Selasa, 10 April 2012

LIHAT BETAPA KURANG AJARNYA ADUN DAP PERAK DALAM SIDANG DUN


Lihat betapa kurang ajarnya ADUN Simpang Pulai sehingga cuba menyerang Speaker DUN Negeri. Ini bukanlah budaya seorang Yang Berhormat dan beliau tidak menunjukkan etika seorang eksekutif negeri yang di hormati.

Perkara ini selalu dilakukan oleh YB-YB pembangkang yang selalu mencetuskan isu didalam sidang. Mereka ini seolah-olah tidak mempunyai pelajaran dan tidak mempunyai akal fikiran.

STANDARD CHARTERED RAIKAN 'JOY OF RUNNING'

Putrajaya, 5 April 2012 : Tampil dengan tema "Joy Of Running", Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini 
dengan sasaran 8000 peserta.

Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi "Standard Chartered KL Marathon" yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.

"Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat" tegas Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau lagi, di samping dapat menarik warga belia, kejohanan seumpama ini sama sekali dapat menyatupadukan dan menerap nilai kerjasama antara kaum dalam penglibatan mereka di setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur telah menambah pelbagai kategori untuk menarik penyertaan lebih ramai lagi lapisan masyarakat di Malaysia antaranya, 'staff running, men's and women's international open, staff with kids, special run, custome run and celebrity run'. Penganjuran ini juga, adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta bagi persediaan dan latihan fizikal untuk menghadapi 'KL Marathon' Jun ini.

"Kejohanan ini sememangnya memberi impak yang tersendiri dengan wujudnya pelbagai kategori-kategori menarik dan pengisiannya yang dinamik, bertenaga dan berani." jelas Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad,Osman Morad.

Hadir sama pada majlis perasmian, aktor hebat, Fizo Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, Datuk Jamil Bin Salleh, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan para media.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 9 April 2012

PAKATAN HARAM HANYA MAINKAN PELAJAR TENTANG PTPTN

Sangkakala sudah dua hari tidak menulis, tapi malam ni Sangkakala terpanggil semula kerana malam ni terbaca satu artikel dalam harakahdaily.

Menarik pulak artikel ni sebab ianya melibatkan PTPTN yang dicanang akan dihapuskan oleh Pakatan Haram jika berjaya menakluki PutraJaya dalam PRU13.

Apa yang emnarik minta Sangkakala kali ini ialah, Datuk Husam Musa menyatakan dalam harakahdaily bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan pemansuhan PTPTN jika berjaya menjadi kerajaan. Ini adalah ayat yang dikeluarkan oleh Husam didalam harakahdaily.

"Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa."

Bagai mana perkara ini boleh terjadi? Sedangkan Anwar ibrahim sendiri mengatakan bahawa sekiranya PR berjaya ke PutraJaya maka PTPTN akan dimansuhkan serta-merta.

Jelas apa yang diperkatakan oleh mereka (PR) tidak konsisten dan tiada hala tuju. Mereka hanya ingin mempermainkan pelajar-pelajar yang kurang cerdik ini untuk bersama-sama mereka dalam menetang kerajaan.

Seperti kata YB D.Seri Nizar semasa menjadi Menteri Besar Perak apabila ditanya oleh YB Datuk Seri Tajol Rosli tentang negara islam yang dicanang oleh PAS satu masa dulu, Nizar sendiri menafikan perkara itu didalam sidang DUN Perak dengan mengatakan dalam transkrip mana yang ada menyebut bahawa Pas akan membawa negara Islam.

Ini juga yang akan dilakukan oleh Pakatan Haram terhadap pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar ini. Mereka (Pakatan Haram) akan mengatakan bahawa mereka tidak pernah berjanji sedemikian dan hutang PTPTN tetap akan dibayar oleh pelajar-pelajar ini.

Dan mungkin juga setiap seorang pelajar akan membayar PTPTN tidak mengira keputusan yang mereka perolehi sama ada cemerlang atau tidak.

Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini menetapkan bahawa setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar semula PTPTN dan bayaran balik ini hanya dikenakan terhadap mereka yang gagal.

Sistem ini sepatutnya difikirkan adil seadil-adilnya oleh pelajar kerana jika seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar hutang dan pelajar yang tidak cemerlang juga tidak perlu membayar pinjaman tersebut maka ianya tidak adil kepada pelajar yang telah bertungkus lumus dalam memastikan mereka berjaya.

Kerajaan menetapkan supaya PTPTN ini ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang cemerlang dalam pelajaran adalah merupakan hadiah kerajaan terhadap mereka yang belajar bersungguh-sungguh hingga memperolehi kejayaan.

Tetapi jika semua pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut, apa beza antara yang belajar bersungguh-sungguh dengan mereka yang hanya main-main dalam pembelajaran?

Sangkakala perhatikan ada sesetengah pelajar yang memperolehi pinjaman PTPTN tidak membelanjakan wang pinjaman mereka untuk pelajaran, tetapi wang tersebut dihabiskan dengan membeli handphone dan sebagainya atau dalam kata lainnya mereka membelanjakan wang tersebut kearah yang bertentangan.

Adakah ini satu bentuk keadilan kepada pelajar-pelajar yang membelanjakan wang pinjaman mereka kearah pelajaran yang sempurna?

Kepada adik-adik yang masih lagi belajar, Sangkakala menyeru, supaya kita semua jangan terpedaya dengan dakyah pembohongan Pakatan Haram.

Jangan sampaiu kita merasakan bahawa jika kita tidak melakukan kesilapan satu masa dulu, makan kejadian pada hari ini takkan terjadi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 6 April 2012

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA JADI BALACI PAKATAN HARAM

Pada hari ini di Masjid Negeri Shah Alam telah tersebar risalah-risalah yang dikatakan fitnah terhadap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bahawa mereka akan melakukan satu demonstrasi pada hari ini bagi menentang Kerajaan Negeri Selangor.

Setiausaha SMM, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan SMM mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mesra rakyat, telus, cekap dan beramanah.
Tambahan lagi, ujarnya kerajaan negeri Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terawal menyahut seruan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dibawa oleh SMM dan isytihar bahawa Selangor negeri bebas AUKU.
“SMM menafikan fitnah yang dilemparkan dan mengutuk tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
“SMM menolak politik fitnah dan politik samseng yang semakin menjadi-jadi dalam negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya lagi, SMM yakin bahawa fitnah itu dibuat oleh pihak yang merasa tergugat dengan gerakan mahasiswa dan demonstrasi 14 April ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 2 petang.

“Walau apa fitnah dan tekanan ke atas SMM, demonstrasi 14 April ini tetap akan berjalan dan SMM komited untuk bersama Bersih 3.0 pada 28 April ini,” ujarnya.

Apa yang peliknya, kenapa SMM tidak memperjuangkan hak pelajar-pelajar di UNISEL? Adakah mereka itu bukan dikalangan rakyat atau penuntut-penuntut tempatan? Adakah mereka ini mendapat dana dari kerajaan Pakatan Haram hingga tangan terikat kelangit, kaki terpasung kebumi untuk menuntut hak pelajar-pelajar di UNISEL?

SMM perlu jawab dulu soalan ini, kenapa UNISEL tidak diminta untuk memansuhkan yuran pengajian? Jika ini tidak boleh dijawab, maka jangan kata SMM memperjuangkan hak-hak pelajar, mereka ini adalah pejuang-pejuang Pakatan Haram semata-mata.

SATU LAGI KUNCU PAKATAN HARAM AKAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN MEREKA

Satu lagi kuncu Pakatan Haram akan menunjukkan kebodohan mereka. Parti Sosialis Malaysia yang akan menjadi hero bagi penduduk Cameron Highland mengatakan bahawa mereka akan membawa penduduk yang bermasalah di kawasan tanah tinggi itu dan berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri.

Mereka mendakwa bahawa mereka adalah rakyat marhaen yang tertindas di kawasan tersebut. Isu-isu tersebut berbentuk begini:
  • Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron.
  • Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron.
  • Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron.
  • Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron
  • Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta.
"Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

Kalau kita kesemua yang tertera diatas, apa yang dapat kita lihat ialah masalah yang melibatkan kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat, jadi untuk apa mereka pergi berhimpun dan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri hingga mengatakan mereka hanya akan berganjak apa bila mendapat kata putus dari Perdana Menteri sendiri.

Nampak sangat kebodohan PSM dalam menangani isu-isu tersebut, sepatutnya mereka pergi berjumpa atau mengadu kepada Menteri Besar Pahang dan meminta penjelasan serta pertolongan.

Ini rupa setiausaha agung PSM? Tak tahu saluran yang mana hendak digunakan hingga melihatkan bahawa beliau amat bodoh, dan Sangkakala pelik kenapa penduduk Cameron Highland sendiri tidak pergi berjumpa dengan Menteri Besar dan meminta penjelasan? Kenapa perlu menggunakan orang yang tidak tahu saluran macam Setiausaha Agung PSM tu?

Fikir-fikirkan lah semua ye.

CABARAN DARI KETUA PEMUDA BN PERAK KEPADA PAKATAN HARAM


Mampukah Nizar serta gerombolannya menjawap cabaran yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Perak seperti diatas?

Rasa Sangkakala jauh panggang dari api, takkan mampu kerana ianya adalah fakta yang dipersoalkan.

JELAS KERAJAAN PERAK LEBIH MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT

Hampir RM8.7 juta dibelanjakan oleh Kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) khusus untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan menjana pendapatan sendiri menerusi skim pinjaman mikro kredit.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan, Datuk Saarani Mohamad memberitahu, sehingga Mac, seramai 1,099 penerima memperoleh bantuan tersebut melibatkan 797 orang Melayu, 126 Cina, 151 India dan 25 lagi Orang Asli.

“Sehingga Mac lalu, sebanyak 377 orang telah menerima bantuan perumahan melibatkan 183 pembinaan rumah baru dan 194 lagi untuk projek baik pulih.

“YBUDR telah membiayai pembinaan rumah dengan satu bilik bernilai RM20,000, dua bilik RM30,000 dan tiga bilik RM35,000. Bagi projek baik pulih rumah pula, ia melibatkan kos maksimum sebanyak RM15,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) yang mahukan penjelasan jumlah penerima bantuan YBUDR setakat ini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, bagi bantuan kotak makanan pula, sebanyak 58,957 orang telah menerima sumbangan tersebut sehingga Mac lalu.

Tambah beliau, YBUDR juga telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 6,700 penerima bantuan musim perayaan.


YBUDR di ketuai oleh  Saudara Khairul Azwan Dato’ Harun atau lebih mesra di panggil Azwan bro (gambar) yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak telah menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan misi kerajaan dalam memberi bantuan kepada seluruh rakyat Perak yang memerlukan.

Sangkakala mengucapkan tahniah kepada YBUDR yang telah berjaya memberikan bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat negeri Perak itu sendiri dan kini rakyat Perak telah melihat bahawa kerajaan di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memberikan bantuan kepada rakyat.

Sangkakala juga berharap agar rakyat di negeri Perak tidak lagi mengulangi kesilapan seperti yang telah terjadi pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas.


psssttt..bak kate oghang peghak..kalo nunggu pakatan, hagham nak membagi..aje haob le nunggunye yop

BERANI KE ANWAR DEBAT DENGAN NALLA?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdebat dengan Datuk S Nallakaruppan mengenai kenyataan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan seorang biseksual menjadi perdana menteri atau Ketua Pembangkang.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim berkata sebagai seorang yang hebat berpidato, Anwar sepatutnya boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai perkara itu dan bukannya bertindak menyaman Nallakaruppan.

"Saya juga hairan kenapa Anwar yang terkenal sebagai pakar 'spinning' (putarbelit) dan pakar untuk mengalihkan sesuatu isu, sampai terpaksa menyaman Datuk Nalla (Nallakaruppan) dan seolah-olahnya beliau begitu gelabah dan panik apabila Datuk Nalla menimbulkan isu tersebut.

"(Anwar) tidak seperti mana biasa apabila ada sahaja isu yang dikaitkan dengannya, beliau kelihatan tenang sahaja memberikan reaksinya secara bersahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ruslan berkata Anwar juga sepatutnya meminta PAS dan DAP menyokong beliau dalam isu tersebut seperti mana isu-isu lain yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

"Saya kira tindakan Anwar untuk meminta sokongan daripada PAS dan DAP itu lebih wajar beliau ambil berbanding tindakannya menyaman Datuk Nalla RM100 juta kerana ini akan membolehkan beliau menerangkan kepada rakyat mengapa beliau amat marah dengan kenyataan Datuk Nalla," katanya.

AHLI PKR BENCIKAN AZMIN ALI

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.

Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.

Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat.

"Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi.

sumber dari Utusan

Kesian Azmin, rupanya ahli PKR tak berapa suka pada dia.

Khamis, 5 April 2012

AMARAN KEPADA PEMBANGKANG OLEH MB PERAK

Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.

"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.

Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius.

"Ia satu alasan yang tidak munasabah. Beliau adalah seorang bekas menteri besar, beliau perlu tahu bahawa setiap surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah negeri adalah bukan surat 'pen pall' atau kawan biasa yang suka-suka tulis. Surat itu adalah surat berjadual dan berjilid...ini bukan surat bagi tujuan 'marketing' atau 'public relations'," katanya.

Semalam, semasa persidangan dewan, Mohammad Nizar mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan.

Surat berkenaan telah dikelaskan semula oleh kerajaan negeri berikutan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak terlibat dan tidak menyokong pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Zambry berkata kandungan surat itu yang menyebut bahawa kerajaan negeri akan memproses pemindahan tanah berkenaan dan mengubah statusnya menjadi tanah perindustrian selepas permohonan diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian, jelas menunjukkan sokongan Muhammad Nizar terhadap projek itu.

Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan mendedahkan semua dokumen dan surat berkaitan projek berkenaan seperti yang diminta oleh pakatan pembangkang kerana ia bukan amalan pentadbiran yang baik.

Mengenai desas desus kononnya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, kedua-duanya daripada DAP, ada berjumpa beliau untuk meminta maaf dan mengatakan mereka tidak mengetahui tentang kewujudan surat bertarikh 17 Dis 2008 itu, Zambry hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, pada sidang media berasingan, Mohammad Nizar meminta kerajaan negeri mendedahkan semua dokumen berkaitan projek berkenaan.

Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh, V. Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak mengadakan bantahan terhadap operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AZMIN TERKEDU BILA AHLI SENDIRI PERTIKAI

Benar kata pepatah "sarang tabuan jangan dijolok", itu perumpamaan yang layak diberi kepada timbalan Presiden PKR Azmin Ali apa bila ahli parti itu sendiri mempertikaikan cara kehidupan beliau kini.

Hari ini ahlio-ahli PKR mempertikaikan beliau dan meminta supaya beliau menjawab tentang isu berkenaan dengan saham yang didakwa dimiliki oleh beliau bernilai jutaan ringgit.


Ketua Penerangan PKR Ampang hari ini tampil membuat kenyataan akhbar dengan menanyakan soalan tersebut. Ini semua dipercayai dipersoalkan oleh ahli PKR apabila Datuk Hasan Ali bertanya soalan yang sama didalam sidang DUN Selangor.

Hasan Ali dilaporkan berang dengan tindakan Azmin yang mengatakan bahawa Hasan Ali melakukan pembaziran wang setelah dikatakan menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengubahsuai pejabat beliau di bangunan SUK negeri Selangor dan ianya melibatkan perbelanjaan sebanyak 300 ribu lebih dan menggunakan wang kerajaan juga untuk program di Selangor sebanyak 500 ribu lebih.

Agaknya marah dengan kenyataan Azmin tersebut, Hasan telah bertindak menyatakan bahawa Azmin memiliki saham bernilai lebih dari 8 juta ringgit dan beliau juga mengatakan bahawa beliau tahu hubungan isteri Azmin - Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasan juga meminta Azmin supaya melakukan ujian DNA keatas anak beliau yang pertama untuk membuktikan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah ibi serta bapa kandung remaja tersebut.

Sekarang rasanya Azmin dan tersepit di tengah-tengah, tidak mampu lagi untuk menjawab soalan-demi soalan yang dikemukakan oleh ahli PKR sendiri sehinggakan ketua penerangan PKR Ampang meminta beliau meninggalkan parti jika terbukti benar seperti apa yang didakwa oleh Hasan Ali tempoh hari.





pssstttt...mampos azmin kali ni..nak jawab macam mana agaknya?



MAHFUZ BOLEH BUKTIKAN TAK PERLU TUNGGU SURUHANJAYA DIRAJA

Ahli parlimen Pokok sena tidak perlu menunggu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan jika benar beliau mempunyai bukti yang mengatakan bahawa wujudnya taskforce yang memainkan peranan dalam memberi kerakytan kepada warga asing di negara ini.

Jelas menunjukkan bahawa Mahfuz sengaja mencipta isu berupa fitnah kepada kepimpinan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Pilihanraya, Datuk wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Mahfuz. turut sama dikaitkan ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamad Tajhudeen Abdul Wahab.

Mungkin Mahfuz sudah ketandusan idea hingga sanggup mengatakan bahawa terdapat "taskforce" yang menjalankan kerja-kerja seperti itu.

Jika benar seperti yang didakwa oleh beliau, mengapa beliau tidak bertindak untuk melaporkan sahaja perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan? Kenapa perlu untuk menubuhkan suruhanjaya diraja dalam menangani perkara tersebut? ini jelas menunjukkan behawa Pakatan Haram kini dirundung rasa resah gelisah setelah mendapati pengikut-pengikut mereka makin berkurangan dan sokongan terhadap mereka semakin pudar.

Mahfuz mungkin bertindak begitu untuk menangguhkan pilihanraya yang dikatakan oleh sesetengah pihak semakin hampir. Dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, maka pilihanraya tidak dapat dijalankan selagi kertas siasatan belum lagi selesai. dan bila keratas siasatan hampir selesai pakatan haram yang diterajui oleh Anwar Ibrahim akan mencipta cerita baru pula dalam usaha mengaburi mata rakyat serta pengundi.

Sudah-sudah le Mahfuz, simpan saja lah fitnah sebegitu, rakyat kini sudah dapat menilai siapa dan apa itu Pakatan Haram dan semestinya kali ini Pakatan Haram akan tersungkur menyembah bumi.

MAZLAN ALIMAN TIADA PENYOKONG

Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman sebenarnya tidak mempunyai penyokong untuk menggagalkan rancangan Felda Global Ventures disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Sangkakala mendapat berita ini dari pada salah seorang rakan yang juga merupakan anak kelahiran Felda. Beliau sendiri mengatakan bahawa dengan penyenaraian tersebut maka ianya akan lebih menuntungkan peneroka berbanding dengan pendapatan yang diperolehi sekarang.

"saya tak tau kenapa Mazlan Aliman seperti orang gila dan beriya-iya sangat membangkang penyenaraian tersebut", kata beliau semasa berjumpa dengan Sangkakala kelmarin.

Rakan Sangkakala juga berkata, cumaada beberapa orang sahaja yang bertindak untuk menghalang penyenaraian tersebut dan kini mereka menghasut peneroka supaya mengikut mereka.

Apabila Sangkakala bertanya adakah beliau bersetuju dengan penyenaraian itu, beliau berkata kami anak-anak Felda memang menunggu saat tersebut kerana untuk pengetahuan, duit KPF sehingga kini tidak diguna pakai dan adalah lebih baik jika ianya dilaburkan demi untuk menambah pendapatan peneroka.

Beliau juga berkata, Mazlan Aliman satu hari nanti akan terpinggir akibat dari perbuatannya yang boleh dikatakan mengkhianati peneroka-peneroka Felda dengan cara memberikan maklumat yang salah kepada peneroka.

Beliau juga meminta supaya kerajaan mempercepatkan proses penyenaraian tersebut berikutan beliau merasakan adalah tidak adil jika kerajaan melambat-lambatkan usaha itu hanya semata-mata orang yang tidak sedar diri seperti Mazlan Aliman, beliau juga memberitahu Sangkakala bahawa beliau dan rakan-rakan lain akan terus bersama-sama Felda kerana beliau merasakan jasa yang telah diberikan oleh Felda kepada beliau serta keluarga tidak dapat dibalas atau dibayar dengan wang ringgit, apatah lagi kini Felda dalam usaha untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga.

JELAS HIMPUNAN BERSIH 3 AGENDA POLITIK PEMBANGKANG

Kini heboh diperkatakan bahawa himpunan bersih 3 akan diadakan. Mengikut sumber yang Sangkakala perolehi, bersih 3 akan diadakan pada 28 april ini. Sebenarnya bersih 3 ini diadakan untuk kuasa politik pembangkang yang melihat bahawa dengan cara huru-harakan negara maka mereka akan mendapat kuasa memerintah.

Sangkakala berpendapat begitu setelah melihat bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan kini ianya akan diadakan sekali lagi.

Apa yang membuatkan bersih 3 diadakan pula? Adakah peserta atau penganjur masih belum berpuas hati dengan jawatankuasa penambahbaikan sistem pilihanraya yang telah dilantik oleh kerajaan sebelum ini? Setahu Sangkakala, jawatankuasa itu terdiri dari pada ahli parlimen dan ianya juga diwakili oleh ahli parlimen dari pihak pembangkang demi untuk memberi ketelusan dalam penambahbaikan itu.

Penganjur bersih mengatakan bahawa mereka ingin menuntut supaya pilihanraya yang lebih bersih diadakan, tapi bersih yang bagaimana? Adakah dengan menggunakan dakwat kekal itu dikatakan bersih?

Himpunan ini tidak lebih daripada sekadar hasutan pembangkang dalam usaha untuk mereka menakluki PutraJaya dan jika hasrat mereka ini tercapai maka mungkin pilihanraya yang lebih teruk bakal dilaksanakan.

Seperti kata Perdana Menteri baru-baru ini, "janganlah menukar pemandu ditengah jalan", ayat ini cukup dalam maknanya dan ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Perdana Menteri telah memberi maksud bahawa sekiranya kerajaan ini jatuh ke tangan pembangkang, kemungkinan besar negara ini tidak lagi akan maju kehadapan dan ianya mungkin akan menjadi mundur atau lebih teruk lagi.

Sangkakala berharap kepada semua pembaca agar kita bersama-sama menolak himpunan-himpunan sebegini kerana ianya memberi impak yang cukup tingg kepada ekonomi negara khususnya didalam sektor pelancongan serta pelaburan.

Rabu, 4 April 2012

PAS SUDAH JAUH TERPESONG

Astaghfirullah..cuba pembaca bayangkan apa akan dikatakan oleh pemimpin PAS jika perkara ini dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Adakah pemimpin itu akan dipuji dengan sikap prihatin beliau atau beliau akan dihentam sehabis-habis mahu demi untuk menunjukkan bahawa pemimpin tersebut tidak mengikut landasan Islam.

Tapi dalam keadaan ini bagaimana pula? Perlukah demi undi sampai sanggup untuk mengangkat keranda orang india yang meninggal dunia, dan persoalan utamanya ialah, adakah orang India itu sendiri sanggup untuk mengangkat keranda orang melayu Islam?

Apabila Perdana Menteri pergi ke Batu Caves semasa perayaan thaipusam dan telah ditegur oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani, maka berketaklah orang-orang PAS mengatakan bahawa Perdana Menteri terpesong 'aqidah, sedangkan Perdana Menteri tidak memasuki langsung ruang kuil tempat penganut agama Hindu bersembahyang. Dan apa bila Tan Sri Harussani berkata bahawa pemergian Perdana Menteri tersebut tidak memesongkan 'aqidah disebabkan atas jemputan rakyat tambahan pula Perdana Menteri tidak memasuki kuil, maka orang-orang PAS menuduh pula ulama tersebut di beli oleh Perdana Menteri.

Sekarang tolong jawab wahai orang-orang PAS, apa pula hukumnya orang didalam gambar tersebut. Sangkakala pun dapat cerita ni setelah baca blog rakan seperjuangan, kalau nak tau lebih lanjut sila klik <disini>

SAMAD SAID TAKKAN MAMPU UNTUK KAWAL

Dengar cerita BERSIH 3 akan diadakan pada 28 April ni, dan kali ni dengan slogan bantah duduk. Himpunan ini dikatakan sebagai kesinambungan kepada himpunan BERSIH 2 yang ternyata telah berjaya mengotorkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan sampah sarap.

A. Samad Said selaku salah seorang penganjur BERSIH 3 mengatakan bahawa himpunan ini akan dilakukan secara duduk oleh peserta.

Persoalannya, mampukah Samad Said untuk mengawal setiap peserta daripada membuat kecoh sepertimana yang telah terjadi pada himpunan sebelum ini. Samad Said yang dikenali sebagai seorang sasterawan ternyata tidak bijak apabila membiarkan diri beliau dibelenggu oleh politik Anwar Ibrahim.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? kita tau bahawa umur Samad telah membolehkan beliau mengundi dalam PRU lebih dari 5 kali. Setiap kali pilihanraya itu telah diterajui oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tapi kenapa sekarang baru beliau beriya-iya mengatakan bahawa sistem pilihanraya negara ini tidak bersih? Atau beliau dijanjikan sesuatu oleh Anwar serta pemimpin Pakatan Haram? Atau mungkin juga beliau menerima sesuatu demi untuk menerbitkan buku-buku sastera?

Jawapan kepada ini semua ada pada tangan sasterawan yang dulu dikenali dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat tetapi kini ianya seperti ada tembok pemisah. Tembok pemisah ini sebenarnya dicipta sendiri oleh Samad setelah beliau turut sama menyertai himpunan BERSIH 2 dahulu.

Sepatutnya Samad yang begitu bijak dan cerdik tidak sesekali membiarkan diri beliau tebabit dalam himpunan yang merosakkan kredibiliti beliau sebagai seorang yang berkelulusan tinggi dan dihormati.

ADAM ADLI KENA PUKUL

Sangkakala pernah keluarkan artikel bahawa satu hari nanti Adam Adli mungkin pecah kepala ekoran tindakan beliau yang dilihat cuba menjadi hero Malaya. Dalam kejadian di Kampung Kerinci semalam Adam Adli dilaporkan telah dikejar oleh penduduk yang berang denagn tindakan mahasiswa bengong tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku apa bila Adam Adli bersama beberapa orang rakan mereka telah cuba mengahasut penduduk supaya jangan membiarkan kediaman mereka diroboh. Bukan itu sahaja, mahasiswa bengong ini juga bertindak dengan memasuki flat tersebut untuk menghalang pihak bertanggung jawab merobohkan bangunan itu.

Berang dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka, beberapa orang penduduk dikatakan telah mengejar Adam Adli dan rakan-rakannya dan mujurlah pihak polis berjaya menenangkan keadaan, kalau tidak Adam Adli sudah pasti menerima habuan atau tambang balik berupa kain pembalut luka atas kepala. Untuk berita lebih lanjut sila <klik> disini.

Selasa, 3 April 2012

PAS TIDAK MENERIMA KETENTUAN ALLAH

Mengikut artikel yang Sangkakala baca dalam Harakahdaily kelmarim jelas menunjukkan bahawa PAS yang selama ini mengatakan bahawa mereka menerima ketentuan Qada' dan Qadar tidak sebegitu. Dalam artikel yang menceritakan kisah adik Nur Suhaila Tukiman itu PAS menagtakan bahawa pasukan perubatan di negara ini seolah-olah tidak mempunyai potensi untuk menyembuhkan penyakit.

Bukankah kerja untuk menyembuhkan itu adalah kerja Allah dan ianya ditentukan tidak kira dimana manusia menjalani rawatan. Dalam kes adik tersebut, PAS mengatakan bahawa pasukan perubatan Dubai telah berjaya menyembuhkan penyakit congenital disoder melalui pembedahan yang dijalankan dinegara arab tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa PAS tidak mengiktiraf doktor-doktor perubatn di Malaysia selama ini. Perlu diingat bahawa semasa Nik Aziz terlantar di Institut Jantung Negara tidak ada doktor dari luar yang membantu beliau dalam mengurangkan masalah jantung yang beliau alami dulu.

Oleh kerana seorang pesakit yang berjaya menjalani pembedahan diluar negara maka dengan sewenang-wenangnya PAS mengatakan bahawa pasukan oerubatan di negara ini tidak bagus dan tidak mampu memberikan bantuan kepada pesakit tersebut.

Sangkakala rasa penulis artikel itu perlu lebih mendekati pasukan perubatan dan belajar muhasabah diri dengan cara pergi ke hospital-hospital serta melihat sendiri betapa ramai pesakit yang berjaya dibantu oleh pasuka perubatan Malaysia.

Hinggakan negara-negara yang dilanda peperangan serta musibah masih menggangap Malaysia mempunyai pasukan perubatan terbaik. Penulis artikel juga perlu melihat dan perlu mengatahui bahawa ramai rakyat dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan bantuan perubatan. Janganlah hanya kerana seorang pesakit berjaya dibedah maka jasa pasukan kesihatan kepada pesakit lain yang bejaya disembuhkan dinafikan pula.

BEKAS PENCUCI KAPAL TERBANG SEPARUH GILA

Naib Presiden PAS ini mungkin agaknya separuh gila atau pun sudah gila ekoran dari kenyataan beliau berkenaan Datuk Seri Shahrizat yang telah menyatakan bahawa beliau tidak agi berminat untuk menjadi menteri setelah habis tempoh penggal senator beliau.

Ini berikutan kenyataan beliau yang masih lagi menempelak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia itu dan kali ini beliau cuba untuk membabitkan datuk Kamilia pula selaku Naib ketua pergerakan tersebut yang kononnya menyatakan bahawa Shahrizat pembawa penyakit berjangkit.

Beliau juga berkata bahawa Kamilia ada menyatakan bahawa jika Sahhrizat masih lagi memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita maka pergerakan itu mendapat malu dengan gelaran wanita UMNO sebagai lembu dan sebagainya.

Mahfuz kena memandang satu lagi sudut dimana, Anwar Ibrahim pernah ditahan serta dipenjarakan akibat dari kesalahan beliau meliwat Sukma dan Azizan satu masa dulu. Jadi kini apabila Ketua Pembangkang itu memegang jawatan Ketua Umum Keadilan maka boleh dikatakan bahawa PKR itu adalah parti peliwat dan sudah tebtunya itu yang cuba diperkatakan oleh Mahfuz.

Timbalan Presiden PAS (Mat Sabu) sendiri pernah ditangkap khalwat dan pasangan beliau menuntut cerai dari suaminya dan seterusnya menjadi isteri kepada kepada beliau dan bolehlah rakyat mengatakan bahawa PAS adalah parti khalwat.

Sudah-sudah le tu Mahfuz, jangan le meroyan sangat, nanti sendiri dapat malu. Sikit hari lagi Mahfuz akan menadapat malu yang amat besar hingga mungkin beliau akan melarikan diri setelah Sangkakala dedahkan sesuatu berkenaan dengan PAS.

Kita tunggu saja cerita yang akan Sangkakala dedahkan sikit hari lagi.   

Isnin, 2 April 2012

DIN PUDU TERSALAH KEM

Salahuddin Ayub atau Din Pudu nampaknya tersalah kem kali ni, oleh kerana terlalu kemaruk untuk mengejar kawasan Parlimen, beliau terlupa agaknya bahawa parlimen Muar yang kini dimiliki oleh UMNO adalah kawasan parlimen PKR.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga merupakan ahli parlimen Muar, Dato' Razali Haji Ibrahim berkata, "tidak mungkin PKR akan melepaskan kerusi kawasan tersebut kepada PAS melainkan Din Pudu menyertai PKR untuk bertanding."

Din Pudu yang kini menjadi ahli parlimen bagi kawasan parlimen Kubang Kerian di Kelantan sememangnya anak jati Johor tetapi tidak diterima oleh anak-anak atau pengundi negeri itu kerana sikap dan perangai buruk beliau hingga mendapat gelaran Din Pudu.

Beliau dikatakan pernah ditangkap khalwat di sebuah hotel di kawasan Pudu suatu masa dulu hingga mendapat gelaran Din Pudu tersebut.

Apa yang penting kini, anak-anak Johor sendiri yang selama ini telah terbukti bersama-sama dalam membantu kerajaan dalam peningkatan serta penaikkan ekonomi negeri itu perlu menolak secara total dengan kehadiran Din Pudu sebagai calon ahli parlimen, ini kerana kawasan Kubang Kerian tidak mempunyai apa-apa kemajuan selama di pegang oleh Din Pudu, dan janganlah perkara tersebut terjadi pula di Johor.




Pssttt..lepas ni nak kena gelar Din apa pulak agaknya?





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone