Khamis, 10 Mei 2012

RAZALI IBRAHIM KECEWA

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata penglibatan mahasiswa Malaysia tajaan kerajaan Arab Saudi dlm demonstrasi Bersih 3.0 di beberapa Masjid di Mekah & Madinah baru2 ini akan menjejaskan masa depan mereka jika negara itu bertindak menghantar pulang atau menarik semula biasiswa.

Jelasnya mahasiswa berkenaan sepatutnya menghargai peluang itu kerana sepanjang 10 tahun, bermula 2002 sehingga kini, hanya kira-kira 200 penuntut Malaysia yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keamanan Untuk Negara: Suara Mahasiswa 1Malaysia anjuran Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) di Putrajaya hari ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: