Rabu, 21 Mei 2014

#prktelukintan #mohpilihmah #dyanasofya BELUM APA APA DAH ADA HALANGAN KEPADA CALON DAP

Nampak gayanya belum jadi ahli parlimen dan belum pun menempa apa apa jawatan dalam parti, calon DAP P076 Parlimen Teluk Intan telah dihalang untuk meluahkan pendapat beliau.

Ini terbukti dalam rakaman video yang tersebar kini apabila Lim Kit Siang telah merampas microphone apabila ada wartawan yang bertanya kepada calon tentang pendapat sesetengah pihak bahaw beliau dijadikan batu loncatan seperti yang berlaku terhadap Tengku Aziz dulu.

Klik gambar untuk video

Disini yang sebenarnya dapat kita lihat secara terang terangan bahawa calon DAP berbangsa Melayu tapi masih mentah ini hanyalah sebagai umpan kepada undi orang Melayu di Teluk Intan.

Tangan yang memainkan peranan dalam pergerakan calon ini sekiranya menang adalah dari Lim Kit Siang dan kepimpinan DAP Kebangsaan dan apakah yang mampu dilakukan oleh calon DAP ini bagi membantu masyarakat di kawasan Teluk Intan?


Sangkakala tak nampak lagi yang calon ini mampu untuk membawa suara masyafakat di Teluk Intan tidak kira apa keturunan atau bangsa sekali pun ke peringkat lebih tinggi dan ke peringkat parlimen.

Calon DAP ini hanya dijadikan kuda tunggangan seperti mana yang kita lihat apa yang pernah berlaku kepada Tengku Aziz dahulu.

Halangan akan dilakukan jika hendak menjadi kepimpinan tertinggi dan akhirnya apabila sudah tidak sesuai maka calon ini akan dilempar ketepi ibarat hampas tebu yang sudah hilang manisnya.

Calon DAP ini hanya menjadi mangsa pelacuran politik yang dilakukan oleh DAP mungkin kerana faktor umur dan paras rupa tetapi dari segi kemampuan memimpin ianya tidak menjadi soal sedangkan rakyat Teluk Intan mahukan seorang pemimpin yang mampu untuk membawa suara mereka sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Mah Siew Keong semasa menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri satu masa dulu.


Banyak kemudahan telah disalurkan kepada penduduk Teluk Intan khususnya golongan petani, penternak dan nelayan sekitar kawasan Teluk Intan semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum tahun 2008.

Jadi disini juga kita dapat melihat antara dua orang calon, seorang dari Barisan Nasional dan seorang lagi dari DAP yag langsung tiada pengalaman memimpin dan sepertimana yang beliau katakan bahawa dulu Saudara Khairy Jamaluddin juga tiada pengalaman apabila menjawab kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin bahawa calon DAP ini tiada pengalaman sebagai ahli parlimen.

Sangkakala tidak menafikan bahawa tidak seorang pun yang terus mempunyai pengalaman dan Datuk Mah Siew Keong juga tidak mempunyai pengalaman sebelum menjadi ahli parlimen tetapi beliau ( Datuk Mah) sebelum itu telah memenangi kerusi DUN Pasir Bedamar dalam Parlimen Teluk Intan.

Ini lah kelebihan calon Barisan Nasional dimana pengalaman menjadi ADUN dan Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri adalah harapan kepada kejayaan pembangunan di Teluk Intan.

DAP meletakkan Teluk Intan sebagai tempat ujikaji mereka dimana jika gagalnya calon ini nanti mentadbir Parlimen Teluk Intan, maka dengan mudah mereka akan menggantikan dengan orang lain sepertimana yang berlaku pada pru ke 12 hingga ke pru ke 13 dimana ahli parlimen DAP yang memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan, P Manogaran telah menghilangkan diri sepanjang tempoh 2008-2013 dan mereka menggantikannya pula dengan Seah Leong Peng.

Adakah perkara sama akan berlaku lagi di Teluk Intan jika calon DAP ini menang sebagai ahli parlimen?

Jika sekarang sahaja kita sudah lihat bahawa calon (DAP) ini tidak boleh melontarkan pendapat atau pandangan beliau sepertimana yang diajukan oleh wartawan dalam video diatas, apakah calon ini mampu untuk membawa suara akar umbi ke peringkat parlimen tanpa perlu mendapatkan kelulusan dari bigboss beliau iaitu Lim Kit Siang.

Dan oleh itu, Sangkakala melihat bahawa calon DAP Teluk Intan hanyalah bayangan Lim Kit Siang hanya semata mata untuk mendapat kemenangan.

Sayang anak melayu telah dilacurkan dalam arena politik jahat DAP yang lebih rasis daripada apa yang dikatakan oleh calon mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional.


#mohpilihmah #dyanasofya PENDIRIAN RASMIPERSATUAN ALUMNI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM (PIMPIN) BERHUBUNG KENYATAAN MENGENAI UiTM OLEH CALON PARTI DAP DI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN TELUK INTAN, PERAK


Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) ingin melahirkan kekesalan di atas kenyataan calon Parti Demokratik Rakyat (DAP), pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan;

Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun, seorang graduan undang-undang dari UiTM mengenai alma maternya yang dinyatakannya melalui siri ceramah kempen PRK Teluk Intan.

Meletakkan UiTM sebagai pusat tumpuan dan isi kempen bagi kawasan Parlimen yang mempunyai lebih 60 ribu pengundi berdaftar telah menjadikan masyarakat keliru dengan hala tuju perjuangan yang cuba diketengahkan. 

Dalam satu nada, Dyana mengangkat semangat Perlembagaan tetapi dalam nada yang lain, meletakkan UiTM yang merupakan material kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan pada neraca khayalan "ketidakadilan kaum" di Malaysia.

UiTM sebenarnya merupakan manifestasi kesatuan dan kefahaman total rakyat Malaysia terhadap kesuburan demokrasi di Malaysia. 

UiTM tidak akan wujud sekiranya quid pro quo tidak menjadi asas pembentukan dan simpulan tolak ansur rakyat yang diikat melalui Kontrak Sosial. 

Justeru, sebagai seorang warganegara yang baik, Dyana tidak perlu rasa bersalah sekiranya ada insan bukan Melayu/Bumiputera yang bertanya mengenai UiTM.

Malah, sebagai seorang graduan undang-undang yang telah ditempa kebijaksanaan oleh UiTM, terangkan sahaja dengan jelas dan yakin bahawa UiTM ini hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera. 

Dyana tidak perlu menjadi graduan UiTM pun sekiranya perkara asas mengenai negara dan institusinya seperti ini hendak diterangkan kepada khalayak umum. 

Pokoknya, Dyana tahu, faham dan jelas tetapi masih mahu menjadikan UiTM sebagai lauk cakap-cakap di pentas politik parti pilihannya.

Menyentuh perkara lain yang dibangkitkan mengenai UiTM dengan parti pemerintah, Dyana sendiri sebenarnya faham dan sedar bahawa tidak ada afiliasi mahupun polisi menjadi ahli parti politik tertentu apabila menjadi mahasiswa UiTM. 

Mempertahankan institusi seperti UiTM bukan menjadi tugas parti pemerintah sahaja bahkan ia adalah amanah yang perlu dipikul oleh setiap organisasi politik yang ada. 

Sekiranya parti yang didukungi beliau tidak mampu melaksanakan amanah ini, jangan sesekali memperlekeh usaha dan tanggungjawab yang dikelek oleh parti politik yang sentiasa menjunjung tinggi aspirasi rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Dalam soal lain yang membabitkan kemasukan golongan tertentu sahaja diterima masuk ke UiTM, Dyana menyerlahkan sisi semberono beliau dalam mengeluarkan kenyataan. 

Walau apa pun, kenyataan itu secara tidak langsung mengiktiraf peranan UiTM (yang dikenali sebagai ITM sebelum 1999) dalam memperkasa kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat peribumi tanah bertuah ini. 

Oleh kerana kejayaan UiTM melahirkan profesional dan teknokrat Melayu yang dapat mengubah landskap sosial negara serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat, maka para alumni yang telah mendapat manfaat tersebut meneruskan usaha dengan menghantar anak-anak mereka ke UiTM. 

Apakah Dyana bukan sebahagian daripada hasil kejayaan ini?

Walau bagaimanapun, kejayaan yang ada ini perlu terus disuburkan dan kini Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) diperkenal sebagai ruang untuk membantu anak-anak Bumiputera yang memerlukan. 

Pelaksanaan program ini bukanlah untuk mengambil sebahagian kek kekayaan negara daripada sesiapa malah ia akan membesarkan lagi kek tersebut agar limpahannya turut dirasai oleh yang lain atas semangat persaudaraan Perlembagaan Persekutuan.

Untuk itu, terang lagi bersuluh, UiTM merupakan simbol aspirasi seluruh rakyat Malaysia yang berpegang pada keluhuran Perlembagaan dan juga titik di mana 1Malaysia bermula. Bagaimana kita hendak terangkan kepada generasi akan datang, di mana letaknya akar persefahaman rakyat Malaysia jika UiTM yang bersandar semangat Perlembagaan sudah lenyap diwakafkan?

Kalau bukan kerana nama UiTM, Dyana pada hari ini mungkin tidak diberi ruang istimewa di dalam lingkaran parti politik yang sememangnya tidak mesra UiTM dari dahulu lagi. Kalau bukan kerana nama UiTM, Dyana pada hari ini mungkin masih merangkak mencari-cari pintu di dalam kesempitan demokrasi parti yang tidak mungkin memberi sinaran politik kepada orang Melayu di dalamnya. Kalau bukan kerana nama UiTM, Dyana pada hari ini mungkin tenggelam dalam lipatan dinasti kekeluargaan parti yang bersungguh mewakafkan UiTM untuk tidak lagi diisi oleh generasi Rozi, Shahril, Mahanum, Hafeez atau pun Asrul.

Justeru, PIMPIN menegaskan bahawa perihal mengenai UiTM tidak seharusnya menjadi isu di dalam mana-mana pentas sekiranya semangat Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa sebarang prejudis dan prasangka. Pemain-pemain politik seharusnya menggunakan pentas kempen sebagai medan memperkasa kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan apatah lagi menyebarkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat.

Gerak politik yang mengalunkan gendang kebencian serta mengelirukan sewajarnya ditolak. Semoga Dyana tidak lagi rasa bersalah untuk menerangkan dengan jelas dan yakin mengenai UiTM kepada sesiapa sahaja yang bertanya kepada beliau terutamanya kepada mentor- mentor di dalam parti yang diwakilinya.

UiTM Di Hatiku.

SAIFUL AZHAR SHAHARUN Presiden
Shah Alam, Selangor
21 Mei 2014
21 Rejab 1435 Hijrah



Sent from Samsung Mobile

Selasa, 20 Mei 2014

#DSIS @ismailsabri60 TERKEJUT TERIMA BUKU @tunfaisal

YB Dato' Sri Ismail Sabri semalam terkejut setelah menerima buku yang bernama 'coffee book'.

Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang jatuh pada tarikh semalam.



Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan.

Tindakan seperti sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka.

Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.


Ahad, 18 Mei 2014

ANAK DARA KELAHIRAN DAP AKAN MENENTANG HUKUM HUDUD

Dulu kita selalu didendangkan dengan kenyataan bahawa UMNO menentang hukum hudud sehinggalah terbukti baru baru ini bahawa ianya bohong semata mata apabila Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan ke atas mursyidul Am PAS dan berbincang tentang perkara tersebut.

Dan satu lagi bukti wujud apabila UMNO telah meminta supaya PAS membawa usul berkaitan dengan kanun rang undang undang hudud ke dalan sidang parlimen untuk dibuat undian namun PAS ternyata gagal untuk membawa usul berkenaan kerana tidak mungkin akan diterima oleh DAP.

Kali ini kita lihat berlangsungnya pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan yang mana DAP mengambil kesempatan dengan meletakkan calon Melayu semata mata untuk memenangi hati orang Melayu walaupun pada hakikat sebenarnya ia hanyalah lakonan semata mata.


Dyana Sofea dinobatkan sebagai calon DAP baru baru ini oleh Lim Kit Siang tetapi adakah anak Melayu ini akan menyokong apa yang dicadangkan oleh PAS sepertimana PAS akan turun bekerja bagi memastikan kemenangan beliau sebagai ahli parlimen?

Jawapannya tidak sama sekali kerana bagi Dyana, prinsip parti DAP menjadi pegangan utama beliau sehingga sanggup mengenepikan soal agama.

Apakah calon ini yang akan menjadi pilihan PAS di Teluk Intan? Atau mereka sekarang tidak peduli lagi tentang perjuangan menjayakan hukum hudud di Malaysia?


#MH370 TUN MAHATHIR MULA BERSUARA PERTIKAI SYARIKAT BOENG

Dah beberapa bulan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih lagi belum terjawab dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari pesawat dalam penerbangan ke Beijing tersebut.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula bersuara mempertikai kredibiliti syarikat pengeluar pesawat tersebut yamg dikatakan mempunyai akses untuk mengawal kapal terbang melalui pendaratan tanpa jurutebang sekiranya pesawat dirampas.

Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Tun M yang mana jika pesawat tersebut dilengkapi dengan sistem tersebut, mana mungkin juruterbang boleh menerbangkan pesawat sehingga kehabisan minyak dan dijunamkan ke dalam lautan.

Tun Mahathir juga mengatakan bahawa adalah satu kerugian mencari pesawat tersebut, jika Boeng sendiri tidak dapat memberikan penjelasan tentang sistem yang mereka miliki untuk mengawal semua pesawat keluaran mereka.

Tindakan menyalahkan kerajaan Malaysia dan pihak MAS juga adalah tidak adil kerana Boeng mengakui mempunyai sistem sebegitu canggih untuk mengawal sebuah pesawat yang sedang terbang.

Tun Mahathir juga kini mengesyaki bahawa kini ada seseorang yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dan ada kemungkinan pesawat tersebut kini berada di sebuah tempat dengan warna yang berlainan.

Apa apa pun, kita masih mengharapkan agar pesawat malang tersebut ditemui agar segala persoalan terjawab dan segala kekeliruan terungkai.



BERITA HARIAN MANIPULASI KENYATAAN PERDANA MENTERI

Begitu lama dalam bidang pemberitaan kali ini nampaknya akhbar Berita Harian gagal untuk memberikan fakta sebenar tentang kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kenaikan tarih elektrik negara.

Tarif elektrik sememangnya telah mengalami kenaikan sejak bulan Januari yang lepas dan perkara inibtelah diketahui sejak tahun lepas lagi.

Perdana Menteri sebenarnya telah menasihati pihak Tenaga Nasional Berhad agar syarikat elektrik negara itu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka berikutan kenaikan yang dilakukan dan bukannya sepertimana yang dilaporkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan lagi.

Selama 5 bulan kenaikan tarif elekteik telah berlaku dan pengguna yang menggunakan elektrik dengan nilai RM 70 kebawah sebenarnya tidak merasa kenaikan tersebut dimana yang lebih terasa adalah merekanyang menggunakan kuasa elektrik melebihi nilai RM 70 sebulan.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa tidak guna ada kenaikan jika mutu perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang diberikan owlh rakyat dimana masih ada gangguan bekalan elektrik terhadap pengguna.

Apa yang menjadi kesalan ialah, Berita Harian seolah olah mengatakan bahawa Perdana Menteri mengumumkan bahawa akan ada lagi kenaikan elektrik yang membuatkan ianya heboh di laman laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

Ianya juga telah menjadi mainan politik murahan pihak pembangkang ekoran laporan yang tidak tepat diberikan oleh Berita Harian.

Perdana Menteri juga telah mengingatkan pihak TNB bahawa pelabur agak sukar untuk melabur di Malaysia jika mutu perkhidmatan bekalan elektrik tidak ada penambah baikan dan rakyat akan merungut sekiranya mereka nerasakan kenaikan tidak setimpal dengan pembayaran.

Sangkakala harap, Berita Harian akan lebih peka bukannya buta atau tuli dalam membuat tafsiran dan maksud berita yang hendak disampaikan.



Sabtu, 17 Mei 2014

#DSIS @NajibRazak @ismailsabri60 DIVIDEN 10 PERATUS DANA PERTUBUHAN PELADANG @tunfaisal

Hari ini mencatat sejarah bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan ( NAFAS ) apabila pelancaran dividen diadakan secara rasmi oleh Perdana Menteri Pekan Pahang.


NAFAS kini mempunyai keahlian lebih dari 800 ribu orang dan dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Turut hadir ke pelancaran hari ini ialah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri, Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Adnan Yaakob, exco exco kerajaan Negeri Pahang, ahli lembaga Peladang Kebangsaan dan para pegawai serta ahli ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan.


Menurut Menteri Pertanian, Keanggotaan Dana Peladang Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 17 Disember 2012 semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan kali ke 39 di Berjaya Times Square.


Fokus utama Dana Peladang Kebangsaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada ahli dan rangkaian Pertubuhan Peladang yang melibatkan NAFAS, 14 PPN, 276 PPK, 396 unit Ahli Koperasi asas tani dan 826 ribu ahli peladang berdaftar di seluruh negara.

Dana Peladang Kebangsaan telah berjaya menggembeling dan menyatu deposit bernilai 100 juta dalam masa setahun dan ini adalah kejayaan yang luar biasa bagi sebuah entiti yang baru ditubuhkan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, Penggunaan Dana ini terbahagi kepada 6 perkara iaitu Pembiayaan Jangka Pendek, Pembiayaan Jangka Panjang, Projek Usaha Sama / Modal Teroka, Pembiayaan Sewa Beli Jentera Pertanian, Pembiayaan Kredit Berputar serta Ar-Rahnu.

Dalam ucapan alu aluan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Sri Ismail Sabri mengatakan bahawa sehingga kini, DPK telah melakukan pelbagai program promosi secara agresif bagi memperkasa dana ahli di seluruh negara.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada seluruh ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan di atas kejayaan ini.








#prktelukintan TARIF ELEKTRIK HANYA SPEKULASI MENJELANG PILIHANRAYA KECIL

Nampaknya portal pembangkang telah mula membuat serangan berikutan dengan semakin hampirnya hari penamaan calon di pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan tak lama lagi.


Kenaikan tarif sejak bulan januari lepas sebenarnya tidak memberikan kesan kepada pengguna yang menggunakan sumber tenaga tersebut dibawah nilai TM 70 sebulan.

Yang terasa kenaikan ini ialah mereka yang menggunakana bekalan elektrik pada kadar tinggi dan sebenarnya kenaikan ini juga menggalakkan rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan kuasa elektrik.

Tapi kenapa baru sekarang portal seperti Malaysiakini nak melalak mengatakan kadar tarif elektrik dinaikkan untuk mengelak kerugian segala bagai?

Sangkakala percaya bahawa ini semua adalah untuk mengalihkan isu keburukan pembangkang dan memberikan persepsi negatif kepada kerajaan.

5 bulan telah berlalu dan Sangkakala tak pernah dengar sebelum ni ada yang merungut tentang kadar tarif elektrik yang baru berkuat kuasa Januari yang lalu.


Jumaat, 16 Mei 2014

KEJAM !!! DIGANTUNG SEBAB BERSUARA

Memang kejam dan itu lah perkataan yang mampu Sangkakala.berikan kepada parti PKR yang sanggup menggantung keahlian seorang pencabar dalam pertandingan hanya semata mata beliau bersuara.


Manikavasagam telah digantung keahlian hanya semata mata mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Khalid Ibrahim terlibat dalam politik wang bagi pemilihan cabang Kuala Selangor hingga ke pengetahuan media.

Ininke yang dikatakan kebebasan bersuara yang selalu dilaungkan oleh para pemimpin PKR dan mereka memgatakan bahawa UMNO menghalang kebebasan bersuara bagi ahli ahlinya.

Apa yang berlaku kini ialah, baru sahaja bersuara membuat dakwaan, terus keahlian digantung dan ini menampakkan bahawa PKR tidak menghormati ahli ahlinya sendiri.

Begitu juga dalam pemilihan, Sangkakala dengar terlalu banyak permasaalahan yang berlaku dan tidak kurang juga beberapa kawasan terpaksa di gantung pemilihannya akibat dari pergaduhan sesama mereka sendiri.

PKR telah dilahirkan melalui himpunan haram reformasi pada hujung 90an dulu, dan sehingga kini, parti teraebut masih lagi terbawa bawa sikap merusuh mereka ke dalam parti.

Tapi yang kelakarnya pulak, ada sesetengah ahli PKR yamg bangang menyalahkan UMNO kerana dikatakan punca.segala permasaalahan tersebut.

Tolong jangan jadi bangang ye, parti korang memang parti huru hara, jadi jangan nak salahkan sesiapa pulak, salahkan ahli korang yang macam kera tu.





Khamis, 15 Mei 2014

ALI RUSTAM MENDAHULUI UNDIAN DALAM FACEBOOK @NajibRazak

Nampak gayanya ramai dikalangan penggiat media di dalam laman facebook menyokong jika Datuk Seri Ali Rustam menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru.


Dalam masa satu jam sahaja nampaknya 116 orang bersetuju dengan undian jika Tok Ali menjadi Setiausaha Agung UMNO dan hanya 7 yang tidak bersetuju.

Kepada yang nak mengundi, boleh undi disini..

https://www.facebook.com/groups/lu.langsi.II/permalink/331880423625942/

Bagi Sangkakala, ini adalah satu permintaan dari akar umbi yang mana majoriti daripada mereka mahukan perubahan.

Jadi disini Sangkakala rasa ada baiknya jika Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO memberikan jawatan tersebut kepada Tok Ali dan Sangkakala percaya To Ali mampu untuk melaksanakan tugas tersebut.

Dalam masa sekarang, ramai dikalangan penggiat media khususnya orang UMNO mahukan perubahan dalam jawatan Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Ini adalah harapan orang UMNO yang rata ratanya mahukan perubahan dalam penstrukturan UMNO itu sendiri.



CYBERTROOPER @tengkuadnanreal CUBA PERTAHAN BOSS ??? BERJAYA KE ???

Sangkakala nak bagi tau le dekat dengan ramai dikalangan pejuang maya yang merasakan Tengku Adnan memang dah tak layak menduduki kerusi empuk di PWTC sebagai Setiausaha Agung.

Tapi yang hairannya, masih ada segelintir yang begitu fanatik mempertahankan kedudukan Menteri Wilayah berkenaan sampaikan bila Sangkakala menulis pasal Ku Nan, bangkai hidup ni kata Sangkakala blogger sampah.


Sangkakala bukan bermasalah apa dengan cybertrooper sekor ni tapi oleh kerana dia bersahabat dengan Ku Nan dan juga Setiausaha Akhbar kepada Ku Nan, Yop Hisamudin jadi beriya iyalah cybertrooper ni menyerang Sangkakala.


Agak agak berapa le cybertrooper ni dibayar oleh Setiausaha Akhbar Ku Nan pada bangkai hidup ni agaknya.


Atau pun mungkin juga dijanjikan dengan apa apa projek kot almaklumlah bukan susah sangat.

Yang jadi bangkai ni pulak beriya lah sangat mengata itu dan ini dengan harapan Sangkakala akan berhenti memberi dari pada mengkritik boss bangkai ni tadi..

Sorry ye bro..Sangkakala akan terus menulis pasal Ku Nan dan mungkin nanti Sangkakala nak perkenalkan pulak isteri Ku Nan pada seluruh rakyat Malaysia.


KU NAN GAGAL !!! ALI RUSTAM AMBIL ALIH !!! @NajibRazak

Tadi Sangkakala ada menulis tentang Tok Ali atau YB Datuk Seri Ali Rustam yang dikatakan akan menggantikan tempat Setiausaha Agung UMNO.


Disini Sangkakala nak buat sambungan apabila ada dikalangan rakan rakan yang bertanya, kenapa perlu di tukar Setiausaha Agung UMNO yang sedia ada sekarang.

Dalam beberapa artikel yang lepas, Sangkakala juga ada menulis tentang Setiausaha Agung UMNO yang ada sekatang ni tentang beberapa kemelut yang melanda.

Tapi apa yang pasti, Tengku Adnan sebenarnya gagal menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO dalam menyelesaikan badai yang melanda di Terengganu.


Memang benar, sekarang ni YB Datuk Seri Ahmad Said yang merupakan bekas Menteri Besar telah bertindak untuk menyertai semula UMNO dan melupakan hasrat untuk menjadi calon bebas.

Jika diikuti rentetan kejadian, Mat Said dikatakan telah memberitahu bahawa beliau akan melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di Kemaman dan beliau juga mengatakan bahawa pwrkara ini telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri.

Tapi dalam masa yang sama, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan majlis yang diadakan pada 17 Mei nanti dan Perdana Menteri mengandaikan bahawa majlis yang diadakan pada 10 Mei lalu telah selesai.

Dan dengan kekeliruan itu juga, maka kekeliruan dan salah faham telah berlaku hingga membuatkan Mat Said bertindak keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas.

Tetapi setelah Perdana Menteri mendapat tahu kedudukan yang sebenar, maka kemelut yang melanda di negeri Penyu ini dapat diatasi dengan begitu baik dan pwnih sifat kekeluargaan.

Tapi persoalannya disini, kenapa perkara ini tidak diselesaikan oleh orang yang diwakilkan oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara tersebut?

Siapa yang diarahkan oleh Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut Tetengganu?

Setahu Sangkakala, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia telah dikerahkan untuk pergi mencari jalan penyelesaian, tapi apa yang berlaku, Mat Said bertindak keluar parti sejurus Menteri Besar Terengganu yang baru mengangkat sumpah jawatan beliau dihadapan Sultan.

Satu lagi persoalan yang bermain di kepala Sangkalala ialah, apakah benar bahawa Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan bahawa majlis perkahwinan anak Mat Said adalah masalah peribadi beliau?

Pada jangkaan Sangkakala, takkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap seorang pemimpin sebuah negeri.

Jadi disini Sangkakala merasakan bahawa Ku Nan GAGAL melaksanakan apa yang diarahkan oleh Perdana Menteri iaitu menyelesaikan permasalahan.

Jadi adalah lebih baik jika Ku Nan melepaskan jawatan tersebut dan ada juga bagusnya jika Tok Ali pula mengambil alih jawatan Setiausaha Agung UMNO yang baru.

Tok Ali pun bukan orang baru dalam politik dan Sangkakala yakin Tok Ali mampu untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran UMNO Malaysia.


ALI RUSTAM BAKAL SETIAUSAHA AGUNG YANG BARU @NajibRazak

Ramai menaikkan status di laman facebook yang mengatakan bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam akan menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru menggantikan Tengku Adnan Tengku Mansor.


Bagi Sangkakala ini satu pembaharuan yang baik jika UMNO dan Barisan Nasional mahu melakukan perubahan.

Datuk Seri Ali Rustam dilihat lebih mesra bersama rakyat dan walaupun beliau kini tidak memegang apa apa jawatan dalam kerajaan, tapi beliau masih meneruskan khidmat bersama masyarakat.

UMNO perlukan perubahan dimana ianya selaras dengan apa yang dilakukan oleh UMNO kini yang mahukan segala bentuk idea dan cadangan yang baru untuk memantapkan parti.

Bagi Sangkakala, jika Perdana Menteri mengambil tindakan menukar Setiausaha Agung UMNO yang ada kini kepada Ali Rustam, maka terlaksanalah sudah pembaharuan yang dirancang selama ini.

Sangkakala juga amat yakin dan percaya, bahawa ramai yang akan bersetuju jika Datuk Seri Ali Rustam atau lebih dikenali sebagai Tok Ali sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru.


Rabu, 14 Mei 2014

#prktelukintan AKSI TERLAMPAU CALON DAP TELUK INTAN ???

Wahwahwah..gambar ni sekarang tersebar merata dalam laman facebook yang mengatakan gambar bakal calon DAP yang dikatakan akan bertanding di PRK Teluk Intan tak lama lagi.


Bila diamati gambar diatas, Sangkakala terfikir, kenapa takde sorang pun dikalangan alim ulama PAS yang menegur gadis berbangsa melayu ini supaya berpakaian lebih elok dan menutup aurat? Kalau betul gambar dia la.

Adakah PAS akan mengatakan bahawa itu hak peribadi beliau sebagai seorang manusia?

Kalau puteri UMNO la puak puak PAS ni dapat gambar yang macam ni, Sangkakala rasa mau terbakar wall facebook dengan kejian dan cacian.

Tapi kali ni Sangkakala tengok semua diamkan diri je.

Setahu Sangkakala, di Teluk Intan agak ramai juga pengikut pengikut PAS dan mungkinkah mereka akan tetap menyokong calon yang dikatakan akan menjadi wakil kepada DAP di PRK Teluk Intan nanti.

Jadi kita sama sama saksikan, kalau diakdirkan menanglah calon DAP ni, memang le puak ulama serban PAS ni cukup bekenan dengan cara berpakaian dan yang paling penting rasanya puak puak ni suka tengok yang terbonjol atas bawah tu..


#prktelukintan PEGUAM YANG MELACURKAN BANGSA MELAYU

Agak mengecewakan apabila ada anak bangsa yang sanggup melacurkan masa depan anak bangsanya sendiri hanya semata mata kerana cina DAP.

Itulah yang dilakukan oleh Sofia yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Lim Kit Siang dan dikatakan juga bakal menjadi calon ahli parlimen Teluk Intan dalam Pilihanraya Kecil kawasan tersebut pada 31 Mei nanti.


Kalau dilihat dari segi rupa paras, anak kelahiran Ipoh ni agak boleh tahan juga dan kalau dari segi pelajaran,  juga agak menarik perhatian.

Tapi apabila sampai ke sikap, Sangkakala rasa ini le manusia yang gagal diantara yang paling gagal.

Sangkakala berani kata budak ni gagal sebab, dia gagal memperjuangkan bangsanya sendiri tetapi lebih berjuang kepada bangsa yang mahu memusnahkan bangsanya.

Sofia ni dulu menuntut di UITM dan dikatakan mengambil jurusan undang undang di Universiti tersebut.

Tidakkah Sofia ni tahu bahawa siapa yang memperjuangkan UITM tempat beliau menuntut ilmu? Dan apa pula yang diperkatakan oleh Cina DAP tentang kemasukan pelajar Melayu ke dalam UITM tempat beliau menuntut?

Hari ini dengan mudah budak perempuan ini melacurkan tempat dimana beliau menuntut ilmu dan dengan mudah beliau melacurkan nasib anak bangsanya sendiri.

Ibarata bakar jambatan setelah menyeberang, itu juga yang Sangkakala berani katakan kepada budak perempuan tak sedar diri ni.

Pengajaran sepatutnya diberikan kepada manusia yang kufur nikmat macam si Sofia ni, supaya lebih tahu apa kelebihan dia menjadi Melayu di tanah air ini dan bukannya menidakkan hak Melayu lain.



@hishammuddinH2O BASPEL PERSATUAN PEMANDU ATAU PERSATUAN PENYAMUN

Pernah dengar pasal BASPEL atau lebih dikenali sebagai persatuan pemandu bas pelancong 1 Malaysia?

Mungkin para pembaca sekalian tak pernah dengar nama persatuan ni kan?

Jadi disini Sangkakala akan cerita kan sedikit sebanyak tentang BASPEL yang sebenarnya giat mencari peruntukan untuk melakukan aktiviti disamping mencari gaji bulanan untuk para pengikutnya.

Kenapa Sangkakala kali ini tiba tiba teringat untuk menulis tentang BASPEL? Sebab ada tragedi yang melanda kepada para peserta yang mengikuti rombongan persatuan ini ke Sabah pada bulan April yang lalu.

Ceritanya bermula begini, Sangkakala mendapat laporan daripada peserta rombongan media dimana kononnya mereka ini dijemput untuk membuat liputan berkaitan dengan regata di Semporna Sabah.

Pada permulaan perancangan memang ianya amat baik sekali dan perancangan yamg dibuat seolah olah tersusun dengan rapi, tapi apanyang berlaku setelah sampai ke negeri dibawah bayu, amatlah mendukacitakan.

Peserta dikatakan telah bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan MAS yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat penerbangan tersebut tetapi, ada pula peserta yang dikatakan terpaksa menaiki pesawat AirAsia.

Macam mana boleh jadi macam tu? Adakah BASPEL menggunakan peruntukan tersebut ke jalan lain?

Sangkakala membuat sedikit risikan daripada kementerian pengangkutan dan dari apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, pihak kementerian ada mengeluarkan peruntukan untuk membiayai perbelanjaan para paserta yang terlibat tapi dari apa yang Sangkakala dimaklumkan setelah membuat pertanyaan kepada peserta, tidak ada satu sen pun yang diberikan kepada para peserta.

Kemana agaknya duit peruntukan tersebut telah hilang?

Setibanya di Sabah, peserta juga kononnya telah diagih agihkan atau dipecah pecahkan kumpulan yang mana kalau mengikut perjanjian asalnya, peserta ditempatkan di sebuah hotel, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku.

Disini Sangkakala nak beritahu sikit pada Menteri Pengangkutan, walaupun persatuan ini menggunakan nama 1 Malaysia, sila pastikan dahulu siapa disebalik persatuan ini.

Setahu Sangkakala, tugas persatuan adalah untuk mengambil berat tentang ahli mereka dimana dalam kes BASPEL, Sangkakala tidak nampaj persatuan ini berbuat demikian.

Apa yang dilakukan oleh persatuan ini menurut apa yang diberitakan kepada Sangkakala, hanyalah untuk mengisi tembolok pengerusi serta ahli jawatankuasa yang mana mereka menggunakan nama persatuan untuk mendapatkan peruntukan.

Jadi kepada Menteri yang bertanggungjawab, Sangkakala minta supaya persatuan ini disiasat apa tujuan sebenar penubuhannya dan adakah ianya mengikut sepertimana yang dirancangkan.


Selasa, 13 Mei 2014

@NajibRazak CYTRO @tengkuadnanreal TERUS MENYERANG LAKSANA PANGLIMA PONDAN


Hahaha..Sangkakala ketawa bagai nak pecah perut bila ada cytro Tengku Adnan yang merupakan Menteri Wilayah merangkap Setiausaha Agung UMNO ni cuba menyerang Sangkakala dengan memberikan komen dalam blog Sangkakala.

Cytro ni memberikan komen dalam artikel yang mana Sangkakala katakan bahawa Tengku Adnan dan Datuk Raof gagal memberikan taklimat kepada ADUN Barisan Nasional di Terengganu semalam.


Sangkakala mengeluarkan artikel berpandukan daripada apa yang dilakukan oleh kedua dua orang Setiausaha yang mana Sangkakala dimaklumkan mereka ini telah diarahkan untuk memberikan taklimat tentang pengunduran dan perletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu.

Bagi Sangkakala, jika taklimat kena pada tempat dan sasarannya, maka tidaklah ada kekecohan yang berlaku dan perkara keluar parti ni juga takkan berlaku.

Tapi oleh kerana kegagalan inilah, maka perkara tersebut terjadi dan ramai yang cuba menyalahkan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tentang permasaalahan ini sedangkan sudah semestinya atas arahan presiden maka kedua dua orang Setiausaha ini bergegas ke Terengganu untuk memberikan taklimat.

Yang lebih melucukan lagi ialah, cytro yang kemungkinan besar diupah oleh Ku Nan melalui Setiausaha Akhbar beliau ini bacuk tak berani mengeluarkan nama beliau, cuma berani pakai 'TanpaNama'.


Berapa Yop bayar pada lu bro? Lepas komen printscreen tunjuk bukti untuk buat claim ke?

Kalau Sangkakala jadi Ku Nan, Sangkakala akan berasa malu dengan kehafiran cytro yang bacul macam pondan ni.


RM 8 JUTA BINA KILANG PADI PPK DI GERAI #DSIS @ismailsabri60 @tunfaisal


BESUT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi membina sebuah kilang padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pembinaan kilang berkapasiti 20,000 tan setahun itu membolehkan padi yang dihasilkan petani di daerah Besut dan Setiu dijual kembali kepada petani dan keperluan pasaran luar.

Menurutnya, kemudahan itu dibantu dengan kewujudan Pusat Pengumpulan Belian Padi PPK Gerai, Pelagat, Kerandang serta Setiu yang mencapai kapasiti sehingga 28,000 tan.

Beliau berkata, keputusan meluluskan pembinaan kilang itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan 7,812 petani serta keluasan tanaman padi sebanyak 10,3714 hektar dengan purata hasil pengeluaran antara tiga hingga lima tan.

"Dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad tempoh hari, beliau ada membangkitkan isu keperluan kilang pemprosesan padi di Besut.

"Permohonan ini telah dikemukakan sejak tahun 2000 dan saya difahamkan bahawa selama ini petani dan Pertubuhan Peladang akan menghantar padi ke kilang Bernas di Besut dan Setiu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dana Kebajikan Sub Sektor Padi Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpulan Padi Kawasan Gerai di Kampung Alor Keladi di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Selain Nawi, yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Saipolbahri Suib.

Ismail Sabri turut menyarankan kilang yang bakal dibina itu membeli dan memproses padi dari Pasir Puteh, Kelantan agar peruntukan itu dapat dimanfaatkan bersama.

Menurut beliau, bagi mengukuh­kan peranan Pertubuhan Peladang dalam subsektor padi, empat Pusat Pengumpulan Padi akan diwujudkan di PPK Bintong, Padang Serai, Seberang Perak dan Machang, manakala empat Pusat Pengumpulan Padi sedia ada akan dinaik taraf.


Sent from Samsung Mobile

@NajibRazak @tengkuadnanreal SUA DAN SUK UMNO GAGAL BERI TAKLIMAT PADA ADUN BN TERENGGANU

Selepas perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu semalam kita dapat melihat beberapa lagi ADUN Barisan Nasional telah bertindak keluar daripada UMNO termasuk juga dengan mantan Menteri Besar.

Kalau nak diikutkan daripada awalan permasalahan ini wujud, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia rasanya telah diarahkan untuk pergi menyelasaikan perkara tersebut dan kedua dua mereka ini telah bergegas ke Terengganu khabarnya.

Tapi kenapa masih ada yang bertindak keluar dari parti? Apakah taklimat yang diberikan tidak cukup ampuh atau memang dirancang sebegitu?

Sangkakala tidak berasa terkejut dengan apa yang berlaku apabila melihat kedua dua Setiausaha ini bercakap endah tak endah dalam berita yang di siarkan oleh TV3 malam tadi.

Apa yang Sangkakala perhatikan dan andaikan, jika penerangan diberikan secara betul, Sangkakala merasakan bahawa perkara sebegini tidak akan berlaku dan kemungkinan besar ianya dapat dielak.

Tapi oleh kerana yang dihantar untuk berbincang dan memberikan taklimat hanya melepas batok ditangga, maka kekeliruan dan kekalutan telah berlaku.

Jadi disini Sangkakala rasa, ada baiknya jika kedua dua Setiausaha ini yang melepaskan jawatan diatas kegagalan mereka untuk memberikan keyakinan kepada ADUN ADUN dari Barisan Nasional yang lain agar tidak tersalah anggap dengan apa yang berlaku.



KESETIAAN MAT SAID BERSAMA UMNO MEMANG RAPUH DAN LONGGAR

Semalam telah berlaku satu situasi dimana Menteri Besar Terengganu telah bertukar dari pada Datuk Seri Ahmad Said kepada YB Dato Ahmad Razif.


Upacara mengangkat sumpah telah diadakan di Istana Terengganu pada malam tadi dan selang beberapa jam kemudian, mantan Menteri Besar telah bertindak keluar daripada parti diikuti oleh seorang lagi dan kini dikatakan ada 4 orang lagi ADUN dari Barisan Nasional mengikut tindakan sama.

Alasan Mat Said amat mudah kenapa beliau bertindak keluar daripada UMNO dana alasan yang beliau berikan adalah kerana anak beliau akan berkahwin pada 17 Mei nanti dan beliau mengatakan bahawa beliau telah memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri.

Persoalan disini, adakah Mat Said akan melepaskan jawatan Menteri Besar secara jujur jika peluang untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan itu berlangsung diberikan?

Atau adakah perkara sama akan berlaku dimana beliau akan keluar dari UMNO dan bertindak menjadi ADUN bebas di negeri tersebut?

Apa yang Sangkakala lihat, Mat Said tetap akan bertindak keluar dari UMNO walau apa peluang diberikan kepada beliau ketana bagi Sangkakala, pemimpin seperti ini hanya memerlukan jawatan dan bukan berpaksi kepada perjuangan.

Sangkakala juga berani mengatakan bahawa Mat Said pada hari ini ialah pengkhianat kepada UMNO dan derhaka terhadap Sultan Terengganu.

Kenapa Sangkakala derhaka?

Malam tadi DYMM Sultan Mizan telah berkenan untuk menerima perlantikan Menteri Besar yang baru dan Baginda berkenan untuk menerima upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Tapi selepas beberapa jam, Mat Said bertindak keluar dari UMNO bersama seorang lagi ADUN yang membuatkan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan dan Menteri Besar yang baru dilantik tidak mendapat majoriti kerusi bagi menjalankan tugas seperti biasa.

Ini juga membuktikan bahawa Mat Said tidak menerima perkenan Tuanku Sultan diatas perlantikan Menteri Besar tersebut.

Mungkin ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Mat Said sebab alasan yang beliau berikan, tapi bagaimana pula dengan ADUN ADUN yang tidak ada kena mengena dengan majlis tersebut? Apa pila alasan mereka?

Walaupun begitu, Sangkakala tidak mengatakan semua pemimpin gilakan kuasa dan jawatan sepertimana Mat Said, ada juga beberapa pemimpin yang pernah menerima nasib sama tetapi masih lagi setia bersama dengan UMNO.

Sangkakala ambil contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden dan kemudian ditarik balik dan digantung dari keahlian namun masih lagi setia bersama sama UMNO hingga ke hari ini.

Tapi bagaimana pula dengan Mat Said yang mengambil tindakan menongkah arus setelah tidak memegang jawatan sebagai Menteri Besar?

Sangkakala rasa ada baiknya juga pertukaran Menteri Besar dilakukan di Terengganu kerana dengan itu kita dapat melihat sejauh mana kesetiaan dan rupa sebenar pemimpin di peringkat negeri Terengganu.


Isnin, 12 Mei 2014

#PRKTasikGelugur KENYATAAN AZMIN SINDIR DAP DAN PEMIMPIN PAKATAN

Nampak gayanya Azmin juga sudah mula pandai pukul anak sindir menantu dalam mengatakan tentang parti dalam gabungan pakatan rakyat.

Azmin Ali yang merupakan timbalan presiden PKR mengatakan bahawa Barisan Nasional meletakkan proksi bagi bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor.


Azmin juga mendakwa bahawa Barisan Nasional tidak dapat mencari calon untuk bertanding berikutan keputusan Barisan Nasional yang mengambil keputusan tidak meletakkan calon di kawadan tersebut tetapi mengambil pendekatan untuk berjuang habis habisan di PRK Teluk Intan.

Cuba kita perhatikan semula, agaknya siapa yang tidak mampu mencari calon yang sebenarnya, adakah Barisan Nasional atau Pakatan Pembangkang yang tidak mampu mencari calon?

Barisan Nasional mengambil keputusan untuk tidak bertanding di PRK Bukit Gelugor kerana nak menumpukan geak kerja di Teluk Intan.

Tapi pakatan pembangkang pula meletakkan calon yang merupakan anak mendiang Karpal Singh yang juga merupakan ahli parlimen kawasan tersebut sebelum ini.

Jika Pakatan pembangkang mempunyai calon yang mampu diketengahkan, kenapa anak kepada Karpal yang diletakkan dalam PRK tersebut? Apakah Pakatan Pembangkang sudah tidak mempunyai calon lain selain dari meletakkan keturunan Karpal?

Kepada Azmin Ali, kalau nak bercakap tu agak agak le sikit, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.

Tapi kenyataan Azmin ni kemungkinan juga ada kaitan dengan pemilihan PKR yang mana kita dapat lihat bahawa semasa penamaan calon yang bertanding, Anwar dikatakan akan bertanding menentang Wan Azizah yang juga merupakan Isteri beliau dan anak beliau sendiri iaitu Nurul Izzah bertanding sebagai Naib Presiden.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang meletakkan Lim Guan Eng sebagai ADUN di Pulau Pinang dan seterusnya menjadi Ketua Menteri di negeri tersebut.

Nik Aziz pula meletakkan Nik Abduh sebagai wakil rakyat dan semua ini adalah kroni kepada pemimpin tertinggi parti.

Adakah pakatan tidak mampu untuk meletakkan orang lain sebagai calon tidak kira didalam parti atau di dalam pertandingan dalam pilihanraya?


258 DAFTAR PROGRAM BANTUAN TANAMAN SEMULA #DSIS @ismailsabri60 @tunfaisal


TEMERLOH - Meskipun tempoh akhir permohonan program bantuan tanaman semula pokok buah-buahan terpilih akan berakhir bulan depan, hanya 258 peserta memohon me­nyertai program tersebut setakat ini melibatkan peruntukan sebanyak RM887,832.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, daripada jumlah itu, daerah Bentong merekodkan jumlah peserta tertinggi iaitu 52 orang manakala dua daerah iaitu Rompin dan Kuantan masih belum mendaftar mana-mana peserta.

"Jadi saya minta pegawai-pegawai pertanian yang terlibat supaya turun padang untuk tujuan pendaftaran peserta demi kebaikan masyarakat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Hari Terbuka Pejabat Pertanian Daerah Temerloh dan Promosi Nangka 2014 di Dewan Sri Kerinau di sini kelmarin.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih bagi melon­jakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan sasaran me­libatkan kira-kira 6,000 peserta dari seluruh negara.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan program itu bertujuan memajukan lagi sektor pertanian negara khususnya industri buah-buahan tempatan.

Menurut Shafik Fauzan, program bantuan tanaman semula berkenaan melibatkan buah-buahan terpilih yang mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa seperti durian Musang King, mangga, manggis dan nangka.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, antara masalah dihadapi adalah kekurangan jentera pertanian yang kebanyakannya telah uzur.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya akan memperluaskan program pinjaman pembelian jentera kepada petani seperti yang telah dilaksanakan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan Rompin.

SUMBER UTUSAN 
Sent from Samsung Mobile

FAMA LANCAR PASAR TANI MASJID #DSIS @ismailsabri60 @tunfaisal


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melancarkan Pasar Tani Masjid perintis di perkarangan Masjid Bandar Baru Air Itam di sini sebagai inisiatif mengimarahkan masjid dengan aktiviti keusahawanan.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, mengikut perancangan pasar tani masjid akan dibuka di setiap negeri.

"Mana-mana masjid yang berminat untuk menganjurkan pasar tani, mereka boleh memohon kepada FAMA di negeri masing-masing untuk berbuat demikian, kita memang mengalu-alukannya," katanya.

Pasar Tani Masjid ini memberi ruang kepada usahawan untuk menambah pendapatan dan mereka perlu merebut peluang disediakan ini selain mengimarahkan masjid, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pasar Tani Masjid itu dan Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) Pulau Pinang. - BERNAMA

Sent from Samsung Mobile

NURUL IZZAH KECEWA AHLI PKR MACAM KERA !!!

Nampaknya Nurul Izzah amat kecewa dengan pemilihan parti yang dilangsungkan kali ini apa bila banyak terjadi kekecohan seperti pergaduhan dan sebagainya.

Izzah juga selaku Naib Presiden PKR mengatakan bahawa kaedah lama perlu dilakukan semula iaitu meletakkan gambar seta nombor pada kertas undi dan dipangkah pada kotak bersebelahan.

Tapi bukan ke itu cara yang digunakan oleh SPR dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan di Malaysia dan bukankah PKR sendiri yang merungut mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya tapi kali ini Naib Presiden PKR meminta cara SPR digunakan semula, tak ke jadi agak pelik tu.


Pemilihan PKR sama macam pemilihan nak memilih kepala ganster, dengan kerusi meja melayang, bertumbuk terajang, pukul dengan kerusi dan pelbagai lagi.

Semua rakyat Malaysia tahu yang PKR adalah hasil daripada himpunan tepi jalan jadi sampai sekarang masih lagi terbawa bawa perangai lama.

Video dalam gambar dibawah [klik gambar]..


Sepatutnya Nurul serta seluruh kepimpinan PKR berasa amat malu kepada SPR yang selama ini menjalankan pilihanraya secara aman dan jika ada pergaduhan pun, ianya berpunca daripada kumpulan pembangkang sendiri dan ianya masih boleh dikawal.

Tapi dalam pemilihan PKR, apa yang Sangkakala nampak, pergaduhan sesama sendiri berlaku dan adakah ini sebagai saru contoh tauladan yang baik bagi sebuah parti yang beriya sangat nak menakluki negara?

Ahli parti sendiri pun tak dapat nak kawal, adakah PKR mampu untuk mengawal sebuah negara?

Fikir fikirkanlah.


Ahad, 11 Mei 2014

PANAS !!! PERGADUHAN DALAM PEMILIHAN PKR KUALA LANGAT

Apa punya bangang le pengikut PKR ni, pemilihan pun boleh gaduh besar ke? Sampai pukul memukul sesama sendiri.

Kata UMNO tu teruk, tapi sekarang boleh tengok rupa kera kera ni semasa pemilihan.


Apa dah jadi? Ini ke parti yang dikatakan akan membela nasib rakyat kalau dah sesama mereka sendiri bercakaran?


SUA KU NAN GUNA RAKAN TEMBAK BLOGGER DALAM FACEBOOK ???

Tertarik pula Sangkakala dengan penulisan seorang rakan blogger yang mengatakan bahawa Setiusaha Akhbar kepada Menteri Wilayah yang mengheret rakan facebook beliau untuk menyerang blogger di laman tersebut.

Baca DISINI...

Seperti yang rakan blogger ni tuliskan, Sangkakala juga sebenarnya telah menegur Menteri Wilayah merangkap Setiausaha Agung UMNO ini beberapa kali dalam laman blog Sangkakala.

Sangkakala membuat teguran apabila 2 keping gambar Menteri ni menaiki pesawat untuk menunaikan umrah dan kembali dari menunaikan umrah tersebar di kalangan ketua ketua cawangan.

Bagi Sangkakala teguran ini sepertimana yang dikatakan oleh rakan blogger dalam pautan tadi, adalah untuk memberikan kesedaran kepada Ku Nan dan ianya adalah sahih.

Ada juga yang mengatakan bahawa jasa Ku Nan dalam parti perlu dilihat, dan bagi Sangkakala pula, jasa tersebut tidak menghalalkan cara atau membuatkan para blogger pro kerajaan berdiam diri dengan kesilapan yang dilakukan.

Tapi apa yang mengecewakan ialah, teguran ini tidak diambil berat oleh Setiausaha Akhbar Ku Nan, malah rakan facebook beliau menyerang para blogger dan ada kemungkinan termasuklah diri Sangkakala dan kemungkinan besar, ini adalah arahan atau permintaan dari Setiausaha Akhbar Ku Nan sendiri.

Jadi disini Sangkakala rasa sebagai seorang Setiausaha Akhbar, adalah lebih baik beliau menasihati Ku Nan agar tidak terlalu menunjukkan kekayaan atau harta yang beliau miliki kerana dengan cara menunjuk nunjuk ini akan membuat orang ramai bertambah meluat dengan UMNO.


PAS DITELANJANGKAN OLEH PRESIDEN SENDIRI

Keputusan untuk membatalkan niat membawa usul rang undang undang persendirian hukum hudud jelas menunjukkan siapa pemimpin PAS yang sebenarnya.


Presiden PAS memberikan alasan bahawa mereka bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan Pusat.

Apa yang Sangkakala nak persoalkan disini, adakah alasan yang diberikan itu benar sepertimana yang diperkatakan oleh Presiden PAS? Atau ianya hanyalah satu alasan bagi membolehkan mereka tidak ditendang keluar oleh DAP dan PKR dari pakatan?

PAS selama ini begitu beriya sangat hendak membawa hukum hudud hingga mereka mengatakan bahawa UMNO itu kafir kerana tidak menyokong hudud yang dicitakan oleh parti tersebut.

Tapi kini siapa pula yang mengususllkan jawatan kuasa khas untuk menuju kearah perlaksanaan hukum tersebut?

UMNO selama ini tidak pernah menolak hukum hudud didalam Al-Quran tetapi menolak hukum hudud yang hendak direalisasikan oleh PAS.

Kini nampaknya PAS ditelanjangkan sendiri oleh Presiden mereka dengan membuat keputusan tidak membawa rang undang undang hudud ke dewan rakyat dan ini semua kemungkinan besar adalah kerana PAS risau tidak mendapat sokongan daripada ahli parlimen bukan Islam terutama dari PAS dan PKR.



Sabtu, 10 Mei 2014

#prktelukintan MAH SIEW KEONG BAKAL BAWA KEKALAHAN BARISAN NASIONAL @NajibRazak

Sangkakala dengar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berhasrat untuk bertanding semula di Teluk Intan dalam Pilihanraya Kecil kawasan Teluk Intan pada 31 Mei nanti.


Mah pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Teluk Intan dan tewas di tangan calon DAP, Manogaran dan pada tahun 2013 beliau kalah sekali lagi kepada mendiang Seah Leong Peng.

Kalau tahun 2008, tsunami politik dimana kebanyakan rakyat dikhabarkan menolak Barisan Nasional namun pada tahun 2013 apa pula masalahnya?

Masalahnya disini, rakyat di Teluk Intan memang menolak kepimpinan Mah Siew Keong kerana beberapa sebab.

Sangkakala dimaklumkan, antara sebab sebab beliau tidak disenangi oleh pengundi Teluk Intan seterusnya menolak beliau ialah kerana cara perhubungan beliau di kawasan dan ada pelbagai lagi yang di sebut tapi Sangkakala rasa tak perlu Sangkakala huraikan disini.

Apa yang pasti ialah, rakyat sememangnya menolak kehadiran Mah Siew Keong sebagai ahli parlimen dan jika beliau diletakkan lagi sebagai calon PRK kali ini, Sangkakala amat yakin bahawa kekalahn Barisan Nasional sudah berada di ambang pintu.

Sudah dua kali Mah diberi peluang, namun kedua duanya tidak menampakkan peningkatan daripada kejatuhan beliau.

Kali pertama Mah mengalami kekalahan semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan kalau dihitung semula, pilihanraya umum sebelum tahun 2008, Barisan Nasional mendapat undi paling maksimum dan selaku Timbalan Menteri kekalahan beliau di kawasan kubu kuat Barisan Nasional adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Tapi kalau kali ini beliau dicalonkan dan kalah sekali lagi, ini bukan sesuatu yang mengejutkan malah sudah dijangka daripada awal.

Jadi kepada kepimpinan, terutamanya Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, untuk meletakkan Mah, sama seperti sengaja melepaskan kawasan parlimen mampu menang kepada pihak lawan.

Sangkakala amat percaya, jika selain daripada Mah diletakkan sebagai calon, insyaallah kemenangan dapat kita kembalikan dan akan ada penambahan kerusi parlimen dalam Dewan Rakyat kelak.


Jumaat, 9 Mei 2014

RAFIZI LEMBU MEROYAN LAGI !!! WAN AZIZAH TAKNAK PERSOAL KE ???

Apa la nak jadi dengan PKR ni agaknya y? Dapat pengarah strategik pun bingai kalah lembu tenusu makan kat kandang lagi.

Gambar Datin Seri Rosmah naik helikopter bersama Perdana Menteri pun nak pertikai. Agaknya dah takde lagi isu yang boleh dibangkitkan kot.


Kalau dah Perdana Menteri naik helikopter, salah ke Datin Seri Rosmah naik sekali atau Rafizi rasa lebih baik Rosmah berjalan kaki atau naik basikal baru dia puas hati.

Yang Datin Seri Wan Azizah naik kapal terbang kesana kesini bersama dengan Anwar taknak pulak dia bertanya duit dapat dari mana beli tiket kapal terbang.

Atau ada ke dia pernah tanya siapa sponsor tiket untuk Wan Azizah menaiki kapal terbang bersama dengan Anwar?

Rasanya Barrack Obama dengan isteri beliau naik AirForce 1 ada tak rakyat Amerika atau pembangkang di Amerika persoal tentang perkara tu?

Dah memang nasib negara Malaysia dapat pembangkang yang akan membangkang secara bangang dalam negara ni nampaknya.

Mungkin sebab ilmu kurang, dan niat untuk memerintah tu lebih, itu sebab keluar status kat facebook pun dah celaru tak tentu kira.

Lepas ni kita tengok, Wan Azizah nak naik apa pegi dewan undangan negeri? Sama ada berjalan kaki atau naik Audi A6 dia dan nanti kita persoal, darimana Wan Azizah dapat duit sedangkan selama ni dia bukan menjawat apa apa jawatan dalam kerajaan pusat atau negeri.



KU NAN UPAH BLOGGER YANG BAWA REBAH KE NI ???

Sangkakala tak mau cakap banyak banyak, tapi apa yang Sangkakala nak sampaikan disini ialah, blogger yang diupah oleh Ku Nan untuk mempertahankan dia dari serangan Sangkakala nampaknya membawa kepada kejatuhan beliau.

Mana tidaknya, semalam blogger ni cukup kuat membela Ku Nan baca DISINI..

Tapi cuba kita baca pula DISINI..

Jadi disini Sangkakala rasa pembaca boleh nilaikan siapa sebenarnya Tengku Adnan Tengku Mansor yang sebenar.

Apabila tersepit, beliau akan menggunakan semua orang yang ada, tapi bila kesenangan untuk beliau, blogger yang diupah ni pun dah beberapa kali merungut pada Sangkalala tentang permasaalahan Ku Nan di Putrajaya ni.


MEMANG DAHSYAT JENTERA SIBER KU NAN

Hahaha..nampak gayanya dah ada yang mula marah bila Sangkakala masukkan gambar yang dikatakan Ku Nan naik jet peribadi untuk melakukan umrah.

Tapi masalahnya ada yang kata dia mampu jadi biarlah dia naik jet tu dan ada juga yang kata Sangkakala ada sifat hasad dengki.


Nampak tak komen yang dibuat oleh mereka yang tak berani nak tunjukkan diri ni?

Boleh pulak kata dia mampu dan kenapa nak bising bising, maknanya betullah gambar tu Ku Nan sedang berada di tangga pesawat untuk naik dan terbang melakukan umrah.

Kalau dah macam tu, tak payah le kita nak bising bising kalau Anwar naik jet peribadi ke mana mana dia nak pegi.

Yang satu lagi tu lagi best, kalau ahli UMNO yang mampu makan sekali sehari jangan cakap banyak banyak, dia mampu kenapa nak bising bising.

Ni lagi satu, sebab ahli UMNO le Sangkakala berbunyi sebab benda ni dah tersebar luas di kawasan Putrajaya dan gambar ni pun disebarkan oleh ketua ketua cawangan Putrajaya sendiri.

Bab makan seki sehari atau sepuluh kali sehari tak timbul, persoalannya darimana Ku Nan dapat duit sebanyak tu untuk sewa jet peribadi atau mungkinkah pesawat tu memang Ku Nan yang punya?

Tapi ada juga yang memberikan komen positif dalam ruangan komen blog Sangkakala.


Tapi komen yang dibawah sekali tu kata tunggu dia balik pastu baru tanya.

Adoiyaiii..dia dah balik pun..tu sebab Sangkakala tanya dalam blog ni, biar Ku Nan bagi pencerahan sikit supaya ianya tidak menjadi fitnah dari mana sumber dia dapat duit untuk sewa jet tu?

Ni gambar dia balik dari Umrah yang juga disebarkan oleh sesama ketua ketua cawangan di Putrajaya.


Kalau nak berikan komen biarlah yang membina, bukan mengampu tak tentu kira, kena ingat kalau macam ni cara pemimpin, yang dipimpin nak jadi apa pulak?



Khamis, 8 Mei 2014

PANAS !!! KU NAN DIPERSOAL PEGI UMRAH NAIK JET PRIBADI @NajibRazak

Wahhh..Sangkakala tengok dalam fb sekarang sedang hangat diperkatakan tentang Setiausaha Agung UMNO yang dikatakan menaiki jet peribadi untuk menunaikan umrah.


Nampak gayanya Menteri Wilayah ni kena buat penjelasan dari mana datang sumber yang sebegitu kuat sampai menunaikan umrah menaiki pesawat peribadi, bukan sikit punya belanja kalau nak diikutkan tu.

Dengar cerita gambar ini juga bujan hanya tersebar di dalam FB, tapi ianya juga berlegar di kalangan ketua ketua cawangan di kawasan Putrajaya.

Apa lagi YB Datuk Seri Tengku Adnan, kes macam ni kena la buat pencerahan supaya jangan meleret tak tentu kira.

Kalau benar bagai yang didakwa oleh penggiat media ni, tak gunalah kita nak bercanang seluruh alam kata Anwar naik jet peribadi sedangkan Ku Nan juga melakukan perkara sama.

Jadi sama sama kita nantikan apa jawapan Ku Nan atau para pegawai beliau dalam menjawab persoalan ini, sambil tu nanti Sangkakala akan korek lagi apa cerita selanjutnya.


JOSEPH ENTULU IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG @NajibRazak @tunfaisal

Sangkakala dapati sejak malam tadi begitu ramai penggiat media yang nampaknya dah mula menunjukkan amarah mereka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Balaun yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua borang kerajaan tidak lagi diletakkan ruangan kaum.


Siapa Datuk Joseph Entulu? Sampai boleh keluarkan kenyataan bangang macam tu sekali.


Memang la kita tau yang Joseph ni seorang menteri tapi boleh ke Joseph mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan ianya perlu dibawa ke dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu.

Joseph seolah olah mendahului Perdana Menteri dalam masalah ini dan dah jadi macam kaduk naik junjung.

Menteri dari Sarawak ini seolah olah tidak mahu bangsa atau kaum seseorang itu di letakkan dalam borang dan bagi Sangkakala tidak ada masalah dan adalah lebih baik jika bangsa atau kaum seseorang diletakkan dalam borang agar sensitiviti sesuatu bangsa itu dapat dipelihara.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? Ini kerana ada bangsa atau kaum yang sensitif dengan satu satu perkara yang tidak menjadi permasaalahan kepada bangsa lain.

Ada kemungkinan juga nanti, jika bangsa ini tidak lagi diletakkan dalam borang maka ruangan agama juga akan dimansuhkan oleh Menteri gila ni.

Perdana Menteri perlu mengambil tindakan serius tentang perkara ini sebelum ianya menjadi kemarahan orang ramai.



Rabu, 7 Mei 2014

@NajibRazak SILA KELUARKAN JOSEPH ENTULU DARI KABINET

Rasanya kali ni dah ada Menteri yang nak tunjukkan kuasa apabila cuba nak naikkan sentimen kebangsaan dalam negara.


Kenapa Joseph dengan sewenang wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan?

Siapa Joseph yang nak buat keputusan macam tu dan kenapa malu nak menyatakan kaum sendiri?

Agaknya si bangang Menteri DiJabatan Perdana Menteri ni malu nak sebut dia dari kaum mana agaknya dan dari apabyang Sangkakala tau, Joseph Entulu Belaun yang elok ditukar nama kepada Malaun ni memang tak berapa suka dengan orang dari semenanjung.

Sangkakala rasa Perdana Menteri patut melepaskan Joseph Malaun ni dari menjafi Menteri Kabinet sebab dia ni nampaknya tak reti nak jaga tatasusila sebagai Menteri dan mungkin elok diletakkan sebagai ahli parlimen biasa dan biar dia menjaga kawasan parlimen sahaja.

Kalau lagi lama si Malaun ni duduk dalam Kabinet, akan bertambah lagi kemarahan orang dan Sangkakala sendiri dah mula rasa meluat tengok perangai menteri yang tak pandai jaga sentimen macam ni.



SULTAN TITAHKAN NAJIB LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI

Habis la kali ni kalau dah Sultan dah mengeluarkan titah supaya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan.

Tapi sultan mana yang beriya sangat nak minta Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ni?


Ingat tak lagi dengan puak puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas?

Sultan gila ni la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macam macam gila ada di Malaysia sekarang ni, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak jadi sultan dan sekarang ni gila nak tunjuk kuasa pulak.

Patutnya pihak berkuasa khususnya pasukan polis cari orang gila ninsebab dah sampai ke tahap mengaku Sultan dan bagi Sangkakala ini diluar batasan dan menghina institusi Raja di negara kita.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam negara Malaysia yang selama ini terpelihara kehormatan institusi Raja Berperlembagaan dan jangan nanti kerana perkara sebegini, institusi Raja ini dipandang lekeh.


TERESA KOK KALAU NAK BERAMBUS SILA CEPAT SIKIT

Apa punya bangang Ahli Parlimen Seputeh ni keluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa orang cina akan lari keluar dari Malaysia kalau Barisan Nasional terus memerintah Malaysia.

Kata Teresa dalam portal Utaranews.com, Barisan Nasional tidak pernah membela kaum cina dan pendisikan kaum cina juga diabaikan oleh kerajaan.

Baca DISINI....

Alamak Teresa, apa benda kamu merepek ni? Siapa yang paling kaya di Malaysia? Sekolah Jenis Kebangsaan Cina siapa yang bina? Mak ayah kamu ke?

Becakap macam orang takde akal la dia ni, ini ke ahli parlimen? Singapura yanh ditadbir oleh PAP pun takde la sekolah Jenis Kebangsaan Cina, itu pun tak boleh nampak ke?

Tapi bagus juga kalau Teresa ni nak berambus keluar dari Malaysia dan kalau agak agak susah nak beli tiket, Sangkakala rasa ramai yang mahu membelikan tiket satu hala kepada beliau tapi dengan syarat, jangan balik lagi ke Malaysia.


Nanti kita tengok atau pembaca boleh membuat kajian kepada penduduk dan rakyat Malaysia berbangsa cina sama ada mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Teresa Kok atau tidak.



KENAPA HANYA SORANG PERTAHAN KETUA BAHAGIAN PUTRAJAYA ???

Sangkakala ingin memetik kepada artikel yang dikeluarkan oleh seorang blogger yang juga merupakan rakan Sangkakala yang dilihat beriya mempertahankan ketua bahagian Putrajaya daripada serangan blogger lain termasuklah Sangkakala sendiri.

Tapi kenapa sorang je yang mempertahankan Tengku Adnan? Mana pegi pegawai pegawai beliau yang lain serta pemuda pemuda Putrajaya yang selama ni kata amat bersetuju dengan Setiausaha Agung UMNO ni?


Sangkakala tidak berniat menyalahkan atau memenangkan mana mana pihak tapi apa yang Sangkakala lihat, seorang ahli UMNO apatah lagi dalam kawasan wajar membuat teguran tak kira lah melalui mana mana platform, janji maklumat dan rasa tak puas hati tu sampai.

Tak semua apa yang dilakukan oleh pemimpin itu betul dan seperti yang Sangkalala pernah tuliskan sebelum ni bahawa ada keputusan yang dibuat oleh Ku Nan berpandukan daripada keputusan isteri beliau dan ini yang diberitahu oleh orang orang bahagian Putrajaya sendiri kepada Sangkalala.

Memang Sangkakala tidak ada apa kepentingan di Putrajaya tapi sebagai ahli UMNO rasanya Sangkakala juga berhak untuk membuat teguran dimana beliau (Ku Nan) adalah Setiausaha Agung parti.

Sepatutnya Ku Nan tidak menggunakan orang lain dalam mempertahankan diri beliau malah apa yang patut beliau lakukan ialah membetulkan dimana kesilapan beliau selama ini kerana besar kemungkinan dan pada kebiasaannya kita tidak dapat melihat dimana kelemahan dan kesilapan kita tapi apabila ada yang menegur jangan pula kita melompat.


@saifuddinabd BEKAS TIMBALAN MENTERI TAK SEDAR DIRI

Kalau dimaki nanti kata biadap, kalau tak dimaki memang ayat dia ni nak kena maki, jadi baik Sangkakala maki je sikit sikit, kalau dah melampau memang kena maki kaw kaw.


Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang dulunya menjadi kontroversi apabila dizaman beliaulah segelintir Mahasiswa menjadi pelampau menentang kerajaan dan dizaman beliau menjadi Timbalan Menteri juga yang membuatkan seorang mahasiswa bernama Adam Adli menurunkan bendera gambar Perdana Menteri dan memijak bendera tersebut.

Tak cukup dengan itu, beberapa lagi perlakuan pelik yang ditunjukkan oleh bekas Ahli Parlimen ini yang kononnya membawa pembaharuan dalam arena politik tanah air.

Kini Saifuddin mulakan lagi sekali apabila mengatakan bahawa anti cina dan anti kristian perlu dihentikan.

Persoalan disini, siapa anti cina dan kristian ni? Atau ada dikalangan cina dan kristian yang anti Melayu dan Islam sebenarnya?

Sebagai seorang yang berpendidikan, Sangkakala rasa Saifuddin tidak menggunakan akal yang waras dalam mengeluarkan kenyataan dan apa yang Sangkakala lihat, ada bagusnya bekas Timbalan Menteri ni kalah di kawasan parlimen beliau supaya parasit ini tidak berada dalan kabinet.

Jika orang sebegini masih berada dalam kabinet, rasanya kebencian rakyat terutamanya orang Melayu terhadap UMNI dan Barisan Nasional akan bertambah tambah lagi.


ANTARA KENYATAAN HARAM JADAH DAN BODOH TIAN CHUA

Bila pihak polis laksanakan undang undang, puak puak pakatan pembangkang ni akan mengatakan bahawa polis itu zalim dan sebagainya, tapi bila kena satu kejadian kepada puak mereka maka puak puak haram jadah ni kata pihak polis gagal.


Tian Chua mengatakan pihak polis gagal tangani jenayah apabila ada kes dimana seorang calon Ketua Angkatan Muda Keadilan menerima tiga butir peluru yang dihantar ke kediaman beliau.

Kalau pihak polis menjalankan siasatan dan terbukti pulak ianya dilakukan oleh puak puak pakatan pembangkang, adakah Tian Chua akan mengatakan pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik atau dia akan kata pihak polis zalim sekali lagi?

Memang jelas puak pakatan ni akan sengaja mencari kesalahan pihak berwajib semata mata untuk merosakkan imej pihak polis itu sendiri.

Dalam kes terima peluru ni, Sangkakala nampak ianya seolah olah dilakukan oleh puak Pakatan sendiri kerana ianya kemungkinan bersangkut paut dengan pemilihan ketua angkatan muda keadilan.

Kenapa pulak ada pihak lain yang nak buat perkara sebegitu? Jika ianya tiada kena mengena dengan calin tersebut?

Jadi disini Sangkakala ingin perbetulkan bahawa puak puak pakatan ni sengaja mencari kesalahan walaupun mereka tahu ianya berpunca daripada permasaalahan mereka sendiri dan seperti yang kita ketahui pemilihan PKR selama ini pun memang banyak masalah.



Selasa, 6 Mei 2014

KERUSI PARLIMEN JADI PUSAKA KARPAL KEPADA ANAK

Nampaknya selain dari kerusi roda yang tak tau dimana kedudukannya sekarang, ada satu kerusi lagi yang di tinggalkan oleh mendiang Karpal Singh kepada anaknya Ramkarpal Singh.

Kerusi yang Sangkakala maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan, kerusi parlimen Jelutong yang akan diadakan dalam bulan Mei ini.

Ramkarpal mengatakan bahawa nama beliau turut tersenarai dalam senarai pendek calon bagi memggantikan t3mpat Karpal Singh yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Ipoh baru baru ini.

Memang ramai yang telah menduga dan Sangkakala sendiri tidak merasa terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh DAP kerana sudah menjadi lumrah mereka akan menurunkan jawatan kepada anak masing masing.

Cuba kita lihat Lim Kit Siang,  anaknya Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan isteri kepada Guan Eng pula adalah ADUN di Melaka.

Bagi keturunan Karpal pula, anaknya Gobind Singh Deo merupakan seorang Ahli Parlimen di Selangor.

Bagaimana pula dengan PKR? Ianya sama juga berlaku apabila Anwar selaku Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, sementara anaknya pula Nurul Izzah merupakan ahli parlimen di Kuala Lumpur dan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah pula merupakan ahli dewan undangan negeri Selangor kawasan Kajang.

Besar kemungkinan dalam pakatan pembangkang, tidak ada pemimpin pemimpin muda atau pemimpin pemimpin hebat yang boleh diketengahkan selain dari warisan keturunan.


Isnin, 5 Mei 2014

#DSIS @ismailsabri60 BUAT KERABU MANGGA !!! TERBAEKK LAH !!!

Nampak gayanya Dato' Sri Ismail Sabri bukan hanya sekadar menjadi Menteri di Kementerian Pertanian, tapi beliau juga berbakat dalam bidang masakan.




Dalam program 'Sesuka Hati Bersama Chef' anjuran MoA dan disiarkan dalam slot 'Nasi Lemak Kopi O' rancangan yang agak popular di TV 9 baru baru ini.

Rancangan 'Sesuka Hati Bersama Chef' adalah sebuah rancangan yang diterbitkan sebanyak 13 episod setiap hari ahad dan bermula pada 20 april lalu.

Program ini sebenarnya untuk membantu pengusaha dalam mempromosikan produk usahawan dalam bidang pemprosesan dalam mempromosikan produk mereka, dan setiap episod Kementerian Pertanian akan menaja sebanyak 70% daripada kos setiap episod (RM 10 ribu stiap episod).

Ino bermakna pengusaha hanya perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 3 ribu untuk setiap episod siri berkenaan.



GILIRAN LAJIM UKIN PULA KENA TIBAI

Selama ni kita selalu dengar daripada ceramah ceramah yang diadakan di pentas Pakatan Pembangkang berkenaan dengan kepincangan kerajaan Barisan Nasional.

Ini ditokok tambah pula dengan kehadiran "kacang lupakan kulit" seperti Lajim Ukin yang menambah perisa dalam kelunakan pembangkang menghentam kerajaan walaupun dulu Lajim bersama sama dengan Barisan Nasional.

Tapi hari ni apa jadi pulak bila bekas calon yang pernah menggemparkan negara apabila dua kali terjun laut dalam kempen piihanraya kecil Batu Sapi satu masa dulu?

Ansari Abdullah nampaknya dah mula pertikai tentang Lajim dan mungkin ini menjadi kebiasaan dalam kepimpinan PKR yang akan menunding jari menyalahkan satu sama lain tanpa merasa bahawa mereka juga bersalah.


Pemilihan PKR kali ini sekali lagi hangat dengan beberapa insiden pergaduhan yang melibatkan cabang cabang parti tersebut dan ada dikalangan pemimpin mereka yang agak popular tidak ketinggalan dalam situasi memalukan tersebut.

Sekarang kita lihat bagaimana Lajim nak berdepan dengan masyarakat apabila parti yang beliau katakan sebagai yang terbaik dulu sekarang dah bertukar menjadi parti ala ala gangster berperang dalam menyuarat pemilihan.


Ahad, 4 Mei 2014

PKR BERGOLAK LAGI !!! PEMILIHAN CABANG HANCUR

Kalau UMNO yang jadi macam ni, dah tentu akan bersorak macam org gila puak puak PR.

Tapi oleh kerana ini pemilihan berlaku dalam PKR, maka semua senyap tak kata apa apa.


#himpunanGST BUKTI PAS BERJAYA TARBIAH PENGIKUT PR @tunfaisal

Amat mendukacitakan apabila ada dikalangan rakyat Malaysia yangbtidak faham tentang GST telah turun ke jalan raya membuat demonstrasi kononnya mereka menolak cukai tersebut dikenakan.

Rata rata yang sangkakala lihatbpwrgi ke Dataran Merdeka baru baru inibadalah orang orang Melayu yang mungkin hendak mempertahankan peniaga peniaga yang selama ini menipu hasil jualan mereka dan dikatakan dengan adanya GST maka penipuan dan pemalsuan keuntungan mereka tidak dapat disorok lagi.

Kita tinggalkan sebentar tentang GST dan kita beralih pula kepada himpunan yang diadakan di Dataran Merdeka baru baru ini.

Apa yang Sangkakala nak beritahu disini, ada dikalangan pengikut pakatan ini sendiri seolah olah tidak memperlihatkan bahawa mereka ini mengikuti ajaran agama Islam yang sebenar tapi tak taulah kalau hanya Islam dimulut tapi bukan dalam dirinya.


Cuba lihat gambar diatas, wanita dalam gambar tersebut mengenakan tudung kepala dan ini membuktikan bahawa dia adalag seorang Islam.

Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang memegang anak kecil dalam gambar diatas?

Ada kemungkinan besar bahawa lelaki tersebut adalah suami kepada wanita dan ayah kepada anak yang kendong oleh beliau.

Tapi bagaimana pula dengan telinga lelaki tersebut yang dilihat mempunyai subang? Adakah ini membuktikan bahawa beliau mengikuti agama islam sepertimana yang sepatutnya?

Nampak gayanya PAS yang menjadi kepala dalam perhimpunan tersebut masih gagal untuk memberikan pengajaran tentang Islam yang sebenar kepada pengikut pakatan.

Dan adakah ajaran Islam juga yang membolehkan himpunan seperti itu diadakan?

Jawapannya ada pada peserta demo dan kepada yang membaca artikel yang Sangkakala coretkan kali ini.



Khamis, 1 Mei 2014

PERGADUHAN DALAM HIMPUNAN GST !!! ADA YANG MENINGGAL DUNIA ??

Sangkakala mendapat berita bahawa ada seorang daripada Unit Amal PAS yang dikatakan meninggal dunia akibat daripada pergaduhan yeng tercetus semasa himpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka petang tadi.

Pergaduhan tersebut melibatkan pengikut PAS dan SAMM (PKR) dan seorang daripada Unit Amal PAS telah ditikam serta meninggal ditempat kejadian.


Bagi Sangkakala, perkara ini perlu diambil berat dan Sangkakala tidak sama sekali menyalahkan pihak penganjur atau pun peserta demo dari mana mana pihak.

Pihak yang perlu bertanggungjawab sebenarnya adalah pihak Peguam Negara dan Badan Kehakiman yang mana jika demonstrasi ini tidak dibenarkan, maka kejadian sebegini tidak akan berlaku.

Tapi apa yang berlaku baru baru ini, apabila Nik Nazmi dibebaskan dari tuduhan menganjurkan himpunan haram oleh mahkamah jelas menunjukkan seolah olah Mahkamah bersetuju dan merestui apa yang dilakukan oleh pengikut pakatan pembangkang.

Dengan pembebasan tersebut juga telah membuatkan pakatan pembangkang mengambil keputusan dan menggunakan alasan yang digunakan oleh mahkamah itu untuk mengadakan himpunan tersebut.

Alasan yang diberikan oleh mahkamah ini juga yang digunakan oleh penganjur himpunan GST kali ini untuk mengadakan demonstrasi sehingga melibatkan pergaduhan dan perkara ini seharusnya dapat dielak daripada berlaku.

Klik gambar dibawah untuk melihat pergaduhan diantara unit amal PAS dengan SAMM..



#PRKtelukintan #telukintan4bn PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN TELUK INTAN

Pagi ini DAP dikejutkan lagi dengan kematian ahli parlimen yang mewakili parti tersebut di kawasan parlimen Teluk Intan.

YB Seah Leong Peng berumur 48 tahun meninggal dunia akibat penyakit barah di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan oleh pemangku pengerusi DAP dan beliau dikatakan akan membuat kenyataan tidak lama lagi.

Apa lagi orang Teluk Intan, takkan nak tengok DAP berkuasa lagi kot, calon BN pulak perlulah yang benar benar menepati kriteria pilihan rakyat dan jangan pulak ambil tangkap muat atau pun pangkat dalam parti, mau merudum jatuhnya nanti.

Selamat berpilihanraya warga Teluk Intan.