Ahad, 25 Disember 2016

AKHIRNYA JAMAL YUNOS BERNIAGA TANPA LESEN @NajibRazak @NohOmar

Kemelut yang melanda resort pelancongan Dato Sri Jamal Yunos nampaknya semakin panas dimana akhirnya Jamal sebagai pemilik resort berkenaan mengakui bahawa ianya tidak mempunyai lesen.

Tapi menurut kata Jamal lagi, bagaimana nak berniaga dengan lesen kalau pihak Majlis Daerah Sabak Bernam sendiri tidak memberikan lesen walaupun semua prosedur telah diikuti dan bayaran telah dibuat.


Sangkakala rasa agak hairan, kenapa begitu sukar untuk pihak Majlis Daerah Sabak Bernam meluluskan lesen yang telah bertahun dipohon oleh pihak Jamal?

Persoalan kedua ialah, kenapa begitu mudah kedai judi siber mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah Sabak Bernam?

Soalan ketiga, adakah tempat peranginan ini mengganggu kehidupan sosial penduduk di sekitar Sungai Besar sepertimana yang berlaku jika kedai judi siber dibuka?

Apa yang jelas disini ialah, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam sekadar menjaga periuk nasi sendiri dengan mengikut telunjuk kerajaan negeri dan paling digeruni sekali ialah dikalangan ahli majlis yang sudah tentu di monopoli oleh golongan DAP.

Mungkin pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu tampil membuat siasatan kemungkinan ada unsur unsur salah guna kuasa berlaku dalam pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam.



Tiada ulasan: