Ahad, 10 Ogos 2014

PENYOKONG PR MINTA ANWAR DI PENJARAKAN #langkahkajang #sultanmurka

Nampaknya sudah ada penyokong PR yang mahukan Anwar di penjarakan.

Ini dapat dilihat dengan jelas dalam gambar yang di ambil dan Sangkakala masukkan di bawah.


Kalau sebelum ni kita lihat ada himpunan yang meminta supaya Anwar di bebaskan dan di lepas kan dari pertuduhan meliwat, namun kini perkara sebaliknya telah berlaku.

Ini semua berpunca daripada pemecatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang dilihat hanya semata mata untuk memenuhi hawa nafsu Anwar Ibrahim bagi meletakkan Wan Azizah yang merupakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin juga pengikut pakatan pembangkang ini sudah mula muak dan jelak dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan mungkin juga mereka merasakan bahawa dengan mengikut Anwar Ibrahim maka mereka kini merasakan bahawa mereka telah dipergunakan.

Ini sebenarnya adalah satu keinsafan yang akan membuatkan Anwar merasa gelisah dan resah dan seharusnya perkara ini berlaku dalam diri setiap pengikut PR.

Ada juga dikalangan pengikut PR mengatakan bahawa kenapa kini ada diantara pengikut pro UMNO di Selangor kini mempertikai dan seolah olah menyokong Khalid Ibrahim?

Bagi Sangkakala jawapannya amat mudah, ini bukan soal parti, tapi ianya adalah soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor? Dan yang memberikan komen menyokong Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar adalah anak Selangor dan mereka ini sebenarnya tidak mahu ada orang luar yang menjadi Menteri Besar.

Khalid Ibrahim merupakan anak jati Selangor dan bagi anak anak Selangor, beliau layak untuk menjadi Menteri Besar selepas Pakatan terpilih sebagai kerajaan negeri cuma apabila Wan Azizah memenangi DUN Kajang dalam PRK yang dicipta oleh PR, maka kekecohan pun berlaku.

Persoalan sekarang, adakah usaha untuk menjaga negeri Selangor selama 6 tahun hilang begitu sahaja hanya semata mata tuduhan melulu yang dilakukan oleh pemimpin PR yang tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid?



Tiada ulasan: