2 + RM 0.12 = RM 10,002.12 dan pelarasan pila sebanyak RM 0.02 maka semua sekali berjumlah RM 10,002.10.

Mana datang sampai RM 600 pihak bank kenakan GST tu? 

Sangkakala rasa ayat yang sesuai diberikan kepada puak puak yang cuba nak memburukkan GST melalui perkara macam ni adalah BANGANG.

Lagi satu, untuk keselesaan agar tidak dikenakan GST, keluarkan wang melalui mesin ATM bank sendiri dan jangan gunakan bank lain.



Jumaat, 17 April 2015

JANDA MUDA RISAU HARGA UBAT NAIK SEBAB #GST

Nampaknya janda yang ditinggalkan suami ni dah mula menyalak kononnya risau harga ubat ubatan naik disebabkan oleh GST dan ini akan membuatkan warga emas tak mampu untuk membeli ubat.


Setahu Sangkakala, ubat ubatan di hospital kerajaan bagi warga emas adalah percuma dan kenapa pulak nak dirisaukan dengan kenaikan? 

Nurul Izzah mengatakan bahawa persatuan farmasi telah mengatakan bahawa hanya 320 jenis ubat yang dikecualikan dari GST pada bulan Januari, Sangkakala ulangi, bulan JANUARI sedangkan laporan pada bulan March yang merupakan bulan terakhir GST tidak dilaksanakan menggantikan SST tidak pula disebut.

Ini semua tak lain dan tak bukan untuk menunjukkan bahawa mereka dari parti pembangkang prihatin terhadap rakyat tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah untuk memesongkan pemikiran rakyat semata mata.

Sudah sudahlah, semua orang dah tahu bahawa kebanyakan ubat ubatan utama adalah bebas dari GST dan laporan bulan Januari tu tak boleh diterima pakai kerana pada bulan March kerajaan telah menetapkan lebih dari 4000 jenis ubat ubatan tidak dikenakan dengan cukai GST yang menggantikan SST.


ADUN KOTA DAMANSARA TERJAH RUMAH PENDUDUK

Sangkakala pagi tadi berkesempatan mengikuti program Jelajah Kasih ADUN Kota Damansara bagi melihat serta menyelami permasaalahan penduduk di sekitar PPR Seksyen 8 Kota Damansara.

Sebanyak 20 buah rumah telah dilawati rata ratanya adalah merupakan rumah orang orang miskin yang baru mendiami kawasan perumahan tersebut.

YbB Hajah Halimaton Saadiah Bohan berserta dengan Unit Pembangunan Persekutuan ( ICU ) serta beberapa Jabatan Kerajaan diikuti dengan NGO Sahabat Media Selangor dan Skuad Sukarelawan Kota Damansara juga memberikan bantuan makanan disamping mengambil data data mereka untuk disalurkan bantuan melalui jabatan jabatan seperti JKM dan lain lain.





Disamping memberikan bantuan makanan, pemeriksaan kesihatan juga dilakukan oleh sukarelawan Sahabat Media Selangor.

Menurut kata YB Halimaton, program seperti ini sentiasa dijalankan bagi membantu rakyat dan mengenal pasti permasaalahan mereka bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada YB Halimaton yang begitu prihatin kepada masaalah rakyat khususnya para pengundi di kawasan PPR Kota Damansara dan Sangkakala harap program seperti ininakan diteruskan dimasa masa akan datang.


Ahad, 12 April 2015

CEO KWSP JANGAN BUAT LAWAK BODOH !! TAK PERLU NAK TAHAN DUIT PENCARUM @NajibRazak

Tak habis satu cerita, keluar lagi satu cerita, kali ni cerita KWSP pula yang dikatakan hanya akan mengeluarkan caruman pencarum apabila berumur 60 tahun berbanding sebelum ini 55 tahun.


Alasan yang diberika oleh KWSP ialah, jika keluar umur 55 tahun duit tersebut akan habis diantara 5 ke 10 tahun.

Persoalannya apa kena mengena dengan KWSP jika wang tersebut habis? Adakah pencarum akan menuntut apa apa bayaran dari KWSP jika wang simpanan yang mereka perolehi habis?

Jawapannya sudah pastilah tidak dan ramai dikalangan pencarum yang mengeluarkan wang berkenaan digunakan ke jalan jalan berfaedah seperti membeli tanah untuk berkebun dan sebagainya.

Sebagai sebuah badan yang menyimpan wang pekerja, Sangkakala rasa tak perlu KWSP menahan wang berkenaan dan dikeluarkan bagi satu satu tempoh tertentu dan tempoh pengeluaran yang ada sebelum ini (55 tahun) adalah memadai.

Kerajaan juga banyak mendapat faedah daripada caruman para pekerja dan dari apa yang kita ketahui, ada pelaburan yang memggunakan wang berkenaan demi untuk kemajuan dan pembangunan negara.

Cuba kita bayangkan apabila pencarum yang berkerja puluhan  tahun dan menunggu wang berkenaan untuk digunakan bagi kegunaan hari tua mereka ditahan sehingga umur mereka 60 tahun, ini sudah pasti akan membantutkan perancangan mereka.

Ada juga pencarum yang menggunakan wang tersebut untuk melakukan ibadah umrah dan lain lain ibadah.

Sangkakala rasa KWSP perlu memikirkan semula dan tak perlulah berikan alasan jumud kononnya pencarum akan kehabisan wang dalam tempoh 5 ke 10 tahun, itu hak mereka jadi biar mereka yang tentukan.

Kalau keluar duit KWSP tapi pencarum dah tak mampu untuk berbuat apa apa, apakah makna simpanan mereka selama puluhan tahun? 

Jadi kepada CEO KWSP, jangan teelampau cerdik sebab yang nampak bodohnya ialah kerajaan dan yang akan menerima tempiasnya juga adalah kerajaan.

Kepada YAB Perdana Menteri pula, tolonglah bagi tau pada CEO KWSP bahawa tindakan untuk mengeluarkan caruman sehingga umur 60 hanya akan memendekkan usia Barisan Nasional dan Sangkakala yakin yang CEO KWSP ni takkan menerima apa apa kesan jika rakyat marahkan kerajaan.



WAKIL PEMANDU TEKSI YANG TAK KENAL UNTUNG

Sangkakala malam ni dengar dalam satu video portal yang menunjukkan ucapan ucapan yang dilakukan oleh pemimpin PAS dan wakil wakil para penyokong mereka dalam himpunan HINDAR yang diadakan petang tadi.


Dalam beberapa ucapan yang Sangkakala dengar, ada satu ucapan kononnya dari wakil pemandu teksi yang mengatakan bahawa enjin kenderaan mereka yang menggunakan tenaga Gas NGV tidak tahan lama dan dikatakan hanya mampu bertahan selama setahun.

Bagi Sangkakala, dakwaan bodoh dari wakil pemandu teksi yang tak tau berapa orang diwakili ini patut diperbetulkan sebab nampak sangat pemandu teksi ini tidak kenal apa itu untung mereka menjadi pemandu teksi.

Beberapa inisiatif telah diberikan oleh kerajaan seperti pengurangan bayaran tol, kenaikan tambang, tayar percuma dan BR1M juga diperolehi mereka.

Dakwaan kononnya enjin kenderaan (teksi) mereka hanya bertahan setahun juga amat menggelikan hati Sangkakala kerana Sangkakala juga mempunyai ramai rakan dikalangan pemandu teksi dan Sangkakala sendirj selalu dan suka menaiki teksi sebab dapat berbual dengan pemandu.

Rata rata rakan Sangkakala yang memandu teksi mengatakan penggunaan gas NGV adalah satu langkah yang amat baik memandangkan harganya yang jauh lebih murah berbanding petrol atau diesel.

Seorang rakan Samgkakala mengatakan bahawa perjalanan dari Kuala Lumpur ke KLIA hanya menggunakan NGV lebih kurang RM 8 berbanding dengan petrol yang mungkin mencecah ke RM 30 sedangkan tambang untuk ke KLIA boleh mencecah ke RM 80 sehala.

Jadi disini kalau ada pun kerosakan rasanya ada kemungkinan si pemandu tak menjaga penyelenggaraan kenderaan dengan betul dan ini merupakan penyumbang kepada permasaalahan.

Walau bagai manapun Sangkakala ingin menasihati atau memberikan pandangan kepada WAKIL PEMANDU TEKSI ini untuk tidak menggunakan lagi gas NGV dan teruskan dengan menggunakan petrol atau diesel bagi teksi beliau sebab, dengan penggunaan petrol atau diesel ada kemungkinan kenderaan beliau tidak akan mengalami masalah dimasa akan datang.



Sabtu, 11 April 2015

DYMM SULTAN MURKA DENGAN SLOGAN #kitalawan

Nampaknya DYMM Sultan Selangor agak kurang senang dengan slogan 'KITA LAWAN' yang digunakan oleh kontinjen sukan negeri.


Baginda Sultan juga dikatakan telah bertitah serta memerintahkan supaya slogan tersebut ditukar kepada slogan lain.

Ini menurut baginda Sultan akan mengelirukan rakyat apabila slogan politik digunakan untuk sukan negeri.

Tapi untuk makluman semua, kerajaan Selangor selalu mengambil peluang mempolitikkan apa sahaja tidak mengira fahaman atau sentimen.

Bagi Sangkakala teguran DYMM Sultan adalah selari dengan kemajuan sukan negeri dan sebagai sebuah kerajaan sudah pasti Pakatan Pembangkang mampu untuk membuat pembahagian yang mana politik dan yang mana bukan.


Jumaat, 10 April 2015

DAP MAKIN BENGANG DENGAN PAS

Presiden PAS, Hj Hadi Awang nampaknya menambahkan lagi bengang DAP terhadap parti berkenaan apabila menyatakan bahawa PAS menyokong Rang Undang Undang keganasan atau POTA yang diusul serta diluluskan di Parlimen baru baru ini.


Hadi mengatakan bahawa Parti berkenaan menyokong undang undang tersebut diperlukan di Malaysia walaupun ada beberapa perkara dalam Rang Undang Undang tersebut yang tidak dipersetujui oleh PAS.

Sebelum ini, DAP menyatakan bahawa PAS mengkhianati Pakatan Pembangkang apabila membawa Rang Undang Undang Syariah yang membawa kepada hukuman hudud di Kelantan.

DAP di beberapa buah negeri juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak lagi mahu bersama sama dengan PAS akibat daripada usul yang dibentang oleh kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS dan disokong oleh ADUN Barisan Nasional hingga membuatkan undang undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Nampaknya Hadi dan PAS akan berhadapan dengan tentangan hebat dari parti bersekutu mereka sendiri atas dua sebab, yang pertama isu Hudud dan kedua isu POTA.

Jadi disini Sangkakala rasa PAS perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi segala kemungkinan dan tidak mustahil akan dikeluarkan dari PR.


Khamis, 9 April 2015

ANTARA PERKARA PELIK YANG DILAKUKAN OLEH PENGIKUT BN


Nak dikatakan takde akal, rasanya Allah dah kurniakan dengan cukup sempurna.

Nak dikatakan tiada pendidikan, rasanya ibu bapa dah hantar ke sekolah dan dibekalkan dengan pendidikan yang baik.

Tapi apa yang peliknya masih ada yang tidak mampu menggunakan akal dan fikiran dalam membuat sesuatu penilaian apatah lagi dengan cara yang amat kelakar.

Seperti baru baru ini, satu video yang kononnya DYMM Sultan Johor tidak mahu bersalaman dengan YB Datuk Ahmad Maslan menjadi viral dan ada dikalangan rakan rakan Sangkakala mengatakan bahawa video tersebut diedit yang mana tangkapan semasa bersalaman tersebut telah di potong kemudian di sambung semula hingga menampakkan bahawa DYMM Sultan tidak mahu bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan tersebut.

Tapi hakikatnya situasi bersalam telah berjaya dirakam oleh jurukamera.


Ada yang mengatakan bahawa Sultan amat murka dengan Ahmad Maslan ekoran perlaksanaan GST yang dikatakan membebankan rakyat.

Sangkakala nak tanya, kenapa Sultan nak murka dengan Ahmad Maslan? Sebab keputusan untuk melaksanakan GST adalah keputusan kabinet.

Tugas Ahmad Maslan adalah untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang GST serta kebaikannya kepada negara dan ada juga yang mengatakan bahawa rakyat masih tidak faham tentang GST.

Sangkakala akui bahawa masih ada yang kurang faham tapi itu bukan disebabkan oleh pelaksanaan pemberitahuan tetapi apabila pembangkang mula menabur dakyah memfitnah kononnya GST membebankan rakyat dan apabila ada yang menerima dua kenyataan maka berlakulah kekurangan kefahaman tentang GST.

Bukan niat Sangkakala untuk memuji Ahmad Maslan, tapi Sangkakala lihat Timbalan Menteri ini bersungguh sungguh untuk memberikan penerangan agar rakyat atau golongan akar umbi faham tentang GST berbanding dengan Menteri Menteri lain.

Baik, kita tinggalkan dulu perkara tersebut, apa yang Sangkakala katakan tadi tentang perkara pelik seperti tajuk tadi.

Pengikut BN boleh dikatakan ada sebagai penyumbang sebaran fitnah yang dilakukan oleh pembangkang baik secara sedar atau tidak.

Seperti contoh, video tentang Ahmad Maslan tadi, Sangkakala lihat ramai dikalangan orang Barisan Nasional sendiri yang berkongsi video tersebut sebagai bahan tontonan dan apabila ada fakta yang mengukuhkan cerita tersebut adalah palsu, kalah pembangkang pula mereka mempertahankan fitnah tersebut.

Seperti juga apa yang berlaku terhadap Perdana Menteri satu masa lalu tentang isu kangkong dimana Perdana Menteri memberitahu bahawa pada ketika itu harga pasaran sayur kangkong turun, tapi ianya menjadi bahan jenaka kepada pengikut Barisan Nasional seolah olah apa yang disebarkan oleh pembangkang pada asalnya adalah benar sedangkan kita tahu bahawa isu tersebut telah dimanipulasi oleh puak puak cubertrooper PR yang sememangnya ingin melihat cerita tersebut tersebar luas.

Jadi disini Sangkakala lihat ada dikalangan penggiat media khususnya pengguna laman facebook yang menyokong kerajaan agak kurang cerdik dalam menangani isu dan menangani fitnah serta dakwah pembangkang untuk memesong pemikiran rakyat.

Sangkakala nasihatkan, kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet daging, janganlah pula cuba cuba untuk menjadi langau, kalau tak pandai tak perlulah memandai mandai, kalau tak cerdik, sorok sikit supaya tak begitu ketara kelihatan.



@rafiziramli KANTOI DALAM CUBAAN MENIPU

Nampaknya Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR kantoi lagi sekali dalam cubaan menipu rakyat Malaysia kononnya kerajaan telah membeli beberapa buah kereta BMW 5 dan 7 series yang menggunakan nombor plat JATA Negara.


BMW Malaysia telah tampil memberikan kenyataan bahawa kenderaan berkenaan adalah ditaja untuk persidangan kemuncak ASEAN ke 26 bertempat di Kuala Lumpur pada 24 hingga 28 April nanti.

Apa lagi Rafizi nak kata lepas ni selepas cubaan memfitnah keatas kerajaan kali ini nampaknya membongkar lagi siapa Rafizi?

Sejak bergiat dalam politik nampaknya memang cara Rafizi ialah menipu dan segala kenyataan yang selama ini dikeluarkan kononnya adalah untuk membongkar salah laku kerajaan adalah pembohongan semata mata.

Sangkakala ingat lagi bagaimana Rafizi sudah berkali kali mengeluarkan kenyataan bohong namun akhirnya memohon maaf kononnya tersilap memberi kenyataan sedangkan ianya memang dirancang untuk memesongkan pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan.

Hidup Rafizi penuh dengan penipuan dan yang peliknya masih ada yang percaya dengab kenyataan Rafizi dan ini yang membuatkan si Sotong ni terus terusan menipu rakyat Malaysia.



Rabu, 8 April 2015

#kejam MANUSIA YANG BOLEH DIKATEGORIKAN TIADA TAMADUN ATAU AKAL

Kali ni topik blog Sangkakala lari sedikit dari kebiasaan.

Gambar dibawah Sangkakala perolehi dari laman facebook petang tadi dan ianya amat menyayat hati Sangkakala.


Sangkakala tak mau cakap banyak, cuma Sangkakala nak klasifikasikan manusia yang berperangai lebih buruk dari haiwan ni jenis yang memang tiada tamadun.

Sanggup perlakukan kepada seekor kucing yang tak mampu melawan sebegitu adalah satu perbuatan bacul dan Sangkakala bagi pangkat SIAL kepada orang macam ni.



GURU KAFA TERUS DITIPU OLEH KERAJAAN SELANGOR

Pernah satu ketika kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor mengatakan bahawa mereka akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain atau KAFA di Selangor.

Namun janji tersebut hanyalah tinggal janji apabila ianya dilihat tidak akan menjadi kenyataan apabila elaun tersebut tidak dinaikkan sehingga kini.

Semasa berlangsungnya sidang DUN hari ini, seorang wakil guru KAFA telah hadir untuk menyerahkan surat bantahan dan permohonan bagi kenaikan elaun guru guru KAFA Selangor, namun apa yang mendukacitakan apabila beliau tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan Azmin Ali bahi menyuarakan ketidak puasan hati.


Jadi dimana ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mengatakan pembangunan berkualiti rakyat dipeduli? Adakah guru KAFA ini bukan rakyat Selangor?

Fikir fikirkan.



Isnin, 6 April 2015

#haramjadah LATEEFA KOYA MEMANG KETURUNAN BIADAP

Belajar tinggi tinggi sampainjadi peguam tapi kalau bodoh tak boleh buat apa juga tambahan pula bila dicampur dengan biadap atau kurang ajar, memang lagi memburukkan keadaan.

Macam si Latheefa Koya yang menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim, dah nampak sangat secara terang kebodohan dan kebiadaban menular dalam diri dia ni sampai dah tak boleh nak buat apa lagi dah.


Punya la taksub dengan kaki j***r, sampai sanggup nak mengarahkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tulis sendiri surat penolakan pengampunan keatas Anwar.

Sebab itu jugalah tadi Sangkakala mengatakan si Latheefa Koya ni bodoh dan biadab, salah satu sebabnya ialah, setiap pengampunan yang dipohon dari Yang DiPertuan Agung akan dibawa kepada Lembaga Pengampunan dan jika Lembaga Pengampunan merasakan bahawa tidak ada apa yang nak diampunkan, maka tak perlu nak dipersoalkan keputusan tersebut.

Sangkakala nak tanya juga la kat sini, Anwar mengaku bersalah meliwat Saiful ke sampai nak minta ampun, setahu Sangkakala, kalau nak minta ampun ni bila mengaku kesalahan dan dah insaf serta tak mahu lakukan lagi kesalahan serupa.

Tapi rasanya Anwar sampai ke sudah dan sampai dijatuhkan hukuman, beliau tetap mengatakan bahawa beliau tidak bersalah jadi bagaimana pula keampunan nak diberikan.

Jadi disini Sangkakala nampak Latheefa Koya memang cerdik tak boleh nak diikut, bodoh tak boleh nak diajar.



Sabtu, 4 April 2015

LOKMAN ADAM DEDAH SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR SERANG @NajibRazak


Oleh Lokman Adam

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.

Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.  Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.

Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.  Di zaman Tun M,  salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat. 

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi.  Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar,  tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.

Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998.  Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.  

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil.

Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.

Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M.  Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.

Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.  

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew.  Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".

Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac.  Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan.  Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.

Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M.  Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda. 

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting.

Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset.  Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya.

Sebabnya hanya satu,  Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya.  Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu.  Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.

Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".  Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita.

Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.

Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.

Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah.  Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.

Masa itu,  bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?



Jumaat, 3 April 2015

KERAJAAN BN BAKAL HADAPI MASALAH KERANA 60 SEN @NajibRazak @shaberyc

Nampaknya kedegilan syarikat TELCO untuk mengekalkan kenaikan sebanyak RM 0.60 pasti akan membuatkan kerajaan menghadapi situasi getir dalam pilihanraya akan datang.


Majoriti rakyat hari ini merasakan bahawa mereka tertipu apabila baru baru ini Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bahawa kad prabayar telefon mudah alih atau TOP-UP tidak akan dinaikkan.


Seperti yang diperkatakan oleh YB Datuk Ahmad Maslan bahawa pihak Kastam dan Eksais diRaja Malaysia akan membawa syarikat Telco yang mahu menambahkan cukai GST dalam jualan kad prabayar mereka dan ini pada mulanya membuatkan ramai dikalangan rakyat merasa amat selesa dimana jelas memperlihatkan bahawa kerajaan melalui agensi penguatkuasaan mengambil pendekatan serius terhadap permasaalahan tersebut.

Tapi hari ini semua harapan hanya tinggal harapan dimana pihak kerajaan seperti akur dengan kehendak syarikat Telco yang dilihat tidak langsung memperdulikan permintaan kerajaan supaya ianya (GST) tidak dikenakan sekaligus harga kad prabayar kekal seperti yang ada sekarang.


Alasan yang diberi oleh syarikat Telco amat tidak munasabah dimana kononnya syarikat syarikat ini akan menambah airtime dan sms sebanyak 6%.

Disini Sangkakala nak tanya, adakah dengan setiap pembelian sebanyak RM 10.60 maka airtime yang diterima juga sebanyak RM 10.60 atau ianya tetap RM 10 seperti sekarang?

Jika ada penambahan sebanyak RM 0.60 sekalipun, Sangkakala yakin dan percaya bahawa syarikat syarikat ini mampu untuk mengurangkan waktu panggilan pengguna kepada pengguna lain dan ini boleh dikategorikan sebagai satu pembohongan.

Seperti yang kita ketahui, kerajaan mampu mengawal setiap syarikat Telco ini kerana kerajaan juga tempat mereka untuk memperbaharui lesen dan seperti kata rakan blogger Sangkakala, adakah dikalangan pemimpin kerajaan sudah dipicit 'telor'nya sehingga membuatkan syarikat Telco seolah olah lebih berkuasa dari kerajaan.

Baca DISINI.

Apa yang Sangkakala lihat, kerana 6 peratus GST yang dikenakan oleh syarikat Telco ini, yang akan menerima musibahnya adalah kerajaan dan mereka ini akan terus berniaga walau siapa pun yang menjadi pemerintah jadi mereka tidak akan peduli jika BN kekal ataupun tidak.

Bagi menjaga kebajikan rakyat, kerajaan perlu melakukan sesuatu dan Sangkakala amat percaya bahawa rakyat tidak peduli sama ada penambahan yang dikatakan oelh syarikat Telco menambah atau tidak airtime dan sms mereka namun apa yang mereka mahukan ialah harga Top-Up kekal sepertimana sebelum GST dilaksanakan.



Rabu, 1 April 2015

LOKMAN ADAM KECEWA SYARIKAT TELCO AMBIL KESEMPATAN

Lokman Adam


Ramai yang bertanya saya hari ini kenapa Telco menaikkan harga kad prabayar (Top Up) mereka sedangkan kerajaan memaklumkan bahawa harga sepatutnya kekal.  Untuk makluman,  sebenarnya kad prabayar kita selama ini sudahpun  mengandungi elemen cukai perkhidmatan 6%.  Sungguhpun begitu, sebelum ini Telco absorbs cukai perkhidmatan tersebut.  

Malangnya, selepas perlaksanaan GST hari ini, majority telco telah mengambil kesempatan mengaut keuntungan tambahan dengan tidak perlu lagi membayar cukai perkhidmatan 6% dan sebaliknya memindahkan beban membayar cukai GST 6% kepada pengguna.  

Apa yang mengecewakan saya ialah sesetengah Telco ini dimiliki oleh mereka-mereka yang telah banyak menikmati sokongan berterusan daripada Kerajaan.  Sehingga kini hanya 2 Telco yang tidak menaikkan harga perkhidmatan mereka iaitu TM dan Yes.