Bulan puasa atau Ramadhan akan menjelang tiba lebih kurang satu bulan setengah dari sekarang.
Sudah menjadi kebiasaan dalam bulan Ramadhan, tempat tempat menarik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan dicari.
Di Golden Lake Village, buffet Ramadhan untuk bulan puasa tahun ini merupakan kali yang pertama memandangkan tempat ini baharu saja dibuka kepada orang ramai.
Sungguh pun begitu, kebanjiran pengunjung sejak dari awal pembukaan telah membuktikan bahawa Golden Lake Village merupakan sebuah tempat yang menjadi tumpuan.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam menyambut Ramadhan pada tahun ini, Golden Lake Village adalah tempat yang paling sesuai dimana suasana harmoni berlatar belakangkan tasik yang damai.
Dengan kadar buffet yang berada di paras kemampuan, Golden Lake Village juga mempunyai kemudahan seperti surau yang boleh digunakan untuk pengunjung solat maghrib, isya dan solat tarawikh.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama sama keluarga atau rakan taulan berbuka di Golden Lake Village yang pastinya akan menjadi kenangan sampai bila bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan