Khamis, 26 April 2012
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (9)
TUDUHAN
SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa sesuatu pilhanraya
JAWAPAN
Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya.
Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya.
Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (8)
TUDUHAN
SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU ke 13 nanti.
JAWAPAN
Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.
Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.
Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain.
Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (7)
TUDUHAN
berlaku peningkatan pengundi secara mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang.
JAWAPAN
Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011.
Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.
Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.
Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (6)
TUDUHAN
Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat
JAWAPAN
Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.
Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti.
Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (5)
TUDUHAN
Masih ramai pemilih berusia lebih seratus tahun dalamdaftar pemilih SPR
JAWAPAN
Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.
Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.
Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (4)
TUDUHAN
SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri dari warga asing yang telah mendapat taraf warga negara
JAWAPAN
Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi.
Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.
Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (3)
TUDUHAN
SPR gagal membersihkan daftar pemilih. seramai 42,015 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang.
JAWAPAN
Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.
Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.
Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.
Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.
Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.
Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang.
Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (2)
TUDUHAN
Kawasan mengundi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah di pindah secara tidak sah oleh SPR
JAWAPAN SPR
Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini.
Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.
Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).
JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (1)
SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.
Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.
SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.
Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.
Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.
Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.
Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.
Rabu, 25 April 2012
KENYATAAN PRESIDEN GERAKAN BELIA GAGASAN 1MALAYSIA.
Perkara seumpama itu hanya menjadi ikutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya cuba untuk merosakkan kemakmuran Negara.
BERSIH 3.0 ini hanyalah mainan politik Pembangkang yang ketandusan buah fikiran untuk mendapatkan simpati masyarakat kita.
Kenapa kita perlu menjadi alat boneka mereka sedangkan Kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan pelbagai kemudahan, berbillion subsidi setiap tahunyang tidak ada dinegara lain.
Rakyat perlu faham tentang kepentingan bersatu padu untuk membangunkan Negara bukan untuk merosakkannya kerana kestabilan ekonomi serta keamanan yang dikecapi hari ini tidak terjadi dengan sendiri.
Selain membawa unsur - unsur negatif, tindakan berdemonstrasi ini turut mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan perniagaan. Jika benar mereka mahukan perubahan, rakyat Malaysia boleh lakukannya sewaktu Pilihan Raya akan datang.
Saya menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya golongan Belia supaya tidak menyertai BERSIH 3.0 kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi dan keamanan yang sedang kita nikmati.
Shahrul Nasrun
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KERAKUSAN KERAJAAN SELANGOR BAWA KEMATIAN
Akibat dari kelalaian kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu sampah di negeri tersebut, sramai 9 orang dilaporkan mati di Selangor akibat demam denggi, Selangor dikatakan mencipta rekod tertinggi kes denggi dengan jumlah sabanyak 3'615 kes dan kes ke sembilan kematian direkodkan semalam.
Ini semua berpunca dari sampah yang dikatakan gagal dikutip mengikut jadual oleh kontraktor-kontraktor yang di lantik oleh kerajaan negeri tersebut.
Perkara ini telah acapkali disebut dan di lontarkan oleh rakyat Selangor namun ianya masih lagi tidak menjadi kesan terhadap kontraktor yang kononnya dilaporkan mempunyai hubungan kuat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
Nampaknya rakyat Selangor harus membuat keputusan tepat dengan memberikan undi kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya umum yang akan datang demi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu yang kini dibelenggu dengan pelbagai masalah terutamanya sampah.
SATU LAGI CERITA DAN GAMBAR TENTANG ANWAR
Anwar Ibrahim sekali lagi didedahkan dengan gambar yang mendakwa beliau bersama dengan Shamsidar didalam sebuak kereta (seperti didalam gambar). Benarkah seperti yang ditunjukkan ni? Kalau ianya benar, memang Anwar tak pernah serik dengan apa yang di lakukan oleh beliau selama ni.
Kesian pulak pada kak Jijah yang memendam rasa akibat dari apa yang dilakukan oleh Anwar.
Baru-baru ini pula dikhabarkan bahawa Datuk S.Nallakarupan telah memberikan video oral seks Anwar bersama dengan Shamsidar yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan beliau.
Satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia, bukan sebab apa, Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan timbalan Presiden PKR dan menjadi orang kepercayaan Anwar selama ni. Kalau percaya pun takkan sampai bagi isteri sendiri agaknya.
Apa pun Sangkakala berharap agar orang seperti Anwar tidak dipilih kerana keperibadian beliau yang dilihat amat meragukan, tambahan pula dengan pengakuan demi pengakuan yang dilakukan oleh orang-orang kepercayaan beliau serta juga rakan-rakan karib beliau sendiri.
Selasa, 24 April 2012
APA DAH JADI DENGAN AZIZAN NI
SYABAS DBKL KERANA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN
Kegiatan Mahasiswa yang berkhemah di dataran Merdeka sejak 10 hari lalu dilihat seperti anak-anak muda gelandangan yang tidak mempunyai rumah kediaman serta tidak mempunyai ibu bapa yang perlu dibela di masa hadapan.
Dengan melakukan demo serta bantahan yang hanya direka oleh pihak pembangkang, sudah pastilah ianya akan mencemarkan imej para siswazah ini yang bakal mentadbir negara pada satu masa nanti insyaallah.
Tetapi pada hari ini mereka seolah-olah orang yang hilang pertimbangan dan sudah mengalami kegelapan masa depan dengan cara membuat bantahan yang tidak masuk akal oleh sesiapa juga.
Kerajaan sudah mengatakan bahawa PTPTN yang dikatakan kononnya membawa beban kepada pelajar-pelajar tidak akan di mansuhkan malah ianya akan diteruskan dimasa akan datang demi untuk memberi bantuan kepada anak-anak muda melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Untuk mengekang kegiatan ini dari berlanjutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.
Mungkin pelajar-pelajar yang ada di kawasan tersebut marah, tetapi kita perlu juga melihat dari sudut pandangan orang ramai yang mengatakan tindakan segelintir anak-anak muda ini kurang disenangi oleh pengunjung di Dataran Merdeka dan dalam erti kata lain, mereka ini dilihat seperti peminta sedekah yang tidak mempunyai rumah kediaman serta keluarga.
ANAK KELANTAN JELAK DENGAN KEPIMPINAN PAS
ADA sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April lalu di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.
Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.
Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Sila <klik> untuk maklumat lanjut.
Isnin, 23 April 2012
KENYATAAN DATUK SERI SHAFIE AFDAL TENTANG TUDUHAN TERHADAP BELIAU
Dalam kenyataan ini juga jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Shafie bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Jadi kepada yang terlibat harap bersedia dengan tindakan tersebut.
Sangkakala ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shafie kerana berani untuk menentang mereka yang telah memfitnah beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HIMPUNAN MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA KIAN PUDAR
Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.
Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.
Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa IPT memohon pinjaman PTPTN.
Untuk bacaan lanjut sila <klik>
Ahad, 22 April 2012
BUKTI KERAJAAN SELANGOR SELEWENG DUIT RAKYAT
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan setiap mangsa mendapat bantuan wang tunai dari kerajaan negeri sebanyak RM 500 dan jumlah penerima hanya 1381 dan jika dikira jumlah bantuan hanyalah sebanyak RM 690500.00.
Apa yang menghairankan ialah, dalam artikel di akhbar tersebut menyatakan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM 2 juta untuk mangsa.
Jadi dimana baki selebihnya peruntukan tersebut? Adakah pemimpin PR di Selangor sudah mula membahagi-bahagikan duit bantuan tersebut.
Kepada khalid Ibrahim, Sangkakala harap janganlah duit bantuan tu nak di farait sesama sendiri, bagilah bantuan dengan penuh ikhlas, jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain, dan janganlah menggunakan mangsa-mangsa banjir ini untuk mendapat keuntungan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KENYATAAN ZAHIDA RAFIQ TERHADAP TUDUHAN YB ZURAIDA
DAKWAAN MENTERI BELANJA ZAHIDA RAFIK RM 1.4 JUTA !
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.
Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012
Kita tunggu mak lampir melompat sakan lepas ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 18 April 2012
ZURAIDA DAN RAFIZI BOLEH DIDAKWA
Mengikut undang-undang akta BAFIA 1989 mana-mana individu, syarikat atau apa juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada umum dan sekiranyanya ini terjadi maka si pelaku boleh dikenakan tindakan oleh mahkamah.
Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan hanya boleh didedahkan di mahkamah dengan perintah hakim.
Zuraidah didapati telah membocorkan rahsia kewangan milik seorang pelakon manakala Rafizi pula telah mendedahkan akaun NFC Corp kepada umum dan ini adalah satu kesalahan mengikut akta BAFIA.
Jadi kepada mak lampir dan anak ikan, Sangkakala harap bersiap-sedia untuk dikenakan tindakan oleh pihak-pihak tersebut, kalau tak silap Sangkakala setiap kesalahan boleh didenda sehingga RM 300 ribu ringgit.
Habis le mak lampir ngan anak ikan kali ni, penyakit dah nak sampai nampaknye. Tunggu ye...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone














