Memaparkan catatan dengan label #selawatperdana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #selawatperdana. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

#selawatperdana BERGEGAR DI STADIUM HANG TUAH

Malam tadi stadium Hang Tuah bergegar dengan Selawat dalam Program Malam Cinta Rasul.

Hampir 30 ribu orang memenuhi stadium untuk sama sama berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.





Terbukti program yang di bawa oleh Yayasan Perdana Ummah atau YPU ini mampu membawa ribuan orang tanpa mengira fahaman politik duduk bersama di satu tempat untuk sama sama berselawat.

Program Malam Cinta Rasul akan diadakan lagi di Putrajaya pada 31 Oktober nanti dan orang ramai dari segenap pelusuk dijemput untuk sama sama hadir.


Ahad, 28 September 2014

#selawatperdana 30 RIBU BANJIRI DATARAN TEMERLOH

30 ribu orang membanjiri Dataran Temerloh malam tadi untuk bersama sama dalam program Selawat Perdana yang dibawa oleh Yayasan Perpaduan Ummah.


Program Selawat Perdana ini setiap kali dianjurkan sudah pasti akan dipenuhi dengan ribuan manusia dan seperti baru baru ini di Kuala Kubu Bharu, walaupun dalam keadaan hujan, para pengunjung masih lagi memenuhi padang Stadium Mini Kuala Kubu.

Sebelum berada di Temerloh dan selepas di Kuala Kubu Bharu, kumpulan Selawat Perdana ini telah dijemput ke Sarawak dan disana juga ribuan rakyat Sarawak beragama Islam telah hadir.

Program ini nampaknya semakin diminati dan semakin disukai bukan sahaja oleh golongan dewasa, malah golongan muda dan kanak kanak juga turut terlibat sama.