Rabu, 10 April 2019

DYMM SULTAN JOHOR BERI PERINGATAN KEPADA PUTRAJAYA

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini melalui laman facebook milik Baginda mengeluarkan kenyataan agar pihak pihak tertentu berhenti berbuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha jaga negara.


Baginda juga bertitah dengan mengatakan bahawa berkenaan negeri Johor, jangan sibuk campuri urusan negeri tersebut kerana negeri Johor masih mempunyai Sultan.

Apa yang Sangkakala nampak, kenyataan ini adalah sebagai kenyataan balas kepada Mahathir yang mengatakan bahawa Baginda Sultan tidak ada kuasa dalam isu perlantikan Menteri Besar setelah Bekas Menteri Besar Johor meletakkan jawatan semalam.

Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri, parti yang memenangi Pilihanraya perlulah menamakan seorang Menteri Besar dan orang penama berkenaan layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar sekiranya diberi perkenan oleh DYMM Baginda Sultan.

Dengan mengatakan bahawa Baginda Sultan tidak mempunyai kuasa, jelas menunjukkan bahawa Mahathir pada ketika ini tidak merujuk kepada kuasa eksekutif Sultan bagi sesebuah negeri.

Baginda Sultan juga sebenarnya boleh untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakan Mahathir menjadikan pihak Istana sebagai musuh nampaknya akan memakan diri sendiri sekiranya Tuanku Sultan perkenan untuk pembubaran DUN dilaksanakan dan satu pilihanraya perlu diadakan.


Tiada ulasan: