Ketiadaan air di banyak kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru baru ini begitu meresahkan dan menjadi bebanan kepada rakyat.
Ini semua berpunca dari kegagalan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dan mengepalai kerajaan Pakatan Harapan.
Ketiadaan air ini jelas menunjukkan bahawa Azmin Ali gagal dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat hingga membuatkan rakyat mengalami permasaaalahan yang sebegitu besar.
20 meter padu air percuma sebulan yang diberikan oleh kerajaan Selangor sebenarnya bukanlah sebagai alasan kukuh kepada Azmin dan kerajaan Pakatan membolehkan mereka menyusahkan rakyat.
Kerajaan pusat telah cuba untuk membantu menyelesaikan permasaaalahan air ini mamun ianya ditolak oleh kerajaan Selangor.
Apa yang menjadi kedukaan ialah, permasaalahan air ini seolah olah tiada penghujung bila mana ianya kerap berlaku.
Bukan sahaja rakyat terkesan terhadap kes sebegini, malah perniagaan juga turut terjejas dan ini membuatkan Azmin di label sebagai Menteri Besar yang gagal memerintah.
Namun begitu, Barisan Nasional Selangor mengatakan bahawa jika diberi mandat memerintah semula, permasaalahan ini akan dapat diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan