Khamis, 6 Jun 2019

TENGKU RAZALIEGH BERANG TERHADAP ZAHID HAMIDI @Zahid_Hamidi @NajibRazak @TunFaisal

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memang seorang pemimpin yang agak sukar untuk menampilkan kemarahan kepada sesiapa jua.

Namun apabila bekas Presiden Semangat 46 itu bersuara, akan ada yang berfikir akan kebenaran perkara tersebut.

Selepas YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Presiden UMNO, Ku Li telah di lantik sebagai Penasihat dan sudah pastilah tugas beliau adalah memantau segala pergerakan parti dan pemimpin parti.


Tindakan ahli UMNO yang meminta Datuk Seri Zahid melepaskan jawatan kerana kononnya tiada hala tuju telah membuatkan Zahid mengambil keputusan untuk bercuti dan tugas tugas Presiden di serahkan kepada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan atau Tok Mat Hasan selaku pemangku Presiden.

Tindakan Zahid ini sebenarnya adalah salah dan ini yang diperkatakan oleh Ku Li yang mana tugas Presiden UMNO tiada cuti.

Ku Li berkata demikian dalam portal Malaysia-Chronicle.

Selaku Presiden parti yang menang bertanding, Zahid perlu mendepani apa juga cabaran yang mendatang selama beliau menjadi Presiden dan cakap cakap yang tidak penting tidak perlu diambil kira.

Ada yang mengatakan Zahid perlu berundur kerana kes yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan terhadap beliau dan beliau perlu memberikan fokus terhadap kes berkenaan.

Perkara sebenar yang berlaku ialah, sesiapa juga yang menjadi Presiden UMNO jika tidak diusik oleh kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh Mahathir adalah orang yang mendapat restu dari Mahathir dan sudah pasti Mahathir memiliki remote control bagi mengarahkan kemana hala tuju UMNO.

Ini berbeza dengan Zahid Hamidi, puluhan kes disebut namun sampai hari ini belum ada 1 kes yang dirujuk ke mahkamah untuk pendakwaan.

Ini membuktikan bahawa Zahid bukanlah orang yang berada dibawah telunjuk Mahathir dan atas dasar iti juga beliau perlu disingkirkan dan adalah amat menyedihkan apabila orang UMNO sendiri termakan dengan propaganda Mahathir.

Kini Zahid perlu kembali bagi menerajui UMNO dan buktikan bahawa beliau bukanlah seorang Panglima yang menyimpan keris dibawah tilam.


Tiada ulasan: