Khamis, 7 April 2016

KETUA PEMUDA UMNO ULU LANGAT DAH TAK TAHAN DENGAN KERENAH #scs

Kemelut yang melanda di negeri Selangor kini makun mendapat perhatian dari pergerakan pemuda.

Status terbaru Ketua Pergerakan Pemuda Ulu Langat membuktikan bahawa kerajaan negeri Selangir semakin hari semakin tidak memperdulikan rakyat di Selangor.


Mungkin sudah tidak tahan melihat kerenah ADUN Pakatan yang hanya tahu mengambil kesempatan dari kemelut yang melanda kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2008, hingga membolehkan pakatan mengambil alih kerajaan negeri.

Maka Ketua Pergerakan Pemuda Ulu Langat bersuara dalam laman facebook milik beliau dengan menunjukkan beberapa keping gambar yang menunjukkan betapa tidak prihatinnya ADUN Pakatan dalam menangani permasaalahan rakyat.

Bayangkan rumah yang disebut oleh saudara Halim langsung tidak mendapat perhatian apatah lagi bantuan dari ADUN Dusun Tua.

Bukankah itu sepatutnya di bawah jagaan dan naungan ADUN berkenaan dengan slogan ' NEGERI BERKEBAJIKAN ' dan persoalannya sekarang dimana kebajikan yang di sebut sebut selama ni?

Sudah terang lagi bersuluh, kebajikan rakyat tidak menjadi agenda utama pihak kerajaan negeri malah mereka dibiarkan sahaja demi untuk kepentingan perjawatan dan pribadi.

Dan akhirnya nanti bila masa mengundi maka mereka ini akan mengeluarkan berbagai kenyataan menghentam kerajaan pusat sedangkan di negeri sendiri berterabur.



Tiada ulasan: