Khamis, 31 Januari 2013

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT LANGGAR PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN NEGARA

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam nampaknya masih belum reda reda lagi, ramai pemimpin serta ulama tanah air mempunyai pandangan tersendiri dalam isu tersebut.

Sangkakala juga setuju dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau mengatakan bahawa ianya telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja dan semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.

Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.

Dalam kenyataan oleh Tun Ahmad Fairuz itu jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang telah melanggar perlembagaan negara, dan seperti juga sebuah parti, ianya terikat dengan perlembagaan dan jika sesiapa didapati melanggar perlembagaan boleh dikenakan tindakan.

Ini juga bermaksud, pihak yang melanggar perlembagaan ini boleh dikenakan tindakan undang undang.

Lagi satu, apa yang Sangkakala lihat kini ialah, orang yang melanggar perlembagaan ini tidak mustahil akan menukar perlembagaan tersebut demi untuk mencapai apa yang diingini oleh mereka kerana ianya menjadi halangan kepada agenda perubahan mereka.

Dalam konteks ini Sangkakala melihat pembangkang telah cuba mencetuskan rasa kurang senang umat Islam di Malaysia dan apa yang sebenarnya mereka (DAP) inginkan ialah kesaksamaan dalam segala hal diantara Melayu Islam dan Bumiputera dengan bukan Islam atau bukan bumiputera.

Untuk mencapai kesaksamaan itu, adalah tidak mustahil mereka akan mengubah perlembagaan negara dan keistimewaan orang Melayu Islam itu akan terpadam dengan sendirinya.

Kita khusunya orang Melayu juga perlu sedar bahawa agenda ini telah lama dicadangkan oleh puak pembangkang khusunya DAP hingga terjadinya satu rusuhan kaum pada 13 mei 1969.

Ini perlu kita kekang supaya kesinambungan keistimewaan orang Melayu itu berterusan dan tidak sesekali diperkotak katikkan.

Mungkin ada Melayu yang tidak sedar tentang agenda ini dan mereka terus menyokong secara membabi buta akibat daripada termakan hasutan serta dakyah terpesong yang diilhamkan oleh pembangkang.

Cuma kita sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kesejahteraan serta kemakmuran ini berterusan dan sudah semestinya kita menolak mereka ini daripada menjadi peneraju kerajaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak MOHON SETIAUSAHA AGUNG MAPIM SERTA ABIM JANGAN PERGUNAKAN ORANG YANG TERTINDAS

Mohon pencerahan daripada MAPIM dan ABIM tentang perkara ini.

Artikel ini Sangkakala tujukan khas buat Setiausaha Agung MAPIM atau Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID.

Sangkakala menyanjung tinggi usaha usaha MAPIM yang ingin membina prasarana di Palestin seperti ingin membina hospital, sekolah dan sebagainya untuk kemudahan rakyat GAZA yang seagama dengan kita.

Ianya juga dapat menunjukkan bahawa perpaduan dan tali persaudaraan Islam sejagat terlalu utuh.

Malam tadi Sangkakala sempat pergi mendengar ceramah tentang GAZA di Alor Pongsu Bagan Serai dan secara peribadinya Sangkakala juga amat terharu dan sedih melihat video video klip yang ditayangkan semasa ceramah sedang diadakan.

Pengeboman dan pembunuhan rakyat GAZA yang tidak berdosa, termasuk kanak dan wanita turut menjadi mangsa keganasan rejim Zionis, semuanya ditunjukkan di video klip tersebut.

Tahniah juga Sangkakala ucapkan kepada MAPIM yang telah membawa 2 orang rakyat Gaza yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang syuhada yang gugur syahid dalam mempertahankan Palestin.

Dengan ucapan beliau yang penuh semangat (berbahasa arab) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ianya amat menaikkan semangat untuk berjuang membela Islam.

Begitu juga dengan ucapan daripada Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Suhaimi Bin Latip pada awalnya.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi ialah, Sangkakala melihat MAPIM seolah olah menggunakan 2 orang rakyat Palestin ini untuk kepentingan politik dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka.

Bayangkan, dalam ceramah malam tadi, Setiausaha Agung MAPIM mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri pada kali pertama sudah dijulang sebagai wira negara, sedangkan beliau sendiri sudah 5 kali ke Palestin, adakah ini bermaksud Setiausaha Agung MAPIM ini juga mahu beliau diangkat sebagai wira negara?

Untuk pengetahuan Cikgu Mohd Azmi, Perdana Menteri tidak meminta diri beliau diangkat setinggi itu oleh rakyat Malaysia, tetapi kerana beliau adalah pemimpin tertinggi negara dan adalah menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila beliau adalah pemimpin negara pertama menjejakkan kaki ke Gaza selepas diserang oleh Zionis.

Perdana Menteri Malaysia sebenarnya ingin melihat sendiri situasi yang berlaku di Gaza kerana selama ini beliau hanya menerima laporan tentang keperitan serta kepayahan hidup rakyat Gaza.

Adakah kepergian Perdana Menteri itu dianggap sesuatu yang menyusahkan MAPIM?

Sangkakala juga ada melihat baru baru ini Datuk Ahmad Maslan turut sama sama hadir dalam pelancaran Tabung Gaza oleh MAPIM dan ini menjadi bayangan jelas bahawa usaha usaha MAPIM mendapat restu dari kerajaan serta Perdana Menteri.

MAPIM perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan ransangan yang amat bermakna kerana restu dari kerajaan untuk usaha usaha MAPIM amat perlu dalam menerima sumbangan rakyat Malaysia.

Berbalik kepada ucapan CIKGU MOHD AZMI tadi, Sangkakala lihat MAPIM membawa 2 orang dari Gaza ini untuk kepentingan politik pembangkang dan perlu kita semua maklum, apa perasaan kedua dua orang rakyat Palestin ini sekiranya mereka memahami apa yang diucapkan oleh penceramah semalam.

Ini kerana kedua dua mereka tidak memahami bahasa Melayu dan sekiranya mereka memahami apa yang diucapkan oleh penceramah sudah pastilah mereka akan merasa sedih kerana perjuangan mereka di Gaza dipolitikkan di Malaysia.

Sangkakala juga merasa amat dukacita serta malu dengan sikap Setiausaha Agung MAPIM dengan apa yang terjadi malam tadi, mempergunakan orang yang tertindas untuk kepentingan politik dan Sangkakala rasa ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Dengan wajah yang agak warak, CIKGU MOHD AZMI yang mewakili MAPIM dilihat tidak profesional dalam membezakan yang mana satu perjuangan jihad dan yang mana satu perjuangan politik, agenda yang dibawa tidak menepati sasaran yang diperlukan.

Satu lagi yang agak mengecewakan apabila Setiausaha MAPIM menyamakan Jalur Gemilang dengan bendera Amerika dan ini menampakkan bahawa MAPIM tidak pernah merasa bangga dengan Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara.

Setiausaha MAPIM juga ada menyebut tentang slogan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' adalah tidak benar sedangkan rakyat Malaysia menyambut baik slogan ini yang dilihat sebagai tranformasi kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sangkakala juga merasa curiga dengan kutipan individu yang dijalankan malam tadi, adakah ianya benar benar untuk membantu Gaza atau ianya untuk tabung politik pembangkang atau kedua duanya sekali.

Kerana apa Sangkakala katakan begitu? Kerana bagi Sangkakala, jika mereka (MAPIM) boleh mempergunakan 2 orang rakyat Palestin ini untuk ceramah politik, tidak mustahil MAPIM juga akan menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan dana bagi perjalanan politik dengan menggunakan nama tabung Gaza.

Begitu juga dengan ABIM, sebuah angkatan belia Islam, sepatutnya tidak terpengaruh dengan dakyah politik tetapi perlu memperjuangkan anak anak melayu Islam di dalam negara.

Sangkakala tidak mengatakan bahawa mereka ini tidak memperjuangkan semua itu, tetapi bagi sebuah pertubuhan belia yang sedikit sebanyak menerima bantuan dari kerajaan berupa kewangan tidak sepatutnya Yang DiPertua ABIM Perak yang mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Gaza tidak bermakna sekiranya Malaysia tidak mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan.

Adakah YDP ABIM Perak ini tidak mengikuti perkembangan semasa dengan berkata begitu? Apabila Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Gaza ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara dua kerajaan dan tidak perlu rasanya kita sebagai kerajaan negara lain mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang dalam pilihanraya Palestin.

ABIM perlu melihat perkara ini dengan agaka serius kerana ianya adalah tidak bertepatan dengan prinsip belia pada ketika ini.

Akhir sekali Sangkakala ingin memberi pesanan kepada MAPIM dan ABIM, berjuanglah kerana Allah SWT dan bukannya kerana politik sempit pembangkang, berjuanglah dengan ikhlas bukannya kerana ada udang disebalik batu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 30 Januari 2013

KHALID NAK SPIN PULAK PASAL SYABAS

Apa lagi si Khalid ni nak spin pasal SYABAS? Kata nak ambil alih pulak dah.

Takkan tak tau selama ni kerajaan Selangor pegang 30% syer dalam SYABAS sampai kata nak ambil alih tu.

Buat masa ni Sangkakala rasa baik le kalau kerajaan Selangor selesaikan masalah lain yang dah ada depan mata sekarang ni daripada pening kepala pasal air.

Kerajaan pusat nak bantu dah kerajaan negeri taknak, kononnya sebab politik. Itu le pemikiran Pakatan yang hanya berpolitik hinggakan kemudahan rakyat pun dipolitikkan.




Pssttt..selesaikan dulu masalah ibu tunggal tu..ni dah sampai warga emas pulak..





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PSM TAK SEDAR AGAKNYA NI

PSM dikatakan telah menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan dalam pilihanraya akan datang.

Yang Sangkakala rasa pelik sikit bila kata nak MENYERTAI dan mereka telah menghantar surat permohonan kepada Pakatan untuk itu.

Mungkin PSM tidak sedar atau kurang periksa agaknya, untuk menyertai Pakatan Sangkakala tidak lihat bagaimanakah caranya kerana Pakatan Rakyat tidak didaftarkan lagi.

Jadi dengan menghantar surat untuk menyertai Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang mustahil.

Tapi sebab nak sama sama menjahanamkan negara, mereka ini tidak peduli sama ada ianya sah atau tidak.

Berbalik kepada surat untuk menyertai tadi, Sangkakala teringin juga nak bertanya kepada PSM, kepada siapa surat tersebut dihantar? Wan Azizah, Karpal atau Haji Hadi? Kerana mereka bertiga ini semuanya pengerusi dan Presiden dari tiga parti yang berbeza.

Jadi kalau PSM kata surat mereka tidak dibalas adalah benar dan tepat kerana tidak sesiapa yang boleh menjawab surat tersebut.

Tapi ini tidak dapat dibezakan oleh PSM.

Sayang sekali kan? Mungkin kerana pemimpin ketiga tiga parti ini melihat kebodohan PSM, maka permohonan tersebut di biarkan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NIK AZIZ KENA SERANG

Dalam kata nak tegakkan negara Islam, PAS tukar kata nak jadikan negara berkebajikan.

Sedangkan kerajaan Barisan Nasional dah lama buat negara berkebajikan ni, sejak dari zaman merdeka lagi.

Tapi di Kelantan tak tau le negeri kebajikan macam mana kalau dah tanah untuk rakyat pun habis kena sapu.

Sampai rakyat Kelantan dah mula naik bengang dengan orang tua nyanyuk ni, mungkin dah hilang sabar agaknya.

Tak pernah dengar di Kelantan ada perhimpunan jalanan yang menghalang kenderaan Menteri Besar Kelantan, sekarang dah ada.

Itu tandanya rakyat Kelantan sudah mula sedar bahawa mereka ditipu dan ditindas selama ini.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji serta memberi bantuan tanpa mengira fahaman politik, sebagai contoh, tidak ada langsung bahagian dalam borang pemberian BR1M tentang parti yang disertai, ini menunjukkan kerajaan Pusat prihatin terhadap semua lapisan masyarakat.

Kalau dulu mungkin rakyat Kelantan selalu digula gulakan dan sering diasuh supaya percaya dengan kerajaan PAS kini ianya sudah tidak lagi.

Jadi kerajaan PAS kena bersedia untuk menjadi pembangkang di Kelantan sebab dah lama sangat pun memerintah namun tiada apa apa kemajuan yang kelihatan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAJAAN SELANGOR SUDAH PANAS

Nampaknya Khalid Ibrahim dah panas tu sebab Perdana Menteri tak bubar Parlimen lagi.

Khalid kata nak bubar DUN Selangor jika Perdana Menteri masih tak bubar parlimen sampai Chap Goh Meh nanti.

Apa nak susah, kan kuasa untuk bubar DUN terletak pada Menteri Besar, bubarkan saja lah.

Khalid dah macam main ugut ugut pulak, ini ke mentaliti sorang Menteri Besar?

Kalau Pulau Pinang' Kedah dengan Kelantan nak ikut sekalipun silakan, takde siapa yang nak halang.

Tak payah le nak cakap cakap macam orang tengah gila meroyan kat situ, tapi yelah, dah memang perangai si gagap ni nak ugut orang, macam Kerajaan pusat risau agaknya.

Sangkakala secara peribadinya mencabar si Khalid gagap supaya membubarkan DUN Selnagor terlebih dahulu.

Apa macam? Ada berani ka? Kalau setakat nak berkokok dalam reban tak payah le Khalid.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PECAT USTAZ NASHA KALAU PAS BERANI

Ustaz Nasha telah digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura PAS baru baru ni, tapi kenapa tak pecat terus keahlian beliau? Adakah PAS takut dengan kekuatan ustaz Nasha selama ni?

Tapi kalau dilihat dan dikaji dari sudut kenyataan kenyataan pemimpin PAS, jelas terbukti bahawa mereka ada sedikit kerisauan sebenarnya terhadap beliau.

Mungkin beliau lebih dipercayai didalam PAS selama memegang jawatan Timbalan Presiden oleh para ahli parti tersebut.

Mungkin juga PAS merasakan sekiranya ustaz Nasha dilucutkan keahliannya seperti Hasan Ali, maka ahli ahli PAS yang lain akan berduyun duyun sama keluar parti.

Alamat kosong la parti Islam tu, silap silap berkubur.

Apa apa pun ahli ahli PAS boleh melihat dan menilai sendiri kepimpinan mereka kinin sanggup membuang orang pernah menyumbangkan jasa dan tenaga dalam membantu PAS untuk PRU12 yang lalu, namun apa yang beliau perolehi kini ialah hinaan dan cercaan dari pemimpin PAS.

Renung renungkanlah sikap dan perangai mereka ini.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SEBAB KENAPA PAKATAN KUTUK @NajibRazak KE GAZA

Patut le Pakatan beriya-iya kutuk Perdana Menteri ke Gaza baru baru ni, pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan kepada beliau serta rombongan.

Kisah macam gambar diatas dulu kecoh dan heboh diperkatakan, tentang sokongan Anwar terhadapa keselamatan Israel kononnya hingga beliau tidak melihat bahawa Israel yang menyerang Palestin.

Itu sebab juga Pakatan menyerang secara bertubi tubi terhadap pemergian Perdana Menteri ke Gaza dan salah seorang yang menerima tamparan hebat ialah Ustaz Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS.

Ustaz Nasha telah digugurkan dari Majlis Syura PAS yang bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Nik Aziz telah menggugurkan ustaz Nasha kerana mengikuti rombongan tersebut.

Mungkin ini semua adalah desakan dari Anwar yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel supaya ustaz Nasha digugurkan dan dimaklumkan juga bahwa nama ustaz Nasha tidak disenaraikan sebagai calon dalam PRU13 yang mewakili parti tersebut.

Lihatlah, betapa PAS terpaksa mengikut kata PKR dan DAP demi untuk memiliki kuasa dan pangkat, hinggakan lupa dimana perjuangan sebenar mereka.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak @MuamarGhadafi CABAR PAKATAN

Cabaran dari Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia kepada Pakatan supaya jangan hanya pandai nak kritik kondem dan sebagainya terhadap pemergian Perdana Menteri ke Gaza.

Klik sini untuk bacaan lanjut

http://bit.ly/UBGyI2

Tapi mahu ke Anwar pergi ke Gaza selepas dia menyokong keselamatan Israel?

Rasanya cabaran ini takkan disahut sebab Pakatan kalau bab kerja jihad dan fisabilillah ni memang pantang la, takut mati le katakan, kang pegi sana kot terlepas pula peluru sesat, tak ke padam riwayat mereka, dah tak dapat nak menipu rakyat Malaysia lagi.

Apa apa pun tahniah sdr Mua'amar Ghadafi yang berani mencabar kepimpinan Pakatan.


psstt..sahut le cabaran tu bro..takkan cabaran budak pun tak berani kot




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID SAMAD KESAL DENGAN KEHADIRAN PEMBERITA DAN PELAJAR

Ishh, apa Khalid Samad kata dalam laman twitter ni? Macam orang kesal je bunyinya.

Kalau ye pun sambutlah kehadiran mereka mereka tu dengan baik, bukan kata "habis pagi ku" macam bunyi orang ada program lain, tapi sebab mereka mereka ni datang dah tergendala, tak gitu?

Tapi yang sebenarnya inilah kepimpinan pembangkang, mereka ini sebenarnya tidak pernah menghargai setiapa apa yang hadir dalam hidup serta diri mereka.

Fikir punya fikir, mereka ni juga rakyat Malaysia yang tidak lepas dari menikmati keselesaan hidup di bumi ini, namun apa yang mereka lakukan?

Mereka tetap merasakan ketidakpuasan hingga sanggup melakukan perkara perkara yang bukan sahaja memalukan negara tapi juga melibatkan kerugian harta benda.

Kita seharusnya menolak kepimpinan begini dari terus memesongkan pemikiran rakyat Malaysia yang dulunya terkenal dengan sikap lemah lembut serta sopan santun, kini sudah pandai melakukan keganasan di jalanan akibat dari hasutan pembangkang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HANTU PUNYA YUSERI YUSOF

Apa cerita blogger UMB si Yuseri Yusof ni, tak habis habis nak susahkan orang la dia ni.

Sangkakala bukan le marah, tapi nak tergelak pula bila sahabat Sangkakala ni kantoikan wartawan cina MalaysianInsider yang agak cun juga la kan dimalukan oleh YY.

Tak patut YY buat macam tu, tapi yelah untuk menegakkan kebenaran ianya diharuskan walau apa apa hal sekalipun.

Jom kita baca kat sini untuk tengok macam mana double Y bongkar cerita ni klik link dibawah..

http://bit.ly/11ar7Lh







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KAUM ASLI TERUS DITINDAS DI SELANGOR

Penghulu masyarakat Orang Asli kaum Temuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat kerana didakwa memindah milik tanah seluas 7,160 hektar di Mukim Tanjung Duabelas, Kuala Langat kepada pihak lain tanpa pengetahuan mereka.

Penghulu masyarakat Orang Asli kaum Temuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat kerana didakwa memindah milik tanah seluas 7,160 hektar di Mukim Tanjung Duabelas, Kuala Langat kepada pihak lain tanpa pengetahuan mereka.
    
Malam anak Gerchang yang diwakili Raymond Tan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Shah Alam.

Satu lagi kepincangan kerajaan Selangor menindas kaum asli di negeri tersebut.

Adakah mereka ini tidak mempunyai hak di negeri Selangor hingga diperlakukan sebegitu?

Kerajaan Pakatan perlu lebih prihatin dalam isu kebajikan masyarakat setempat.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 29 Januari 2013

SEKEJAP SOKONG SEKEJAP TIDAK

Baru lagi Khalid kata kerajaan Pakatan diSelangor memperolehi sokongan dari rakyat negeri tersebut sebanyak 60%, ni sekarang dah kata 65% kata gagal, yang mana satu betul ni Kahlid?

Agaknya masa nak sebut 65% kata PR gagal tu tergagap gagap sebab Nurul Izzah ada di depan, jadi tersasul kata sokong.

Ini adalah hakikat sebenar yang melanda Pakatan sekarang ini, dengan pelbagai isu dan kerenah, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada tampuk pemerintahan mereka, bukan sahaja di Selangor, malah diseluruh negara.

Dengan masalah air, sampah dan pelbagai lagi kes kes yang menampakkan kerajaan negeri tidak cekap dalam pentadbiran di negeri tersebut.

Begitu juga di Pulau Pinang, penindasan terhadap rakyat semakin menjadi jadi dan sebagai contoh pemusnahan warong DOREMI di negeri tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan Pakatan tidak bertimbang rasa terhadap rakyat.

Jadi fikir fikirkanlah apa yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat dinegeri negeri yang mereka kuasai sekarang.



KECOH PASAL RCI DALAM PAKATAN ADA PATI

Sibuk sangat nak cerita pasal PATI di Sabah, dalam pakatan sendiri pun ada PATI, siapa nak jawab tu?

Kali ni kita tengok mesti 3 ekor monyet yang macam dalam gambar diatas tu mesti naik minyak sebab rahsia mereka selama ini tertutup rapi sekarang terbuka luas oleh sebab pemimpin mereka yang tersilap percaturan.

Untuk menyiasat pendatang asing di Sabah sahaja rasa Sangkakala tidak mencukupi dimana, ketiga tiga orang diatas juga perlu disiasat darimana dan dengan siapa mereka berurusan semasa mendapat kad pengenalan serta taraf warganegara.

Pasti akan ada yang memaki hamun lepas ni, kerana dikalangan mereka ni pula penuh dengan kontroversi panas.

Jadi nantikan sama sama apa akan jadi dengan mereka mereka diatas tu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID IBRAHIM HINA WARGA TUA DI SELANGOR

Khalid Ibrahim hari ini berkata bahawa beliau menggalakkan warga emas dii negeri itu untuk mengemukakan saman terhadap beliau berkenaan dengan menifesto Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu.

Beliau berkata bahawa kerajaan negeri telah memberikan segala galanya kepada warga emas ini sepanjang kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Apa yang dituntut oleh warga emas tersebut ialah insuran takaful bernilai RM2500 seorang yang dikatakan telah dimasukkan sama dalam menifesto kerajaan negeri namun hingga kini tidak terdengar apa apa beruta mengenainya.

Khalid pula berkata bahawa kerajaan negeri ada memberi sumbangan khairat kematian dan baucer pembelian barang bernilai RM 100 kepada setiap warga emas walaupun ianya tiada dalam menifesto.

Mungkin Khalid terlupa bahawa nilai 100 dengan 2500 itu jauh bezanya atau mungkin kerana untuk menutup cerita 2500 maka baucer 100 tersebut diberikan.

Tahniah dan teruskan saman tersebut kepada si gagap sekor ni, jangan bagi peluang dia dengan sewenang wenangnya menipu rakyat Selangor dan mungkin mereka ini beranggapan bahawa warga emas ini tidak tahu apa apa dan perkara itu akan didiamkan sehingga menjelang PRU13 dimana mereka akan menabur janji sekari lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SOKONGAN IBU TUNGGAL DI PARIT BUNTAR MENINGKAT

Satu majlis perasmian serta mesyuarat agung penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Cekal kawasan Parit Buntar telah diadakan pada petang ini.

Majlis yang dihadiri oleh kira kira 300 orang ibu tunggal sekitar kawasan Parit Buntar turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan ibu Tunggal negeri Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tuan Haji Saleh Mat Disa.

Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menekankan betapa pentingnya usaha usaha kearah kemajuan sertajati diri para ahli.

Beliau juga menyeru agar ahli ahli persatuan agar lebih tabah serta cekal dalam menjalani kehidupan sehari hari demi kelangsungan diri masing masing.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga memohon supaya semua yang hadir agar sama sama membantu kerajaan dalam usaha usaha untuk memajukan negara.

Tuan Haji Saleh juga telah berjanji bahawa beliau akan membantu selagi terdaya dalam setiap permasaalahan yang dialami oleh ahli persatuan serta penduduk di sekitar Parit Buntar.

Akhir sekali beliau memanjatkan doa kehadrat ilahi agar persatuan ini serta ahli ahlinya mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ADAKAH INI BAGUS UNTUK ISLAM WAHAI PAS

Sangkakala nak tanya pada para pemimpin PAS yang segelintirnya menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu, adakah mereka ini mahu perkara yang terjadi seperti didalam gambar diatas berlaku?

Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa wanita Islam sipa bertundung didalam gerja dan mungkin sedang diberi khutbah oleh paderi di hadapan mereka.

Inilah kekeliruan yang bakal terjadi sekiranya penggunaan Kalimah Allah dibenarkan penggunaannya didalam Bible.

Anak anak melayu Islam sudah tidak kenal yang mana satu Tuhan bagi Islam dan yang mana satu pula bukan.

Harapan Sangkakala, mereka mereka ini diberi hidayah serta petunjuk supaya kembali ke jalan yang benar, tidak terpengaruh dengan dakyah songsang yang akan menyesatkan mereka semua.


ANGKUHNYA PAS TERHADAP NASHA

PAS hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran ustaz Nasha dari Majlis Syura tidak merugikan parti tersebut.

Disini kita dapat melihat bahawa PAS sememangnya tidak akan atau pernah menghargai segala pengorbanan ustaz Nasha sepanjang beliau menjadi pemimpin dalam parti tersebut.

Pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden sudah pastilah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ustaz Nasha dalam PAS.

Tapi oleh kerana ustaz Nasha dilihat lebih neutral berbanding dengan pemimpin lain, ianya menjadi kegusaran kepada PAS.

PAS juga mengatakan bahawa tindakan ustaz Nasha mengiringi rombongan Perdana Menteri ke Gaza adalah sesuatu yang melanggar etika serta dikhuatiri akan menjadi ikutan pemimpin lain didalam PAS.

Ini juga secara langsung menidakkan usaha ustaz Nasha dalam memperjuangkan Islam tanpa mengira parti.

PAS juga beranggapan bahawa tindakan Nasha tidak mustahil untuk lompat parti kerana beliau mengikuti rombongan tersebut.

Jelas PAS tidak memperjuangkan Islam secara profesional, mengongkong pemimpin untuk berjuang juga dilihat seperti pentingkan diri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MAZLAN ALIMAN CUBA MENCARI SEMULA PUBLISITI

Setelah menghadapi beberapa kes yang boleh dikatakan mengaibkan, Mazlan Aliman dilihat kini cuba mencari semula publisiti beliau kerana didapati populariti sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Johor semakin berkurangan.

Untuk mendapatkan semula populariti tersebut, Mazlan mengambil langkah mengajak YB Dato' Ahmad Maslan untuk berdebat.

Beliau juga mendakwa itu semua adalah kerana persatuan ANAK tidak dapat memberikan ceramah di Felda Felda kerana dihalang oleh kerajaan.

Jelajah oren tidak dapat melakukan ceramah kerana ianya tidak dibenarkan oleh peneroka itu sendiri dengan cara menghalang rombongan mereka (jelajah oren) dari memasuki kawasan penempatan mereka.

Tindakan peneroka tersebut mungkin disebabkan kerana penceramah jelajah oren tidak akan berceramah kearah kebaikan tetapi lebih kepada ceramah politik yang akan memfitnah, mencerca dan mencaci kerajaan sedangkan para peneroka ini tahu dan sedar dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka.

Mungkin juga Mazlan kini sedang berlegar legar untuk mendapatkan populariti setelah ada peneroka mendakwa bahawa beliau menggelapkan wang mereka dan ini membuatkan para peneroka lain sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau.

Untuk bertanding di Johor misalnya, kekuatan Mazlan tidak kelihatan apa bila rakyat Johor sendiri seolah olah menolak kehadiran beliau walau pun beliaui adalah anak kelahiran negeri tersebut.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada Mazlan Aliman supaya hentikan jelajah bodoh yang dilakukan sekarang, lebih baik tumpukan perhatian di tempat beliau bertanding kerana rakyat yang diwakili oleh beliau lebih memerlukan perhatian daripada tempat tempat lain.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 28 Januari 2013

ALHAMDULILLAH USTAZ NASHA TERLEPAS DARI BAI'AH GILA PAS

Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini juga bermakna Ustaz Nasha telah terlepas dari bai'ah menceraikan isteri serta harta benda haram seumur hidup.

Dengan tidak mencalonkan beliau, sudah pasti seorang lagi pemimpin PAS terlepas daripada cerai taklik terhadap isteri yang selama ini bertungkus lumus membantu dalam segala hal.

Sangkakala melihat bahawa dengan pemergian Ustaz Nasha ke Gaza bersama sama Perdana Menteri baru baru ini telah mendapat keberkatan dari Allah dimana Allah SWT telah menunjukkan hidayahNya kepada Ustaz Nasha.

Mungkin sebab itu juga, Ustaz Nasha kelihatan tenang apabila menerima berita walaupun tidak secara rasmi akan pemecatan beliau dari ahli Majlis Syura PAS.

Ketenangan beliau juga pasti akan terlihat apabila mendapat berita bahawa beliau tidak lagi dicalonkan sebagai wakil rakyat mewakili PAS.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone