Khamis, 24 Mei 2018

DISKAUN 70 PERATUS !! BAGAIMANA JAKEL PEROLEH KEUNTUNGAN ??

Bulan puasa telah pun tiba dan tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari lebaran iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Bagi umat Islam Ramadhan memang bulan yang dinanti nantikan kerana ianya membolehkan umat Islam memperolehi ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Manakala hari raya pula adalah merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menahan nafsu yang boleh membatalkan puasa.

Di bulan ramadhan ini juga akan menunjukkan pelbagai jualan murah akan berlaku dan tidak ketinggalan dan sudah menjadi kebiasaan, syarikat Jakel merupakan sebuah pembekal pakaian terkemuka akan mengadakan jualan murah sehingga potongan diskaun sebanyak 70%.


Apa yang menarik ialah, bagaimana Jakel memperolehi keuntungan sekiranya potongan diskaun diberikan sebanyak 70 %??

Kalau nak diikutkan memang tak siapa peduli sama ada Jakel untung atau rugi, apa yang penting mereka mendapat barangan yang mereka hajati dengan harga murah.

Tapi betul ke pembeli menikmati harga murah di Jakel? Bagi Sangkakala jawapannya tidak sama sekali sebab kami telah membuat beberapa tinjauan berkenaan dengan Jakel.

Ada beberapa faktor yang membuatkan Sangkakala berkata demikian namun biarlah ianya dikisahkan pada masa akan datang dan pembaca boleh tengok pada nota kaki di akhir artikel ini.

Bagi Sangkakala, Jakel selama ini membohongi pembeli dengan mengatakan bahawa mereka menjual pakaian dengan harga murah,

Seorang rakan Sangkakala yang merupakan bekas kakitangan Jakel membongkar rahsia bahawa Jakel mempunyai keuntungan 10% hasil dari jualan murah setelah diberi potongan harga sebanyak 70%.

Ini bermakna harga sebenar setiap barangan yang dijual telah dinaikkan sebanyak 4 kali ganda.

Sebagai contoh, harga modal barang berkenaan sebanyak RM 20, maka Jakel akan menjual barangan berkenaan pada harga RM 100 dan apabila musim perayaan, maka Jakel menawarkan pemotongan harga sebanyak 70% iaitu sebanyak RM 70 sedangkan harga barang adalah RM 20.

Bijak tak Jakel? Tapi tak apa, itu adalah kebijaksanaan pengurusan Jakel dalam perniagaan dan apa yang menarik disini sebenarnya Sangkakala nak maklumkan beberapa perkara tentang Jakel.

1. SIAPA IRFAN DAN APA HUBUNGAN BELIAU DENGAN JAKEL?

2. BAGAIMANA JAKEL MEMBELI SISTEM SPPA UNTUK PEKERJA ASING?

3. APA HUBUNGAN MAULANA DARI INDIA DENGAN JAKEL?

4. BENARKAH JAKEL MEMPUNYAI TAHFIZ DI INDIA DAN BAGAIMANA SALURAN KEWANGANNYA DILAKUKAN?

5. BAGAIMANA PULA JAKEL BOLEH MENDAPAT TANDER TANDER DARI KERAJAAN?

Kelima lima persoalan ini akan Sangkakala buka satu persatu nanti memandangkan sekarang kerajaan telah bertukar, jadi tak salah rasanya Sangkakala dan rakan rakan lain membuat pembongkaran tentang apa yang dilakukan oleh Jakel selama ni.



Tiada ulasan: