Sabtu, 1 Oktober 2011

BUKAN ISLAM KENA HUKUM HUDUD?

Baru-baru ini PAS sekali lagi telahmengeluarkan kenyataan tentang hudud, hari ini pula Penolong Pesuruh Jaya 111 PAS Kelantan menempelak ahli-ahli PAS yang tidak menyokong Hudud. PAS hari ini seolah-olah memaksa pengikut mereka untuk menyokong undang-undang Hudud. Mungkin ada sesetengah pengikut mereka berfikiran matang dengan memikirkan bahawa hukuman itu memang tidak boleh dijalankan di negara kita ini berikutan negara ini mempunyai penduduk dari berbilang kaum dan agama.

Hari ini Sangkakala mencabar PAS supaya mengadakan debat secara terbuka dengan PKR dan DAP kerana DAP nampaknya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang beriya-iya sangat untuk melaksanakan hukuman tersebut sekiranya Pakatan Pembangkang memperolehi mandat dari rakyat untuk jadi kerajaan.

Bagaimana sebuah parti yang hanya mempunyai kerusi minoriti di Prlimen mampu untuk menjadikan sebuah negara mengikut acuan dan kehendak mereka?

DAP secara terang-terangan telah memberikan kata putus bahawa parti itu tidak sekali-kali akan menyokong usul dari Mursyidul Am PAS tersebut dalam misi mereka untuk mewujudkan negara islam dan undang-undangnya adalah hudud.

DAP juga mungkin telah berfikir bahawa jika negara islam dibentuk oleh PAS dan undang-undang Hudud digubal seterusnya dilaksanakan di negara ini, tidak mustahil jika orang bukan islam juga akan dikenakan hukuman yang sama. Sedangkan dalam Konvokesyen Pakatan Pembangkang yang lepas tidak dinyatakan bahawa negara islam dan undang-undang hududakan dilaksanakan, cuma yang ada seperti didalam buku jingga yang juga menjadi menifesto Pakatan Pembangkang bagi PRU akan datang  hanyalah negara berkebajikan.

Jika pembentukan kerajaan Pakatan Pembang ini terjadi, kita semua akan melihat kepada ketidakstabilan senario politik di dalam negara ini, dan kesinambungan kepada ketidakstabilan ini pula adalah pelabur-pelabur dari luar akan mula merasakan bahawa negara ini sudah tidak lagi selamat untuk mereka meletakkan pelaburan ekoran dari kepincangan dalam pemerintahan.

Dari situ kita semua boleh melihat akan ketidak seimbangan ekonomi dimana pelabur-pelabur luar yang selama ini melaburkan bukan puluhan malah ribuan juta ringgit akan hilangdan negara ini akan menjadi negara yang indeks penganggurannya meningkat, pengeluarannya merudum dan akhirnya akan menjadiu negara miskin yang mana satu masa nanti negara ini8 terpaksa untuk meminjam dari negara luar dengan bayaran faedah yang begitu tinggi.

Jika ini yang terjadi, insayaallah kita semua akan merasa menyesal kerana yang akan menerima nasib malang ini adalah anak cucu kita dan bukannya kita yang hari ini sudah merasa kenikmatan hidup di bumi bertuah ini.

Tiada ulasan: