Rabu, 16 Mei 2012

BAJET UNTUK BELIA TIDAK DIHANTAR KE KBS

Sangkakala merasa pelik setelah mendengar rungutan dari pelbagai pihak tentang bajet belia yang di bentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10/7/2011 didalam parlimen yang mengatakan bahawa bajet untuk Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) -Peruntukan RM200 Juta tidak diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, Bajet tersebut dihantar ke kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan Belia.

Susah juga kalau nak fikir semua ni, adakah kerajaan terlepas pandang atau ada ulasan-ulasan lain dari pihak Kementerian Kewangan.

Walau bagaimana pun, Sangkakala berharap agar kemnetrian kewangan menimbang semula pemberian bajet tersebut dan biarlah ianya pergi ke kementrian yang sepatutnya.

Kementerian Belia sepatutnya menerima bajet tersebut untuk membangunkan para belia masa kini dan bukan di hantar kepada mana-mana kementerian yang tidak berkenaan dengan belia.

Tiada ulasan: