Tak berapa lama selepas ditegur oleh DYMM Sultan Selangor kerana biadap, Khalid Samad sekali lagi menunjukkan kebiadaban beliau dengan mempertikai hak sorang Sultan dalam memilih seorang Menteri Besar.
Memang tepat apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor bahawa Khalid perlu belajar tentang selok belok serta adat dan adap di Negeri Selangor untuk terus menjadi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen Shah Alam.
Khalid Samad takkan tak tau dengan undang undang tubuh kerajaan Selangor yang mana beberapa nama perlu diberikan kepada DYMM Sultan untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar dan pilihan akhir siapa yang layak untuk menjadi Menteri Besar adalah di bawah kuasa Sultan.
Kenapa sekarang Khalid hendak mempertikai kedudukan seorang Sultan untuk memilih Menteri Besar sedangkan selama ini memang begitu situasinya?
Pemimpin PR kini dilihat cuba untuk membawa kemarahan rakyat terhadap Sultan dan institusi Raja Berpelembagaan di negara ini khususnya di negeri Selangor.
Kebiadaban seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri seorang pemimpin yang mana pemimpin pemimpin ini perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan bukannya membuat persepsi buruk tentang kesultanan Melayu.
1 ulasan:
Penduduk Shah Alam tetap setia di belakang YB Khalid Samad dan ini telah terbukti dengan memilih beliau sebagai wakil mereka. Kalau ada pihak yang merasakan diri lebih hebat, sila masuk bertanding di pilihanraya akan datang! Ada brani? Kah kah kah...
Catat Ulasan