Jumaat, 22 September 2017

HEBAT SUNGGUH DOKTOR KECEMASAN HUSM NI @DGHisham @KKMPutrajaya

Dunia semakin canggih dengan kehadiran media sosial yang menjadikan perbualan tanpa sempadan di masa kini.

Namun itu bukanlah alasan atau platform bagi seseorang untuk mengkritik secara melulu atau secara semberono tambahan pula kepada pemimpin negara.

Apa yang berlaku pada seorang doktor wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia ini adalah sebagai contoh seorang pengguna media sosial yang menyalah gunakan laman media milik beliau.

Mengkritik adalah tidak salah tetapi ianya perlulah mengikut norma seorang manusia apatah lagi seorang wanita atau gadis timur yang penuh adap sopan.

Tapi nampaknya doktor kita ni semakin tinggi pelajarannya semakin kurang pula sikap afap sopannya hingga sanggup mengatakan seorang pemimpin sebagai haiwan.

Mungkin doktor ini terlupa bahawa tempat beliau mencari rezeki kini disediakan oleh kerajaan yang diketuai oleh orang yang dikatakan haiwan oleh beliau.

Mungkin pihak HUSM boleh menilai semula perjawatan doktor ini di Hospital berkenaan kerana jika seorang doktor mempunyai sikap kurang peradaban ianya mungkin akan menjadi masalah di kemudian hari.


Tiada ulasan: