Sabtu, 28 Julai 2018

NIK NAZMI SOKONG ANWAR IBRAHIM DAN RAFIZI !! DIMANA KEDUDUKAN AZMIN ALI LEPAS NI? @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Ketua Pemuda Keadilan, Nik Nazmi melalui twitternya hari ini menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan sebagai Presiden Keadilan menggantikan Wan Azizah serta Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden mengambil alih kerusi Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan pusat.

Adakah dengan sokongan penuh ini bakal merubah nasib Azmin Ali dari pentas dunia politik setelah sekian lama berjuang dalam parti Keadilan?


Azmin Ali disebut sebut akan bertanding bagi kerusi Presiden PKR melawan Wan Azizah dan ianya adalah kali ke 2 penyusupan Azmin untuk jawatan tersebut setelah tidak berkeyakinan untuk menang pada pemilihan lepas yang mana Anwar juga meletakkan diri untuk bertanding kemudian menarik diri bagi membenarkan Wan Azizah menang tanpa bertanding.

Pemilihan PKR kali ini sudah pasti akan menjadi lebih menarik kerana mahu atau tidak, Azmin perlu meloloskan diri daripada terus dibelenggu perjawatan dalam parti.

Dari pengamatan Sangkakala, kemana sahaja Azmin pergi, sudah pasti akan menemui jalan sukar dimana jika bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim sedia menunggu dan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden pula, Rafizi Ramli sudah menanti.

Kedua dua nama yang bakal menggugat Azmin ini adalah nama besar dalam PKR dan sudah pasti Azmin akan memerlukan kekuatan yang luar biasa di peringkat akar umbi.

Sudah pasti pemilihan kali ini menyaksikan satu pertarungan hebat kerana kini PKR merupakan sebahagian dari parti yang menjadi kerajaan dan sudah tentu ramai yang mengidamkan jawatan dalam kerajaan.


Tiada ulasan: