Memaparkan catatan dengan label #dunselangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #dunselangor. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

#dunselangor TINDAKAN DRASTIK ADUN BN BUAT MB SELANGOR TERKEDU

Semalam selepas sahaja diumumkan oleh Menteri Besar Selangor tentang pemberian peruntukan untuk ADUN Barisan Nasional sebanyak RM 200 ribu, maka ramailah yang melompat dengan pelbagai gaya yang tersendiri didalam media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Lebih menyedihkan lagi apabila ada dikalangan yang memberikan komen negatif adalah dikalangan orang orang UMNO sendiri walaupun ADUN ADUN BN ini masih belum membuat keputusan untuk menerima atau menolak pemberian tersebut.

Tapi hari ini jelas menunjukkan bahawa ADUN BN bukanlah sebodoh yang disangka apabila Ketua Pembangkang, Dato Shamsuddin Lias mengumumkan penolakan pemberian tersebut dalam Dewan Undangan siang tadi.


Ini sebenarnya satu tamparan buat Menteri Besar dan juga kerajaan Selangor kerana ianya juga memberikan mesej jelas bahawa ADUN BN bukan sewenang wenangnya untuk dimomokkan dengan bajet yang dilihat tidak seikhlas seperti yang disebut oleh pihak kerajaan.

Seperti kata YB Budiman Zohdi, bajet kerajaan Selangor kali ini adalah bajet untuk menggula gulakan rakyat dan bukanlah bajet yang betul betul ikhlas untuk kepentingan rakyat.

EXCO kerajaan tempatan Selangor pula menempelak YB Dato Ketua Pembangkang dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang menerima pemberian sebuah kenderaan tapi menolak pemberian peruntukan dari kerajaan negeri dan dibalas semula oleh Ketua Pembangkang dengan mengatakan bahawa kenderaan tersebut adalah dibawah belanjawan Menteri Besar sebelum ini dan jika ianya diungkit kembali, tidak menjadi masalah jika kenderaan tersebut ditarik kembali oleh kerajaan.

Permainan kerajaan Selangor ini memang telah dapat dikesan sejak dari awal lagi dimana semasa zaman pentadbiran Khalid Ibrahim, kenderaan berupa sebuah kereta Camry telah diberikan kepada Ketua Pembangkang namun ianya tidak dibuat secara rasmi tetapi ianya diberikan secara rasmi oleh Menteri Besar yang baru semata mata untuk menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin.

Seperti artikel yang Sangkakala tulis sebelum ini, Azmin sebenarnya bertujuan dengan niat untuk menujukkan bahawa Khalid Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar dan cuba memperlekeh kepimpinan beliau sebelum ini.

Azmin juga mendakwa bahawa Khalid semasa menjadi Menteri Besar kerap kali melakukan mesyuarat untuk menambah peruntukan kepada kerajaan negeri sedangkan bajet yang dibentangkan oleh beliau kali ini merupakan bajet sekali harung dan tidak akan ada bajet tambahan sehingga tahun 2016.

Namun begitu Khalid juga telah menempelak Azmin dengan mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan oleh beliau sebelum ini walaupun ada beberapa kali penambahan ianya tidak melibatkan defisit sepertimana yang berlaku di zaman Azmin yang mana bajet kali ini telah mengalami defisit sebanyak RM 450 juta sedangkan di zaman Khalid dulu, rizab kerajaan sentiasa bertambah.






Apa lagi yang Azmin nak tunjukkan lepas ni? Atau nak tunggu Khalid buat pendedahan berani mati hingga membogelkan beliau dalam Dewan Undangan Negeri? 

Baik Azmin berhati hati sebab rasanya banyak juga yang akan didedahkan oleh Khalid tak lama lagi.



Isnin, 24 November 2014

#dunselangor PEMBERIAN KERETA HANYA RETORIK AZMIN PERLEKEH KHALID IBRAHIM

Hari ni heboh bila Ketua Pembangkang Selangor diberikan sebuah kenderaan rasmi untuk kegunaan dan bermulalah kokokkan daripada pelbagai pihak terutamanya pengikut PR yang mengatakan bahawa Azmin Ali selaku Menteri Besar begitu prihatin dan baik hati.


Tapi adakah semua orang tahu bahawa kenderaan ini telah diberikan kepada Dato Samsudin Lias pada bulan Januari yang lalu semasa dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim lagi?

Mungkin ramai yang tak tau sebab Khalid tidak menyerahkan kenderaan tersebut secara rasmi dan apabila Azmin mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor maka ianya dibuat secara rasmi dan diadakan dihadapan pintu masuk Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ini semua yang sebenarnya adalah untuk memperlihatkan bahawa pentadbiran Azmin lebih baik dimata pengikut Pakatan dan Azmin sengaja memperlekeh apa yang telah dilakukan oleh Khalid sewaktu menjadi Menteri Besar.

Begitu juga dengan elaun khas yang diberikan kononnya untuk pemandu serta Setiausaha Ketua Pembangkang.

Elaun ini telah diberikan sejak zaman Khalid juga tapi tidaklah sampai ianya dimasukkan ke dalam akhbar dan sebagainya dan cerita ini kalau ada pun tak le sehebat sekarang yang mana rata rata pengikut Pakatan cuba untuk menunjukkan imej bersih Azmin.

Jadi cerita pemberian kenderaan ini hanyalah retorik semata mata dan jangan lupa, kalau tak silap Sangkakala kenderaan Ketua Pembangkang ini juga atas permintaan atau diusulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain dimana kedudukan Ketua Pembangkang yang dikatakan sama taraf dengan EXCO.

Sangkakala juga rasa bahawa Dato Samsudin Lias sememangnya wajar menerima kenderaan tersebut berserta dengan elaun elaun yang diberikan kerana ianya adalah wang rakyat dan bukannya wang PR.


Sabtu, 22 November 2014

SIDANG DUN SELANGOR DIJANGKA HANGAT #dunselangor

Hari Isnin nanti bermulalah sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama selepas kejayaan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar oleh PKR dan digantikan dengan Azmin Ali.


Hentaman demi hentaman dilakukan terhadap Khalid selepas beliau melepaskan jawatan dan digantikan dengan Azmin Ali dan lebih menyedihkan lagi, Khalid Ibrahim dilihat seperti tidak langsung berbuat jasa terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.

Tambahan pula Azmin yang menjadikan Jokowi sebagai ikon untuk menjalankan tanggungjawab dilihat asyik menyalahkan Khalid Ibrahim seolah olah Khalid tidak tahu bagaimana untuk mentadbir kerajaan Selangor.

Persoalannya disini, adakah Khalid yang selama ini dilihat mendiamkan diri dengan pelbagai tohmahan dan kritikan negatif oleh kepimpinan PR Selangor akan bangkit bersuara dalam sidang DUN nanti?

Adakah Khalid akan menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam dewan untuk memberikan tekanan kepada Azmin yang dilihat hanya mencari populariti dalam politik demi untuk kesinambungan karier politik beliau dengan cara terus menerus mengatakan bahawa Khalid seorang Menteri Besar yang gagal?

Kita tunggu hari Isnin nanti dimana Azmin akan membentangkan bajet kerajaan negeri untuk tahun 2015 dan adakah ianya nanti akan menjadi titik tolak dimana segala kepincangan dalam PR di Selangor akan didedahkan.