Khamis, 12 September 2013

TARIK DIRI !!! POLITIK @azalina BAKAL BERKUBUR !!!


Tindakan pengasas pergerakan puteri UMNO Malaysia,  Datuk Azalina Othman menarik diri dari bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia bakal melihat kehancuran politik beliai dalam UMNO.

Walaupun Azalina mengatakan bahawa beliau dinasihati dan sebagainya, majoriti daripada akar umbi pergerakan tersebut mahukan pembaharuan dalam kepimpinan Wanita UMNO. 

Sekarang ni pun ramai yang kata Azalina cuma test market dan inibakan membawa padah kepada beliau sekiranya ingin bertanding atau mencabar sesiapa pada masa akan datang sebab ahli akar umbi takkan percaya lagi dengan penawaran diri Azalina untuk apa juga jawatan dalam wanita.

Sangkakala sempat menjengah ke dalam laman facebook Datuk Azalina semalam dan sempat memberikan beberapa komen tentang status yang mengatakan bahawa beliau telah dinasihati agar tidak mencabar Datuk Seri Shahrizat.

Sangkakala juga dapat melihat begitu banyak komen yang meluahkan perasaan kecewa mereka diatas keputusan Azalina dan Sangkakala juga merasa kecewa kerana bagi Sangkakala, Wanita UMNO memerlukan satu bentuk transformasi dalam kepimpinan untuk membolehkan wanita UMNO lebih berdaya saing dan maju kehadapan.

Politik geli geli yang diamalkan oleh Azalina ini sebenarnya bukanlah satu bentuk politik yang sihat dimasa kini sebab, ramai yang akan merasa kecewa dan akhirnya mereka yang kecewa ini akan membiarkan Pergerakan Wanita tanpa mahu memberikan sebarang kerjasama lagi dimasa akan datang.

Azalina perlu ingat,  akar umbi yang menentukan siapa bakal menang dan di nobatkan sebagai pemimpin dan Sangkakala percaya,  150 ribu perwakilan pada pemilihan kali ini semuanya bijak membuat pilihan dan mereka berhak berbuat begitu.