Jumaat, 27 April 2012

ARAHAN MAHKAMAH APA KATA AMBIGA

Hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa tidak dibenarkan sesiapa juga berada secara berkumpulan atau melakukan apa-apa himpunan di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei 2012 nanti.

Ini adalah arahan dari mahkamah persekutuan yang mengharamkan perhimpunan khususnya BERSIH 3.0 yang dijadual akan dijalankan esok dengan slogan 'Duduk Bantah'.

Kita lihat sama ada Ambiga akan membawa pengikut-pengikut haramnya ke Dataran Merdeka esok atau pun tidak.

Bagi Sangkakala, selaku seorang peguam dan pernah memegang jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia sudah pasti Ambiga tau bahawa arahan atau perintah mahkamah tidak boleh diperkecilkan dan jika ianya terjadi maka sipelaku boleh didakwa.

Esok adalah hari dimana kita semua dapat melihat sejauh mana si Ambiga ini menghormati undang-undang dan jika beliau melanggar arahan tersebut, Sangkakala cadangkan agar taraf profesional dan warga negara beliau ditarik balik termasuk dengan gelaran Datuk yang diperolehi oleh beliau.

Ini berikutan, tidak ada gunanya beliau menyimpan taraf profesional jika beliau sendiri tidak tau menghormati undang-undang negara ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH KEPADA NFCORP

Sangkakala pernah mengeluarkan artikel bahawa pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli boleh didakwa berikutan beliau telah mendedahkan akaun syarikat NFC.

Mengikut akta BAFIA 1989 adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mendedahkan akaun mana-mana pihak kepada umum.

Disini Sangkakala ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mond Salleh Ismail kerana telah tampil membuat laporan polis keatas Rafizi Ramli.

Sebelum ini juga, seorang pelakon telah membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah atau Mak Lampir yang juga telah mendedahkan akaun pelakon tersebut kepada umum.

Jadi kepada kedua-dua mereka ini, bersiap sedialah untuk membayar kompaun atau denda yang dikenakan nanti.

Akta BAFIA adalah sebuah akta perbankan dibawah akta Bank Negara 1989.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 26 April 2012

TANAH SUCI MEKAH JADI MAINAN BERSIH

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Sepatutnya bila umat Islam niat mengerjakan ibadat UMRAH ke kota suci Mekah dan Madinah, sebaik-baiknya meninggalkan soal politik, kerja, duniawi apatah lagi sebuah demonstrasi yang dipimpin oleh bukan islam, Ambiga S yang juga menyuarakan kebebasan Seks Sejenis di negara kita yang diiktiraf sebagai Negara Islam oleh Organization of Islamic Congress (OIC).

Pada pendapat saya, ini adalah satu penghinaan besar terhadapa agama Islam sehingga mereka sanggup lalai dan taksub terhadap demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas dan nyata tiada pendiriaan kerana 8 Agenda mereka telah dijawab dengan fakta oleh Kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesian bila melihat umat Islam pergi ke kota Madinah semata-mata untuk memakai baju BERSIH dan mencari simpati di luar negara.

http://m.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.malaysiawaves.com%2F2012%2F04%2Fpelancaran-bersih-30-di-mekah-dan.html&h=NAQHEWi4r

Shahrul Nasrun B. Kamarudin
President Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMIMPIN NEGERI DITIPU PENGARAH PROGRAM BERGELAR DATO

Sama ada benar atau tidak masih lagi belum dipastikan, tapi apa yang Sangkakala dengar kejadian ini memang berlaku.

Seorang pengarah program dikatakan menipu pemimpin beberapa buah negeri dengan mengatakan dirinya bergelar Dato'. Ini semua kerana beliau ingin mengadakan program untuk negeri-negeri tersebut.

Betul ke? Jika betul, ini adalah kes berat yang perlu diambil serius, tapi yang Sangkakala tau orang yang dimaksudkan memang tidak pernah diberikan darjah atau bintang yang membawa gelaran Dato'.

Perkara ini perlu diambil serius kerana ianya boleh dikira sebagai penipuan identiti membabitkan pingat atau bintang atau darjah kebesaran. Harap-harap ada mana-mana pemimpin yang boleh untuk memastikan agar perkara ini tidak berulang. Dengar khabar juga program terkini beliau akan dijalankan di negeri Perak.

Sangkakala harap agar orang yang suka menggunakan gelaran tersebut menghentikan sikap yang sebegitu, tak guna menipu identiti, tunjukkan yang kita mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (12)


TUDUHAN

Isu pengundi hantu.

JAWAPAN

Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.

Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah.

Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.

Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.

Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih.

Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (11)


TUDUHAN

Isu anggota polis dan pasangan didaftar sebagai pengundi pos.

JAWAPAN

Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut.

Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.

Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.

Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (10)


TUDUHAN

Isu isteri anggota tentera sebagai pengundi pos

JAWAPAN

Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos.

Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.

Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka.

Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.

Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (9)


TUDUHAN

SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa sesuatu pilhanraya

JAWAPAN

Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya.

Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya.

Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (8)


TUDUHAN

SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU ke 13 nanti.

JAWAPAN

Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.

Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain.

Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian.

Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (7)


TUDUHAN

berlaku peningkatan pengundi secara mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang.

JAWAPAN

Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011.

Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.

Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.

Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).

Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (6)


TUDUHAN

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat

JAWAPAN

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.

Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti.

Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap.

Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (5)



TUDUHAN

Masih ramai pemilih berusia lebih seratus tahun dalamdaftar pemilih SPR

JAWAPAN

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.

Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.

Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (4)


TUDUHAN

SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri dari warga asing yang telah mendapat taraf warga negara


JAWAPAN

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi.

Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (3)


TUDUHAN

SPR gagal membersihkan daftar pemilih. seramai 42,015 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang.

JAWAPAN

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.

Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.

Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.

Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang.

Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.

Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (2)


TUDUHAN
Kawasan mengundi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah di pindah secara tidak sah oleh SPR

JAWAPAN SPR

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (1)



TUDUHAN
Pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

JAWAPAN SPR 
Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.

Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.


Rabu, 25 April 2012

KENYATAAN PRESIDEN GERAKAN BELIA GAGASAN 1MALAYSIA.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yg akan dijalanan ini Bukan Budaya Rakyat Malaysia.

Perkara seumpama itu hanya menjadi ikutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya cuba untuk merosakkan kemakmuran Negara.

BERSIH 3.0 ini hanyalah mainan politik Pembangkang yang ketandusan buah fikiran untuk mendapatkan simpati masyarakat kita.

Kenapa kita perlu menjadi alat boneka mereka sedangkan Kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan pelbagai kemudahan, berbillion subsidi setiap tahunyang tidak ada dinegara lain.

Rakyat perlu faham tentang kepentingan bersatu padu untuk membangunkan Negara bukan untuk merosakkannya kerana kestabilan ekonomi serta keamanan yang dikecapi hari ini tidak terjadi dengan sendiri.

Selain membawa unsur - unsur negatif, tindakan berdemonstrasi ini turut mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan perniagaan. Jika benar mereka mahukan perubahan, rakyat Malaysia boleh lakukannya sewaktu Pilihan Raya akan datang.

Saya menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya golongan Belia supaya tidak menyertai BERSIH 3.0 kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi dan keamanan yang sedang kita nikmati.

Shahrul Nasrun
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAKUSAN KERAJAAN SELANGOR BAWA KEMATIAN



Akibat dari kelalaian kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu sampah di negeri tersebut, sramai 9 orang dilaporkan mati di Selangor akibat demam denggi, Selangor dikatakan mencipta rekod tertinggi kes denggi  dengan jumlah sabanyak 3'615 kes dan kes ke sembilan kematian direkodkan semalam.

Ini semua berpunca dari sampah yang dikatakan gagal dikutip mengikut jadual oleh kontraktor-kontraktor yang di lantik oleh kerajaan negeri tersebut.

Perkara ini telah acapkali disebut dan di lontarkan oleh rakyat Selangor namun ianya masih lagi tidak menjadi kesan terhadap kontraktor yang kononnya dilaporkan mempunyai hubungan kuat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Nampaknya rakyat Selangor harus membuat keputusan tepat dengan memberikan undi kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya umum yang akan datang demi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu yang kini dibelenggu dengan pelbagai masalah terutamanya sampah.

SATU LAGI CERITA DAN GAMBAR TENTANG ANWAR


Anwar Ibrahim sekali lagi didedahkan dengan gambar yang mendakwa beliau bersama dengan Shamsidar didalam sebuak kereta (seperti didalam gambar). Benarkah seperti yang ditunjukkan ni? Kalau ianya benar, memang Anwar tak pernah serik dengan apa yang di lakukan oleh beliau selama ni.

Kesian pulak pada kak Jijah yang memendam rasa akibat dari apa yang dilakukan oleh Anwar.

Baru-baru ini pula dikhabarkan bahawa Datuk S.Nallakarupan telah memberikan video oral seks Anwar bersama dengan Shamsidar yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan beliau.

Satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia, bukan sebab apa, Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan timbalan Presiden PKR dan menjadi orang kepercayaan Anwar selama ni. Kalau percaya pun takkan sampai bagi isteri sendiri agaknya.

Apa pun Sangkakala berharap agar orang seperti Anwar tidak dipilih kerana keperibadian beliau yang dilihat amat meragukan, tambahan pula dengan pengakuan demi pengakuan yang dilakukan oleh orang-orang kepercayaan beliau serta juga rakan-rakan karib beliau sendiri.

Selasa, 24 April 2012

APA DAH JADI DENGAN AZIZAN NI

Sangkakala tak mau dah cakap apa-apa, bukan sebab apa, depa ni kadang-kadang dah melampau sangat nampaknya.. kalau nak maklumat lanjut apa yang depa buat baca disini