Sabtu, 18 Mei 2013

#tolakpakatan @anwaribrahim PENGERUSI SPR LETAK JAWATAN

Minggu lepas satu perhimpunan telah diadakan di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh siswazah dan mereka mendesak supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz agar meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan serta di ganti dengan orang orang baru.

Dalam himpunan tersebut, mereka telah memberikan tempoh sehingga semalam, dan sekiranya Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan dan SPR tidak dibubarkan, maka mereka akan mengadakan himpunan di jalanraya pada hari ini.

Tapi Sangkakala tengok semua sepi je ni, macam takde apa apa pun, hari tu beriya sangat bagi amaran dan ugutan segala bagai, tapi kenapa sunyi pulak hari ni?

Himpunan yang turut di hadiri oleh Chegu Bard itu melihatkan lebih kurang 100 anak muda yang dulunya menuntut agar pendidikan percuma diberikan kepada para pelajar kini sudah berubah ke arah politik.

Safwan Anang yang mengetuai himpunan mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti, mereka cuma mendesak agar pilihanraya yang bersih dan telus diadakan.

Budak kecik baru nak belajar buat demonstrasi ni cuba nak tipu orang ramai, kalau org buta atau pekak, mungkin la Safwan Anang boleh nak kencing macam tu sekali.

Chegu Bard juga minggu lepas semasa memberikan ucapan berkata bahawa kesemua yang hadir perlu bersiap sedia sejak dari semalam di laman laman sosial dimana mereka akan mengadakan hebahan tentang himpunan yang dijangkakan hari ini tapi malam tadi Sangkakala tunggu juga kalau ada hebahan, takde pulak.

Ini semua mungkin akibat daripada apa yang Karpal Singh buat semalam agaknya, apabila beliau membuat laporan polis menentang himpunan 505 dan mendesak pihak polis untuk menangkap mereka yang terlibat kerana mengganggu orang ramai dan membahayakan keselamatan.

Begitu juga dengan Adam Adli, mahasiswa berlagak hero, juga mengatakan bahawa mereka akan mengadakan himpunan besar besaran pada hari ini untuk menuntut Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan.

Tapi Sangkakala tak dengar pulak, sama ada Tan Sri Aziz dah letak jawatan atau tidak sampai puak gila ni tak buat himpunan pulak hari ni, atau risau dengan 'SINGA' UMNO yang jadi menteri KDN sekarang, sebab Datuk Seri Zahid Hamidi dah bagi tau pada semua, tiada lagi amaran, yang ada hanya tindakan, jadi kalau berani boleh la berkumpul di mana mana sekiranya mahu untuk mencabar pasukan Polis.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GUAN ENG AJAR KETUA POLIS NEGARA

Semalam diadakan majlis penyerahan tugas oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Ismail kepada ketua polis negara yang baru iaitu Tan Sri Khalid.


Belum pun sehari Tan Sri Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negara,  Guan Eng telah mengajar beliau tentang tugas sebagai seorang polis. 

Guan Eng berkata bahawa Tan Sri Khalid perlu mengurangkan kadar jenayah dan jangan hanya bertumpu kepada pemimpin pakatan pembangkang. 


Persoalannya siapa Guan Eng yany hendak mengajar Ketua Polis Negara tentang tugas yang perlu beliau laksanakan? Dan kenapa Guan Eng perlu berbuat begitu?

Jika kepimpinan pakatan pembangkang tidak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah, masakan pihak polis tiba tiba nak pegi tangkap, agak agak le kalau nak berckap tu Guan Eng.

Tapi sejak akhir akhir ini, kadar jenayah telah pun turun sebanyak 7.6 peratus dan ini membuktikan bahawa pasukan polis menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

Tapi ada satu pula masalah apabila 0emimpin pakatan pembangkang acap kali cuba untuk mencetuskan huru hara dengan mengadakan himpunan jalanan yang mana ianya juga boleh dikatakan sebagai jenayah apabila berlakunya rusuhan serta mendatangkan kerosakkan atau kecederaan. 

Takkan yang itu pihak polis nak diam? Setiap apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengikut prosedur atau SOP yang telah ditetapkan dan bukannya main tangkap melulu.

Jangan cuba nak jadi pembela la Guan Eng, nanyi tak pasal pasal dengan kamu sekali duduk dalan kalau langgar undang undang negara. 

Jumaat, 17 Mei 2013

NIK NAZMI DI PINGGIRKAN ???

Pagi tadi Nik Nazmi telah hadir ke mahkamah dengan hanya di temani oleh kira kira 20 orang pemuda yang dikatakan mungkin umur pun tak cukup untuk mengundi.

Dah la macam tu, siap ada yang kata mereka ikut datang sebab ada manis manis (duit) yang diberikan kepada mereka untuk datang ke mahkamah seksyen Petaling Jaya pagi tadi.

Baca selanjutnya disini

http://bit.ly/10w0MWv

Nik Nazmi bakal berhadapan dengan dakwaan d bawah seksyen 9(1) akta perhimpunan aman 2012, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10 Ribu !!

Haha, kalau sangkut ni rasanya PRK pulak di kawasan Nik Nazmi menang bertanding baru baru ni, jadi bersiap sedia lah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENGUNDI HANTU WARGA BANGLADESH TERTANGKAP

Dibawah ini ada bukti kuat mengatakan pakatan pembangkang telah menangkap beberapa orang pengundi hantu dari Bangladesh dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah oleh pakatan pembangkang tidak lama lagi.


Macam mana la nak memimpin kalau macam ni, sampai rakyat negara sendiri pun tak kenal, kalau warga cina tu kot mungkin la tak tau sebab memang dah sama dengan cina Malaysia. 

Apa puak pakatan nak cakap sekarang? Ada ke keberanian nak minta maaf pada mereka yang dikatakan pengundi hantu segala bagai ni?

Takkan ada yang berani punya, tambahan pula pemimpin pembangkang, dah tentu takkan mengaku salah walaupun secara terang terangan mereka silap dalam tindak tanduk mereka.

Kesian nasib pelajar pelajar ni, tak pasal pasal kena cop sebagai warga Bangladesh sedangkan mereka juga mempunyai hak untuk mengundi dan menentukan siapa kerajaan untuk negara ni.

TAMATNYA RIWAYAT POLITIK ANWAR IBRAHIM

Apabila mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memprotes keputusan pilhanraya yang laku, ramai dikalangan rakyat Malaysia tertanya tanya apakah motif sebenar Anwar di sebalik semua ini?

Kemudian Anwar dikatakan membawa anak anak muda untuk turun melakukan himpunan kononnya ada penyelewengan dalam pilhanraya dan terdapat kes terputusnya bekalan elektrik di beberapa kawasan pengiraan undi.

Pengasas Asal Bukan UMNO pula mengugut akan membawa anak anak muda serta pengikut pakatan pembangkang untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan cara kekerasan.

Tapi satu tindakan yang agak mengejutkan dilakukan oleh Karpal Singh pada hari ini apabila beliau pergi membuat laporan polis tentang himpunan hitam 505 yang diadakan dan beliau membantah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Disini jelas menunjukkan bahawa Anwar kini hanya bergerak sendirian tanpa ditemani oleh rakan dalam pakatan pembangkang dan ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar bakal dimatikan dalam arena politik tanah air. 


Tindakan yang dilakukan oleh Karpal dilihat tepat kerana sebagai seorang peguam, beliau tahu akan undang undang dan perbuatan untuk mengheret pengikut ke jalan raya adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang negara yang mana ianya melibatkan keselamatan orang ramai.

Karpal juga mungkin sudah muak dengan perlakuan Anwar Ibrahim yang tak sudah sudah menyusahkan para pengikut serta orang ramai demi untuk mencapai matlamat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. 

Itu juga dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keaelamatan orang ramai yang kemungkinan akan mendapat kecederaan atau kematian jika berlaku rusuhan.

PAS pula dilihay semakin memencilkan diri kerana mungkin juga tidak mahu bersekongkol dengan kebodohan Anwar Ibrahim dalam perancangan beliau untuk melakukan himpunan tersebut.

Kini Anwar kesaorangan dan beliau akan terus begitu kerana kini rakan rakan baik beliau sudah mula menyisihkan diri dan tidak lagi mahu campur tangan dalam kerja gila yang beliau lakukan.

GEMPAQ NI !!! GUAN ENG MASUK ISLAM

Hebat PAS cuba menipu rakyat dalam pilihanraya yang lepas, dikhabarkan oleh mereka bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang nak masuk Islam sekiranya pakatan pembangkang memerintah lagi di Pulau Pinang.

Tapi beliau minta perkara tersebut jangan di hebahkan dahulu kononnya, kenapa pulak macam tu? Apa masalah kalau dihebagkan pada orang ramai?

Atau ada udang di sebalik batu dengan apa yang disampaikan oleh wakil PAS ni.


Nampak tak macam mana wakil rakyat PAS cuba nak mengaburi mata orang Melayu di Pulau Pinang? 

Mungkin hanya dengan kata kata itu maka rakyat Pulau Pinang terpedaya dan lemah longlai.

Mesti rakyat Pulau Pinang masih tertunggu tunggu jawapan bila agaknya Guan Eng nak  ke hospital untuk buat apa yang patut untuk memeluk agama Islam.

Agak agak berani ke Guan Eng nak buat macam tu?  Tapi Sangkakala yakin, apa yang dikatakan oleh Asnah Hashim adalah bohong semata mata,  tak mungkin perkara tersebut akan berlaku.

ZAHID HAMIDI MULA BERSUARA

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Sangkakala rasa ada betulnya apa yang Datuk Seri Zahid katakan tu, sebab kita amalkan sistem pilihanraya yang sama sebanyak 12 kali sebelum ini dan tidak ada pertikaian yang membabitkan sistem pilihanraya.

Namun pilihanraya pada kali ini telah di manipulasi oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Perdana Menteri, Anwar ingat dia popular dia layak untuk jadi Perdana Menteri ke? Itu cara pemilihan presiden Amerika, bukan cara pilihanraya kita.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

Para pengikut pakatan pembangkang juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR IBRAHIM BERPUTIH MATA

Semalam telah diadakan upacara majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dihadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Di Istana Negara.

Dan orang yang paling kecewa sekali ialah Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia serta menubuhkan kerajaan dan anggota kabinet beliau.

Dan sehingga kini, Anwar masih mencuba untuk menjadikan keadaan dalam negara menjadi huru hara serta kacau bilau dengan membuat himpunan bantah dan sebagainya.

Rakyat Malaysia telah membuat pilihan pada 05.05.2013 yang lalu dalam pilihanraya umum yang mana melihatkan bahawa rakyat Malaysia memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan. 

Anwar berkeyakinan bahawa beliau dan pakatan pembangkang akan memenangi kerusi parlimen untuk ke Putrajaya sekaligus akan menjadi kerajaan. 

Malang nasib Anwar, walaupun telah mengatakan bahawa beliau menang dalam pilihanraya tersebut seawal jam 7 malam lagi walaupun undi masih belum habis dikira.

Apa apa pun Anwar akan terus mencuba dan mencuba kerana ini adalah peluang terakhir beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan menukar kerajaan. 

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak bodoh,  mereka masih boleh menilai yang mana satu kaca dan yang mana intan, dan ini telah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu.

Anwar sebelum ini pernah mengatakan bahawa beliau akan bersara sekiranya pakatan pembangkang gagal untuk menakluki Putrajaya kali ini dan beliau juga mengatakan bahawa sekiranya beliai gagal, maka beliau akan menjadi pensyarah di sebuah Universiti di Amerika.

Tapi mahukah Universiti tersebut mengambil Anwar sebagai pensyarah?  Beliau dikatakan semasa belajar dulu pun mengambil jurusan sastera melayu, jadi mungkin le agaknya Anwar nak jadi pensyarah bahasa Melayu di Amerika tu nanti.

Tapi apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tidak direalisasikan dengan perbuatan dan beliau kini mengatakan bahawa beliau akan terus menjadi pemimpin dalam pakatan pembangkang hingga kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan.

Apa ni Anwar, janji sendiri pun tak mampu untuk ditunaikan apatah lagi janji janji yang lebih besar kepada rakyat. 

Pelbagai janji ditaburkan kepada rakyat agar menyokong mereka tapi seperti yang Sangkakala pernah dengar dari bekas seorang ketua angkatan muda keadilan sebelum PRU dulu, Anwar dikatakan oleh beliau akan berjanji dengan pelbagai perkara, namun apabila tiba masa untuk melaksanakannya,  beliau akan memberikan pelbagai alasan demi untuk menyelamatkan diri. 

Itu adalah kemahiran Anwar Ibrahim dan mujurlah beliau tidak menjadi Perdana Menteri,  sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri,  sudah pastilah kita semua akan dapat melihat sahaj menifesto yang digunakan untuk menggula gulakan rakyat.

Itu adalah kepakaran Anwar yang sebenarnya dan

PENGIKUT DAP BERSIKAP PELIK

Namanya Tuw Yin Lan, umurnya 72 tahun dan beliau sudah 20 hari tidak makan.

Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.

Apa masalah agaknya dengan aunti sorang ni, pengerusi himpunan hijau sendiri telah membuktikan apa tujuan sebenar agenda badan bukan kerajaan tersebut, ianya hanyalah untuk kepentingan politik semata mata.

Tak payah la nak mogok mogok lapar, takde faedah pun, kalau mati kerana kelaparan tu nanti takkan ada siapa nak iktiraf sebagai perwira atau pun hero.

Yang sampai sanggup jadi hamba politik untuk kepentingan orang lain buat apa? Yang si Ketua dewan pemuda DAP pulak kata suruh para pemimpin parti politik pegi jengok beliau dengan alasan kesihatan beliau perlu diambil kira.

Sangkakala nak cakap satu perkara di sini, Tuw Yin Lan mogok lapar kerana tidak berpuas hati dengan lynas, bukanlah Sangkakala nak menampakkan sikap kejam, tapi kalau kerana satu orang sampai kita nak tutup lynas yang menjadi punca rezeki kepada ribuan orang dan ianya disahkan selamat, baik lah lupakan seorang ni.

Tidak dinafikan, nyawa manusia adalah penting, tapi lebih baik kita biarkan pihak yang menjadi punca masalah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mereka yang membuat fitnah tentang lynas perlu bertanggungjawab jika terjadi apa apa keatas puan Tuw Yin Lan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CYBERTROOPER PAKATAN NAK MENIPU LAGI

Tak habis habis nak menipu orang ramai, entah mamat mana punya gambar dari belakang yang dia orang ambil terus je kata Nik Abduh, nak tunjukkan Nik Abduh tu memang orang yang sederhana la kononnya.


Agak agak le kalau nak membohong pun, semua orang dah tau yang Nik Azi sendiri pun pakai Mercedes S500 kat Kelantan tu, depan rakyat tunjuk yang beliau hanya pakai kereta lama, tapi yang sebenarnya bermacam jenis kereta ada.

Sampai macam ni pun puak cybertrooper pakatan pembangkang nak bohong orang, tak tau ke kalau menipu tu hukumnya berdosa?

Korang jangan le ingat rakyat ni bodoh sangat sampai semua perkara nak di bohong. 

Korang juga kata rakyat Malaysia hari ni dah pandai menilai semua yang berlaku, cuma di Kelantan nasib belum menyebelahi UMNO tapi dapat kita lihat bahawa mereka kini sudah mula rasa jelak dengan pembohongan demi pembohongan pakatan pembangkang terutamanya PAS yang ingin menunjukkan bahawa pemimpin mereka ini berada dalam golongan marhain.

Sudah sudah la tu,  jangan nak tipu orang lagi, takde faedah pun.

SATU LAGI RED BEAN ARMY DIKESAN

Kalau diikutkan daripada apa yang dikatakan oleh bekas setiausaha kerja DAP baru baru ini dalam laman youtube bahawa red bean army ditugaskan untuk menyerang sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka dan orang orang disekeliling mereka.

Disini Sangkakala nak kongsikan satu gambar yang kemungkinan besar juga di punyai oleh red bean army seperti yang dimaksudkan.

Nampak mereka cuba menyerang Saiful Bukhari yang akan melangsungkan pernikahan beliau tidak lama lagi.

Mereka mungkin cuba untuk merosakkan hubungan diantara Saiful dengan bakal isteri beliau yang juga dikatakan pengacara di salah satu rancangan tv dalam negara.

Persoalannya, apakah faedah mereka melakukan semua ini? Dan siapa yang mengupah mereka untuk melakukan semua ni? 

Sangkakala harap Saiful dan bakal isteri beliau tabah dalam menempuh alam rumah tangga dan tidak mengambil berat apa yang dikatakan oleh cybertrooper pakatan pembangkang ini kerana kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti. 

KPDNKK AMBIL LANGKAH TEPAT

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan tegas keatas peniaga yang menaikkan harga barang adalah amat tepat.

Jika dilihat pada hari ini, peniaga kadang kadang dengan sewenang wenangnya menaikkan harga barang semata mata untuk mengaut keuntungan lebih.

Dengan kenaikan harga barang tersebut, biasanya pihak kerajaan akan dipersalahkan oleh pembangkang dan pembangkang akan mengatakan bahawa itu adalah kegagalan kerajaan sedia ada dalam mengawal harga barang keperluan.

Ini adalah fitnah yang sentiasa di mainkan oleh pembangkang dalam memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan walaupun banyak barang keperluan harian telah diwartakan sebagai barang kawalan dan mendapat subsidi dari kerajaan.

Ini juga akan membuatkan rakyat tertindas dan menyusahkan semua lapisan masyarakat, dengan adanya pemantauan dan penguatkuasaan serta tindakan tegas ini diharap akan dapat mengekang kegiatan menaikkan harga barang keperluan di seluruh negara.

Mereka (peniaga) yang ditangkap atas dakwaan menaikkan harga barangan keperluan ini seharusnya di ambil tindakan sekeras kerasnya oleh pihak kerajaan kerana disinilah berpuncanya segala permasaalahan dan fitnah terhadap kerajaan.

Sepatutnya para peniaga tidak menaikkan harga barangan kerana mereka telah diberi keuntungan dengan setiap jualan yang dibuat.

Sangkakala harap, KPDNKK kali ini tidak lagi memberikan peluang kepada mereka yang menaikkan harga sesuka hati mereka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MEREKA LEBIH RELA DITIPU OLEH ANWAR

Kesian pulak Sangkakala tengok orang orang kat dalam gambar di bawah, mereka memegang poster 'BLACKOUT 505' tapi mereka sendiri tak tau dimana kejadian tersebut berlaku dan apa yang pasti, mereka hanya mendengar perkara tersebut dari Anwar Ibrahim. 

Yang buat buat kelakarnya, Anwar sendiri pun tak tau dimana kejadian blackout ni berlaku kerana ianya adalah rekaan semata mata demi untuk menunjukkan bahawa beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri dan undi dari rakyat tidak mahu diguna pakai.

Cuba tanya sendiri pada Anwar dimana kawasan blackout tu dan jangan hanya mendengar apa yang beliau katakan sebab semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar memang kaki putar alam yang amat hebat.

Sebenarnya, kes blackout tidak ada dimana mana kawasan pengiraan undi pun, sebab pengiraan dibuat seawal jam 5.30 petang hari yang sama, jadi dimana kes blackout yang disebut sebut tu berlaku?

Sampai hari ni, Anwar masih tidak mampu untuk membuktikan bahawa perkara tersebut berlaku dimana mana dan jelas terbukti bahawa ianya hanyalah rekaan semata mata.


Khamis, 16 Mei 2013

NIK NAZMI KE MAHKAMAH

Polis dari cawangan D9 Petaling Jaya telah menyerahkan saman untuk hadir ke mahkamah pada 17/5/2013 kepada ADUN Seri Setia Kelana Jaya, Nik Nazmi.

Jadi esok Nik Nazmi kenalah pergi ke mahkamah atas dakwaan mengajurkan himpunan haram tanpa kebenaran.

Itu la, dah menang pun masih tak puas hati, masih nak bantah, lepas tu buat himpunan sana sini.

Lepas ni tolong seret sekali Anwar ibrahim sebab menghadiri himpunan haram dan memfitnah kerajaan dengan pelbagai tohmahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BIARLAH GAMBAR INI YANG BERBICARA

Sayu hati Sangkakala bila melihat gambar ini disiarkan dalam laman FB, betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak muridnya supaya mendapat ilmu pengetahuan.

 

Dapatkah para pembaca semua melihat betapa besarnya pengorbanan seorang guru terhadap muridnya bukan.

Hargailah guru kita, walau seburuk mana sekalipun guru kitalah yang telah memberikan sinar cahaya dalam kita mengenal huruf dan dalam kita menimba ilmu pengetahuan.

Sangkakala selama ini menulis tentang arena politik setiap masa, tapi kali ini Sangkakala benar benar rasa terharu dengan melihat gambar tersebut.

AMERIKA NAK KAWAL SELAT MELAKA

Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Sangkakala rasa ada kemungkinan juga dengan apa yang dikatakan oleh Ruhanie, kerana Selat Melaka adalah antara laluan kapal yang paling sibuk didunia dan seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah Inggeris dulu, mereka akan menjadikan Selat Melaka sebagai tempat untuk meraih keuntungan.

Ini rupanya kerja si Anwar, nak gadai negara pada kuasa asing dan mendapat keuntungan dari situ.

Kalau betul dakwaan yang dibuat oleh Ruhanie, mujur Allah SWT menyelamatkan lagi negara ini daripada dijajah buat kali kedua, dan kita semua harus bersyukur tentang itu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BUKTI ANWAR DERHAKA

Semua menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, namun Anwar Ibrahim masih lagi mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 yang lalu adalah tidak sah.

Nampak sangat Anwar tidak dapat menerima ketentuan yang ditentukan oleh rakyat melalui sistem pengundian dan beliau seolah olah menidakkan apa kehendak rakyat negara Malaysia.

Pilihanraya ke 13 dilihat oleh Anwar sebagai pilihanraya yang kotor walaupun pemilihan dibuat dengan mengikut beberapa syarat yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Tidak dapat dipastikan apa lagi yang Anwar tak puas hati, tapi daripada apa yang dilihat oleh masyarakat, Anwar hanya akan berpuas hati apabila beliau terpilih sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga seperti tidak menerima keutusan rakyat yang mahukan kerajaan diberi kepada Barisan Nasional.

Dengan mengadakan himpunan disana sini, Anwar juga mungkin mencabar rakyat untuk terus menolak beliau menjadi Perdana Menteri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP TOLAK HIMPUNAN JALANAN

Apa dah jadi ni? DAP sendiri menolak himpunan jalanan yng dikatakan akan diadakan oleh pengerusi ABU (asal bukan umno) pada jumaat atau sabtu ni nanti?

Dah takde kata sepakat ke antara DAP dan pebgikut pajatan pembangkang ni agaknya.

Kalau Karpal pun dah bersuara mengatakan bahawa mereka tidak akan berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan himpunan sebegitu apatah lagi pengikut DAP yang lain.

Karpal mengatakan bahwa ada cara lain yang lebih baik berbanding dengan berhimpun di jalanraya kerana ianya walaupun dikatakan dalam keadaan aman tapi masih mengganggu orang ramai.

Tapi mau ke Anwar dan para pengikutnya mendengar nasihat daripada Karpal? Sangkakala tak nampak perkara tersebut akan berlaku.

Anwar dan para pengikutnya akan sentiasa mencuba untuk menjadikan keadaan bertambah huru hara demi untuk memperjuangkan hak beliau yang telah dinafikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Matlamat Anwar cuma satu iaitu ingin menjadi Perdana Menteri, maka oleh itu beliau akan tetap membawa para pengikut untuk turun dan membuat kacau.

Pihak bertanggungjawab perlu mengambil satu langkah dalam usaha untuk mengekang perkara yang tidak riinginibini dari pada berlaku dan seterusnya mengganggu orang awam.




HISHAMUDIN RAIS KEBAL UNDANG UNDANG

Dengan bersandarkan kepada Akta Perhimpunan Aman yang kini tidak lagi memerlukan permit untuk berhimpun dimana mana, maka pakatan pembangkang mengambil kesempatan dengan pergi berhimpun disana sini.

Walaupun ianya dinamakan sebagai himpunan aman, tapi ianya masih lagi mengganggu ketenteraman orang awam yang kelihatan takut dan risau ketika mereka mengadakan himpunan tersebut.

Seperti yang pernah dilakukan oleh mereka dulu, dalam himpunan BERSIH contohnya, mereka pada asalnya mengatakan itu adalah himpunan aman, tetapi ianya bertukar menjadi ganas hingga membuatkan banyak kerosakkan.

Adakah ini yang dikatakan sebagai aman? Jika aman, sudah pastilah ianya tiada keganasan.

Ramai yang menunding jari menyalahkan pihak polis kerana gagal melaksanakan undang undang negara dan menggunakan kuasa yang termaktub dalam undang undang negara.

Tapi adakah semua orang tahu bahawa dengan ketiadaan ISA ini membuatkan mereka lebih berani lagi.

Hishamuddin Rais dikatakan akan membawa para penyokong pakatan pembangkang ke jalan raya sepertimana yang beliau pernah katakan di kampung baru malam sebelum himpunan BERSIH 3 diadakan di Kuala Lumpur.

Ini jelas menunjukkan bahawa Hishamuddin Rais telah bertindak dengan cara mengugut dimana sekiranya mereka gagal ke putrajaya dalam pilihanraya kali ini, maka mereka akan berada di jalan jalan raya.

Ugutan ini dilihat seperti tidak memberikan kesan kepada pasukan polis yang mana sepatutnya mereka menggunakan rang undang undang yang ada untuk menahan dan mendakwa Hishamuddin serta para pengikut beliau.

Harapan Sangkakala, dengan adanya menteri baru di Kementerian Dalam Negeri, maka sesuatu boleh dilakukab dengan lebih baik dan berkesan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 15 Mei 2013

UNDI POPULAR MENYEBELAHI ANWAR LAGI

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar "harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut".

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Nah, itu kan undi popular tu, ikut je lah, apa nak tunggu lagi?

Para pengikut UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menunggu bila masanya Anwar akan mengundurkan diri.

Dah nak sangat undi popular la katakan ye tak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HUSAM TUNJUK KEBENCIAN PADA NIK AZIZ

Mungkin ekoran daripada tidak dijadikan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan yang baru, maka Husam telah menghilangkan diri semasa majlis perpisahan bekas menteri besar.

Dulu Husam dilihat begitu mengagungkan Nik Aziz dan Nik Aziz adalah idola kepada beliau, namun kini semuanya musnah.

Nampak sangat si Husam ni gilakan jawatan sebagai exco kerajaan negeri.

Siapa kata pemimpin pakatan terutamanya dari PAS begitu sederhana dan tidak memikirkan jawatan?

Husam kini membuktikan semua itu adalah tidak benar dan juga palsu, naluri seorang manusia tidak dapat disembunyikan dengan perbuatan walaupun mulut mengatakan ye, tapi hati mengatakan tidak dan direalisasikan dengan perbuatan.

Dulu PAS memang tidak mementingkan jawatan, tapi kini ianya berbeza sama sekali dan PAS kini sudah berubah seratus peratus tambahan pula apabila dijanjikan dengan jawatan penting dalam kerajaan jika pakatan pembangkang memerintah.

Ini membuatkan pemimpin PAS berlumba lumba untuk memegang jawatan dalam kerajaan kerana bagi mereka jawatan tersebut menentukan kesinambungan politik mereka.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, majoriti pemimpin pembangkang akan bertanding di dua kawasan, satu DUN dan satu Parlimen, ini juga jelas menunjukkan bahawa mereka tidak melepaskan peluang sekiranya kerajaan negeri atau pusat dibawah kepimpinan mereka.

Bagaimana pula dengan nasib para pengikut yang mempunyai kekuatan untuk memimpin? Mengapa mereka tidak diberikan peluang untuk menjadi calon?

Bukan semua pemimpin pembangkang itu popular, ini dapat kita lihat kerana ada dikalangan pemimpin pembangkang yang menang satu kerusi DUN atau parlimen yang dipertandingkan.

Mungkin juga mereka takut jika bertanding di satu kerusi, maka kekalahan akan menjadi bayangan mereka oleh kerana itu mereka bertanding untuk dua kerusi, jika kalah satu mereka masih boleh bersandar kepada satu lagi kerusi.

Ini pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak tamak, mereka pandai menyorokkan semua itu, tapi tidak mampu menyimpan ketamakkan mereka apabila bertanding dalam dua kawasan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SAIFUDDIN CABAR AZIZ

Saifuddin Nasution mencabar Tan Sri Aziz selaku pengerusi SPR untuk hadir ke program pakatan pembangkang untuk menjawab isu isu berkaitan penipuan pilihanraya yang di gembar gemburkan oleh mereka.

Saifuddin agaknya dah lupa bahawa Anwar mengatakan penipuan dalam pilihanraya semata mata untuk membolehkan rakyat memberontak dan seterusnya mencetus kekacauan dalam negara sepertimana yang berlaku dalam himpunan bersih 3 tahun lalu.

Pakatan pembangkang mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal yang dikatakan mampu bertahan selama seminggu boleh dihilangkan selepas pembuangan undi.

Nak tanya la pada Saifuddin, pembuangan undi hanya dijalankan dari jam 8 pagi hingga 5 petang, jadi kenapa nak tahan sampai seminggu? Adakah orang atau pengundi boleh mengundi selepas pukul 5 petang hari mengundi tu?

Ada yang mengatakan terjadi kejadian blackout dimana kejadian terputusnya bekalan elektrik semasa pengiraan undi, tapi mereka tidak menyatakan dimana lokasi kejadian dan pihak TNB mengesahkan bahawa tidak ada laporan terputusnya bekalan elektrik dimana mana kawasan pengiraan undi, kalau ada kejadian seperti ini kenapa ianya tidak dimaklumkan kepada TNB untuk tindakan segera?

Pembangkang juga kata ada terjumpa 2 beg kertas undi yang dibuang dari helikopter, kalau nak buang, takkan tempat yang ramai orang, tentulah buang dalam hutan atau kawasan yang sewaktu dengannya supaya tiada siapa pun yang jumpa.

Semua alasan yang diberi oleh pembangkang dilihat sebagai tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Apa yang pasti ialah semua itu dibuat semata mata kerana pakatan pembangkang tidak dapat menawan putrajaya dan ada juga desas desus yang mengatakan bahawa ada pihak yang menaja Anwar Ibrahim untuk pilihanraya sudah mulai bising dan tidak lagi percaya kepada Anwar kerana telah gagal sebanyak 3 kali.

Anwar menunjukkan keyakinan bahawa mereka akan menawan putrajaya dan seterusnya menjadi kerajaan persekutuan tetapi gagal kerana rakyat jelas menunjukkan bahawa mereka memerlukan kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

APA PAS SELANGOR MAMPU BUAT LAGI ???

Kalau masa zaman Datuk Hasan Ali dulu ada dalam exco kerajaan Negeri Selangor, sudah pasti perkara ini akan diambil tindakan, tapi apa yang menyedihkan ialah beliau juga akan diambil tindakan dengan cara memecat keahlian beliau dari dalam PAS.

Kalau dulu PAS menang kurang daripada PKR dan melayakkan PKR memegang kerusi Menteri Besar, kini PAS sudah ada kelebihan 1 kerusi dalam sidang DUN, tapi adakah PAS mampu untuk melaysanakan perundangan Islam serta memartabatkan agama Islam di negeri tersebut.

Baik, kita berbalik kepada gambar diatas, kes ini berlaku dalam iklan untuk mempromosikan sebuah gereja di Petalin Jaya, dan mengikut apa yang diberitahu, Pertubuhan JATI telah membuat satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kali ni dah tentu Khalid pening kepala, baru siangnya angkat sumpah dan melafazkan akujanji, dalam masa sama juga ada orang buat repot polis pasal mempermainkan agama.

Mereka ini tidak akan pernah berhenti untuk terus menaikkan kemarahan orang Melayu dan menghina agama Islam, mereka juga akan terus lakukan begitu sehinggalah mereka dapat merampas negara ini dari tangan orang Melayu Islam.

Jadi Sangkakala nasihatkan PAS supaya jangan takut dengan kehilangan jawatan, kalian kena tunjukkan bahawa kalian mampu untuk mentadbir negeri Selangor, tapi jangan sampai nak digadai macam yang ada sekarang ni.

Kalau kalian tidak mampu, adalah lebih baik semua daripada kalian meletakkan jawatan dari pada menjadi ADUN atau exco kerajaan negeri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BETAPA GEMBIRANYA DAP DAPAT MAIN ANAK MELAYU

Cuba lihat gambar dibawah, betapa gembiranya orang dibelakang dua orang anak Melayu yang mengibarkan bendera DAP.
Kalau dulu Melayu merasa jijik untuk memegang bendera tersebut tetaoi kini ianya telah di kibarkan oleh anak bangsa Melayu sendiri.

Mungkin juga kerana kesilapan kita sendiri yang kurang menekankan tentang sejarah yang pernah berlaku di tahun 1969 dahulu dimana kerana kibaran bendera inilah terjadinya peristiwa berdarah yang mengakibatkan 169 orang terkorban. 

Tapi apa yang terjadi pada hati ini? Mungkin ibu bapa mereka lahir selepas tarik berdarah itu yang membuatkan ibu bapa mereka tidak mahu atau tidak memberitahu kepada mereka bahawa pengikut parti bendera itu membuat angkara di dalam negara.

Sayang seribu kali sayang, apabila dulu kita selalu melihat bahawa mereka ini sebagai musuh kini mereka menjadi teman seperbaringan dan apa yang pasti, adakah mereka ini benar benar ikhlas untuk berkawan dengan kita atau mereka ini menunggu masa kita tidur untuk merompak segala yang ada dan mungkin akan melakukan lebih dari itu?

Sedarlah anak melayu, hanya bangsa kamu sendiri yang mampu untuk membela kamu dikemudian hari, tidak mungkin akan datang bangsa lain untuk memberikan bantuan saat kamu memerlukan.

Selasa, 14 Mei 2013

NIK AZIZ NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI

Nik Aziz kata dia akan pegang lagi jawatan Mursyidul Am PAS selagi diperlukan dalam parti, ini semua ayat retorik yang sebenarnya.

Kalau dah rasa tak mampu untuk pegang, lepaskan je jawatan tu, dan serahkan pada orang yang mampu untuk teruskan.

Oleh kerana adab orang Melayu yang hormatkan orang tua, jadi takkan PAS nak tendang Nik Aziz keluar atau dilucutkan jawatan.

Jadi Nik Aziz perlu sedar sendiri bila masanya untuk dia berundur, ni orang nak jadi calon dia terketar ketar nak jadi calon gak lagi.

Tapi dah tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai pemimpin sampai terpaksa di papah baru baru ni.

Apa nak jadi dengan ulama PAS sorang ni yang terlalu tamakkan kuasa serta jawatan dalam parti?

Nik Aziz sepatutnya sudah melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am PAS apabila beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar dan semasa PRU baru baru ini juga sepatutnya beliau tidak menawarkan diri untuk bertanding sebagai ADUN.

Tapi oleh kerana tamak, beliau masih bertanding juga dan kini mengatakan bahawa sekiranya masih diperlukan beliau akan terus menjadi Mursyidul Am parti tersebut.

Ntah lah PAS, nasib je lah dapat pemimpin macam Nik Aziz yang akan memegang jawatan hingga ke akhir hayat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JOHAN KUTUK KERAJAAN PERLU DIAMBIL TINDAKAN


Pasal apa Johan kata macam ni? Dia tau ke betapa susah kerajaan nak bantu rakyat dalam negara ni? Ini satu perkara yang tak patut dilakukan oleh seorang penghibur seperti beliau.

Tapi ada sorang rakan kata ini bukanlah akaun twitter milik Johan, ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk burukkan beliau.

Oleh itu kita janganlah mengambil sangat apa yang diperkatakan oleh Johan ni kerana sudah ada pengesahan begitu.

Sangkakala juga yakin bahawa Johan tidak mungkin akan mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana selama ini beliau amat menyokong kerajaan Barisan Nasional. 

MAHU ATAU TIDAK KHALID KENA AKUR

Selama ini Khalid memegang jawat
an Menteri Besar Selangor tanpa akujanji dan tanpa syarat, cuma angkat sumpah sebagai Menteri Besar dan akan menyimpan semua rahsia kerajaan.

Dalam gambar diatas adalah 5 diantara 10 akujanji yang perlu di beri perhatian iaitu Islam tidak diganggu gugat, ini kita dapat lihat apabila ada diantar pemimpin pembangkang yang memperolok olokkan agama Islam.

Yang kedua mempertahankan institusi raja, ini juga dilihat apabila ada diantar pemimpin pembabgiang yang menghina Sultan seperti apa yang berlaku di Perak.

Memastikan hak orang Melayu pula dilihat apabila DAP terutamanya Cina DAP yang mahu menghapus hak hak melayu dalam negara.

Mempertahankan hak bukan Melayu, ini memang sudah termaktub dan ianya perlu dipelihara.


RED BEAN ARMY DIKENAL PASTI

Kantoi lagi sorang cybertrooper DAP, Red Bean Army yang ditaja khas oleh DAP untuk memecah belahkan orang orang melayu dalam laman facebook.
Patut le Sangkakala tengok bila si Dajjal ni keluarkan status dalam facebook lepas tu dia diam tak komen, dia bagi orang melayu bertengkar sesama sendiri dalam status yang dia naikkan dalam laman facebook tu.

Rupa rupanya dia salah sorang cybertrooper DAP yang dibayar, gunakan nama melayu tetapi berketurunan cina dan beragama kristian.

Nampak tak betapa liciknya permainan mereka dalam media sosial, yang kita dama melayu bergaduh tak tentu kira sampai bertengkar bagai nak gila.

Dia pulak diam je sambil tersenyum depan PC dan mengatakan bahawa kita ni bodoh yerperangkap dalam permainan dia.

Agak agak berapa DAP bayar pada dia ni untuk buat keje keje ni kan? Dah tentu lumayan, tapi kalau tau siapa sebenarnya dia ni alamat ruyup kena telanjang.

Biar di tau nasib macam mana bila pelaga orang melayu, yang melayu bengong pula mengiyakan saja apa juga fitnah haram jadah ni, nasib le Melayu bingai yang sokong pakatan pembangkang woiit..esok esok kakau DAP dah berkuasa baru la korang tau langit tinggi ke rendah.

TOLAK PERPADUAN PAS TIDAK MENGIKUT SUNNAH NABI

Dengan mengatakan bahawa PAS menolak perpaduan yang dituntut oleh beberapa pemimpin jelas menunjukkan bahawa PAS hari ini tidak lagi mengikut sunnah Nabi seperti yang berlaku diantara kaum Muhajirin dan Ansar lebih seribu tahun lalu.

Bukankah setiap apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan satu sunnah dan perpaduan yang wujud diantara kaum Muhajirin dan Ansar berlaku setelah Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah?

Jika sunnah Nabi sendiri ditolak oleh PAS dimana nak dikatakan bahawa mereka (PAS) menjadikan Islam sebagai pegangan mereka?

Haji Hadi mengatakan bahawa dengan bergabung bersama UMNO maka ianya ibarat membantu orang lemas dan beliau menyamakan UMNO seperti orang lemas yang jika dihampiri akan mendatangkan malapetaka atau merbahaya.

Inikah sikap seorang pemimpin Islam yang dikatakan mengikut sunnah waljama'ah dalam Islam?

Nik Aziz pula berkata bahawa beliau akan meludah muka pemimpin atau sesiapa sahaja yang datang untuk menyatukan UMNO dan PAS. 

Astaghfirullah..sampai begitu sekali Nik Aziz memandang kepada UMNO,  bukankah Islam itu bersaudara? Dimana fahaman agama Nik Aziz dan Haji Hadi selama ini yang mana mereka di gelar tuan guru oleh para pengikut mereka?

Dengan menidakkan persefahaman dalam Islam dengan menidakkan penyatuan dalam Islam,  adakah ianya akan memberikan manafaat kepada seluruh orang Melayu di Malaysia yang kesemuanya adalah Islam?

Apakah Nik Aziz dan Haji Hadi tidak melihat kepada satu penyatuan yang cukup kukuh diantara dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu di dalam negara ini?

PAS mungkin tidak perasan dimana kerusi mereka kini semakin kurang dan kerusi DAP semakin bertambah dan menjadikan ianya bertambah adalah kerana sokongan dari pengikut PAS itu sendiri. 

Dimana pula kedudukan Islam yang menyokong kafir DAP yang mana secara terang terangan menentang Islam selama ini?

Ini yang dikatakan buta kerana jawatan dan buta kerana kuasa dan ianya telah menular dalam diri dan jiwa pemimpin PAS. 

Dan ada juga ulama mengatakan bahawa apabila nafsu sudah menutup segala perasaan dan ianya akan mengatasi iman maka syaitan akan menyelinap masuk untuk menghitamkan hati mereka. Wallahualam.


Isnin, 13 Mei 2013

CYBERTROOPER PAKATAN TUNJUK KEBODOHAN

Ni Sangkakala nak tunjukkan satu kebodohan cybertrooper pakatan pembangkang yang mungkin juga digelar selama ni sebagai tentera kacang  merah atau red bean army yang dikatakan pakatlr dalam penyebaran fitnah terhadap kerajaan.

Sangkakala nampak cybertrooper ni memang sangat aktif di alam cyber terutamanya dalam facebook, tapi hari ni dah nampak sangat kebodohan cybertrooper ini apabila fitnah yang ditabur nampak sangat pembohongnya.

Nampka tak dimana bodohnya cybertrooper ni? Beliau mengatakan bahawa beliau makan di kedai penyokong Barisan Nasional dan di kedai twrsebut beliau makan nasi goreng dengan harga RM 8, tapi beliau tidak menyebut apa yang diminta untuk diletakkan dalam nasi goreng tu pun.

Alamak..cai day kantoi..sebab diaorang ni makan pun sama macam tuan guru diaorang gak, depan orang ramai makan sikit nampak jumud, bila di belakang melantak bagai nak gila..ala macam Nik aziz juga la lebih kurang.

Kenapa Sangkakala kata macam tu? Sebabnya nampak tak dia kata kawan dia belanja? Jadi oleh sebab kawan belanja tu mula la order sampai tak sedar diri macam polong tak makan bertahun, tu yang order bagai nak rak tu.

Cuba dia bayar sendiri, mula itu taknak ini taknak silap silap minta kurang pulak lagi,  sudah sudah la tu cai woiitt..makan tu jari darah daging la..kalau kau fitnah tu buat kena makan dengan api neraka je nanti..tapi lupa pulak diaorang ni sekali minta ampun dengan Nik Aziz dah tentu lepas tu nanti maeuk syurga.

 

HIMPUNAN HITAM UNTUK CEC

Anwar Ibrahim hanya membawa para pengikut pakatan pembangkang hanya kerana undi popular yang dimenangi oleh pakatan itu sebelum ini.

Mereka membuat himpunan kononnya ada kes blackout yang membolehkan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya baru baru ni.

Tapi kenapa tak buat himpunan untuk menentang CEC DAP yang secara terang terangan tidak telus dalam pemilihan ahli jawatankuasa DAP yang lepas yang mana terdapat kesilapan dalam pengiraan undi sebanyak 800 lebih bagi seorang calon?

Itu juga perlu dibuat bantahan sebenarnya kerana ianya dilihat sebagai satu pilihanraya dalam parti yang dibuat untuk memilih ahli jawatankuasa.

Anwar sepatutnya membuat bantahan diatas keputusan pemilihan tersebut memandangkan beliau adalah ketua pembangkang dan menjadi ketua kepada pakatan pembangkang yang diwakili oleh PAS, DAP dan PKR.

Anwar tidak mempedulikan semua itu dalam menuntut sebuah pemilihan yang telus.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah mencabar ahli ahli parlimen yang diwakili oleh pembangkang untuk tidak hadir dalam parlimen bagi upacara angkat sumpah.

Ini boleh menunjukkan bahawa mereka benar benar memprotes keputusan pilihanraya yang lalu.

Tapi adakah mereka mahu berbuat demikian sedangkan dalam protes pun mereka telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri dan menteri besar.

Disini kita dapat melihat betapa terdesaknya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan tindakan ini seolah olah menunjukkan bahawa beliau telah terhutang dengan satu satu pihak dan ianya perlu dilunaskan dengan menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jadi ianya perlu mendapat pemerhatian dan kajian khusus oleh rakyat yang jadi penentu kepada pemilihan satu satu kerajaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BARISAN NASIONAL TIDAK PERLU TUNAI JANJI

Menifesto yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang di Selangor telah diisytiharkan sebagai bukan satu janji oleh mahkamah rayuan hari ini.

Mahkamah telah mengenepikan saman dari persatuan ibu tunggal yang menuntut elaun sara hidup untuk ibu tunggal sebanyak RM 10.9 juta daripada kerajaan Selangor.

Ini bermakna kerajaan Selangor tidak perlu untuk membayar elaun tersebut kepada ibu ibu tunggal di Seluruh negeri tersebut kerana ianya bukan satu janji namun ianya Sangkakala anggap sebagai janji kosong.

Dengan pengenepian mahkamah ini, negeri negeri dibawah pakatan pembangkang juga tidak perlu menunaikan janji dalam menifesto mereka lagi.

Begitu juga dengan Barisan Nasional, selepas ini rakyat tidak lagi boleh merungut tentang pembangunan yang dijanjikan di kawasan mereka oleh kerajaan kerana ianya juga bukanlah merupakan satu janji.

Namun apa yang dapat kita lihat sebenarnya ialah, pengenepian ini tidaklah begitu penting, tetapi ketelusan sebuah kerajaan yang berjanji kepada rakyat adalah aspek utama dalam ketelusan sesebuah kerajaan.

Kerajaan Selangor sepatutnya tidak membiarkan perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan sekiranya mereka telus dalam memperjuangkan nasib ibu ibu tunggal di Selangor.

Sebuah kerajaan yang benar benar telus sebenarnya dapat dilihat daripada pelunasan mereka terhadap janji dan dengan membawa perkara itu ke Mahkamah rayuan untuk diketepikan jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya pandai berjanji namun tidak mungkin sama sekali dapat melunaskannya.

Menifesto yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang bahawa mereka akan melaksanakan itu dan ini maka dapat kita simpulkan disini jika tidak dilaksanakan maka rakyat tidak dapat berbuat apa apa lagi kerana menifesto bukanlah sesuatu yang diwartakan.

Malang sekali nasib para ibu ibu tunggal di Selangor yang dipermain mainkan oleh kerajaan negeri itu selama mereka memerintah dulu dan kini mereka (pakatan) diberi mandat sekali lagi dan ini akan membuatkan apa juga yang dijanjikan oleh mereka dalam menifesto baru baru ini tidak akan ditunaikan seperti mana yang lepas.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENAPA PAS PERLU GUSAR ???

PAS hari ini menyatakan kegusaran mereka apabila Barisan Nasional mengatakan bahawa tidak akan ada pembangunan di kawasan kawasan yang dimenangi oleh pakatan pembangkang selepas ini.

 Di Terengganu Menteri Besarnya menyatakan bahawa skim perumahan dan segala bentuk pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak akan diadakan.

Sangkakala rasa ianya amat sesuai dan PAS tidak perlu gusar kerana Barisan Nasional tidak mahu memberikan pembangunan kerana selama ini PAS mencanangkan bahawa janji janji Barisan Nasional yang ditepati untuk rakyat di tukar kepada perkataan janji dicapati.

Oleh itu untuk apa pembangunan di wujudkan dikawasan kawasan terbabit dan PAS yang pernah juga melaungkan slogan tersebut boleh meminta kepada kerajaan kerajaan negeri yang dimenangi oleh pakatan pembangkang untuk memberikan suntikan dana bagi pembangunan di kawasan mereka. 

Untuk apa kerajaan pusat atau kerajaan negeri bertungkus lumus memberikan pembangunan demi untuk keselesaan rakyat tetapi dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional maka pakatan pembangkang perlu pandai untuk mencari dana sendiri.

Takkan dah pandai nak tohmah tapi tak pandai nak laksanakan kerja kot wahai yb yb pakatan.

Sangkakala juga melihat sekiranya kawasan kawasan yang dimenangi oleh pakatan pembangkang ini juga dibangunkan maka Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen kawasan tersebut akan terus goyang kaki kerana semua prasarana yang diperlukan tetap dilakukan oleh kerajaan dan ini membuatkan mereka seperti ayam daging dalam reban.

Jadi kepada para pengundi di kawasan yang memikih pakatan pembangkang, anda perlu bersiap sedia untuk tidak menerima sebarang pembangunan selama 5 tahun ini dan jika Barisan Nasional menang di kawasan anda pada pru 14 nanti barulah pembangunan akan dijalankan sepertimana yang dijanjikan.


SAYANG SUNGGUH NIK AZIZ DENGAN DAP DAN PKR

Kalau zaman allahyarham Ustaz Fadzil Noor dulu ada, sudah tentu hari ini PAS dan UMNO akan berastu demi kelangsungan Melayu Islam.

Tapi oleh kerana beliau telah pergi dahulu mengadap Ilahi maka perkara itu amat sukar terjadi kini.

Ini semua kerana Nik Aziz yang tidak mahu bersama sama dengan UMNO yang dianggap sebagai parti kafir sedangkan DAP tidak dilabel sebegitu walaupun telah banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin DAP bercanggah dengan kehendak Islam serta dilihat mempermain mainkan agama Islam.

Nik Aziz mengajak UMNO untuk menyertai pakatan pembangkang yang menggelarkan parti gabungan haram mereka sebagai pakatan rakyat.

Macam dah hilang akal je Nik Aziz ni becakap, kan ke UMNO itu parti dalam Barisan Nasional dan Barisan Nasional itu ada parti gabungan, macam mana pula UMNO nak menyertai pakatan mereka sedangkan mereka adalah tiga parti yang berbeza.

UMNO mengalu alukan PAS untuk bersama sama berjuang dalam menegakkan Islam dan bukan sebaliknya, nampaknya Nik Aziz terlalu sayang dengan parti yang mana para pemimpinnya acap kali mempertikai tentang agama Islam dan mempermain mainkan agama Islam secara terbuka.

Nik Aziz pernah berkata bahawa beliau adalah Islam tetapi bukan melayu dan mungkin sebab itu juga beliau tidak mempedulikan apa akan jadi pada Melayu sekiranya DAP mendapat kuasa paling tidak menjadi tulang belakang jika pakatan pembangkang berkuasa.

Apa yang ada di dalam benak Nik Aziz hanyalah bagaimana untuk menjatuhkan UMNO tetapi tidak langsung memikirkan bagaimana untuk menaikkan Melayu itu sendiri.

Jadi bagaimana Nik Aziz mahu memajukan Islam sekiranya Melayu itu mundur kerana kita semua tahu, dalam negara ini, Islam itu adalah agama kepada orang Melayu dan ianya ada bersangkutan sekiranya dalam hal kemajuan.

Melayu itu adalah Islam dan sekiranya Nik Aziz mengatakan bahawa ada dikalangan bangsa lain yang juga beragama Islam ianya tidak dinafikan, cuma yang menjadi persoalannya ialah, majoriti yang beragama Islam di Malaysia adalah orang Melayu.

Jadi bagaimana Nik Aziz mahu menidakkan perkara ini?

Dendam terhadap UMNO memang tidak akan padam dari dalam diri Nik Aziz dan sekiranya itu yang menjadi pegangan Nik Aziz bermakna beliau juga telah lari dari landasan agama Islam iaitu tidak menaruh sifat dendam sesama manusia.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR IBRAHIM SAMAN UPIN DAN IPIN

Hahahaha..pasal pepatah ni dikeluarkan oleh kalikator Upin dan Ipin, Anwar Ibrahim tidak akan teragak agak untuk menyaman mereka.

Kan Anwar suka saman orang kalau rasa diri dia dah tersepit.
Nasib la upin dan ipin, Anwar dah meroyan tahap gaban tu, semua benda dah jadi salah pada dia, tak ada apa lagi yang betul dan sahih dalam dunia ni melainkan dia sorang.

Tu sebab dia bawa pengikut yang sama gika macam dia pegi merata tempat untuk adakan himpunan berkabung buat pajatan pembangkang tu.


MCA KECIL HATI DENGAN PENGUNDI CINA

Dalam pilihanraya yang diadakan baru baru ini, kita dikejutkan dengan pengundian oleh majoriti orang orang cina kepada pakatan pembangkang dan ini telah membuatkan MCA yang menjadi komponen Barisan Nasional kecundang di banyak kawasan yang dipertandingkan.

Situasi yang digelar 'tsunami cina' ini telah membuatkan MCA berasa amat terkilan kerana selama ini mereka menjaga kebajikan kaum cina di seluruh negara. 

Namun setelah pengiraan undi dibuat jelas terbukti bahawa kebanyakan pengundi di kawasan yang majoritinya adalah orang cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dan seterusnya menampakkan bahawa ada penolakkan kepada kerajaan disitu.

Ini telah membuatkan MCA berasa malu dan kecil hati dengan pengundi pengundi cina dan MCA mengambil tindakan untuk menutup pusat pusat khidmat yang selama ini menjadi tempat untuk kaum cina mengadu tentang sesuatu kepada kerajaan. 

Ini adalah satu tindakan wajar yang dilakukan oleh MCA kerana mungkin parti komponen BN itu merasakan tidak perlu lagi pengundi cina datang berjumpa dengan mereka untuk mengadu nasib tetapi lebih baik beralih kepada ADUN atau Ahli Parlimen DAP yang mereka pilih.


Ahad, 12 Mei 2013

NURUL IZZAH MINAT BANGLA ???

Biar betul ni? Dalam pakatan pembangkang heboh mengatakan bahawa Barisan Nasional mengimport puluhan malah ratusan ribu pengundi hantu dari Bangladesh rupa rupanya Nurul Izzah yang dibontoti oleh mat bangla ni.

Nampak gambar kat atas tu? Siapa yang ikut Nurul Izzah? Bujan ke Bangla tu?

Terbukti mereka yang diijuti oleh Bangla dan bukanlah calon Barisan Nasional sebenarnya.

Dah takde orang Malaysia ke nak jadi pengawal peribadi Nurul? Ni siapa nak jawab ni?

Hahaha..kantoi sudah pakatan pembangkang dengan permainan mereka sendiri.

PUNCA BLACKOUT DIKENAL PASTI

Punca blackout yang membuatkan pakatan pembangkang jadi gila membuat himpunan diseluruh negara dikenal pasti berpunca dari masaalah yang dialami oleh orang mereka sendiri.

Tapi sudah menjadi kebiasaan pembangkang yang akan menyalahkan kerajaan dalam semua sudut tidak menampakkan bahawa kesalahan tersebut berpunca dari mereka sendiri.

Ini lah punca sebenar mengapa mereka mengatakan bahawa Barisan Nasional dan SPR menipu dalam pilihanraya agaknya.

Hahaha..kantii sudah puak pakatan, dibayar untuk pantau pengundi, rupa rupanya tido di pusat pembuangan undi.

Memang tak boleh harap puak puak ni buat kerja.

GEMPAR !! PEMIMPIN MAIN DENGAN ISTERI ORANG

Sepasang pasangan kekasih ditangkap khalwat di dalam sebuah rumah yang telah di ubah suai untuk dijadikan rumah tumpangan sementara di Batu Pahat Johor.

Kedua dua pasangan ini mengaku tidak bersalam dengan mengaku bahawa mereka adalah pasangan suami isteri dan lelaki yang ditahan telah menyergah pasukan penguatkuasa dengan mengatakan bahawa wanita yang ditahan bersama beliau adalah isterinya dan penguatkuasa tidak ada hak untuk menahan mereka.

Untuk cerita lanjut sila klik DISINI

Tapi itu bukan cerita yang Sangkakala nak katakan disini sebenarnya, namun ianya bersangkut paut dengan beberapa orang pemimpin pembangkang yang telah melakukan perkara sama satu masa dulu.

Seperti contoh, Mat Sabu dengan Norma yang juga merupakan isteri seorang penyokong PAS, kisah ADUN Selising dalam gerabak keretapi, Ustaz Badrul Amin dalam bilik hotel jam 3 pagi memberikan kaunseling, Din Pudu di kawasan jalan Pudu Kuala Lumpur.

Adakah mereka ini telah bebas daripada apa yang dilakukan oleh mereka sebelum ini?

Adakah kita semua lupa dengan apa yang mereka lakukan dan adakah dosa mereka itu terhapus setelah diberikan keampunan oleh Nik Aziz?

Rakyat Malaysia perlu mengambil kira senua kes kes ini dan kenapa Nik Aziz serta PAS tidak meminta supaya hukuman hudud dijalankan keatas mereka?

Inilah yang dinamakan hudud PAS dan ianya adalah hukuman selama kempen pilihanraya semata mata.

NIK NAZMI TOLAK HUDUD

Ini ada seorang pemimpin muda dalam PKR yang secara terang terangan menolak hukum hudud.

Adakah PAS berani untuk mengatakan bahawa beliau kini kafir atau buat buat tak nampak apa yang diperkatakan oleh Nik nazmi?

PAS mungkin tidak berani mengatakan begitu kerana Nik Nazmi adalah anak muda kesayangan PKR dan jika PAS mengatakan begitu, sudah pasti PAS akan ditempelak dengan hebat.
PAS selamq ini begitu taksub dengan hukuman hudud dan ianya selalu di keluarkan apabila tiba musim pilihanraya.

Tapi jelas dapat kita lihat apabila tamat sahaja pilihanraya umum, maka hudud versi PAS akan lenyap dan ianya akan timbul semula pada pilihanraya akan datang.

Hudud versi PAS sentiasa menjadi persepsi apabila tiba musim pilihanraya dan ini juga menjadi senjata kepada pakatan pembangkang dalam usaha untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. 

Namun apabila Nik Nazmi mengatakan sebegini, apakah tindakan PAS?  Adakah mereka akan terus berdiam diri atau cuba untuk menjadikan ianya sebagai satu isu dimana PKR tidak menerima hudud?

PAS tidak boleh double standard dalam hal hal sebegini sekiranya mereka benar benar berjuang untuk mewujudkan undang undang Islam tersebut di Malaysia. 

GURU MELAMPAU PERLU DIAMBIL TINDAKAN TEGAS

Ini satu laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa tentang perilaku seorang guru yang berpolitik disekolah dan melibatkan para pelajar.

Tindakan ini dilihat amat tidak sesuai dan guru tersebut perlu diambil tindakan tegas oleh pihk kementerian.
 
 

ANWAR GAGAL SEKALI LAGI


Dengan menyangkakan bahawa akan ada kehadiran melebihi 100 ribu orang maka Anwar memindahkan tempat perhimpunan BLACKOUT ke stadium yang lebih besar di Batu Kawan.

Tetapi satu perkara telah berlaku dimana kehadiran sebenar malam tadi tidak seperti apa yang dijangkakan oleh Anwar Ibrahim kerana tidak sampai 20 ribu sahaja yang hadir.
 
Kalau tak percaya klik DISINI.

Mungkin pengikut pakatan pembangkang sudah penat dengan kerenah Anwar yang sentiasa akan mengheret mereka untuk turun ke setiap perhimpunan apabila Anwar rasa tak puas hati.

Anwar juga dilihat mempergunakan pengikut pengikut pakatan pembangkang dan seolah olah mengambil kesempatan di atas sokongan mereka.

Pada kebiasaannya, pengikut pakatan akan turun beramai ramai untuk mendengat celoteh fitnah dari Anwar dan setiap pembohongan dari mulut beliau namun kini jelas terbukti bahawa mereka semua (pengikut pakatan) sudah mula jelak dengan Anwar Ibrahim.








HIMPUNAN HARAM BERLANGSUNG LAGI

Pihak polis negeri Perak telah mengesahkan bahawa himpunan yang bakal dilakukan pada malam ni adalah himpunan haram.

Walaupun akta himpunan aman telah diwujudkan tetapi ianya perlukan syarat dimana pihak penganjur perlu mendapatkan permit terlebih dahulu dan jika gagal ianya tetap dipanggil himpunan haram.

Anwar Ibrahim sengaja menjadikan himpunan sebegini tanpa permit kerana ingin menunjukkan bahawa kerajaan zalim apabila satu satu tindakan dikenakan keatas penganjur.

Orang ramai digalakkan untuk tidak menyertai himpunan seperti ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Jadi kepada rakyat negeri Perak, lupakan semua himpunan dan kita perlu melangkah kehadapan untuk memajukan negeri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KALAU ANWAR JANTAN BAWA KE MAHKAMAH

Bantahan demi bantahan diadakan oleh pakatan pembangkang ketika ini, apa yang dibantah Sangkakala pun tak tau.

Nak kata ketidak adilan dalam pilihanraya, Anwar sendiri yang kata suara rakyat suara keramat, keputusan rakyat harus diterima, tapi kesudahannya beliau sendiri tidak sanggup menerima kekalahan.

Tapi tindakan Perdana Menteri yang meminta agar pihak yang dah setengah gila ni untuk bawa perkara tersebut ke mahkamah adalah tepat dan betul.

Kita tengok sama ada puak puak pembangkang ni berani atau tidak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dan adakah bukti bukti kukuh yang membolehkan kes tersebut di bawa ke mahkamah?

Pelbagai tuduhan dilakukan selepas selesai sahaja proses pengundian yang lalu, pelbagai tohmahan dilemparkan tidak kira dari peringkat mana pakatan pembangkang, semua mengatakan bahawa pilihanraya kali ini tidak adil.

Tapi dalam protes punya protes, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Kelantan yang baru terus angkat sumpah, itu tak adil dan tak telus?

Ayuh kita ramai ramai cabar Anwar kalau lah dia anak jantan, bawa kes tersebut ke mahkamah, kita akan tunggu keutusan dan kita pasti menerima keputusan dari mahkamah dengan hati terbuka.

Nak takut apa kan, Anwar sendiri pernah kata peguam pendakwa yang mendakwa beliau satu masa dulu, kini dah menjadi peguam pembela kepada beliau, jadi tak perlu risau kalau nak bawa perkara ni ke mahkamah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LEPAS VIDEO SEX KITA TENGOK GAMBAR LAK

Ni ada satu lagi cerita yang di keluarkan dalam fanpage facebook, gambar hubungan sex seorang pemimpin PAS di Kedah katakan.

Sangkakala pun tak berapa tau sangat cerita ni cuma ianya di jadikan artikel bergambar oleh rakan blogger Sangkakala.

Nak tengok gambar? Sila klik pautan dibawah

http://bit.ly/13owSEJ



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 11 Mei 2013

KIT SIANG TUNJUK SIKAP TOLAK MELAYU

Veteran DAP, Lim Kit Siang sudah mula menunjukkan sikap ketepikan Melayu dalam corak pemerintahan negara dimana beliau telah mencabar Perdana Menteri untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

Kenapa perkara ini ditujukan kepada UMNO? Tetapi tidak kepada PAS?

Kit Siang semenjak tahun 1969 lagi telah cuba menghapuskan hak Melayu dengan mengajurkan perhimpunan yang akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dan kali ini beliau sekali lagi menunjukkan sikapnya itu untuk menjadikan Malaysian Malaysia dengan mencabar Perdana Menteri sebegitu.

Sangkakala rasa sikap Kit Siang kini sudah melampau dan keterlaluan dan jika ini tidak lagi disedari oleh orang orang Melayu, maka akan terhapuslah Melayu di tanah air ini.

Akan lenyaplah kata kata Hang Tuah, tidak Melayu hilang di dunia dan kerana adanya cina komunis seperti Kit Siang dan anggota DAP yang lain maka kata kata tersebut akan lenyap.

Seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa UMNO itu adalah parti orang Melayu dan ianya menjadi tunjang dalam pemerintahan negara dan dengan berbuat begitu, jelas menunjukkan sikap sebenar Kit Siang.

Sangkakala bukanlah bersikap rasis, tapi apabila seorang cina mencabar begitu, Sangkakala rasa ianya patut di sanggah dan diketepikan secara total.

Anak Melayu harus bangun untuk menundukkan DAP sebelum kita diarahkan untuk tunduk oleh mereka, dan apabila mereka berkuasa, semua kuasa den kelebihan Melayu akan hilang dan lenyap.

Mahukah kita semua tunduk dibawah kuasa mereka?

Mereka (cina DAP) perlu ingat, bila mereka datang, untuk apa mereka datang, atas kebenaran siapa mereka datang?

Jangan dipijak ekor harimau yang sedang tidur, kelak nanti binasa badan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UNDI POPULAR MILIK PAKATAN PEMBANGKANG

Pakatan pembangkang heboh mengatakan bahawa mereka mempunyai undi popular yang cukup tinggi dan seharusnya menjadi kerajaan dan dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Tapi pernahkah pemimpin pembangkang memikirkan kenapa mereka popular dari Barisan Nasional? Dan kenapa pula Barisan Nasional kurang popular dari mereka?

Apa yang membuatkan mereka begitu popular hingga mereka mendakwa mereka seharusnya menjadi kerajaan?

Jawapan amat mudah, mereka popular kerana isu dan moral yang rendah, tambahan pula dengan pendedahan pendedahan blogger pro kerajaan yang mengeluarkan isu mereka setiap masa.

Tapi kenapa pula mereka kalah dalam pilihanraya?

Mereka cuma menang dalam populariti dan bukan sebagai pilihan tepat rakyat yang mahukan kepimpinan yang baik sikapnya serta tinggi budinya.

Jika Anwar Ibrahim mengatakan mereka menang dalam pilihanraya kali ini, Sangkakala tidak menyangkal perkara tersebut kerana pakatan pembangkang menang dalam isu yang mengaibkan dan perkara perkara yang memualkan rakyat.

Jadi disini Sangkakala tidak melihat bahawa rakyat akan memilih mereka dalam pilihanraya dan seterusnya mengangkat mereka sebagai kerajaan.

Dan kepada calon Barisan Nasional yang kalah dalam PRU lepas, tidak perlu risau kerana anda tidak popular, itu adalah hakikat dimana anda semua tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian rakyat seperti skandal sex dan sebagainya.

Populariti pakatan pembangkang disebabkan oleh video video terlarang mereka, kerana kebebasan beragama mereka, kerana kebenaran menggunakan kalimah Allah oleh mereka, kerana rusuhan yang dicetuskan oleh mereka yang membuatkan mereka popular, tapi tidak kepada Barisan Nasional.

Jadi oleh yang demikian, biarlah mereka popular dengan cara mereka dan Barisan Nasional biarlah terus membela rakyat walaupun ianya kurang mendapat populariti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NAJIB RAZAK NAK BUAT BAIK LAGI KE ???

Walaupun dikeji dan dihina, dikatakan kafir dan sebagainya, namun sebagai ketua negara, Perdana Menteri tidak pernah memikirkan dendam atau permusuhan.

Ini terbukti apabila Perdana Menteri meluangkan masa melawat mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dipotong kedua dua belah kakinya kerana jangkitan kuman di hospital siang tadi.

Ini adalah contoh dimana pemimpin negara terutamanya Islam menjengah saudara sesama Islam bila ditimpa musibah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga melawat Azizan di hospital.

Tapi Sangkakala nak tanya, mana Anwar Ibrahim? Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh? Mana Nik Aziz? Dan mana kepimpinan lain dalam pakatan pembangkang?

Nampak sangat pemimpin pembangkang hanya akan menggunakan dan mengangkat seseorang pemimpin parti mereka jika mereka berjaya dan masih sihat, namun jika ditimpa musibah tidak akan ada sesiapa yang datang menjengah.

Tidak seperti pemimpin Barisan Nasional yang tidak putus putus datang menziarahi Azizan di hospital, tapi apa yang mengecewakan ialah, Azizan di masukkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri tidak nampak muka, bukankah mereka sama sama dalam pakatan?

Yang bekas Menteri Besar Kelantan pun begitu juga, Nik Aziz pernah melawat Karpal Singh di Pulau Pinang lebih tidak berapa lama dahulu tetapi tidak mampu untuk pergi ke tempat sama untuk melawat Azizan, adakah ini yang dinamakan ulamak, yang sanggup bermati matian untuk bertemu dengan paderi serta kafir pakatan mereka namun tidak mampu untuk melawat saudara sesama islam.

Cukup menyedihkan bukan? Apabila Azizan yang satu masa dulu diangkat dan dijulang ketika Kedah jatuh ke tangan pembangkang, kini terlentang tidak dipedulikan oleh rakan rakan sendiri.

Inilah nasib yang bakal menimpa orang orang yang begitu taksub menyokong pakatan pembangkang, akhirnya mereka akan tinggal keseorangan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAKATAN PEMBANGKANG MULA SALAH MENYALAH

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyalahkan PAS kerana gagal mempertahankan negeri Kedah hingga ianya jatuh semula ke tangan Barisan Nasional.

Beliau berkata bahawa permasaalahan dalam PAS telah membuatkan negeri itu terlepas dan kembali di tadbir oleh Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri.

Sekarang DAP sudah mula menunding jari pada parti yang bersama sama dengan mereka dan DAP kini sudah lebih berani menyalahkan PAS berikutan masalah dalaman parti tersebut.

Kalau dulu kita lihat DAP tidak berani mengatakan apa apa, tetapi kini PAS pula yang tidak dapat bersuara dan terpaksa akur dengan kehendak DAP.

DAP seolah olah menidakkan undi dari pengikut PAS yang mengundi mereka pada pilihanraya baru baru ini dan jika tidak kerana undi pengikut PAS mana mungkin DAP akan mendapat kerusi lebih dari pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

Di Kedah pula, adakah pengikut DAP memberikan undi kepada PAS sepenuhnya sepertimana yang dilakukan oleh pengikut PAS di Pulau Pinang hingga membuatkan negeri tersebut terlepas dari genggaman mereka.

Dengan komitmen yang di tunjukkan oleh Barisan Nasional selama ini membuatkan rakyat Kedah memilih untuk mengundi Barisan Nasional, di tambah pula dengan kehadiran Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dicalonkan sebagai Menteri Besar sudah pasti membuatkan rakyat Kedah merasa amat selesa.

Tapi kenapa pula Guan Eng yang beriya menyalahkan PAS? Atau Guan Eng sengaja mahu menutup kesalahan mereka yang tidak membantu PAS untuk mencapa kemenangan di Kedah seperti mana yang mereka (PAS) lakukan.

Tapi seperti biasa, sudah lumrah dalam dunia, kaum cina (tidak semua) akan menyalahkan orang Melayu dalam setiap perkara walaupun ianya bersangkutan dengan mereka.

Sebagai contoh disini Sangkakala jelaskan, kita biasa lihat seorang budak Melayu akan dimarahi dengan teruk jika melakukan kesilapan walaupun ianya kecil, jadi perkara sama telah berlaku kepada PAS.

Sangkakala bukanlah bersikap rasis, tapi itulah yang terjadi sebenarnya kini, DAP menyalahkan PAS dengan mengatakan bahawa parti itu mempunyai masaalah dalaman, sedangkan DAP juga mencipta masaalah dengan orang Melayu.

Seperti contoh, Guan Eng sendiri pernah mengeluarkan kenyataan agar kalimah Allah diberi kebenaran untukj digunapakai oleh orang bukan Islam iaitu di dalam kitab Bible edisi bahasa Melayu, tidakkah itu menjadi kemarahan dan kebencian kepada pakatan pembangkang oleh rakyat Malaysia khususnya beragama Islam?

Jadi kenapa Guan Eng hanya menyalahkan PAS dalam perkara ini?

Sepatutnya mereka (DAP) juga merasa malu dengan apa yang terjadi dimana, kekurangan jentera DAP di Kedah dilihat sebagai satu kekurangan kerana kebanyakan jentera ini di hantar ke Pulau Pinang untuk membantu Guan eng mengekalkan kuasanya.

Jadi dimana silapnya PAS?

PAS hanya mampu melihat kemenangan DAP di Pulau Pinang hasil dari kerja keras yang dilakukan oleh jentera DAP Kedah yang meninggalkan PAS untuk bekerja sendirian dengan alasan PAS Kedah bertanding di banyak kerusi kawasan, jadi biarlah PAS bekerja sendirian.

Satu lagi contoh yang Sangkakala nak berikan iaitu, adakah jawatan EXCO diberikan kepada PAS di Pulau Pinang, setahu Sangkakala tidak ada walau satu pun jawatan EXCO tersebut diberikan kepada wakil dari PAS di negeri tersebut.

Walau bagaimana pun itu adalah kehendak PAS sendiri dan PAS perlu menerima setiap herdikan yang dilemparkan oleh DAP terhadap mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan #PRU13 ANAK MUDA YANG TAK KENAL UNTUNG @NajibRazak @tunfaisal @hairul_own

Ini ada beberapa gambar yang menunjukkan bahawa anak Malaysia yang tidak mengenal untung berdiri di tengah panas hanya semata mata mengikut kehendak parti politik dan individu yang rakus dengan jawatan.

Mereka ini dipergunakan hanya untuk memuaskan nafsu sesetengah pihak, walaupun mereka mengatakan bahawa mereka tidak dipengaruhi oleh mana mana parti politik tetapi ianya hanyalah retorik semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka bebas dari mana mana individu terutamanya pembangkang.

Gambar Safwan Anang, pelajar yang cuba untuk menjadi wira kepada penuntut di IPTA namun dipergunakan oleh parti pembangkang untuk kepentingan mereka.

Ini gambar Adam Adli, penuntut yang bertanggung jawab menurunkan bendera gambar Perdana Menteri di PWTC, kononnya menuntut untuk pendidikan percuma, namun kini sudah mula menular ke arena politik.

Dikatakan juga pelajar ini dibiayai oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan perkara perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.

Soladariti Anak Muda Malaysia yang mengatakan bahawa mereka membawa suara anak muda dan mewakili mereka untuk menyuarakan pendapat tapi kini sudah dipolitikkan.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak di pengaruhi oleh mana mana parti politik namun pada hakikatnya lihat gambar dibawah.

Adakah ini semua bendera Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana mana persatuan yang mewakili rakyat Malaysia?

Jika SAMM mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana mana parti politik sudah pasti tidak akan ada bendera seperti diatas dalam himpunan semalam, tapi gambar membuktikan segala galanya.

Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik DISINI.

BUKTI BLACKOUT PERANCANGAN PEMBANGKANG

Semasa pengiraan undi dalam pilihanraya yang lepas, ada beberapa kejadian blackout di beberapa kawasan telah terjadi.

Pembangkang mengatakan bahawa ianya adalah salah satu perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional serta UMNO dengan tujuan untuk menewaskan pakatan pembangkang.

Namun beberapa bukti jelas menunjukkan bahawa perancangan tersebut telah dilakukan dengan teliti oleh pakatan pembangkang dan beberapa bukti tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkanglah yang merancang semua kejadian itu.

Salah satu contoh, polling ajen pembangkang telah dibekalkan dengan lampu suluh semasa kejadian blackout tersebut dan ini jelas membuktikan bahawa mereka sudah pun tahu bekalan elektrik di tempat pengiraan undi akan terputus.

Mana mereka dapat tahu semua tu sedangkan pihak TNB tidak mengeluarkan apa apa notis untuk memutuskan bekalan elektrik dan pihak TNB sendiri mengesahkan tiada sebarang kejadian terputusnya bekalan elektrik ke kawasan terbabik.

Polling ajen ini pula dilihat seperti sudah bersiap sedia untuk bergelap dimana ada sorang wakil dari pihak Barisan Nasional berkata beliau nampak lampu picit telah dikeluarkan oleh seorang wakil pembangkang sejurus sebelum berlakunya kejadian blackout tersebut.

Hairan juga kan, macam mana boleh tahu akan terputusnya bekalan elektrik kalau ianya tidak dirancang terlebih dahulu?

Pembangkang menggunakan kaedah ini bukan untuk memenangi undi tetapi untuk melihatkan bahawa Barisan Nasional itu bertindak secara kotor walaupun mereka yang melakukan perkara tersebut.

Mereka cuba meniup api kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional dengan menyebarkan fitnah dan tohmahan.

Seperti yang berlaku semalam di PutraJaya, beberapa orang anak muda mahasiswa telah berkumpul di bangunan kerajaan untuk masuk ke SPR bagi menyerahkan memorandom dan salah satu yang diucapkan oleh anak muda ini ialah tentang blackout tersebut.

Persoalannya, adakah mahasiswa ini berada disitu semasa kejadian itu berlaku, dan adakah mereka melihat perkara tersebut?

Mahasiswa ini telah diajukan dengan fitnah oleh pembangkang yang membuatkan mereka berasa marah sedangkan perkara tersebut dilakukan oleh tangan tangan hitam dari pihak pakatan pembangkang.

Mereka ini bertindak tanpa usul periksa kemudian menyalahkan kerajaan dalam semua perkara kerana terlalu taksub dan percaya.

Adam Adli dan Safwan Anang mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti cuma mereka inginkan satu pilihanraya yang bebas dan adil sedangkan dalam masa yang sama, mereka memanggil Che Gu Bard untuk bersama sama mereka dalam himpunan semalam.

Adakah Che Gu Bard sudah keluar dari parti politik dan beliau juga sudah tidak aktif lagi dalam politik?

Kita lihat bagaimana pembangkang memanipulasi mahasiswa mahasiswi ini untuk dipergunakan oleh mereka demi meraih pangkat dan kuasa dan para pelajar ini pula telah termakan dengan hasutan serta gula gula yang dihidangkan kepada mereka oleh pembangkang.

Sebagai mahasiswa yang bijak Sangkakala rasa mereka tidak sepatutnya dengan mudah mempercayai segala kejadian tanpa meneliti serta menyelidiknya terlebih dahulu.

Berbalik kepada masalah blackout tadi, kawasan yang dikatakan berlakunya blackout tersebut telah dimenangi oleh pakatan pembangkang tetapi mereka masih tidak lagi berpuas hati dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka amat tidak matang dalam politik.

Semua perkara yang berlaku walaupun memihak kepada mereka akan tetap mereka bangkang, ini satu perkara yang dikatakan pelik dalam sejarah manusia sebab biasanya manusia akan berpuas hati sekiranya sesuatu kejadian memihak kepada mereka, tapi kini ianya sudah terbalik, yang kalah duduk diam, yang menang pulak tak puas hati.

Rakyat dapat menilai kedudukan mereka ini sekarang, adakah mereka ini yang mahu dijadikan pemimpin? Adakah meraka yang mahu dijadikan sebagai orang untuk mempertahankan rakyat?

Sudah pasti rakyat akan terbiar kerana mereka akan berpolitik dan akan terus membangkang walaupun perkara yang baik akan kerajaan berikan kepada rakyat.

Ingat PR ingat Fitnah..ingan BN ingat 1Malaysia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone